Berikutan pelaksanaan serahsimpan dokumen berkanun secara mandatori sepenuhnya melalui MBRS bermula 1 Jun 2025, dimaklumkan bahawa 30 Mei 2025 merupakan tarikh akhir bagi penyerahan semula dokumen yang telah dikueri melalui kaunter.
Syarikat yang terlibat hendaklah menyerahkan semula dokumen yang telah diperbetulkan atau diambil tindakan sewajarnya melalui kaunter sebelum atau pada 30 Mei 2025.
Sekiranya tindakan serah simpan semula tidak dibuat sebelum tarikh tersebut, dokumen berkenaan perlu diserahkan melalui sistem MBRS dan akan dikenakan fi mengikut kadar yang ditetapkan.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
27 MEI 2025