Sign In
Operasi SSM Sabah Ditutup Sementara Mulai 7 sehingga 20 Oktober Semasa PKPB
​Pelanggan yang dihormati,

Lanjutan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Secara Pentadbiran di Daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan di Sabah, Pejabat Negeri SSM Sabah akan menutup sementara operasinya berkuatkuasa 7 sehingga 20 Oktober 2020.

Bagi mengatasi kesulitan yang dihadapi, SSM menasihatkan para pelanggan untuk memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan atas talian yang telah disediakan.

Bergantung kepada jenis-jenis transaksi, para pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan atas talian berikut:​

1.     ​Urusan berkaitan entiti perniagaan tunggal dan perkongsian : Portal Ezbiz (https://ezbiz.ssm.com.my/)

2.     Urusan berkaitan entiti syarikat : Portal MyCOID (https://mycoid2016.ssm.com.my/)

3.     Urusan berkaitan entiti Perkongsian Libiliti Terhad (PLT) : Portal MyLLP (https://www.myllp.com.my/)

4.     Urusan berkaitan maklumat korporat syarikat dan perniagaan : Portal e-Info (https://www.ssm-einfo.my)dan Portal MyData (https://www.mydata-ssm.com.my)

5.     Urusan berkaitan serahsimpan penyata kewangan dan penyata tahunan: Portal MBRS (https://www.ssm4u.com.my/Pages/default.aspx); dan

6.     Urusan berkaitan pendaftaran setiausaha syarikat : Portal e-secretary (https://esecretary.ssm.com.my/)​.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau email ke enquiry@ssm.com.my.

Sekian, terima kasih.​
7 Oktober 2020​


Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001