Sign In
Operasi SSM Kedah Ditutup Sementara Mulai 11 sehingga 25 September 2020 Semasa PKPD Kota Setar

Pelangan yang dihormati,

Lanjutan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Daerah Kota Setar bagi mengekang penularan pandemik Covid-19, Pejabat Negeri Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kedah akan menutup sementara operasinya berkuatkuasa 11 September 2020 sehingga 25 September 2020.

Bagi mengatasi kesulitan yang dihadapi, SSM menasihatkan para pelanggan untuk memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan atas talian yang telah disediakan. ​Bergantung kepada jenis-jenis transaksi, para pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan atas talian berikut:

1. Urusan berkaitan entiti perniagaan tunggal dan perkongsian : Portal Ezbiz (https://ezbiz.ssm.com.my/) 
2. Urusan berkaitan entiti syarikat : Portal MyCOID (https://mycoid2016.ssm.com.my/) 
3. Urusan berkaitan entiti perkongsian libiliti tedrhad : Portal MyLLP (https://www.myllp.com.my/) 
4. Urusan berkaitan maklumat korporat syarikat dan perniagaan : Portal e-Info (https://www.ssm-einfo.my) dan Portal MyData (https://www.mydata-ssm.com.my) 
5. Urusan berkaitan serahsimpan penyata kewangan dan penyata tahunan : Portal MBRS (https://www.ssm4u.com.my/Pages/default.aspx ); dan 
6. Urusan berkaitan pendaftaran setiausaha syarikat : Portal e-secretary (https://esecretary.ssm.com.my/)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau email ke enquiry@ssm.com.my.

Sekian, terima kasih.

13 SEPTEMBER 2020


Attachments
myGovernment
KPDNKK myGoverment
Agencies under Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry (KPDNHEP)
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001