Pelanggan yang dihormati,
Operasi Pejabat SSM Negeri Sembilan akan ditutup selama satu (1) hari pada hari Khamis, 22 Oktober 2020 bagi proses sanitasi dan langkah-langkah pencegahan penularan wabak Pandemik Covid-19 di seluruh bangunan Wisma PERKESO, Seremban.
Pejabat SSM Negeri Sembilan akan beroperasi semula seperti biasa pada hari Jumaat, 23 Oktober 2020. Susulan itu, para pelanggan digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan atas talian yang telah disediakan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.
Sekian, terima kasih.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
21 Oktober 2020