| 406 | | | Adalah dimaklumkan bahawa bermula 30 Mei 2025, semua Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) diwajibkan untuk melaksanakan serah simpan Maklumat Pemunyaan Benefisial (BO) secara dalam talian melalui platform Electronic Beneficial Ownership System bagi PLT (e-BOS LLP).
Pemakluman ini adalah selaras dengan Nota Amalan No. 5/2025 bertarikh 1 Mei 2025. Akses ke sistem ini boleh dibuat melalui laman rasmi SSM (SSM4U) atau pautan berikut www.ssm4u.com.my.
PERINGATAN Kegagalan oleh mana-mana pekongsi atau pegawai pematuhan untuk mematuhi kehendak ini adalah suatu kesalahan di bawah subseksyen 20B(6), Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, dan jika disabitkan, boleh dikenakan: - Denda tidak melebihi RM20,000; dan
- Bagi kesalahan yang berterusan, denda tambahan tidak melebihi RM500 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.
Pastikan pematuhan segera bagi mengelakkan tindakan perundangan.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 28 MEI 2025 | 6/30/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=406 |
| 405 | | | Suruhanjaya Syarikat Malaysia memberikan pengecualian fi lewat serah simpan bagi dokumen yang diserah simpan selepas tempoh tujuh hari tetapi tidak melebihi tiga bulan daripada tarikh akhir serah simpan yang ditetapkan.
Tempoh pengecualian ini bermula 1 Jun 2025 hingga 30 September 2025.
Langkah ini bertujuan untuk menyokong dan membantu syarikat serta setiausaha syarikat menyesuaikan diri dengan keperluan baharu yang diperkenalkan melalui MBRS 2.0, sekali gus memberikan masa mencukupi kepada semua pihak yang terlibat untuk melaksanakan penyesuaian secara berperingkat.
Pengecualian fi lewat serah simpan ini melibatkan dokumen-dokumen berikut : - Penyata Kewangan dan Laporan (PK) Teraudit bagi Akta Syarikat 2016 (AS 2016);
- Permohonan dan serah simpan Rektifikasi / Perintah Mahkamah bagi PK Teraudit di bawah AS 2016; dan
- Semua permohonan berkaitan lanjutan masa atau pengecualian PK
Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Fasa 3 serta pengecualian fi lewat serah simpan ini boleh didapati melalui dokumen Soalan Lazim (FAQ) yang tersedia di laman web rasmi SSM di www.ssm.com.my.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA | 10/1/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=405 |
| 404 | | | Berikutan pelaksanaan serahsimpan dokumen berkanun secara mandatori sepenuhnya melalui MBRS bermula 1 Jun 2025, dimaklumkan bahawa 30 Mei 2025 merupakan tarikh akhir bagi penyerahan semula dokumen yang telah dikueri melalui kaunter.
Syarikat yang terlibat hendaklah menyerahkan semula dokumen yang telah diperbetulkan atau diambil tindakan sewajarnya melalui kaunter sebelum atau pada 30 Mei 2025.
Sekiranya tindakan serah simpan semula tidak dibuat sebelum tarikh tersebut, dokumen berkenaan perlu diserahkan melalui sistem MBRS dan akan dikenakan fi mengikut kadar yang ditetapkan.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 27 MEI 2025 | 6/30/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=404 |
| 403 | | | Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, serah simpan maklumat pemunyaan benefisial oleh Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) selaras dengan Nota Amalan No. 5/2025, kini boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Electronic Beneficial Ownership System (e-BOS) bermula 30 Mei 2025, menerusi laman web rasmi SSM di www.ssm4u.com.my.
Bagi menyokong pelaksanaan inisiatif ini, SSM memberikan pengecualian fi lewat serah simpan dan fi rektifikasi, serta tidak akan mengambil tindakan penguatkuasaan sepanjang tempoh 30 Mei 2025 hingga 31 Oktober 2025.
Selepas tarikh tersebut, semua kelewatan atau kegagalan serah simpan maklumat pemunyaan benefisial PLT akan dikenakan fi yang berkenaan dan tertakluk kepada tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 26 MEI 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=403 |
| 402 | | | Bermula 13 Jun 2025, salinan PDF bagi serah simpan Pemunyaan Benefisial daripada senarai lengkap (completed list) di dalam Electronic Beneficial Ownership System (e-BOS) hanya boleh dimuat turun dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh serah simpan atau kelulusan.
Sekiranya salinan PDF tersebut ingin diperolehi selepas tamat tempoh tujuh hari, pelanggan dikehendaki hadir ke kaunter di ibu pejabat SSM. Fi sebanyak RM20 setiap syarikat akan dikenakan bagi transaksi ini.
Bagi maklumat lanjut, sila layari portal rasmi SSM di pautan www.ssm.com.my dan rujuk bahagian kerangka undang-undang, tatacara dan soalan-soalan lazim yang berkaitan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care di talian 03-7721 4000 atau melalui e-mel di enquiry[at]ssm.com.my.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 26 MEI 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=402 |
| 397 | | | Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin memaklumkan bahawa serah simpan maklumat pemunyaan benefisial oleh Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang perlu dibuat mulai 1 Mei 2025 di bawah Nota Amalan No. 5/2025 kini boleh diserahsimpan melalui sistem e-BOS untuk PLT mulai tarikh 30 Mei 2025. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care, di talian 03-7721 4000 atau melalui e-mel di enquiry[at]ssm.com.my.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
| 8/15/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=397 |
| 390 | | | Fasa ketiga Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dijangka akan dikuatkuasakan pada 31 Disember 2025 melibatkan peruntukan berkaitan mekanisme penyelamat korporat iaitu Seksyen 6, 7 dan 12.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 31 Januari 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=390 |
| 389 | | | Fasa kedua Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dijangka akan dikuatkuasakan pada 31 Mac 2025 melibatkan peruntukan berkaitan prosedur bagi menyokong pelaksanaan tadbir urus Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang mampan iaitu Seksyen-Seksyen 8, 9, 10 dan Subseksyen 11(b).
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 31 Januari 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=389 |