| 91 | | Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis.
Yang saya hormati,
Pensyarah-pensyarah, pendidik dan wakil institusi pengajian daripada politeknik, Giat Mara, kolej vokasional, Kolej Komuniti, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) serta institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS),
Barisan penceramah,
YBhg. Datin Paduka Dr. Jamilah Haji Din, Anggota Lembaga Koperasi Co-op Bank Pertama Malaysia Berhad,
Puan Ng Ling Chee, Pengurus Seksyen Operasi Pendaftaran Peniagaan SSM,
Puan Faezah Farhana Mohd Nizam, Pelatih Shopee Malaysia, dan para peserta Program Usahawan Muda 2023 (PUM23) yang sedang mengikuti siaran ini secara dalam talian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya, dapat kita sama-sama berkumpul secara maya pada hari ini bagi menjayakan Program Usahawan Muda 2023 (PUM23) peringkat Negeri Sabah anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
2. Terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ksemua institusi pengajian yang telah sudi bekerjasama menjayakan program pada pagi ini.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
3. Alhamdulillah, sejak tahun 2021, SSM telah berjaya menganjurkan sebanyak 13 sesi Program Usahawan Muda secara fizikal dan dalam talian dengan lebih 13,000 penyertaan dalam kalangan pelajar di seluruh negara. Pada tahun 2023, SSM telah mensasarkan penganjuran tiga (3) sesi PUM di negeri Johor, Perak dan Sabah.
4. Untuk makluman semua, PUM23 peringkat negeri Sabah pada hari ini merupakan program terakhir yang dianjurkan dalam siri program bagi tahun 2023 setelah sesi pertama dan kedua berjaya dilaksanakan di peringkat negeri Johor dan Perak masing-masing secara fizikal serta dalam talian pada bulan Februari dan September lalu.
5. Saya amat teruja untuk memaklumkan bahawa lebih 1,900 pelajar daripada institusi-institusi yang saya sebutkan tadi sedang mengikuti PUM23 secara dalam talian pada pagi ini. Syabas diucapkan kepada semua pelajar! Saya berharap ini merupakan satu langkah bijak dalam perjalanan untuk menerokai bidang keusahawanan.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
6. Pendedahan awal kepada kemahiran asas sebelum menceburi bidang perniagaan adalah sangat penting dalam melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya saing dalam kalangan pelajar terutamanya bagi mereka yang baru memulakan perniagaan.
7. Selain itu, pengetahuan menguruskan sesebuah perniagaan juga perlu disemai dalam diri setiap usahawan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan mempunyai daya tahan untuk menghadapi apa jua cabaran yang dihadapi.
8. Justeru, dengan penglibatan para peserta di kalangan pelajar yang begitu menggalakkan, saya percaya PUM23 ini mampu mencapai objektif penganjurannya iaitu untuk menyemai minat serta menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri pelajar selari dengan usaha melahirkan usahawan-usahawan muda yang mampu berdaya saing dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
9. Di dalam program ini, para pelajar akan didedahkan kepada keperluan dan faedah mendaftarkan perniagaan yang sah, strategi pengurusan dan perancangan kewangan, meneroka pemasaran digital, serta perkongsian pengalaman oleh usahawan-usahawan berjaya.
10. Besar harapan saya agar para peserta PUM23 dapat memanfaatkan program ini dengan sebaik mungkin, seterusnya mendaftarkan perniagaan serta mempertimbangkan perniagaan sebagai pilihan utama kerjaya setelah tamat pengajian kelak.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
11. Untuk makluman semua, pelaksanaan PUM23 peringkat negeri Sabah ini turut memberi galakan kepada para pelajar untuk memanfaatkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) dengan mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. 12. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang dikuatkuasa oleh SSM ini walau bagaimanapun, tidak terpakai di Sabah dan Sarawak kerana pendaftaran perniagaan di dua negeri ini terletak di bawah bidang kuasa negeri. Namun, SSM sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkara ini. Besar harapan saya di masa akan datang tidak akan ada halangan untuk Akta ini dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak.
13. Sebagai alternatif, para pelajar boleh mendaftarkan perniagaan dengan pihak-pihak berkuasa tempatan di Sabah atau mendaftarkan entiti perniagaan di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang di kawal selia oleh SSM.
14. Kesedaran di peringkat awal mengenai pentingnya mendaftarkan perniagaan dapat membantu para usahawan menikmati manfaat seperti bantuan kewangan serta dapat menyertai program-program keusahawanan dengan memiliki perniagaan yang sah.
15. Oleh itu, saya ingin menyeru agar semua peserta mengambil peluang ini untuk mendaftarkan perniagaan anda bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah sah di sisi undang-undang. Hal ini kerana, memiliki entiti perniagaan yang salah adalah penting untuk memberikan keyakinan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan. Perniagaan yang sah juga membolehkan usahawan merebut pelbagai bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan.
16. Untuk makluman semua, dari 1 Januari 2021 hingga 31 Oktober 2023, jumlah pendaftaran perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma melalui SPPP adalah sebanyak 87,282 yang terdiri daripada 36,500 pelajar-pelajar IPT sepenuh masa dan 50,782 usahawan kumpulan B40.
17. Di kesempatan ini, saya ingin menyeru agar semua pelajar yang sedang mengikuti program pada hari ini untuk mengambil peluang mendaftarkan perniagaan anda di bawah SPPP bagi menikmati manfaat-manfaat yang saya sebutkan tadi.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
18. Saya berharap PUM23 siri terakhir bagi tahun ini menjadi platform terbaik bagi para pelajar mendapatkan pembelajaran dan pendidikan asas-asas ilmu keusahawanan dan seterusnya mendorong para pelajar untuk memilih perniagaan sebagai kerjaya pada masa hadapan.
19. Akhir kata, saya juga berharap PUM23 ini akan menjadi titik permulaan yang membawa kepada pencapaian para pelajar yang lebih besar dalam kerjaya sebagai usahawan.
20. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Program Usahawan Muda 2023 peringkat negeri Sabah.
Sekian, Wabillahi taufik walhidayah, Wassalam mua’laikum warahmatullahi wabarakatuh
| 11/28/2023 | 2023 | Speeches | 28/11/2023 | | 90 | | Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih saudara/ saudari pengacara majlis.
Yang saya hormati,
Pensyarah-pensyarah politeknik, kolej komuniti, Giat Mara, kolej matrikulasi, institut pengajian tinggi awam dan swasta serta Akademi Pembangunan Belia Malaysia,
Barisan penceramah, YBhg. Datin Paduka Dr. Jamilah Haji Din, Anggota Lembaga Koperasi Co-op Bank Pertama Malaysia Berhad,
Encik Mohammad Syafiq Hairom, Pengurus Unit Pengurusan Operasi Pendaftaran Peniagaan SSM,
Puan Faezah Farhana Mohd Nizam, Pelatih Shopee Malaysia,
dan peserta-peserta yang sedang mengikuti Program Usahawan Muda 2023 ini secara dalam talian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya, dapat kita sama-sama berkumpul secara maya pada hari ini bagi menjayakan Program Usahawan Muda 2023 (PUM23) peringkat Negeri Perak anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
2. Terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak politeknik, kolej komuniti, Giat Mara, kolej matrikulasi, institut pengajian tinggi awam dan swasta serta Akademi Pembangunan Belia Malaysia di atas penglibatan dalam merealisasikan program pada pagi ini. Tanpa kerjasama tuan-puan, program pagi ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
3. Alhamdulillah, sejak tahun 2021, SSM telah berjaya menganjurkan sebanyak 12 sesi PUM secara fizikal dan dalam talian dengan lebih 11,000 penyertaan dalam kalangan pelajar di seluruh negara. Pada tahun 2023 pula, SSM mensasarkan untuk menganjurkan tiga sesi PUM di negeri Johor, Sabah dan Perak yang berjaya dilaksanakan pada hari ini.
4. PUM23 peringkat negeri Perak ini merupakan program kedua yang dianjurkan pada tahun 2023 setelah sesi pertama berjaya dilaksanakan secara fizikal di Pasir Gudang, Johor pada 26 Februari lalu yang dihadiri lebih daripada 600 peserta.
5. Pada pagi ini, saya amat berbesar hati untuk memaklumkan bahawa lebih 1,500 pelajar daripada institusi-institusi yang saya sebutkan tadi sedang mengikuti PUM23 secara dalam talian pada pagi ini. Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang menyertai PUM23 peringkat negeri Perak!
Para hadirin yang saya kasihi sekalian,
6. Pendedahan awal kepada kemahiran asas sebelum menceburi bidang perniagaan adalah sangat penting dalam melahirkan usahawan dalam kalangan pelajar. Selain itu, pengetahuan menguruskan sesebuah perniagaan juga perlu disemai dalam diri setiap usahawan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan mempunyai daya tahan untuk menghadapi apa jua cabaran yang dihadapi.
7. Justeru, dengan penglibatan para pelajar daripada pelbagai institusi pada hari ini, saya percaya PUM23 peringkat negeri Perak mampu mencapai objektif penganjurannya dalam menyemai minat serta menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri pelajar selari dengan usaha melahirkan usahawan-usahawan muda yang bakal memacu ekonomi negara pada masa hadapan.
8. Besar harapan saya agar para peserta PUM23 dapat memanfaatkan program ini dengan sebaik mungkin, seterusnya mendaftarkan perniagaan serta mempertimbangkan perniagaan sebagai pilihan utama kerjaya setelah tamat pengajian kelak.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
9. Untuk makluman semua, pelaksanaan PUM23 peringkat negeri Perak ini turut memberi galakan kepada para pelajar untuk memanfaatkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) dengan mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
10. Melalui SPPP, pengecualian fi pendaftaran adalah sebanyak RM60 bagi pendaftaran menggunakan nama tred manakala pengecualian pendaftaran RM30 diberikan bagi pendaftaran menggunakan nama sendiri, di samping pengecualian RM10 bagi cetakan maklumat untuk setiap pendaftaran.
11. Untuk makluman semua, dari 1 Januari 2021 hingga 31 Ogos 2023, jumlah pendaftaran perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma melalui SPPP adalah sebanyak 80,495 yang terdiri daripada 34,291 pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa dan 46,204 usahawan kumpulan B40.
12. Melalui SPPP, pelajar-pelajar boleh mengambil kesempatan untuk mendaftarkan perniagaan mereka secara sah di sisi undang-undang. Entiti perniagaan yang sah akan membolehkan mereka menikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan Kerajaan seperti bantuan kewangan, peralatan, latihan dan bimbingan keusahawanan. Perniagaan yang sah juga dapat memberi peluang kepada para usahawan memohon pelbagai bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi pembiaya seperti TEKUN, MARA, Amanah Ikhtiar Malaysia dan lain-lain.
13. Selain itu, perniagaan yang berdaftar secara sah dengan SSM membolehkan akaun bank perniagaan dibuka, meningkatkan kepercayaan pelanggan serta boleh mewujudkan kontrak atau perjanjian perniagaan yang boleh dikuatkuasakan undang-undang.
14. Di kesempatan ini, saya ingin menyeru semua pelajar yang hadir pada program ini untuk mendaftarkan perniagaan anda di bawah SPPP bagi menikmati manfaat-manfaat yang saya sebutkan tadi.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
15. Saya berharap PUM23 siri kedua ini akan menjadi platform terbaik bagi para pelajar mendapatkan asas-asas ilmu berkaitan keusahawanan dan seterusnya mendorong para pelajar untuk memilih perniagaan sebagai kerjaya.
16. Saya juga berharap PUM23 ini akan menjadi titik permulaan yang membawa kepada pencapaian para pelajar yang lebih besar pada masa depan dalam kerjaya sebagai seorang usahawan.
17. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Program Usahawan Muda 2023 peringkat negeri Perak.
Sekian, Wabillahi taufik walhidayah, Wassalam mua’laikum warahmatullahi wabarakatuh
| 9/25/2023 | 2023 | Speeches | 25/09/2023 | | 89 | | Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Terima kasih saudara Pengacara Majlis,
1. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan rahmatnya, kita dapat berkumpul bersama-sama pada pagi ini dalam Majlis Serahan Sumbangan Peralatan Perubatan kepada Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.
2. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang menganjurkan majlis serahan peralatan perubatan ini.
3. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Hospital Queen Elizabeth yang sudi meluangkan masa untuk menerima kehadiran kami walaupun kami faham akan kesibukan Tuan/ Puan dengan urusan masing-masing.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
4. Sebagaimana semua sedia maklum, SSM adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab mengawal selia sektor korporat dan perniagaan di negara ini. SSM juga sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi menyokong entiti perniagaan dan korporat selari dengan fungsi dan tanggungjawab SSM.
5. Di samping itu, SSM juga turut menitikberatkan urusan kebajikan seperti membantu golongan yang memerlukan melalui sumbangan Wakalah Zakat Korporat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM seiring dengan nilai teras Malaysia Madani iaitu menerapkan kesejahteraan dan ihsan di kalangan rakyat.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
6. Pada hari ini, SSM berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan bantuan berbentuk tiga (3) peralatan perubatan yang kesemuanya bernilai RM 181,300 kepada Hospital Queen Elizabeth 1 sebagai usaha membekalkan sokongan peralatan teknologi dalam mengendalikan rawatan dan pemulihan pesakit.
7. Sumbangan peralatan perubatan yang SSM akan sampaikan pada hari ini adalah berupa Ventilator, Chestwall Oscillation Machine dan Finecare FIA Meter.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
8. Sedikit perkongsian buat makluman hadirin sekalian, SSM juga sebelum ini telah memberikan peralatan perubatan kepada lima (5) buah hospital iaitu Hospital Sg. Buloh, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Hospital Maliha, Langkawi dan Hospital Kapit. Jumlah kesemua peralatan perubatan yang disalurkan kepada hospita-hospital ini adalah berjumlah RM561,660.
9. Untuk makluman juga, berdasarkan statistik dari 1 Januari 2023 hingga 31 Ogos 2023, SSM telah mengagihkan peruntukan Wakalah Zakat Korporat SSM sebanyak RM6,487,551 kepada golongan asnaf di seluruh negara manakala bagi peruntukan CSR pula, SSM telah mengagihkan sebanyak RM419,847 kepada golongan yang memerlukan.
10. Sekali lagi terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha mengadakan majlis pada hari ini.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
11. Sebelum mengakhiri ucapan, saya berharap peralatan-peralatan perubatan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak HQE 1 dalam pengendalian rawatan dan pemulihan pesakit.
12. Sekian.
Wabillahi taufik walhidayah, Wassalam mua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.
| 9/23/2023 | 2023 | Speeches | 23/09/2023 | | 88 | | Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.
Sebelum saya memulakan ucapan, saya ingin menyampaikan maaf dan salam dari YBrs. Tuan Ahmad Sabki Yusuf, Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia kerana beliau tidak berkesempatan untuk bersama-sama kita pada program pagi ini.
Seterusnya, izinkan saya membacakan teks ucapan beliau bagi Program Bimbingan Usahawan 2023 Peringkat Negeri Selangor.
1. Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana atas izin dan limpah kurniaNya, dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan sebuah program yang amat bermanfaat dalam usaha memperkasa dan memacu ekonomi negara, iaitu Program Bimbingan Usahawan 2023 (PBU23) Peringkat Negeri Selangor anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada warga kerja SSM yang telah bekerjasama dengan wakil-wakil agensi pembiaya dan persatuan perniagaan dalam merealisasikan program yang amat bermanfaat kepada usahawan-usahawan di negara kita.
3. Saya amat teruja dan gembira melihat penyertaan kesemua peserta PBU23 pada pagi ini yang begitu bersemangat untuk menerokai bidang perniagaan dengan lebih mendalam. Pada 18 Mei yang lepas, SSM telah berjaya melaksanakan PBU23 siri pertama peringkat negeri Pahang yang telah disertai seramai lebih 400 orang peserta dari sekitar negeri tersebut. PBU23 siri kedua yang dianjurkan pada hari ini pula telah berjaya menarik lebih 1,000 penyertaan. Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta! Para hadirin yang saya hormati sekalian,
4. Pendedahan dan pendidikan berterusan dalam bidang perniagaan adalah salah satu pendekatan penting dalam membentuk budaya keusahawanan yang baik di negara kita. Pendedahan kepada budaya keusahawanan ini dapat membuka peluang kepada para usahawan untuk mempelajari aspek penting dan selok-belok perniagaan melalui pemahaman tentang pengurusan, kewangan, pemasaran, operasi, dan strategi perniagaan yang berjaya.
5. Selain pengetahuan dan pemahaman tentang dunia perniagaan, saya juga percaya kemampuan sesebuah perniagaan untuk beradaptasi dengan apa jua cabaran pada masa akan datang adalah penting selaras dengan teknologi dan pemasaran digital yang semakin berkembang pesat pada masa kini.
6. Adaptasi teknologi ini dapat memberikan pengalaman yang lebih baik kepada usahawan tempatan menghadapi cabaran dan meneroka peluang untuk terus memainkan peranan penting dalam mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia.
7. Justeru, saya yakin dan percaya bahawa PBU23 siri kedua ini mampu mencapai objektif dan matlamat penganjur menjadikan PBU23 sebagai platform terbaik untuk meneroka dan mempelopori ilmu-ilmu keusahawanan. Program ini juga dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan individu dalam menguruskan perniagaan sendiri serta mengukuhkan perniagaan seiring dengan keupayaan teknologi semasa. Para hadirin yang saya hormati sekalian,
8. Ke arah mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi landskap perniagaan di negara ini, SSM telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi mewujudkan kesedaran kepada komuniti perniagaan terhadap kepentingan pendaftaran perniagaan, strategi perniagaan dan kewangan, serta kaedah pemasaran digital dalam menjalankan perniagaan.
9. Antaranya adalah dengan menawarkan dan memberi galakan kepada golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa untuk mendaftarkan perniagaan secara percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang mengecualikan fi pendaftaran dan maklumat perniagaan.
10. Selain daripada itu juga, pada tahun ini SPPP telah diperluaskan kepada pasangan suami dan isteri usahawan B40 untuk menggalakkan isi rumah usahawan kumpulan tersebut menjadikan perniagaan sebagai salah satu sumber pendapatan dalam mendepani cabaran ekonomi masa kini. Sehingga 31 Julai 2023, jumlah pendaftaran SPPP adalah sebanyak 77,259.
11. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyeru agar semua peserta dapat mengambil peluang untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang dan inisiatif yang ditawarkan oleh SSM melalui program ini dengan mendaftarkan perniagaan Tuan/Puan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah sah di sisi undang-undang.
12. Memiliki entiti perniagaan yang sah adalah penting untuk memberikan keyakinan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan. Perniagaan yang sah juga membolehkan usahawan merebut pelbagai bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan.
13. Oleh itu, saya amat menggalakkan para peserta untuk menghadiri sesi-sesi bimbingan, perbincangan, dan sesi interaktif yang dijalankan dalam program ini dengan penuh perhatian dan memberikan sokongan antara satu sama lain. Para peserta boleh memanfaatkan peluang ini untuk bertanya soalan, berkongsi pengalaman, dan mempelajari strategi terbaik dalam menghadapi cabaran perniagaan.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
14. Saya amat berharap agar PBU23 siri kedua ini mampu menjadi pemangkin utama ke arah melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya pada masa hadapan.
15. Sekali lagi, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan yang terlibat serta seluruh tenaga warga kerja SSM atas penganjuran program ini. Tahniah juga diucapkan kepada Tuan/Puan yang menjayakan sesi PBU23 pada kali ini.
16. Akhir kata, sebelum menjalankan perniagaan, kita perlu pastikan perniagaan kita adalah berdaftar sesuai dengan tagline yang diperkenalkan iaitu ‘Perniagaan Anda Bermula di SSM’. Semoga PBU23 pada kali ini akan mendorong dan menjadi asbab perniagaan anda bertambah maju dan berjaya.
17. Dengan lafaz Bismillahi Rahmanirr Rahim, saya dengan ini merasmikan siri kedua Program Bimbingan Usahawan 2023 peringkat Negeri Selangor.
Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah, Wassalam mua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.
| 8/19/2023 | 2023 | Speeches | 19/08/2023 | | 87 | | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.
1. Syukur kehadrat Illahi, dengan izin dan kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul di Majlis Khidmat Bakti Mantan Pengerusi dan Anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada hari ini.
2. Terlebih dahulu, saya mewakili semua warga SSM ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam Hj Ahmad, YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof dan dif-dif jemputan yang diraikan kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama hadir ke majlis ini.
3. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga kerja SSM dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.
YBhg. Datuk Seri, Datuk-Datuk, Prof dan hadirin yang dihormati sekalian,
4. Seperti yang kita semua sedia maklum, majlis yang diadakan pada hari ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap jasa bakti mantan pengerusi-pengerusi SSM iaitu YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad dan YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof serta mantan anggota-anggota SSM iaitu YBhg. Datuk Selva Kumar, YBrs. Prof. Dr. Normah Hj. Omar yang tidak bersama kita pada hari ini, YBrs. Encik Shamshawal Azraai Ahmad, YBrs. Encik Tan Gim Tuan, dan YBrs. Encik Kilat Beriak.
5. Terima kasih diucapkan kepada khidmat bakti YBhg. Datuk Seri, Datuk-Datuk dan Prof kepada SSM. Sesungguhnya, sumbangan YBhg. Datuk Seri, Datuk-Datuk, Prof kepada SSM tidak ternilai dan amat dihargai.
YBhg. Datuk Seri, Datuk-Datuk, Prof dan hadirin yang dihormati sekalian,
6. Pada kesempatan ini juga, suka saya kongsikan fakta berkaitan tempoh perkhidmatan mantan pengerusi-pengerusi SSM yang kita raikan hari ini. Datuk Seri Haji Hasnol telah berkhidmat sebagai Pengerusi SSM dari 1 April 2020 hingga 13 April 2022. Manakala, Datuk Azman pula telah berkhidmat sebagai Pengerusi SSM dari tempoh 15 April 2022 sehingga 28 Februari 2023.
7. Seterusnya, YBhg. Datuk Selva Kumar pula telah berkhidmat bermula dari 15 Mac 2021 sehingga 28 Februari 2023 dan YBrs. Prof. Dr. Normah telah berkhidmat dengan SSM bermula 1 November 2020 sehingga 31 Oktober 2022. YBrs Encik Shamshawal pula telah berkhidmat dengan SSM bermula 17 April 2022 sehingga 28 Februari 2023, YBrs. Encik Tan Gim Tuan telah mula berkhidmat pada 24 Februari 2021 sehingga 23 Februari 2023 dan YBrs. Encik Kilat Beriak telah mula berkhidmat SSM dari 15 Mac 2022 sehingga 28 Februari 2023. Jadi, marilah kita semua ucapkan terima kasih kepada mereka atas semua khidmat bakti yang dicurahkan kepada SSM.
8. Saya difahamkan sepanjang tempoh kedua-dua mantan Pengerusi dan mantan anggota-anggota SSM berkhidmat, mereka sentiasa prihatin bahkan menyokong segala usaha SSM serta begitu banyak jasa, sumbangan, sokongan dan idea yang dicetuskan dalam pemurnian pelbagai cadangan polisi serta inisiatif yang dilaksanakan SSM terutama ketika pandemik COVID-19, ke arah membantu komuniti korporat bagi meneruskan kelangsungan perniagaan. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh mantan pengerusi-pengerusi dan mantan anggota-anggota SSM.
YBhg. Datuk Seri, Datuk-Datuk, Prof dan hadirin yang dihormati,
9. Sebagai pengerusi yang baharu, kita akan teruskan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh mantan-mantan pengerusi dan mantan-mantan anggota SSM.
10. Akhir kata, saya sekali lagi mewakili seluruh warga SSM mendoakan agar mantan pengerusi-pengerusi dan mantan anggota-anggota SSM terus mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan masing-masing. Semoga setiap langkah yang diambil dilimpahkan dengan rahmat dan keberkatan. Selamat maju jaya dan terima kasih kepada semua!
Akar Keladi Melilit Selasih, Selasih Tumbuh Dalam Taman, Junjungan Budi Sanjungan Kasih, Mesra Kenangan Sepanjang Zaman.
Sekian, terima kasih.
Wabilahi Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
| 8/7/2023 | 2023 | Speeches | 07/08/2023 | | 86 | | Bismillahirrahmanirrahim.
Terima Kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.
1. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan rahmatNya, pada petang ini kita diberi peluang untuk berkumpul bersama-sama dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi serta seluruh warga kerja KPT yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
3. KPDN melalui agensinya SSM, berperanan dalam mengawal selia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan, syarikat serta Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan tadbir urus korporat yang baik di negara ini.
4. KPDN dan SSM sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif dalam mengembangkan perniagaan agar bersesuaian dengan perubahan landskap ekonomi negara pada masa ini.
5. Seperti semua sedia maklum, negara telah melepasi tempoh sukar pandemik Covid-19 dari 2020 sehingga 2022 yang telah menyebabkan kesan negatif ekonomi dunia pada ketika itu.
6. Dalam memastikan ekonomi negara dapat bertahan dan pulih, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam membantu komuniti perniagaan berhadapan situasi sukar ini.
7. Lantaran daripada itu, SSM telah memperkenalkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) untuk membantu golongan usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftarkan perniagaan secara percuma.
8. SPPP yang pada mulanya dikenali sebagai Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) dan kemudian dijenamakan semula kepada SPPP pada 23 Disember 2020, bertujuan memberikan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada golongan usahawan kumpulan B40 dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa.
9. Kemudian pada Februari 2023, SPPP telah diperluaskan kepada pasangan suami dan isteri usahawan B40.
10. Sejak diperkenalkan sehingga 31 Julai 2023 sebanyak 77,259 perniagaan telah didaftarkan di bawah SPPP. Daripada jumlah ini sebanyak 33,299 perniagaan telah didaftarkan di bawah kategori pelajar IPT sepenuh masa.
Hadirin yang saya hormati,
11. Sejajar dengan peralihan masa, KPDN melalui SSM sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran perniagaan yang lestari dalam menawarkan pendaftaran percuma melalui penganjuran program-program keusahawanan seperti Program Usahawan Muda (PUM) yang di anjurkan dengan kerjasama institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara seperti Universiti Utara Malaysia (UUM), UNISZA, UiTM, Politeknik, Kolej Komuniti, IKBN, Giat MARA, UIA, Kolej Vokasional, dan lain-lain institusi.
12. PUM telah diperkenalkan sejak tahun 2021 sehingga Jun 2023, sebanyak 12 program telah dilaksanakan dan lebih 12,000 pelajar telah mengikuti program ini.
13. SSM juga turut memberi sumbangan Wakalah Zakat Korporat kepada pelajar Asnaf yang berminat menceburi perniagaan yang disampaikan semasa program berlangsung.
14. Justeru, melalui Majlis Menandatangani MoU pada hari ini, saya sangat berharap aktiviti kesedaran dan latihan dapat diperluaskan dan dipergiatkan bagi menyemarakkan daya niaga dan melahirkan lebih ramai usahawan dikalangan pelajar untuk menceburi bidang perniagaan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Hadirin sekalian,
15. Sejajar dengan nilai-nilai korporat SSM dalam memberi keutamaan terhadap perkhidmatan kepada orang awam serta pihak-pihak berkepentingan dari semasa ke semasa, SSM sentiasa komited dalam usaha untuk mengadaptasikan teknologi terkini bagi membantu usahawan membangunkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
16. Lanjutan itu, SSM telah memperkenalkan paparan Kod QR SSM BizTrust sebagai pengenalan identiti digital kepada entiti perniagaan yang berdaftar dengan SSM. Dengan adanya Kod QR SSM BizTrust ini, usahawan dapat mempamerkan kod QR tersebut di premis fizikal perniagaan atau secara dalam talian melalui laman sesawang dan platform media sosial untuk digunakan sebagai salah satu strategi perniagaan pemasaran terkini.
17. Selain daripada memudahkan pelanggan mengenalpasti kesahihan dan kewujudan sebuah entiti perniagaan, paparan Kod QR SSM BizTrust ini turut akan memberi keyakinan kepada pelanggan terhadap perniagaan usahawan berkenaan dan seterusnya mampu mengembangkan perniagaan mereka sebagai sebuah entiti perniagaan yang diperakui sah di sisi undang-undang.
18. Di samping itu, inisiatif ini mampu melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang matang serta beretika dalam berurus niaga dan diharapkan akan membantu mewujudkan persekitaran perniagaan yang dipercayai serta merancakkan pemulihan ekonomi domestik negara.
19. Pada kesempatan ini, sekali lagi saya bagi pihak KPDN ingin merakamkan sekalung tahniah kepada KPT dan SSM di atas usaha dan komitmen yang tinggi dalam penganjuran majlis pemeteraian MoU pada hari ini.
20. Dengan termeterainya MoU ini, saya berharap agar KPT dan SSM akan melaksanakan program-program yang telah dikenal pasti bagi memberi peluang kepada lebih ramai mahasiswa dan mahasiswi di seluruh negara untuk menceburi bidang keusahawanan di samping mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan mendaftarkan perniagaan dalam usaha membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif. Sekian, terima kasih.
Wabillahi taufik walhidayah, Wassalam mua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.
| 8/3/2023 | 2023 | Speeches | 03/08/2023 | | 85 | | Assalamualaikum W.B.T.,
Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Memandangkan SSM National Conference atau SSMNC2023 ini dihadiri juga oleh perserta dari luar negara, izinkan saya meneruskan ucapan dalam Bahasa Inggeris.
1. A very good morning to all distinguished guests, ladies and gentlemen. It is a great honour and privilege to speak to all of you today as we kick-start our conference this morning on the theme selected for SSMNC 2023 which is “Shared Responsibility in Strengthening Anti-Money Laundering/ Countering Financing of Terrorism Compliance: Risks, Challenges and Collaborations”.
2. Ladies and Gentlemen, SSMNC is renowned - as a flagship conference that centres around regulatory education and discourse on topics that are important and close to the hearts of Malaysian business community and corporate professionals.
3. “Shared Responsibility in Strengthening Anti-Money Laundering/ Countering Financing of Terrorism Compliance: Risks, Challenges and Collaborations” was chosen as the theme for 2023 SSMNC because it is apt and timely to have in-depth discourse about anti-money laundering and countering financing of terrorism as we continue to face a very challenging global environment in our fight against intensifying financial crimes as corporate entities with the concept of limited liability and separation of powers are constantly being used as vehicles to carry out illegal activities.
4. Ladies and gentlemen, SSM recognised that without doubt, fighting against this giant web of illicit and illegitimate financial misconduct alone would be an uphill task. These huge tasks would require coordinated efforts between multiple Regulatory bodies, the private sector, wide ranging industries and global network are prerequisites to achieve successful outcomes.
5. That brings me to the objectives of the theme selected for SSMNC2023 which includes to:
• reinforce that collaboration among regulators, law enforcement agencies and industry players in preventing and combating money laundering and terrorism financing is a shared responsibility; • strengthen compliance culture on anti-money laundering and countering financing of terrorism requirements among Designated Non-Financial Businesses and Professions (DNFBP); • to explore regulatory expectations, assess anti-money laundering and countering financing of terrorism risks, building controls and employing a risk-based approach; • SSMNC 2023 will also examine the latest international and domestic strategies and practical measures to combat bribery and corruption; and • And finally the objective is also to prepare Malaysia towards Financial Action Task Force (FATF)’s mutual evaluation which is scheduled to be carried out in 2024 to 2025.
6. I strongly believe the panel of experts and professionals we have lined up for the two-day conference will be able to share their insights and expertise in achieving the objectives of the SSMNC2023 especially in addressing the importance of a joint effort in fighting money laundering and financing of terrorism while providing a pathway towards the right direction to reinforce collaboration between key industry players.
Ladies and gentlemen,
7. I would like to take this opportunity to enlighten you with the efforts that SSM has undertaken over the years to reflect SSM’s commitment in these area.
8. As a regulatory body, SSM has always supported the national agenda in combatting money laundering and financing of terrorism. Being a member of the National Coordinating Committee to Counter Money Laundering (NCC), SSM joined the country’s efforts to strengthen regulatory legislation and combat organised crime through the reclassification of predicate offences under the Second Schedule of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLA), according to the FATF offence category. SSM is also a member of the National Anti-Financial Crime Centre (NFCC) Executive Committee which functions as a strategic and holistic platform at both national and international levels in dealing with financial crimes.
9. Ladies and gentlemen. In preparing towards FATF’s upcoming mutual evaluation, SSM has issued a Guideline For The Reporting Framework For Beneficial Ownership Of Legal Persons pursuant to section 20C of the Companies Commission of Malaysia Act 2001. The guideline, which was issued on 1 March 2020, aimed to assist legal persons to understand and comply with the requirements to obtain, keep and hold up-to-date Beneficial Ownership information, and to provide access in a timely manner for the purposes of Beneficial Ownership reporting framework pursuant to the Companies Act 2016 and Limited Liabilities Partnerships Act 2012 that SSM administer. To allow swift updating of information to the Registrar SSM is currently digitalising the processes and we look forward to deliver end-to-end electronic services for lodgement and updating of BO information at our registry.
10. We are also issuing a consultative paper to propose further amendments to the Companies Act 2016 in strengthening the reporting framework and transparency on Beneficial Ownership based on the latest Recommendation No.24 of FATF (which we are going to share in Plenary 8 of this Conference).
11. Ladies and gentlemen, our commitment in this area is also reflected by the execution of the Terms of Collaboration between SSM and Bank Negara Malaysia (BNM) last year to strengthen our collaboration in the regulation and supervision of anti-money laundering, countering financing of terrorism and targeted financial sanctions (TFS). The Terms of Collaboration set out the respective regulatory and supervisory responsibilities of SSM and BNM in the regulation and supervision of company secretaries and trust companies. It also provides a more structured approach to assess money laundering and terrorism financing risks in these two sectors, as well as to promote institutional capacity building in these areas.
12. SSM will continue and strive to assist company secretaries as Reporting Institutions to comply with BNM’s Anti-Money Laundering, Countering Financing of Terrorism and Targeted Financial Sanctions for Designated Non-Financial Businesses and Professions. As clearly stated under the AMLA Guidelines, reporting institutions are required to take the necessary steps to prevent money laundering and terrorism financing by having a system in place including ensuring compliance with laws, co-operation with law enforcement agencies and establishing internal controls that are consistent with the principles set out under the AMLA.
13. I sincerely hope this conference will help you understand and formulate a perfect system in striding towards the direction of compliance and control in support of the National fight against financial crime. Ladies and gentlemen, Thank you once again for being part of this conference.
14. Before I end my speech, I would like to thank SSM’s dedicated organising team for making SSM National Conference 2023 a success.
15. Last but not least, I wish all of you will gain invaluable knowledge and a fruitful/successful conference. Thank you for your attention and Assalamulaikum WBT.
| 7/25/2023 | 2023 | Speeches | 25/07/2023 | | 84 | | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang saya ucapkan kepada SSM National Conference 2023 yang membawa tema “Shared Responsibility in Strengthening Anti-Money Laundering/ Countering Financing of Terrorism Compliance: Risks, Challenges and Collaborations”.
Izinkan saya untuk meneruskan ucapan ini dalam Bahasa Inggeris.
1. First and foremost, it gives me great pleasure to welcome all of you today.
2. I would also like to thank Bank Negara Malaysia (BNM) as a supporting regulatory body for this event as well as Malaysian Institute of Accountants (MIA) and The Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA) for their role as supporting professional bodies. Thank you too to all the exhibitors who joined us today to make this conference eventful.
3. SSM National Conference needs no introduction among the corporate community as the conference has made its mark as a flagship regulatory education, earnest discourse, and networking platform for business and corporate professionals. Each year, the conference strives to highlight pressing and significant topics that serves as an educational platform to empower the corporate sector.
4. I am happy to announce that this 12th SSM National Conference has recorded a record-breaking figure with the participation of over 3,000 delegates! Thank you everyone for your continued support and interest in our Conference!
Respected delegates, ladies and gentlemen,
5. For this year’s conference, SSM has carefully selected a panel of experts with a wealth of expertise and experience in their respective fields to share important insights with you.
6. SSMNC2023 consists of 11 significant plenary sessions that is set to explore topics close to the selected theme, “Shared Responsibility in Strengthening Anti-Money Laundering/ Countering Financing of Terrorism Compliance: Risks, Challenges and Collaborations”
7. Among the topics that will be highlighted in SSMNC2023 are "Preventing Money Laundering and Terrorism Financing- Malaysia’s Risk Map” which will discuss the key findings and recommendations of the National Risk Assessment 2020 (NRA 2020) and FATF Mutual evaluation of Malaysia in 2024 – 2025.
8. Delegates could also look forward to interesting discourse on plenary topics such as “Be Scam Aware”, “Prevention and Good Practice in NPO Sector against Money Laundering & Terrorism Financing”, “Strengthening the Reporting Transparency on Beneficial Ownership in Malaysia”, “Enhancement to the Corporate Rehabilitation Framework’ and “SSM Talks”.
Respected delegates, ladies and gentlemen,
9. I hope all the plenary sessions will provide new perspectives and prepare the corporate community to face the challenges in tackling anti-money laundering and countering financing of terrorism.
10. With that, I sincerely hope that SSMNC2023 would provide valuable knowledge to respond to the latest risk environment.
11. Thank you once again for being part of this conference. Assalamulaikum WBT.
| 7/25/2023 | 2023 | Speeches | 25/07/2023 | | 83 | | Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.
Untuk meneruskan ucapan ini, izinkan saya berucap dalam Bahasa Inggeris.
1. It gives me great pleasure to welcome all of you to SSM National Conference 2023, also known as SSMNC2023. As we are all aware, SSMNC is a renowned conference that has made its mark as a signature regulatory education and networking platform for corporate professionals. Thriving into its 12th year as one of the leading conferences in this country, this year’s conference has attracted 3,000 participants. Congratulations to SSM for organising a successful conference that provides unique opportunity to participants and never fails to attract a large segment of the corporate community including company directors, company secretaries, Accountants, Auditors, Lawyers, Regulators, Academicians and other corporate practitioners.
Distinguished guests, ladies and gentlemen,
2. The theme chosen for this year’s conference is “Shared Responsibility in Strengthening Anti-Money Laundering/ Countering Financing of Terrorism Compliance: Risks, Challenges and Collaborations”. I strongly believe that it is high time for us, as a nation to address the emerging threats and trends posed by money laundering and terrorism financing as geopolitical events and new legislation have substantially changed views, outlook as well as business conduct.
3. Our nation has been steadfast in the efforts to combat financial crime and has paved the way to develop initiatives in favour of tackling the issue since the early 2000s. Over the years, we have enhanced our law, regulation, supervision, preventive measures, and enforcement to respond to the latest risk environment as well as to be in line with international standards and best practices.
4. The Malaysian government enacted the Anti-Money Laundering Act (AMLA) in 2001 to combat the mounting threat of money laundering. In an effort to strengthen the act, it was amended several times and was later known as Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2014.
5. Apart from introducing and reviewing the legal framework in making Malaysia’s fight against money laundering and terrorism financing a priority, the nation also became a member of the Financial Action Task Force (FATF), a watchdog that sets international standards to prevent financial crime in 2016.
6. As we are all aware, the FATF has established 40 recommendations to help countries tackle illicit financial activities. In 2015, the FATF completed a joint assessment on Malaysia. The assessment found that our nation has a robust legal anti-money laundering and countering financing of terrorism framework with generally well-developed and implemented policies. Following the evaluation, Malaysia worked to develop an action plan for addressing issues identified during the evaluation. Based on the commitment shown through the action plan, FATF membership was granted to Malaysia in 2016 and its progress was monitored through enhanced follow-ups.
7. To date, Malaysia is compliant on 20 FATF recommendations, largely compliant on 18 and partially compliant on two. This compliance not only shows Malaysia’s seriousness in tackling financial crime, but it also proves our commitment and dedication towards eradicating illicit financial activities.
Distinguished guests, ladies and gentlemen,
8. That being said however, our efforts in protecting the integrity of the financial system are an arduous and continuous process that requires joint effort from various parties including public bodies as well as the private sector, supported by interconnected anti-money laundering and countering terrorism of financing global network. We need to level up our strategy and partner with various parties so that we can be more inclusive in our fight against money laundering and terrorism financing.
9. I believe this conference is a step in the right direction towards facing the challenges in fighting financial crime as a shared responsibility while preparing Malaysia towards FATF’s mutual evaluation in 2024 to 2025. It is my greatest wish to see Malaysia comply with all 40 recommendations of FATF to protect our financial system and ultimately steer towards becoming a safer nation for our future generation.
Distinguished guests, ladies and gentlemen,
10. Given the involvement of company secretaries in establishing and managing legal persons, the services they provide are vulnerable to exploitation by criminals and other professional arbitrators involved in the schemes designed to obscure beneficial ownership and veil the actual owner of the company.
11. As a supervisory body overseeing company secretaries to comply with Bank Negara Malaysia’s Anti-Money Laundering, Countering Financing of Terrorism and Targeted Financial Sanctions for Designated Non-Financial Businesses and Professions, SSM has gone to great lengths to ensure clear understanding of their roles and responsibilities as reporting institutions as well as to protect themselves from being abused by implementing the anti-money laundering and countering terrorism of financing obligations.
12. This includes among others the issuance of a joint reference note with Bank Negara Malaysia (BNM), entitled ‘Requirements of BNM and SSM on Beneficial Ownership of Legal Persons’ to provide greater clarity on the similarities and differences between the obligations of company secretaries on the requirements relating to beneficial ownership of legal persons.
13. I am proud to say that as a statutory body and an agency under my ministry, the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN), SSM has put in tremendous efforts to do this and more, when it comes to protecting reporting institutions from being misused for financial crime. Kudos to SSM for this continuous effort and also for organising SSMNC2023!
14. Last but not least, it is my wish that SSMNC2023 will benefit the corporate and business sectors to improve compliance to anti-money laundering and terrorism financing regulations while fostering greater collaboration to collectively address financial crime threats. At the same time, I believe all delegates will take advantage of the new knowledge and insights discussed in this conference and apply it towards benefitting your respective corporate practices.
15. On that note, ladies, and gentlemen, it gives me great honour to officiate this event.
Dengan lafaz, Bismillahirrahmannirahim, I hereby declare the virtual SSM National Conference 2023 open.
Assalamu’alaikum wbt. and Thank you.
| 7/25/2023 | 2023 | Speeches | 25/07/2023 | | 82 | | Terima kasih saudara/ saudari pengacara majlis.
Yang dihormati,
YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Anggota-anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Agensi
Timbalan-Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian, SSM dan Agensi
Wakil-wakil dari badan-badan yang diiktiraf, setiausaha-setiausaha syarikat
YBhg. Datuk-datuk/ Datin-datin
Wakil-wakil Media
Warga SSM serta para hadirin yang saya hormati sekalian
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan salam sejahtera.
1. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT atas keizinan-Nya, dapat kita bersama-sama berhimpun bagi menjayakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM) yang Ke-21 pada hari ini yang membawa tema “Semarak Daya Niaga”.
2. Terlebih dahulu, saya mewakili Anggota SSM dan seluruh warga kerja SSM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri KPDN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan dif-dif jemputan lain kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kami bagi menyempurnakan pelancaran majlis pada hari ini. Sesungguhnya kami sangat mengalu-alukan kehadiran YB Senator dan semua hadirin sekalian.
YB Senator dan hadirin yang saya hormati sekalian.
3. Sebagai sebuah badan berkanun yang berfungsi sebagai agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam, SSM sentiasa teguh menyokong aspirasi Kerajaan untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif bagi negara agar menjadi destinasi perniagaan terpilih di rantau ini serta meningkatkan mutu perkhidmatan awam yang berfokuskan rakyat.
4. Selaras dengan itu, dalam tempoh 21 tahun sejak penubuhannya pada 16 April 2002, SSM cekal melaksanakan fungsi dan mandat yang diberi, melalui pelbagai transformasi untuk membina landskap perniagaan yang moden di negara ini setanding dengan negara-negara maju, terutamanya bagi memudah cara sistem penyampaian perkhidmatan kepada komuniti perniagaan dan korporat tempatan.
5. Landskap perniagaan negara kini telah melalui evolusi yang diperkasakan menerusi pengenalan pelbagai produk dan perkhidmatan SSM yang baharu berasaskan digital, perkhidmatan yang mesra pengguna serta disokong oleh perundangan yang moden. SSM juga sentiasa komited dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan menyediakan persekitaran perniagaan yang mampan bersesuaian dengan Teras Strategik Ke-4 SSM iaitu ‘Menyediakan Persekitaran Perniagaan yang Dipercayai.’
6. Hasilnya, hampir kesemua perkhidmatan SSM boleh dilakukan di hujung jari sahaja kerana telah melalui fasa pendigitalan melalui pengenalan platform dalam talian seperti EzBiz Online, MyLLP, MyCoID, MBRS serta pembangunan pelbagai sistem sokongan bagi melaksanakan operasi dalaman.
7. Ini terbukti dengan jumlah perniagaan dan syarikat yang berdaftar dengan SSM yang kian meningkat saban tahun. Sehingga Mac 2023, sebanyak 8.9 juta perniagaan telah berdaftar dengan SSM dan 1.5 juta syarikat telah diperbadankan dengan SSM. Bagi PLT pula, sebanyak 34,757 PLT telah didaftarkan dengan SSM. Jumlah ini menunjukkan peningkatan yang ketara dalam tempoh lima tahun iaitu sebanyak 22% atau 1.6 juta perniagaan, 15% atau 186,323 syarikat dan 77% atau 15,125 PLT.
8. Alhamdulillah, usahawan tempatan juga kini semakin sedar mengenai kepentingan mendaftarkan perniagaan yang membolehkan perniagaan mereka terus berkembang maju. Saya berharap pihak-pihak yang berkepentingan di negara ini terus berganding bahu bersama SSM untuk mengalakkan komuniti niaga di seluruh negara mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM.
YB Senator dan hadirin yang saya hormati sekalian.
9. Dalam aspek penguatkuasaan dan kawalselia pula, selain kaedah konvensyenal melaksanakan pemeriksaan secara fizikal, SSM telah membangunkan kaedah pengawalseliaan secara digital melalui data yang diserahsimpan oleh entiti perniagaan dan korporat, selain dari berpegang kepada falsafah penguatkuasaan melalui pendidikan dengan pendekatan penguatkuasaan seimbang.
10. Dalam konteks ini, SSM melaksanakan tindakan pendakwaan ke Mahkamah dengan konsisten, selain berpegang kepada falsafah bahawa pendidikan juga adalah pendekatan terbaik bagi memperlengkapkan inisiatif penguatkuasaan terutamanya bagi mencapai pematuhan secara sukarela di mana kita dapat melihat kadar pematuhan yang meningkat dengan sangat ketara daripada hanya 44% pada tahun 2003 di awal penubuhan SSM kepada 93% pada tahun 2022. Transformasi ini telah dapat dicapai apabila komuniti perniagaan dan korporat memahami dengan jelas tugas dan tanggungjawab masing-masing di bawah perundangan yang ditadbir oleh SSM.
11. Lebih membanggakan, ialah kadar pematuhan ini kekal pada tahap 90% ke atas sejak tahun 2011 hingga kini. Ini membuktikan bahawa kaedah penguatkuasaan seimbang telah diterima dengan baik oleh komuniti korporat di negara ini. Bagi tujuan ini, SSM akan terus berusaha meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan pendidikan untuk mengekalkan pencapaian di atas 90% pada masa hadapan.
YB Senator dan hadirin yang saya hormati sekalian.
12. Di kesempatan ini, saya juga ingin berkongsi mengenai lapan inisiatif SSM pada tahun 2023, dalam membantu pemulihan ekonomi negara pasca pandemik COVID-19.
13. Seperti yang semua sedia maklum, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, telah mengumumkan tiga daripada inisiatif tersebut pada 10 Januari lalu. Inisiatif pertama melibatkan pengurangan kompaun sebanyak 90% daripada nilai asal ke atas syarikat yang berstatus ‘dissolved’ di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016. Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan pengarah dan syarikat yang telah tutup.
14. Bagi inisiatif kedua, SSM memperkenalkan pengurangan kompaun sebanyak 90% daripada nilai asal kompaun bagi semua kesalahan lazim di bawah Akta Syarikat 2016. Pengurangan kompaun diberikan kepada syarikat selepas pematuhan terhadap kegagalan atau kesalahan diambil tindakan oleh pihak syarikat. Pelaksanaan inisiatif baharu ini diharap dapat membantu komuniti korporat untuk meneruskan perniagaan di dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.
15. Bagi inisiatif ketiga, SSM meneruskan pengurangan kompaun sebanyak 90% daripada nilai asal kompaun bagi semua kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan data yang disimpan berhubung entiti syarikat di dalam pendaftaran SSM adalah terkini dan juga bagi mendorong syarikat mematuhi amalan tadbir urus terbaik khususnya serah simpan Penyata Kewangan serta maklumat terkini di SSM. Di samping itu, ia juga meringankan beban kewangan syarikat-syarikat ke arah pemulihan ekonomi negara dalam fasa peralihan ke endemik.
16. Selain itu, SSM juga telah meneruskan lima lagi inisiatif sedia ada dengan beberapa penambahbaikan.
17. Antaranya, SSM telah melanjutkan tempoh masa pendaftaran SSM BizTrust secara percuma sehingga 31 Disember 2023 dan memperluaskan penggunaan Kod QR SSM BizTrust kepada entiti PLT berdaftar yang boleh diperolehi secara automatik.
18. SSM meneruskan pelaksanaan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) untuk menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa. Pada tahun 2023, syarat SPPP diperluaskan kepada pasangan suami dan isteri usahawan B40 untuk menggalakkan isi rumah usahawan kumpulan tersebut menjadikan perniagaan sebagai salah satu sumber pendapatan dalam mendepani cabaran ekonomi masa kini.
19. Seterusnya, SSM meneruskan pelaksanaan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) yang menyediakan pendaftaran dan pembaharuan perniagaan secara percuma. Selain daripada itu, SSM telah meneruskan cadangan pindaan bagi menambahbaik peruntukan-peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016 berkaitan mekanisma penyelamat korporat dan skim kompromi atau perkiraan dan akhir sekali, SSM meneruskan cadangan untuk memperkenalkan peruntukan-peruntukan berkaitan mekanisma penyelamat korporat di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.
20. Saya berharap inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini dapat membantu ke arah pemulihan ekonomi negara sejajar dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan.
YB Senator dan hadirin yang saya hormati sekalian.
21. Tatkala SSM sedang mara ke hadapan seiring dengan visi untuk menjadi pendaftar dan pengawal selia korporat terulung, kami di SSM ini sedar bahawa perjalanan masa hadapan masih penuh dengan cabaran dan ujian yang perlu dihadapi.
22. Adalah menjadi harapan saya agar semangat kerjasama dan kesepakatan yang menjadi teras kekuatan warga SSM akan diteruskan pada masa hadapan supaya SSM dapat mencapai sasaran yang lebih cemerlang.
23. Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih sekali lagi kepada YB Senator, dif-dif jemputan dan pihak berkepentingan atas sokongan, pandangan, kolaborasi dan kerjasama berterusan.
24. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua warga kerja SSM sedia ada yang sentiasa berkhidmat dan menabur bakti dengan gigih, komited dan penuh dedikasi demi mendukung mandat yang diamanahkan. Selamat menyambut Ulang Tahun SSM yang Ke-21. Tahniah SSM!
25. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya untuk berkongsi satu rangkap pantun.
Baju kurung lambang kebangsaan, Manis dipakai si anak dara, Lebih dua dekad membina kejayaan, Usaha perjuangan SSM bersama.
Wabillahi taufik walhidayah, Wassalammua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
| 4/13/2023 | 2023 | | 13/04/2023 | | 81 | | Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih saudara Pengacara Majlis.
Yang saya hormati, YBhg. Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional;
YBrs. Encik Amir Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perkhidmatan Korporat SSM merangkap Pengerusi JPZCSR SSM;
Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional;
YBrs. Encik Farid Ahmad, Pengarah Bahagian Strategi dan Komunikasi Korporat SSM merangkap Timbalan Pengerusi JPZCSR SSM;
Ahli-ahli Jawatankuasa JPZCSR SSM;
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian;
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
1. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah perkenan-Nya jua, dapat kita sama-sama berkumpul di dewan yang indah ini di Program Skim Bantuan Asnafpreneur TEKUN-SSM pada petang yang diberkati ini.
2. Awal sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada CEO dan Pengarah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang sudi bekerjasama dengan SSM melalui Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) SSM bagi menjayakan majlis pada hari ini.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
3. InshaAllah, bayak lagi program yang boleh SSM berkolaborasi dengan Tekun di pada mada hadapan. Untuk makluman semua, majlis ini merupakan jalinan strategik di antara TEKUN Nasional dan SSM bagi melaksanakan Skim Bantuan Asnafpreneur TEKUN-SSM dalam usaha untuk membantu usahawan yang terkesan bagi membangunkan semula perniagaan dengan lebih sistematik dengan memperkasa golongan usahawan berstatus B40 atau asnaf.
4. Kami di SSM amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak TEKUN Nasional dalam merealisasikan hasrat murni ini.
5. Seperti yang disebutkan tadi, SSM merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab mengawal selia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan negara, SSM sentiasa komited menjalankan fungsi dan peranannya dalam memperkasa komuniti perniagaan melalui sistem penyampaian perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
6. Selari menjalankan tugas dan tanggungjawab lain, SSM juga sentiasa peka dan prihatin terhadap nasib golongan usahawan yang terpinggir serta kurang berkemampuan dan beriltizam untuk menyantuni golongan yang memerlukan, terutamanya usahawan asnaf.
7. Bagi mencapai objektif tersebut, pelbagai inisiatif dilaksanakan melalui agihan Wakalah Zakat Korporat (WZK) SSM yang diterima dari pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) hasil dari pembayaran zakat perniagaan tahunan SSM. Pengurusan agihan dana WZK dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM diuruskan oleh JPZCSR SSM yang bertanggungjawab untuk mengurus, mempertimbang dan merancang program atau aktiviti termasuk berkolaborasi dengan mana-mana agensi, institusi atau persatuan dalam mengagihkan Wakalah Zakat Korporat dan peruntukan CSR mengikut garis panduan yang ditetapkan.
8. Melalui JPZCSR juga, SSM mengagihkan peruntukan WZK kepada beberapa golongan asnaf seperti asnaf fakir, miskin, muallaf, al-riqab, al-gharimin, ibnu sabil dan fisabilillah seperti anak-anak yatim, rumah-rumah tahfiz, masjid, surau, pertubuhan dan pelbagai dalam golongan tersebut.
9. Sekadar perkongsian bersama, bermula tahun 2014 sehingga 2021, SSM telah melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat perniagaan yang keseluruhannya berjumlah RM92 juta. Daripada jumlah tersebut, SSM telah mengagihkan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM38 juta. Pada tahun 2022 sahaja, SSM telah mengagihkan sebanyak RM7.7 juta Wakalah Zakat Korporat kepada golongan asnaf yang layak, manakala bagi aktiviti CSR, SSM telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM865 ribu kepada golongan yang telah dikenalpasti memerlukan bantuan dan sokongan.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
10. Seperti yang dinyatakan oleh YBhg. Dato’ Adam Abd Ghani tadi, pada majlis hari ini, SSM akan menyampaikan sumbangan Skim Bantuan Asnafpreneur TEKUN-SSM kepada 100 orang usahawan. Jumlah dana yang akan disampaikan adalah berbentuk bantuan modal perniagaan tambahan iaitu geran sebanyak RM2,000 setiap seorang secara one-off dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM200,000. SSM juga akan membantu golongan usahawan ini dalam mendaftarkan perniagaan secara percuma di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) dan memberi pendedahan dalam bidang perniagaan melalui Program Bimbingan Usahawan SSM atau taklimat-taklimat yang berkaitan yang akan disampaikan oleh pegawai-pegawai SSM.
11. Bagi pihak SSM, kami amat berharap agar usahawan asnaf yang dibantu melalui kerjasama strategik ini dapat memanfaatkan bantuan yang disampaikan dalam memastikan perniagaan yang diceburi terus maju dan berdaya saing di samping memastikan perniagaan yang dijalankan berdaftar secara sah di sisi undang-undang.
12. Saya juga yakin dan percaya bahawa kesepakatan antara TEKUN dan SSM dalam majlis ini mampu mencapai objektif dan matlamat kerjasama seperti yang diharapkan serta menyumbang ke arah pembangunan usahawan negara. Tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha kerjasama ini!
13. Terima kasih kepada TEKUN. Akhir kata, saya ucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua usahawan yang menerima bantuan ini. Teruskan usaha dan jangan mudah berputus asa! Semoga perniagaan yang anda ceburi terus sukses dan cemerlang serta lestari dengan bantuan yang diberikan.
Sekian, Wabillahi taufik walhidayah, Wassalam mua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.
| 2/28/2023 | 2023 | | 28/02/2023 | | 80 | | Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Terima kasih saudara Pengacara Majlis. Yang saya hormati,
Anggota-anggota Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM); Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SSM; Ketua-ketua Jabatan dan Agensi;
Pengarah-pengarah Bahagian SSM;
Para pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Kolej Profesional Baitulmal,
Rakan-rakan strategik,
Sahabat-sahabat media,
Warga kerja SSM;
Serta para hadirin yang saya hormati sekalian.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, kita dapat bersama-sama meraikan Majlis Pelancaran SSM BizDay 2022 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) buat julung kalinya.
2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada urusetia penganjuran Majlis Pelancaran SSM BizDay 2022 di atas kejayaan menganjurkan program ini.
3. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para pelajar dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Kolej Profesional Baitulmal yang bersama-sama kita pada hari ini bagi menjayakan Majlis Pelancaran SSM BizDay 2022. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan strategik SSM iaitu Credit Bureau Malaysia, CTOS Malaysia, UniKL dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang turut menyertai program ini sebagai pempamer. Saya berharap jalinan kerjasama dan kolaborasi sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
4. Sejak dua dekad yang lalu, SSM telah menjalankan fungsi dan peranannya dalam memperkasa komuniti perniagaan serta membangunkan pelbagai transformasi untuk membina persekitaran perniagaan yang kondusif di negara ini.
5. Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, SSM telah memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang mesra pengguna di mana hampir kesemua perkhidmatannya telah melalui fasa pendigitalan. Platform-platform dalam talian seperti EzBiz Online, MyLLP, MyCoID, MBRS dan portal Xcess telah dibangunkan bagi memudahkan pelanggan yang ingin menjalankan transaksi dengan SSM. 6. Selari dengan itu, penganjuran program SSM BizDay 2022 pada hari ini bertujuan untuk memperkenalkan produk, perkhidmatan serta inisiatif SSM kepada komuniti usahawan, di samping menggalakkan usahawan mendaftar perniagaan. Ini amat bertepatan dengan tema yang dipilih iaitu “Pelanggan Kami, Keutamaan Kami" yang mencerminkan kepekaan SSM dalam memberi keutamaan kepada keperluan pelanggan. 7. Antara pengisian program pada hari ini termasuk aktiviti memberi kesedaran keperluan pendaftaran dan formalisasi atau pendaftaran entiti perniagaan, menyampaikan taklimat berkaitan manfaat yang diperolehi oleh usahawan dan juga awam yang bertransaksi yang sah di sisi undang-undang, memberi penerangan tentang produk dan perkhidmatan, serta merancakkan lagi jalinan rangkaian kerjasama bersama rakan-rakan strategik yang berpotensi dan sedia ada. 8. Di samping itu, bagi memeriahkan lagi sambutan Majlis Pelancaran SSM BizDay 2022, pelbagai aktiviti pentas akan diadakan sepanjang hari ini termasuk kuiz, cabutan bertuah serta chat bersama selebriti yang bergelar usahawan seperti Tomok, Linda Onn dan Lan Solo.
9. Istimewa pada hari ini juga, kaunter pendaftaran perniagaan akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam untuk memudahcara urusan pendaftaran perniagaan, selari dengan tekad dan iltizam SSM untuk membantu seramai mungkin usahawan mendaftarkan perniagaan.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
10. Pada kesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai produk-produk dan perkhidmatan utama SSM untuk manfaat bersama. Untuk makluman semua, melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang diperkenalkan SSM, usahawan dari kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa boleh menceburi bidang perniagaan dengan mendaftarkan perniagaan dengan SSM secara percuma. Melalui inisiatif ini, sebanyak 47,095 perniagaan telah berjaya didaftarkan sehingga 30 November 2022.
11. Selain itu, SSM juga menawarkan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) kepada golongan OKU bagi mereka mendaftar perniagaan baharu dan memperbaharui pendaftaran perniagaan secara percuma. Skim ini bertujuan memberi galakan kepada golongan istimewa ini untuk menyertai bidang perniagaan secara sah di sisi undang-undang. Melalui inisiatif ini, sebanyak 15,686 perniagaan telah didaftarkan sehingga 30 November 2022.
12. Melalui produk SSM BizTrust pula, SSM mendukung hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran perniagaan dalam talian yang beretika dan dipercayai. SSM BizTrust ditawarkan kepada perniagaan yang berdaftar dengan SSM secara percuma sebagai business starter kit berbentuk kod QR yang berfungsi sebagai pengesahan identiti digital serta semakan maklumat entiti perniagaan. Sehingga 30 November 2022, sebanyak 1,670,427 entiti perniagaan telah berdaftar dengan SSM BizTrust. 13. Untuk makluman semua juga, SSM akan memperkenalkan Katalog Produk SSM bersempena SSM BizDay 2022 pada hari ini. Katalog Produk SSM yang akan dilancarkan ini merupakan satu lagi usaha SSM dalam menyediakan platform bagi menyalurkan maklumat mengenai pelbagai produk, perkhidmatan dan inisiatif-inisiatif SSM.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
14. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada komuniti usahawan untuk memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh SSM kerana ia dapat membantu anda menjalankan transaksi dengan SSM berkenaan entiti perniagaan dengan lancar dan seterusnya membolehkan anda memberi fokus terhadap usaha-usaha membangunkan perniagaan. 15. InsyaAllah pada tahun hadapan, kesinambungan Majlis Pelancaran SSM Bizday 2022 ini akan diteruskan dengan program berciri sama bertujuan untuk memberi pendidikan berterusan kepada komuniti usahawan.
16. Memandangkan program Majlis Pelancaran SSM Bizday 2022 akan dianjurkan sehingga jam 10 malam, jangan lupa menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan anda untuk turut serta memeriahkan majlis sambil mendapatkan maklumat berhubung produk dan perkhidmatan yang ditawarkan SSM.
17. Akhir kata, izinkan saya untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada urusetia penganjuran Majlis Pelancaran SSM BizDay 2022. Kepada komuniti perniagaan yang hadir pada hari ini, saya doakan kejayaan terhadap apa jua usaha niaga yang sedang anda usahakan. 18. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya melancarkan SSM BizDay 2022!
Sekian,
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
| 12/17/2022 | 2022 | | 17/12/2022 | | 79 | | Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis.
YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),
YB Datuk Abdullah Haji Saidol, Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak, (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Merangkap Mantan Anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
YBrs. Encik Kilat Beriak Anggota SSM,
YBrs. Encik Tan Kee Heng Mantan Anggota SSM,
YBrs. Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah-pengarah Bahagian SSM,
Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri,
Wakil-wakil dari badan-badan yang diiktiraf Prescribed Bodies,
Wakil-wakil Media,
Warga SSM serta para hadirin yang saya hormati sekalian.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
1. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT atas keizinan-Nya, dapat kita bersama-sama berhimpun pada pagi ini di dalam satu lagi majlis yang bersejarah kepada SSM iaitu Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Baharu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Sarawak.
2. Terlebih dahulu saya mewakili semua warga SSM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan dif-dif jemputan kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kami memenuhi jemputan ke majlis ini.
3. Kehadiran YB Dato Sri jelas menunjukkan komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap SSM, selaku sebuah agensi di bawah KPDNHEP, iaitu Kementerian yang diterajui oleh YB Dato Sri sendiri. Kehadiran ramai tetamu untuk turut serta di dalam majlis ini juga menunjukkan YB Dato Sri adalah seorang pemimpin masyarakat yang sangat disenangi di Negeri Sarawak ini dan khususnya warga kerja SSM sendiri. Sesungguhnya kami semua amat bertuah dan mengalu-alukan kehadiran YB Dato Sri dan semua hadirin sekelian.
4. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga kerja SSM dan semua pihak yang terlibat bertungkus lumus memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.
5. Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak penghujung 2019 telah menyebabkan SSM menangguhkan majlis perasmian bangunan baharu ini. Kini, di kala negara bergerak ke fasa endemik dan aktiviti pemulihan ekonomi sedang giat berlangsung, majlis perasmian bangunan pejabat baharu SSM Sarawak ini dapat dilaksanakan pada pagi yang bersejarah ini.
YB Dato Sri dan hadirin yang saya hormati sekalian.
6. Untuk makluman semua, Pejabat Pendaftar Syarikat di Sarawak mula beroperasi pada tahun 1967 di Electra House Kuching dan telah berpindah ke Bangunan Bank Negara pada tahun 1978. Seterusnya, pada April 2004, SSM telah berpindah ke Bangunan Sultan Iskandar, Simpang Tiga sebelum berpindah lagi ke Wisma Sarawak Timber Association (STA). Pada 7 Ogos 2017, SSM Sarawak telah berpindah masuk ke bangunan yang serba moden ini, yang terletak di City Square, Jalan Pending. Bangunan berkeluasan 49 ribu kaki persegi ini, menjadi kebangaan semua warga SSM yang kini tidak perlu lagi menyewa bagi menawarkan perkhidmatan terbaik kepada komuniti niaga di Negeri Sarawak.
7. Selain bangunan ini, SSM turut memiliki bangunan sendiri di ibu pejabat iaitu bangunan Menara SSM@Sentral selain bangunan sendiri yang menempatkan SSM Perak, SSM Miri dan SSM Melaka. Manakala, di negeri dan cawangan yang lain di seluruh negara, SSM beroperasi di premis-premis yang disewa.
8. Dengan kekuatan seramai 26 orang pekerja, Pejabat SSM Negeri Sarawak ini menawarkan perkhidmatan di 3 daripada 9 tingkat bangunan ini. Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput pihak-pihak yang berminat untuk menjalankan operasi dengan menyewa beberapa tingkat di bangunan ini.
9. Bangunan ini dilengkapi dengan prasarana dan infrastrustur yang terkini serta ditambah dengan kedudukan pejabat yang terletak di kawasan yang strategik di mana ia memudahkan akses orang ramai untuk keluar masuk ke lokasi ini.
YB Dato Sri dan hadirin yang saya hormati sekalian.
10. Sehingga 31 Oktober 2022, sebanyak 94,229 syarikat dan 3,158 PLT di Sarawak telah berdaftar dengan SSM. Bagi entiti Syarikat, angka ini menunjukkan peningkatan lebih 100 peratus jika dibandingkan dengan lima tahun sebelumnya di mana 46,628 syarikat diperbadankan manakala bagi PLT pula, peningkatan yang direkodkan adalah lebih 175 peratus berbanding hanya 1,146 PLT yang didaftarkan lima tahun yang lalu. Syabas kepada komuniti perniagaan dan korporat Sarawak!
11. Sebagai negeri yang terbesar di Malaysia, saya yakin angka ini akan bertambah dengan lebih pesat lagi pada masa hadapan.
12. Seperti yang kita semua sedia maklum, pada ketika ini, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang dikuatkuasakan SSM tidak terpakai di Sarawak dan Sabah kerana pendaftaran perniagaan di dua negeri ini terletak di bawah ordinan undang-undang di dalam bidang kuasa negeri masing-masing.
13. Sementara itu, usahawan-usahawan masih boleh mendaftarkan perniagaan dengan pihak-pihak berkuasa tempatan di Sarawak atau mendaftarkan entiti perniagaan mereka di bawah Akta Syarikat 2016 atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang dikawal selia SSM.
YB Dato Sri dan hadirin yang saya hormati sekalian.
14. Dengan siapnya bangunan baharu ini, warga SSM komited untuk terus meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kami kepada semua pelanggan SSM amnya dan komuniti niaga di Negeri Sarawak khasnya. SSM akan terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi bagi mencapai sasaran dan aspirasi yang disasarkan Kerajaan Negeri Sarawak dan negara.
15. Akhir kata, saya mewakili seluruh warga kerja SSM mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato Sri, atas kesudian untuk hadir merasmikan Bangunan Pejabat Baharu SSM Negeri Sarawak pada hari ini, dan saya sudahi dengan serangkap pantun:
Bunga anggerik di kota Miri,
Bunga kemboja di pekan Dalat, Bangunan SSM berdiri di sini, Beri khidmat kepada Rakyat.
Sekian.
Wabillahi taufik walhidayah, Wassalam mua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.
| 11/12/2022 | 2022 | Speeches | 12/11/2022 | | 78 | | Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis.
YB Datuk Abdullah Haji Saidol, Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak, (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Merangkap Mantan Anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM,
YBrs. Encik Kilat Beriak Anggota SSM,
YBrs. Encik Tan Kee Heng Mantan Anggota SSM,
YBrs. Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah-pengarah Bahagian SSM,
Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri,
Wakil-wakil dari badan-badan yang diiktiraf Prescribed Bodies,
Wakil-wakil Media,
Warga SSM serta para hadirin yang saya hormati sekalian.
Salam Keluarga Malaysia dan selamat sejahtera.
1. Dengan penuh rasa kesyukuran, saya berbesar hati kerana diberi kesempatan untuk bersama-sama bersua dengan semua hadirin sekalian pada pagi ini, bagi merasmikan bangunan Pejabat Baharu SSM Negeri Sarawak.
2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana menjemput saya hadir ke majlis yang amat bermakna ini untuk meraikan satu lagi tanda pencapaian SSM sebagai sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian saya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau lebih dikenali sebagai KPDNHEP.
3. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang telah terlibat dalam penganjuran majlis pada pagi ini.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
4. Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau lebih dikenali sebagai SSM, merupakan sebuah badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan dua Bahagian di KPDNHEP, dua puluh tahun lalu, iaitu Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002 adalah sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan serta perkongsian liabiliti terhad (PLT) di samping membekalkan maklumat syarikat, perniagaan dan PLT kepada orang awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.
5. Pada 16 April 2022 yang lalu, genaplah dua dekad usia SSM meneraju sektor korporat di negara ini. Dalam tempoh dua dekad ini juga, Malaysia dapat menyaksikan pemodenan akta-akta yang dikawal selia oleh SSM yang bertujuan untuk mewujudkan persekitaran korporat yang kondusif dan dinamik dalam menjalankan perniagaan agar negara ini mempuyai perundangan yang setaraf dengan amalan-amalan korporat terbaik di peringkat antarabangsa.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
6. Sarawak merupakan negeri yang kaya dengan sumber aslinya seperti petroleum, balak dan kelapa sawit, di samping perkembangan pesat sektor perkilangan elektronik dan bioteknologi. Sumber-sumber ini bukan sahaja menjana ekonomi perindustrian melalui penubuhan banyak entiti-entiti perniagaan, tetapi juga membantu pertumbuhan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negeri ini yang berupaya membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak.
7. Seperti disebutkan oleh Datuk Nor Azimah sebentar tadi, sebanyak 94,229 syarikat dan 3,158 PLT di Sarawak telah berdaftar dengan SSM setakat 31 Oktober 2022. Entiti-entiti perniagaan ini merupakan pemangkin kepada ekonomi negara amnya dan Negeri Sarawak khususnya. Selain menjadi nadi kepada pertumbuhan ekonomi, entiti-enti perniagaan yang didaftarkan di SSM ini juga mencipta pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini. Ternyata, peluang-peluang pekerjaan yang berterusan yang ditawarkan oleh entiti-entiti perniagaan ini dapat mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi, mengurangkan kesan akibat pandemik COVID-19 dan seterusnya membina semula ekonomi dengan asas yang lebih baik.
8. Sehubungan dengan itu, adalah sangat penting untuk pihak-pihak yang berkepentingan berganding bahu bersama SSM untuk mengalakkan komuniti niaga di Negeri Sarawak mendaftarkan perniagaan mereka di SSM samada melalui entiti Syarikat atau entiti PLT.
9. Untuk makluman semua, terdapat satu lagi entiti perniagaan yang boleh digunakan oleh komuniti perniagaan di negara ini iaitu entiti jenis perniagaan. Entiti ini mempunyai kaedah pendaftaran yang lebih mudah, kos yang rendah, tidak perlu menyerahsimpan penyata kewangan kepada SSM dan pemilik mempunyai kawalan penuh terhadap perniagaan tersebut.
10. Walau bagaimanapun, seperti yang disebutkan oleh Datuk Nor Azimah dalam ucapannya sebentar tadi, ketika ini Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang dikuatkuasakan SSM tidak terpakai di Sarawak dan Sabah.
11. Namun saya yakin, pihak SSM akan meneruskan kajian dan rundingan agar Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dapat dikuatkuasakan di seluruh negara. Semoga usaha ini membolehkan usahawan-usahawan di kedua-dua negeri ini menikmati semua kelebihan-kelebihan mendaftarkan perniagaan di SSM terutamanya pendaftaran ini akan menyebabkan entiti perniagaan mereka disenaraikan di dalam pengkalan data SSM, yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, di seluruh dunia.
12. Maklumat entiti-entiti perniagaan di dalam pengkalan data SSM adalah sangat penting bagi para peniaga mengembangkan jenama perniagaan sebagai entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang, memudahkan pengguna mengenalpasti kesahihan dan kewujudan entiti perniagaan serta membina keyakinan pengguna dalam berurus niaga selain mengurangkan kes penipuan.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
13. Pembukaan pejabat baharu SSM ini membuktikan bahawa SSM sentiasa peka dan mengambil berat tentang keperluan kemuniti perniagaan terutamanya di Negeri Sarawak. Di samping dapat memberikan kemudahan yang terbaik kepada komuniti niaga di negeri ini, bangunan baharu ini juga diharapkan dapat mendorong warga kerja SSM untuk terus mencapai prestasi dan kualiti perkhidmatan yang lebih tinggi. 14. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan pembelian dan pembangunan Bangunan Pejabat Baharu SSM Negeri Sarawak ini, dari peringat awal sehingga akhirnya SSM dapat memulakan operasai di bangunan ini.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
15. Di samping menyampaikan perkhidmatannya kepada komuniti perniagaan, SSM juga sering membantu masyarakat setempat seiring dengan konsep Keluarga Malaysia yang berpaksikan tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. Ini dilaksanakan SSM melalui agihan Wakalah Zakat Korporat dan sumbangan tanggungjawab sosial korporat atau CSR.
16. Untuk pengetahuan semua, melalui aktiviti ini juga, SSM telah menyalurkan sumbangan kepada Hospital Kapit bagi membantu ramai pesakit-pesakit COVID-19 yang tinggi pada tahun lalu. Untuk makluman semua, sejak tahun 2014, SSM telah mengagihkan Wakalah Zakat Korporat melebihi 77 juta ringgit manakala sumbangan CSR melebihi 31 juta ringgit kepada penerima-penerima di seluruh negara. Terima kasih SSM!
17. Pada pagi ini, saya dimaklumkan bahawa SSM telah mengenalpasti lima belas rumah kebajikan yang terpilih, antaranya Rumah Anak-anak Yatim Seri Murni, Persatuan Bagi Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal Sarawak (PERKATA) dan Rumah Amal Cheshire Sarawak dengan nilai sumbangan keseluruhan bernilai RM75 ribu ringgit.
18. Terima kasih diucapkan kepada SSM kerana telah banyak menghulurkan sumbangan dan prihatin kepada mereka yang memerlukan terutamanya masyarakat di Negeri Sarawak. Ini adalah satu budaya yang harus dicontohi oleh organisasi-organisasi lain.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
19. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada SSM di atas penganjuran majlis pada pagi ini. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada SSM kerana telah menaikkan mercu tanda baharu di Sarawak! Semoga perasmian bangunan baharu ini memberi manfaat sepenuhnya kepada semua masyarakat di negeri ini.
20. Saya berharap perasmian Bangunan Baharu SSM Negeri Sarawak ini akan menaikkan lagi semangat warga kerja SSM untuk terus menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan seterusnya meningkatkan lagi ekonomi di Negeri Sarawak ini.
21. Dengan kata-kata dan harapan tersebut, saya dengan ini merasmikan Bangunan Baharu SSM Negeri Sarawak di City Square, Jalan Pending ini.
22. Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya membalas pantun Datuk Nor Azimah sebentar tadi.
Rumah Panjang Anjung Selatan, Bunga Kemuning Tepi Telaga, Bangunan SSM Jadi Ingatan, Seribu Tahun Terkenang Juga.
Sekian, terima kasih dan Salam Keluarga Malaysia.
| 11/12/2022 | 2022 | Speeches | 12/11/2022 | | 77 | | Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis.
Yang saya hormati,
YBrs Encik Farid Ahmad, Pengarah Bahagian Strategi dan Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
YBrs Encik Harry Bruce Edwin, Pegawai Daerah Song,
YBrs Pemangku Pegawai Menguasa Majlis Daerah Kapit Cawangan Song, Puan Retta Linggi,
YBrs Encik Usat Lujah, Pengetua SMK Song,
YBrs Encik Mohd Jaapar bin Hj Kasiri, Pengerusi Masjid Nurul Islam Song
Guru-guru pengiring,
Para peserta PUM22 yang saya kasihi, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis. Salam Keluarga Malaysia dan Salam Sejahtera.
1. Saya bersyukur dan berbesar hati pada hari ini kerana dapat turut serta menjayakan Program Usahawan Muda 2022 (PUM22) peringkat daerah Kapit dan Song anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam usaha melahirkan usahawan-usahawan muda yang bakal memacu ekonomi negara pada masa depan.
2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada SSM kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan program PUM2022 peringkat daerah Kapit dan Song ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada SMK Song yang bersama-sama menjayakan penganjuran majlis pada pagi ini.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
3. Pada tahun 2021, SSM telah menganjurkan sebanyak empat sesi Program Usahawan Muda secara dalam talian dan pada tahun 2022 pula, SSM mensasarkan sebanyak enam sesi Program Usahawan Muda di ibu pejabat SSM, Pahang, Sarawak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Zon Pantai Timur iaitu di Negeri Terengganu yang akan diadakan secara hybrid, bersama-sama dengan peserta dari Negeri Kelantan.
4. Untuk makluman semua, PUM22 kali ini dilaksanakan sekali lagi di Negeri Sarawak pada tahun ini bagi memberi peluang melahirkan lebih ramai usahawan muda di Bumi Kenyalang memandangkan PUM22 peringkat Negeri Sarawak yang telah dianjurkan pada 10 September lalu telah menerima sambutan luar biasa dengan penyertaan lebih 600 peserta. Saya berharap SSM dapat meneruskan usaha murni ini pada tahun hadapan bagi melahirkan lebih ramai usahawan muda di negara ini, khususnya di Negeri Sarawak.
5. Saya dimaklumkan PUM22 peringkat daerah Kapit dan Song pada hari ini telah menarik lebih 80 penyertaan yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMK Song. Syabas kepada semua pelajar yang terpilih untuk menghadiri program ini! Saya pasti anda semua telah bersedia untuk mengikuti sesi-sesi yang telah diaturkan di dalam PUM22 kali ini.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
6. Pendedahan awal terhadap kemahiran asas sebelum menceburi bidang perniagaan adalah sangat penting dalam melahirkan usahawan yang berjaya di kalangan pelajar. Pengetahuan menguruskan sesebuah perniagaan pula perlu disemai dalam diri setiap usahawan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan mempunyai daya tahan untuk menghadapi apa jua cabaran yang dihadapi.
7. Justeru, dengan penglibatan para peserta di kalangan pelajar yang begitu menggalakkan, saya percaya PUM22 ini mampu mencapai objektif penganjurannya iaitu menyemai minat serta menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri setiap peserta.
8. Di dalam program ini, para pelajar akan didedahkan dengan kaedah mendaftarkan perniagaan, mengetahui faedah-faedah memiliki entiti perniagaan yang sah, membangunkan strategi perniagaan dan pengurusan kewangan, pemasaran digital, serta perkongsian pengalaman oleh usahawan-usahawan berjaya, untuk menyuntik semangat para peserta menceburi bidang perniagaan.
9. Selain itu, para peserta juga akan didedahkan dengan kesedaran dan perlindungan hak-hak pengguna agar peserta lebih peka dan prihatin tentang isu-isu kepenggunaan yang wujud di negara ini.
10. Besar harapan saya agar para peserta dapat memanfaatkan PUM22 ini dengan sebaik mungkin, seterusnya mendaftarkan perniagaan serta menjadikan perniagaan sebagai pilihan utama kerjaya setelah tamat pengajian.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
11. Untuk makluman semua, SSM juga memberi galakan kepada semua pelajar untuk memanfaatkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). SPPP telah diperkenalkan SSM pada 23 Disember 2020 untuk memberi peluang kepada usahawan kumpulan B40 serta pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi seperti Universiti, Politeknik, Kolej, Institut dan Pusat Kemahiran dalam negara untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan sebarang fi.
12. Seperti yang kita sedia maklum, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang dikuatkuasa oleh SSM ini tidak terpakai di Sabah dan Sarawak kerana pendaftaran perniagaan di dua negeri ini terletak di bawah bidang kuasa negeri. Walau bagaimanapun, SSM sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkara ini. Besar harapan saya di masa akan datang tidak akan ada halangan untuk Akta ini dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak. 13. Sebagai alternatif, para pelajar boleh mendaftarkan perniagaan dengan pihak-pihak berkuasa tempatan di Sarawak atau mendaftarkan entiti perniagaan di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang di kawal selia oleh SSM.
14. Kesedaran di peringkat awal mengenai pentingnya mendaftarkan perniagaan dapat membantu para usahawan menikmati manfaat seperti bantuan kewangan serta dapat menyertai program-program keusahawanan dengan memiliki perniagaan yang sah.
15. Oleh itu, saya ingin menyeru agar semua peserta mengambil peluang ini untuk mendaftarkan perniagaan anda bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah sah di sisi undang-undang. Hal ini kerana, memiliki entiti perniagaan yang salah adalah penting untuk memberikan keyakinan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan. Perniagaan yang sah juga membolehkan usahawan merebut pelbagai bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan seperti TEKUN, MARA, AIM dan lain-lain.
16. Dari Januari 2021 hingga 31 Oktober 2022, jumlah pendaftaran perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma melalui SPPP adalah sebanyak 43,123 pendaftaran yang terdiri daripada 23,365 pelajar-pelajar IPT sepenuh masa dan 19,758 usahawan B40. Tahniah saya ucapkan kepada para usahawan yang telah berdaftar dan memanfaatkan SPPP!
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
17. Sekali lagi, tahniah saya ucapkan kepada para peserta yang mengikuti program ini. Ini merupakan langkah pertama anda untuk mengukir kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Saya berharap agar PUM22 mampu melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang berjaya pada masa hadapan, yang dapat menjadi pemangkin dan penggerak kepada transformasi ekonomi negara.
18. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada SMK Song kerana sudi bekerjasama dengan SSM dalam menjayakan program pada kali ini.
19. Sukacita saya dengan ini merasmikan Program Usahawan Muda 2022 peringkat daerah Kapit dan Song pada hari ini.
Sekian, terima kasih dan Salam Keluarga Malaysia.
| 11/8/2022 | 2022 | Speeches | 08/11/2022 | | 76 | | Bismillahirrahmanirrahim,
Terima kasih kepada saudari Pengacara Majlis;
YBrs. Tuan Othman Anyan, Penolong Pesuruhjaya (PPj), Ketua Cawangan Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Sarawak,
Ybrs. Tuan Haji Adana bin Haji Jed, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak (UNIONS),
YBrs. Encik Ramlee bin Leen, Pengarah Negeri SSM Sarawak,
YBrs. Puan Ng Ling Chee, Ketua Seksyen Operasi SSM Sabah,
YBrs. Puan Roslina binti Abdul Malek, Pengurus Kanan Seksyen Integriti dan Disiplin SSM, Selaku Penganjur Program,
Yang Dihormati Pengurus-Pengurus Cawangan, Tuan-tuan dan puan-puan, warga kerja SSM yang saya hormati sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat kita bersama-sama pada Majlis Sambutan Hari Integriti SSM 2022 dan majlis pelancaran ke arah pensijilan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) di seluruh pejabat negeri dan cawangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2023 pagi ini.
2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-setinggi penghargaan kepada Seksyen Integriti dan Disiplin dengan kerjasama Pejabat SSM Sarawak di atas penganjuran Majlis Sambutan Hari Integriti SSM pada tahun ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak (UNIONS) kerana sudi melapangkan masa untuk hadir bersama-sama pada majis sambutan Hari Integriti SSM ini.
Warga SSM dan hadirin yang saya kasihi sekalian,
3. Hari Integriti merupakan acara tahunan yang disambut oleh SSM sejak beberapa tahun yang lalu. Penganjurannya adalah salah satu inisiatif SSM ke arah memartabatkan amalan integriti yang menjurus kepada sikap jujur dan patuh terhadap prinsip nilai moral serta etika yang kuat. Sesungguhnya, sambutan Hari Integriti ini menunjukkan komitmen SSM untuk membudaya dan menyemarakkan integriti dalam kalangan keluarga SSM.
4. Integriti dalam kalangan warga SSM adalah amat penting memandangkan setiap warga SSM perlu bertindak secara beramanah kepada kuasa dan tugas, bersikap telus, tulus, tiada percanggahan kepentingan, serta mempunyai akauntabiliti dan patuh kepada undang-undang, peraturan dan garis panduan yang dikuatkuasa. 5. Untuk makluman hadirin, laporan Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perception Index atau CPI) tahun 2021 yang dikeluarkan oleh Transparency International Malaysia pada 25 Januari 2022 menunjukkan Malaysia telah mendapat skor sebanyak 48 mata dan kini berada di kedudukan tangga ke-62 daripada 180 negara. Kedudukan ini adalah lima tangga lebih rendah berbanding tangga ke-57 pada tahun 2020 dengan skor 51 mata.
6. Transparency International Malaysia melaporkan di antara faktor penyumbang kepada kejatuhan kedudukan Malaysia dalam CPI ini adalah kerana ketidaktentuan politik dan amalan rasuah yang tidak terkawal.
7. Walaubagaimanapun, kedudukan ini membuka peluang untuk penambahbaikan dari segi aspek tadbir urus dan usaha pencegahan rasuah. Ini adalah selari dengan pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang dilancarkan pada 29 Januari 2019. NACP merupakan salah satu inisiatif Kerajaan yang komprehensif dan inklusif ke arah mencapai matlamat negara bebas rasuah dan berintegriti. NACP menggariskan semua agensi kerajaan agar melaksanakan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) untuk menangani isu tadbir urus, integriti dan rasuah.
Warga SSM dan hadirin yang saya kasihi sekalian,
8. Seiring dengan dasar NACP ini, SSM telah membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) SSM 2019-2023 yang mengandungi pelan strategi komprehensif dan holistik dalam melaksanakan dasar antirasuah di peringkat SSM. Pelan ini merupakan pernyataan komitmen bagi meyokong dasar kerajaan di dalam pembangunan NACP yang menggariskan tindakan menyeluruh dan bersepadu dalam memerangi rasuah.
9. Pelan OACP SSM di bawah Bidang Keutamaan Tadbir Urus Korporat telah menetapkan inisiatif bagi membangunkan Pensijilan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) di SSM pada tahun 2020. Pelan ini sejajar dengan Pelan OACP Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) yang menetapkan supaya setiap agensi di bawahnya mendapatkan pensijilan dan memastikan pelaksanaan ABMS dalam tempoh masa Oktober 2019 hingga Disember 2023.
10. Pensijilan ABMS adalah piawaian antarabangsa yang menetapkan syarat dan memberikan panduan kepada sesebuah organisasi untuk mewujud, melaksana, memantau, mengkaji dan menambah baik sistem serta proses bagi membantu untuk mengelak, mengesan dan bertindak dengan cepat terhadap perlakuan rasuah selain mempromosi budaya berintegriti, telus dan pematuhan kepada undang-undang.
11. Pelaksanaan ABMS disasarkan untuk dilaksanakan di Ibu Pejabat bermula pada suku pertama tahun 2020 meliputi aktiviti perancangan, latihan dan kesedaran kepada semua warga SSM. ABMS SSM secara rasminya mula dilaksanakan setelah Mesyuarat Anggota Suruhanjaya yang ke-113 meluluskan pelaksanaannya pada 4 Februari 2021.
12. Bagi membantu menjayakan pelaksanaan ABMS, seramai 14 orang juruaudit dalaman ABMS dan 18 orang pegawai pelaksana daripada pelbagai Bahagian dan Seksyen di Ibu Pejabat telah dilantik untuk memastikan kelancaran pelaksanaan, pengauditan dan pensijilan ABMS.
13. Selaras dengan keperluan MS ISO 37001:2016 ABMS, SSM telah membangunkan Polisi Antirasuah, Polisi Tiada Hadiah, Polisi Percanggahan Kepentingan dan Polisi Larangan Penggunaan Sokongan Dan Pengaruh Luar. Polisi-polisi yang telah dirangka ini adalah merupakan komitmen SSM dalam memastikan segala urusan perkhidmatan dilaksanakan dengan penuh integriti dan beretika. Semua warga SSM adalah bertanggungjawab untuk memahami dan menjadikan polisi-polisi ini sebagai panduan dalam memerangi jenayah perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyeleweng
Warga SSM dan hadirin yang saya kasihi sekalian,
14. Setelah melalui proses penilaian yang ketat mengenai dasar dan prosedur anti-rasuah SSM, SSM telah berjaya memperolehi Pensijilan MS ISO 37001:2016 ABMS pada 5 Oktober 2021 untuk tempoh tiga tahun iaitu bermula 5 Oktober 2021 hingga 4 Oktober 2024 merangkumi skop Pendaftaran & Perkhidmatan Perniagaan, Kawal Selia & Penguatkuasaan Serta Perkhidmatan Korporat.
15. Penerimaan pensijilan ini amat signifikan kepada SSM selaku pengawal selia korporat, bagi menjamin produktiviti yang mampan menerusi tadbir urus yang telus dan meningkatkan keyakinan serta kebolehpercayaan pemegang taruh yang berurusan dengan SSM.
16. Pengiktirafan ini juga amat penting untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik warga SSM berhubung amalan yang baik ke arah mencegah sebarang bentuk jenayah rasuah daripada berlaku.
Warga SSM dan hadirin yang saya kasihi sekalian,
17. Pada tahun ini, SIRIM QAS International telah menjalankan Audit Pengawasan atau Surveillance Audit yang pertama pada 3 hingga 5 Oktober 2022. Hasil daripada komitmen yang diberikan oleh semua pihak terutamanya pihak pengurusan atasan, pasukan audit dalaman, jawatankuasa pelaksana dan Seksyen Integriti & Disiplin selaku Fungsi Pematuhan Antirasuah, SSM telah berjaya memenuhi keperluan skop pensijilan daripada SIRIM dan berjaya mengekalkan pensijilan ABMS pada tahun ini. Alhamdulillah. Tahniah dan Syabas kepada semua yang terlibat!
18. Berdasarkan kejayaan yang dicapai di Ibu Pejabat, SSM bersedia untuk memperluaskan skop pensijilan ini ke seluruh pejabat negeri dan cawangan SSM pada tahun hadapan. InsyaAllah. Perluasan skop pensijilan ini adalah penting bagi membanteras segala amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa daripada berlaku di SSM secara menyeluruh.
19. Sesungguhnya, pengurusan tertinggi SSM juga bertekad, berazam dan akan memberikan komitmen penuh bagi menyokong segala usaha untuk membangunkan, mendapatkan dan memastikan pelaksanaan ABMS ini berjalan dengan lancar dalam mencapai aspirasi “SSM Dikenali Kerana Integriti Dan Bukannya Rasuah”.
20. Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Seksyen Integriti & Disiplin SSM dengan kerjasama Pejabat SSM Sarawak di atas penganjuran Hari Integriti ini.
21. Suka juga saya mengambil peluang ini untuk mengingatkan agar kita sentiasa meletakkan integriti sebagai asas dan pegangan dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Agenda integriti perlu dihayati dan dilaksanakan oleh semua pihak tanpa mengira umur, pangkat dan jawatan yang disandang. Harapan saya agar kita semua terus berpegang kepada integriti untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik.
22. Kepada semua ketua jabatan, hayati dan berpeganglah kepada prinsip nilai-nilai murni sebagai ketua. Seorang ketua merupakan penyelia dan tanggungjawab penyelia adalah menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai dan kakitangan bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa–apa perlanggaran disiplin seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 21 (i) dan (ii) Jadual Kedua, Bahagian II, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj), 2000 (Akta 605).
23. Akhir kata, saya berharap agar SSM dapat mengabadikan kecemerlangan dan terus ke hadapan dengan berubah serta mencapai pelbagai kejayaan di masa hadapan.
24. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti SSM 2022 dan majlis pelancaran ke arah pensijilan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) di seluruh pejabat negeri dan cawangan SSM 2023.
Sekian.
Wabillahi Taufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
| 10/31/2022 | 2022 | Speeches | 31/10/2022 | | 75 | | Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Terima kasih saudara Pengacara Majlis;
YBrs. Dr. Akmal Naziah Dato'Hj. Ahmad Pengarah Hospital Sultanah Maliha Langkawi;
YBrs. Dr. Nor Harizah Binti Afifi Timbalan Pengarah || (Perubatan) Hospital Sultanah Maliha Langkawi;
YBrs. Puan Nor Shahida Baharin, Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Sultanah Maliha Langkawi;
YBrs. Encik Farid Ahmad, Pengarah Bahagian Strategi dan Komunikasi Korporat SSM merangkap Timbalan Pengerusi JPZCSR SSM;
Ahli-ahli Jawatankuasa JPZCSR serta kakitangan Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang saya hormati sekalian.
1. Syukur Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat kita berkumpul bersama-sama pada pagi ini dalam Majlis Serahan Sumbangan Peralatan Perubatan kepada Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjayakan Majlis Serahan Sumbangan Peralatan Perubatan pada hari ini.
3. Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab mengawal selia sektor korporat dan perniagaan di negara ini, SSM sentiasa komited dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi menyokong kelangsungan entiti perniagaan dan korporat selari dengan fungsi dan tanggungjawab SSM.
4. Dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya, SSM turut menitikberatkan urusan kebajikan seperti membantu golongan yang memerlukan melalui peruntukan Wakalah Zakat Korporat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM seiring dengan aspirasi Keluarga Malaysia bagi menerapkan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
5. Justeru, program yang dilaksanakan pada hari ini adalah bertepatan sebagai tanda sokongan pihak SSM kepada para petugas barisan hadapan antaranya pihak hospital yang sentiasa perlu bersedia menerima apa jua kemungkinan berkaitan kesihatan awam.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
6. Pada hari ini, SSM berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan bantuan peralatan perubatan melibatkan sepuluh unit katil hospital, lima unit Patient Transport Trolley, tiga unit Accu Autopsy Saw, satu unit Treadmill dan satu unit Cataract Set yang kesemuanya bernilai RM173,260 kepada Hospital Sultanah Maliha, Langkawi sebagai usaha membekalkan sokongan peralatan berteknologi dalam mengendali rawatan dan pemulihan pesakit khususnya di Langkawi. Hadirin yang saya hormati sekalian,
7. Sedikit perkongsian buat makluman hadirin sekalian, sejak 1 Januari hingga 31 Ogos 2022, SSM telah mengagihkan sejumlah RM6,164,731 Wakalah Zakat Korporat kepada golongan asnaf fakir miskin dan fisabillilah di seluruh negara. Manakala pengagihan peruntukan CSR bagi tempoh yang sama pula, SSM telah mengagihkan sebanyak RM554,278 kepada golongan yang memerlukan melalui program agihan bakul makanan, Jejak Pesara SSM, agihan peralatan hospital, bantuan rumah kebajikan dan lain-lain.
8. Sekali lagi terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha mengadakan majlis pada hari ini.
9. Seperti yang dinyatakan, kami di SSM sentiasa menitikberatkan hal-hal berkaitan kebajikan masyarakat dan sentiasa menyokong serta prihatin terhadap golongan yang memerlukan.
10. Sebelum mengakhiri ucapan, saya berharap peralatan-peralatan perubatan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak HSM dalam pengendalian rawatan dan pemulihan pesakit.
Sekian.
Wassalam mua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.
| 10/23/2022 | 2022 | Speeches | 23/10/2022 | | 74 | | Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Terima kasih saudara Pengacara Majlis;
YBrs. Encik Khuzairi Yahaya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Kawal Selia dan Penguatkuasaan SSM;
YBrs. Encik Rezy Izwan Ramly, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pendaftaran dan Perkhidmatan Perniagaan SSM;
YBrs. Encik Amir Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perkhidmatan Korporat SSM;
Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pengurus-Pengurus Kanan SSM,
Warga kerja SSM serta ahli keluarga,
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
1. Syukur Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, di pagi yang berbahagia ini, dapat kita berkumpul bersama-sama pada majlis Sambutan Hari Keluarga SSM 2022 dengan tema keluarga 'SSM Teguh Bersama'.
2. Walaupun tidak semua warga kerja Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di seluruh negara dapat hadir pada sambutan Hari Keluarga SSM ini, saya yakin mereka tetap menyokong program ini dari jauh dan ingatan mereka ada bersama-sama kita pada hari ini.
3. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur yang bertungkus lumus membuat persiapan rapi bagi menerima kehadiran ramai warga kerja dan ahli keluarga mereka pada majlis ini. Saya juga amat berbesar hati dan berterima kasih kepada seluruh warga SSM terutamanya di Ibu Pejabat dan di pejabat cawangan berdekatan, kerana turut meluangkan masa untuk hadir bersama ahli keluarga masing-masing.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
4. Pagi ini merupakan pagi yang cukup istimewa buat semua warga kerja SSM yang berada di Bukit Kiara, Equestarian & Country Resort bersama-sama ahli keluarga yang tersayang. Ini kerana pada hari ini sambutan hari keluarga dianjurkan semula sejak kali terakhir pada tahun 2018. Ya, sudah empat tahun kita tidak berpeluang bersua dalam sebarang program kekeluargaan akibat COVID-19, ditambah dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyukarkan penganjuran program berskala besar seperti ini.
5. Justeru, pada tahun ini SSM mengambil peluang untuk menganjurkan kembali sambutan hari keluarga di kala negara sudah memasuki fasa peralihan ke endemik. Penganjuran sambutan hari keluarga SSM pada tahun ini juga dilihat selari dengan dengan hasrat YAB Perdana Menteri yang telah melahirkan konsep “Keluarga Malaysia". Konsep ini bersifat inklusif merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum serta memupuk perpaduan rakyat Malaysia sebagai sebuah keluarga yang utuh. Konsep ini amat bersesuaian dengan nilai-nilai berorientasikan kebersamaan yang SSM terapkan kepada semua pekerja yang akan menjadi tunjang bagi melahirkan sebuah keluarga yang makmur berasaskan kepercayaan, perpaduan dan toleransi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
6. Penganjuran sambutan hari keluarga SSM ini yang bertema 'SSM Teguh Bersama' bertujuan untuk menghargai peranan dan sumbangan warga kerja SSM, disamping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dalam kalangan kita semua. Tema 'SSM Teguh Bersama' bagi sambutan hari keluarga hari ini dipilih bagi mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif bersama keluarga SSM.
7. Saya difahamkan bahawa pelbagai aktiviti menarik telah diatur bagi Tuan/ Puan serta anak-anak sekalian. Antaranya adalah telematch, face painting, mini petting zoo, pony ride, games stall, carnival walkabout characters dan sand art. Pastinya, apa yang lebih ditunggu-tunggu adalah hadiah cabutan bertuah atau lucky draw. Good luck kepada semua untuk memenangi lucky draw nanti!
8. Dalam kita bersukaria pada hari ini, diharapkan kita tidak melupakan objektif utama program ini. Selain untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga SSM, program ini juga memberi peluang kepada kita semua dan ahli keluarga masing-masing untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain serta menjalin hubungan baik antara pekerja dan majikan.
9. Saya percaya dengan mengenali sesama kita dan ahli keluarga rakan-rakan yang ada, sedikit sebanyak memberikan kita peluang beramah mesra dan mengeratkan silaturahim serta membina keakraban yang lebih kukuh sama ada semasa bekerja ataupun di luar waktu kerja. 10. Pastinya, untuk lebih berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, keluarga memainkan peranan penting sebagai tulang belakang kepada kejayaan seseorang. Kedua-dua faktor ini berkait rapat sebagai pendorong kepada kemajuan dan produktiviti sesebuah organisasi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
11. Saya sangat menyokong penganjuran program Hari Keluarga SSM seperti yang diadakan pada hari ini. Saya percaya ia akan memberi impak positif kepada seluruh warga kerja dan SSM yang kita sayangi.
12. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan sambutan Hari Keluarga SSM.
Bulan bercahaya di alam semesta, Melimpah cahaya di tepi tangga, Gemar berkarya dan juga mencipta, Keluarga berjaya masyarakat bangga.
Pandu kereta ke Bukit Tangga, Cuaca redup sekian lama, Kejayaan kita dorongan keluarga, Kebahagiaan hidup kita bersama.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,
Saya dengan ini merasmikan Hari Keluarga SSM Tahun 2022 dengan Tema 'SSM Teguh Bersama'.
Sekian. Wabillahi taufik walhidayah, Wassalam mua'laikum warahmatullahi wabarakatuh.
| 10/15/2022 | 2022 | Speeches | 15/10/2022 | | 73 | | Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis.
Yang saya hormati,
YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
YBrs. Tn. Hj. Wan Zulkifly Wan Zakaria, Pengarah Politeknik Nilai,
Pengarah-Pengarah Negeri & Bahagian SSM;
Para pensyarah daripada: ⦁ Politeknik Negeri Sembilan; ⦁ Kolej Komuniti Negeri Sembilan; ⦁ Pusat Latihan GIATMARA Negeri Sembilan; dan ⦁ Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas.
Serta para peserta PUM22 yang saya kasihi, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
1. Syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul pada hari ini bagi menjayakan Program Usahawan Muda 2022 (PUM22) peringkat Negeri Sembilan anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam usaha melahirkan usahawan-usahawan muda yang bakal memacu ekonomi negara pada masa depan. 2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Politeknik Negeri Sembilan, Kolej Komuniti Negeri Sembilan, Pusat Latihan GIATMARA Negeri Sembilan dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas yang bekerjasama dengan SSM bagi menjayakan program pada hari ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Politeknik Nilai yang sudi menjadi tuan rumah bagi penganjuran PUM22 peringkat Negeri Sembilan ini.
3. Saya difahamkan PUM22 peringkat Negeri Sembilan pada hari ini telah menarik seramai 600 penyertaan terdiri daripada kesemua institusi yang disebutkan. Syabas kepada semua pelajar yang terpilih untuk program ini! Saya pasti anda semua begitu bersemangat dan teruja untuk mengikuti sesi-sesi yang telah disediakan untuk PUM22 kali ini.
4. Alhamdulillah, pada tahun 2021, SSM telah berjaya menganjurkan sebanyak empat (4) sesi PUM secara dalam talian. Pada tahun 2022, SSM mensasarkan sebanyak enam (6) sesi PUM22 di Ibu Pejabat Kuala Lumpur, Pahang, Sarawak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan serta Kelantan secara fizikal dan dalam talian. Untuk makluman semua, sesi PUM22 di peringkat Negeri Sembilan adalah sesi ke-5 yang dianjurkan pada tahun ini.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
5. Pendedahan awal terhadap kemahiran-kemahiran asas sebelum menceburi bidang perniagaan adalah sangat penting dalam melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya saing di kalangan pelajar. 6. Pengetahuan menguruskan sesebuah perniagaan perlu disemai dalam diri setiap usahawan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan mempunyai daya tahan untuk menghadapi apa jua cabaran yang dihadapi oleh sesebuah entiti perniagaan. Kemampuan sesebuah entiti perniagaan untuk beradaptasi dengan cabaran semasa amatlah penting bagi memastikan sesebuah perniagaan terus berdaya saing dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa.
7. Justeru, dengan penglibatan para pelajar yang begitu menggalakkan pada hari ini, saya percaya PUM22 ini mampu mencapai objektif dan matlamat penganjurannya dalam memberi pendedahan, menyemai minat serta menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri setiap peserta.
Para pelajar yang saya kasihi sekalian,
8. Melalui PUM22, para peserta akan didedahkan dengan kesedaran dan perlindungan hak-hak pengguna agar peserta lebih peka dan prihatin tentang isu-isu kepenggunaan yang wujud di negara ini. Selain itu, para pelajar juga akan didedahkan dengan kaedah dan faedah mendaftarkan perniagaan, strategi perniagaan dan pengurusan kewangan, pemasaran digital, serta perkongsian oleh usahawan berjaya.
9. Besar harapan saya agar para peserta dapat memanfaatkan PUM22 ini dengan sebaik mungkin, seterusnya memberikan pertimbangan sewajarnya untuk mendaftarkan perniagaan dan seterusnya mempertimbangkan perniagaan sebagai pilihan utama kerjaya setelah tamat pengajian. 10. Untuk makluman semua, SSM juga memberi galakan kepada para pelajar untuk memanfaatkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). SPPP telah diperkenalkan pada 23 Disember 2020 untuk memberi peluang kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan sebarang fi.
11. Kesedaran para peserta berkenaan pentingnya mendaftarkan perniagaan dengan sah akan membolehkan mereka menikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan Kerajaan seperti bantuan kewangan, bantuan peralatan, latihan dan lain-lain bimbingan keusahawanan. Perniagaan yang sah juga membolehkan usahawan merebut pelbagai bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan seperti TEKUN, MARA, Amanah Ikhtiar Malaysia dan lain-lain.
12. Oleh itu, saya ingin menyeru agar semua peserta mengambil peluang ini untuk mendaftarkan perniagaan anda bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah sah di sisi undang-undang. Memiliki entiti perniagaan yang sah adalah penting untuk memberi keyakinan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan.
13. Dari Januari 2021 hingga 31 Ogos 2022, jumlah pendaftaran perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma melalui SPPP adalah sebanyak 39,315 pendaftaran yang terdiri daripada 18,001 pelajar-pelajar IPT sepenuh masa dan 21,314 usahawan B40. Tahniah saya ucapkan kepada para usahawan yang telah berdaftar dan memanfaatkan SPPP!
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
14. Saya berharap agar PUM22 siri ke-5 ini mampu melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya pada masa hadapan.
15. Sebagai mengakhiri ucapan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Politeknik Negeri Sembilan, Kolej Komuniti Negeri Sembilan, Pusat Latihan GIATMARA Negeri Sembilan dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas kerana bekerjasama dalam menjayakan program pada kali ini.
16. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Program Usahawan Muda 2022 peringkat Negeri Sembilan pada hari ini.
Sekian, terima kasih
| 10/3/2022 | 2022 | Speeches | 03/10/2022 | | 72 | | Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Saudara Pengacara Majlis.
Yang saya hormati,
Wakil Pensyarah, Pendidik dan Pegawai pengiring daripada:
• Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) Pulau Pinang; • Pusat Latihan GIATMARA Pulau Pinang;
• Politeknik Pulau Pinang; dan
• Kolej Komuniti Pulau Pinang
Barisan penceramah,
YBhg. Datin Paduka Dr. Jamilah Haji Din, Anggota Lembaga Koperasi Co-op Bank Malaysia Berhad
Puan Azurah Nor Sarif Pengurus Seksyen Operasi Pejabat Negeri SSM Selangor
Puan Faezah Farhana Pegawai Pemasaran Shopee Malaysia
Ikon-ikon usahawan berjaya dalam kalangan bekas pelajar daripada rakan strategik kita serta para pelajar, tuan-tuan dan puan-puan yang sedang mengikuti siaran Program PUM22 ini secara dalam talian di seluruh negara khususnya daripada Negeri Pulau Pinang.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama–sama berkumpul secara maya dalam sebuah program yang cukup bermanfaat ke arah usaha melahirkan usahawan-usahawan muda yang bakal memacu ekonomi negara melalui Program Usahawan Muda 2022 (PUM22) yang diadakan pada hari ini.
2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) Pulau Pinang, Pusat Latihan GIATMARA Pulau Pinang, Politeknik Pulau Pinang dan Kolej Komuniti Pulau Pinang yang bekerjasama dalam merealisasikan program ini.
3. Untuk makluman semua, lebih 2,200 pelajar daripada keempat-empat institusi yang disebutkan tadi telah mendaftar mengikuti PUM22 peringkat Negeri Pulau Pinang pada pagi ini. Saya pasti semua peserta bersemangat untuk mengikuti sesi-sesi yang telah disediakan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya terpilih untuk mengikuti PUM22 ini.
4. Alhamdulillah, pada tahun 2021, SSM telah menganjurkan sebanyak empat (4) sesi PUM secara dalam talian dan pada tahun 2022 pula, SSM mensasarkan sebanyak enam (6) sesi PUM22 di peringkat Ibu pejabat SSM, Pahang, Sarawak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kelantan. Untuk makluman semua, PUM22 peringkat Negeri Pulau Pinang ini adalah sesi yang keempat bagi tahun ini setelah sesi ketiga berjaya dilaksanakan di peringkat Negeri Sarawak pada 10 September yang lalu.
Para pelajar yang saya kasihi sekalian,
5. Keperluan terhadap pendedahan di permulaan langkah menceburi bidang perniagaan merupakan salah satu pendekatan yang baik bagi membentuk budaya keusahawanan yang mantap dalam kalangan usahawan di negara ini.
6. Pengetahuan menguruskan sesebuah perniagaan perlu disemai dalam diri usahawan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan mempunyai daya tahan yang utuh untuk menghadapi apa jua cabaran perniagaan yang melanda.
7. Justeru, dengan penglibatan para pelajar yang menggalakkan pada hari ini, saya percaya PUM22 mampu mencapai objektif penganjuran ke arah memberi pendedahan, menyemai minat dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri semua peserta, seterusnya menceburi bidang perniagaan sebagai salah satu pilihan kerjaya.
8. Penganjuran PUM22 ini turut membawa hasrat murni untuk bekerjasama dengan IPT-IPT di seluruh negara bagi membina potensi para pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara pada masa hadapan.
9. Justeru, melalui PUM22, SSM akan memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan tatacara serta perundangan yang ditadbir oleh SSM berhubung pendaftaran perniagaan. Selain itu, para peserta juga akan mempelajari kaedah dan faedah mendaftarkan perniagaan, strategi perniagaan dan pengurusan kewangan, pemasaran digital, serta perkongsian oleh usahawan berjaya.
Para pelajar yang saya kasihi sekalian,
10. Melalui penganjuran PUM22 ini, SSM turut memberikan galakan kepada golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang ingin menceburi bidang perniagaan dengan menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).
11. Memiliki entiti perniagaan yang sah adalah penting untuk memberikan keyakinan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan. Perniagaan yang sah juga membolehkan usahawan menerima pelbagai bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan seperti TEKUN, MARA, AIM dan lain-lain.
12. Dari 1 Januari 2021 hingga 31 Ogos 2022, jumlah perniagaan yang berjaya didaftarkan melalui SPPP adalah sebanyak 39,315 pendaftaran yang terdiri daripada 18,001 pelajar-pelajar IPT sepenuh masa dan 21,314 usahawan B40.
13. Besar harapan saya agar para peserta PUM22 juga dapat memanfaatkan program ini serta insiatif SPPP dengan sebaik mungkin dan seterusnya menjadikan perniagaan sebagai pilihan kerjaya selepas tamat belajar. Saya juga berharap agar semua peserta PUM22 mendapat inspirasi untuk menjadi usahawan yang berjaya pada masa hadapan.
14. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) Pulau Pinang, Pusat Latihan GIATMARA Pulau Pinang, Politeknik Pulau Pinang dan Kolej Komuniti Pulau Pinang yang sudi bekerjasama dalam menjayakan PUM22 pada kali ini.
15. Dengan lafaz Bismillahi Rahmanirr Rahim, saya dengan ini merasmikan Program Usahawan Muda 2022.
Sekian, terima kasih.
Wabillahi taufik walhidayah, Wassalam mua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.
| 9/14/2022 | 2022 | Speeches | 14/09/2022 | | 71 | | Terima kasih Saudara Pengacara Majlis. Yang saya hormati, YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof Ketua Setiausaha KPDNHEP,
YBhg. Datin Roszanina Binti Wahab Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna) KPDNHEP
YBrs. Encik Kilat Beriak Anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
YBhg. Datuk Nor Azimah binti Abdul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
YBrs. Tuan Amir Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perkhidmatan Korporat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
YBrs. Encik Hikmatullah Bin Najid Ahmad Khan Pengarah Politeknik Kuching, Para pensyarah, pendidik dan pegawai pengiring daripada:
• Pusat Pendidikan Politeknik Kuching; • Kolej Vokasional Matang; • Kolej Vokasional Kuching; • Kolej Komuniti Mas Gading; dan • Pusat Latihan GIATMARA Satok.
Serta para pelajar yang saya kasihi, terdiri daripada pelajar-pelajar institusi yang saya sebutkan tadi, serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia.
1. Saya bersyukur kerana kita dapat bersama-sama berkumpul dalam menjayakan Program Usahawan Muda 2022 (PUM22) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun ini dalam usaha melahirkan usahawan-usahawan muda yang bakal memacu ekonomi negara.
2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Politeknik Kuching, Kolej Vokasional Matang, Kolej Vokasional Kuching, Pusat Latihan GIATMARA Satok dan Kolej Komuniti Mas Gading yang bekerjasama dengan SSM bagi menjayakan program pada hari ini.
3. Saya difahamkan bahawa lebih 600 pelajar daripada kesemua institusi yang sebutkan tadi telah mendaftar untuk mengikuti PUM22 peringkat Negeri Sarawak pada pagi ini. Syabas saya ucapkan kepada semua pelajar yang terpilih untuk program ini! Saya pasti anda semua begitu bersemangat dan teruja untuk mengikuti sesi-sesi yang telah disediakan untuk PUM22 kali ini. 4. Untuk makluman semua, pada tahun 2021, SSM telah berjaya menganjurkan sebanyak empat (4) sesi PUM secara dalam talian dan pada tahun 2022 ini SSM merancang untuk mengadakan sebanyak enam (6) sesi PUM22 yang melibatkan beberapa lokasi di Ibu Pejabat Kuala Lumpur, Pahang, Sarawak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan serta Kelantan secara fizikal dan secara dalam talian. PUM22 di peringkat Sarawak ini adalah kali ke-3 bagi tahun ini.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
5. Keperluan terhadap pendedahan dan pendidikan di permulaan langkah dalam menceburi bidang perniagaan merupakan salah satu pendekatan yang baik bagi membentuk budaya keusahawanan yang teguh dalam kalangan usahawan di negara ini. 6. Pengetahuan mengenai pengurusan sesebuah perniagaan perlu disemai dalam diri setiap usahawan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan mempunyai daya tahan yang kukuh untuk menghadapi apa jua cabaran yang melanda dalam menguruskan perniagaan.
7. Justeru, dengan penglibatan para pelajar yang begitu menggalakkan pada hari ini, saya percaya PUM22 ini mampu mencapai objektif dan matlamat penganjuran ke arah memberi pendedahan, menyemai minat serta menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri setiap peserta.
8. Saya ingin berkongsi bahawa penganjuran PUM22 ini turut membawa hasrat murni iaitu mengambil langkah-langkah proaktif untuk bekerjasama dengan IPT-IPT di seluruh negara dalam kita bersama-sama menggilap potensi para pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara pada masa hadapan.
9. Kemampuan sesebuah perniagaan untuk beradaptasi dengan apa jua cabaran pada masa hadapan selaras dengan kehendak semasa amatlah penting bagi memastikan sesebuah perniagaan terus berdaya saing dalam pasaran domestik mahupun pasaran antarabangsa.
Para pelajar yang saya kasihi sekalian,
10. Melalui PUM22 ini juga, SSM akan memberikan pendedahan kepada para peserta berkaitan tatacara serta perundangan yang ditadbirkan oleh SSM berhubung pendaftaran perniagaan. Selain itu, para pelajar juga akan mempelajari kaedah dan faedah mendaftarkan perniagaan, strategi perniagaan dan pengurusan kewangan, pemasaran digital, serta perkongsian oleh usahawan berjaya.
11. Besar harapan saya agar para peserta dapat memanfaatkan PUM22 ini dengan sebaik mungkin, seterusnya memberikan pertimbangan sewajarnya untuk mendaftarkan perni agaan dan mempertimbangkan perniagaan sebagai pilihan kerjaya para pelajar sekalian.
12. Untuk makluman semua, SSM juga memberi galakan k epada semua pelajar untuk memanfaatkan inisiatif Skim Pendaftaran Pe r n i a g a a n P r i h a t i n ( S P P P ) . S P P P t e l a h diperkenalkan SSM pada 23 Disember 2020 untuk memberi peluang kepada usahawan kumpulan B40 serta pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi seperti Universiti, Politeknik, Kolej, Institut dan Pusat Kemahiran dalam negara untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan sebarang fi.
13. Seperti yang kita sedia maklum, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang dikuatkuasa oleh SSM ini tidak terpakai di Sabah dan Sarawak kerana pendaftaran perniagaan di dua negeri ini terletak d i b a w a h b i d a n g k u a s a n e g e r i . W a l a u bagaimanapun, SSM sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkara ini. Besar harapan saya di masa akan datang tidak akan ada halangan untuk Akta ini dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak. Sebagai al ternati f, par a pel aj ar bol eh mendaftarkan perniagaan dengan pihak-pihak berkuasa tempatan di Sarawak atau mendaftarkan entiti perniagaan mereka di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang di kawal selia oleh SSM.
14. Kesedaran orang ramai di peringkat awal betapa pentingnya mendaftarkan perniagaan mereka akan dapat membantu mereka untuk menikmati manfaat seperti bantuan kewangan serta dapat menyertai program-program keusahawanan dengan memiliki perniagaan yang sah. 15. Oleh itu, saya ingin menyeru agar semua peserta mengambil peluang ini untuk mendaftarkan perniagaan anda bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah sah di sisi undang-undang. Hal ini kerana, memiliki entiti perniagaan yang salah adalah penting untuk memberikan keyakinan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan. Perniagaan yang sah juga membolehkan usahawan merebut pelbagai bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan seperti TEKUN, MARA, AIM dan lain-lain.
16. Dari Januari 2021 hingga 31 Julai 2022, jumlah pendaftaran perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma melalui SPPP adalah sebanyak 38,344 pendaftaran yang terdiri daripada 17,455 pelajar-pelajar IPT sepenuh masa dan 20,889 usahawan B40. Tahniah saya ucapkan kepada para usahawan yang telah berdaftar dan memanfaatkan SPPP!
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
17. Saya berharap agar PUM22 siri ke-3 ini mampu melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya pada masa hadapan.
18. Sebagai mengakhiri ucapan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Politeknik Kuching, Kolej Vokasional Kuching, Kolej Vokasional Matang, Pusat Latihan GIATMARA Satok, dan Kolej Komuniti Mas Gading (BAU) kerana bekerjasama dalam menjayakan program pada kali ini.
19. Sukacitanya, saya dengan ini merasmikan Program Usahawan Muda 2022 peringkat Negeri Sarawak pada hari ini.
Sekian, terima kasih.
| 9/10/2022 | 2022 | Speeches | 10/09/2022 | | 70 | | Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Saudara Pengacara Majlis.
Yang saya hormati,
Wakil Pensyarah, Pendidik dan Pegawai pengiring daripada:
- Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) Pahang;
- Pusat Latihan GIATMARA Pahang;
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah; dan
- Kolej Komuniti Pahang
Barisan Penceramah,
YBhg. Datin Paduka Dr. Jamilah Haji Din, Anggota Lembaga Koperasi Co-op Bank Malaysia Berhad
Encik Ezarul Ezwan Yusoff,
Eksekutif Penjenamaan Korporat SSM
Puan Atika binti Sikun,
Pegawai Pemasaran Shopee Malaysia
Ikon-ikon usahawan berjaya dalam kalangan bekas pelajar daripada rakan strategik kita serta para pelajar, tuan-tuan dan puan-puan yang sedang mengikuti siaran Program PUM22 ini secara dalam talian di seluruh negara khususnya daripada Negeri Pahang.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama–sama berkumpul secara maya dalam sebuah program yang cukup bermanfaat ke arah usaha melahirkan usahawan-usahawan muda yang bakal memacu ekonomi negara melalui Program Usahawan Muda 2022 (PUM22) yang diadakan pada hari ini.
2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) Pahang, Pusat Latihan GIATMARA Pahang, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan Kolej Komuniti Pahang yang bekerjasama dalam merealisasikan program ini.
3. Untuk makluman semua, lebih 1,500 pelajar daripada keempat-empat institusi yang disebutkan bersama 32 buah lagi IPTA dan IPTS telah mendaftar mengikuti PUM22 peringkat Negeri Pahang pada pagi ini. Saya pasti semua peserta bersemangat untuk mengikuti sesi-sesi yang telah disediakan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya terpilih untuk mengikuti PUM22 ini.
4. Alhamdulillah, pada tahun 2021, SSM telah menganjurkan sebanyak empat (4) sesi PUM secara dalam talian dan pada tahun 2022 pula, SSM mensasarkan sebanyak enam (6) sesi PUM22 di peringkat Ibu pejabat SSM, Negeri Pahang, Negeri Sarawak, Negeri Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Negeri Kelantan. Untuk makluman semua, PUM22 peringkat Negeri Pahang ini adalah sesi yang kedua bagi tahun ini setelah sesi pertama berjaya dilaksanakan di Ibu Pejabat SSM pada 31 Mac yang lalu.
Para pelajar yang saya kasihi sekalian,
5. Keperluan terhadap pendedahan di permulaan langkah menceburi bidang perniagaan merupakan salah satu pendekatan yang baik bagi membentuk budaya keusahawanan yang cemerlang dalam kalangan usahawan di negara ini.
6. Pengetahuan menguruskan sesebuah perniagaan perlu disemai dalam diri usahawan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan mempunyai daya tahan yang utuh untuk menghadapi apa jua cabaran perniagaan yang melanda.
7. Justeru, dengan penglibatan para pelajar yang menggalakkan pada hari ini, saya percaya PUM22 mampu mencapai objektif penganjuran ke arah memberi pendedahan, menyemai minat dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri semua peserta, seterusnya menceburi bidang perniagaan sebagai salah satu pilihan kerjaya.
8. Penganjuran PUM22 ini turut membawa hasrat murni untuk bekerjasama dengan IPTA dan IPTS di seluruh negara bagi membina potensi para pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara pada masa hadapan.
9. Justeru, melalui PUM22, SSM akan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan tatacara serta perundangan yang ditadbirkan oleh SSM berhubung pendaftaran perniagaan. Selain itu, para peserta juga akan mempelajari kaedah dan faedah mendaftarkan perniagaan, strategi perniagaan dan pengurusan kewangan, pemasaran digital, serta perkongsian oleh usahawan berjaya.
Para pelajar yang saya kasihi sekalian,
10. Melalui penganjuran PUM22 ini, SSM turut memberikan galakan kepada golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang ingin menceburi bidang perniagaan dengan menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).
11. Memiliki entiti perniagaan yang sah adalah penting untuk memberikan keyakinan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan. Perniagaan yang sah juga membolehkan usahawan merebut pelbagai bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan seperti TEKUN, MARA, AIM dan lain-lain.
12. Dari 1 Januari 2021 hingga 31 Julai 2022, jumlah perniagaan yang berjaya didaftarkan melalui SPPP adalah sebanyak 38,344 pendaftaran yang terdiri daripada 17,455 pelajar-pelajar IPT sepenuh masa dan 20,889 usahawan B40.
13. Besar harapan saya agar para peserta PUM22 juga dapat memanfaatkan program ini serta insiatif SPPP dengan sebaik mungkin dan seterusnya menjadikan perniagaan sebagai pilihan kerjaya selepas tamat belajar. Saya juga berharap agar semua peserta PUM22 mendapat inspirasi untuk menjadi usahawan yang berjaya pada masa hadapan.
14. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) Pahang, Pusat Latihan GIATMARA Pahang, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan Kolej Komuniti Pahang yang sudi bekerjasama dalam menjayakan PUM22 pada kali ini.
15. Saya dengan ini melafazkan Bismillahi Rahmanirrahim bagi merasmikan Program Usahawan Muda 2022.
Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah, Wassalam mua'laikum warahmatullahi wabarakatuh.
| 9/6/2022 | 2022 | Speeches | 06/09/2022 | | 69 | | Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih saudari pengacara majlis.
Yang Berbahagia, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Assalamulaikum WBT
Salam Sejahtera dan Selamat Petang
First and foremost, it is a great honour for me to be here.
I would like to take this opportunity to congratulate both Bank Negara Malaysia and SSM for the relentless work which culminates in today's signing of the “Terms of Collaboration on the Anti-Money Laundering, Countering Financing of Terrorism and Targeted Financial Sanctions, Regulation and Supervision of Company Secretaries and Trust Companies in Malaysia".
Indeed this is another historic moment for SSM as it signifies the many years of relationship between SSM and Bank Negara Malaysia. For the past years, SSM and BNM have carried out many joint programs and enforcement activities relating to money laundering and terrorism financing on certain segments of the corporate sector, namely the company secretaries and trust companies.
I am pleased to note that the Terms of Collaboration or “TOC" in short provides continuous cooperation between the two (2) parties among others on the development and changes to legislation and policies, Anti-Money Laundering (AML), Countering Financing of Terrorism (CFT) and Targeted Financial Sanctions (TFS) supervision on company secretaries and trust companies, training and capacity building and access to and exchange of information.
With the TOC in place, SSM looks forward to work closely with BNM towards achieving a common goal in ensuring company secretaries and trust companies in Malaysia practice good corporate governance and corporate responsibility.
It is imperative to rethink approaches to solutions, how to implement and maintain, and continuously improve performance and efficiency. One of the ways this can be done, is through collaborative efforts in devising new training approaches that are attuned towards practitioners achieving realistic targets.
Ladies and Gentlemen, In closing, once again I would like to congratulate both teams from BNM and SSM for the successful collaboration.
My special thanks to each and everyone of you whose dedication and effort in finalising the TOC and in making today's event a success.
I am confident that with our concerted efforts, the TOC we are about to sign will deliver the benefits it promises.
Last but not least, we have a long journey ahead so I wish all the best to both the teams.
Thank you and Assalamulaikum WBT.
| 8/22/2022 | 2022 | Speeches | 22/08/2022 | | 68 | | Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Saudara Pengacara Majlis.
Yang saya hormati,
Wakil Pensyarah, Pendidik dan Pegawai pengiring daripada:
- Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET), Putrajaya;
- Pusat Latihan GIATMARA Kuala Lumpur; dan
- Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Putrajaya.
Kepada barisan penceramah pada hari ini,
- YBhg. Datin Paduka Dr. Jamilah Haji Din
Anggota Lembaga Koperasi Co-op Bank Malaysia Berhad
Ketua Seksyen Operasi Pejabat Negeri SSM Selangor
Pelatih University Shopee Malaysia.
Para pelajar yang saya kasihi, terdiri daripada pelajar-pelajar institusi yang saya sebutkan tadi, seterusnya, kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sedang mengikuti siaran Program PUM22 ini secara dalam talian di seluruh negara.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama–sama berkumpul secara maya, dalam sebuah program yang cukup bermanfaat ke arah usaha melahirkan usahawan-usahawan muda yang bakal memacu ekonomi negara melalui Program Usahawan Muda 2022 (PUM22) yang akan diadakan pada hari ini.
2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan kerja SSM kerana berjaya menjalinkan kerjasama dengan Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) Putrajaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Putrajaya serta Pusat Latihan GIATMARA Kuala Lumpur, dalam merealisasikan program pada hari ini.
3. Saya dimaklumkan, bagi PUM22 pada hari ini terdapat seramai lebih seribu (1000) penyertaan pelajar daripada ketiga-tiga institusi yang telah berdaftar. Pastinya semua peserta begitu bersemangat untuk mengikuti sesi-sesi yang telah disediakan untuk PUM22.
4. Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana terpilih untuk mengikuti sesi pertama PUM bagi tahun 2022 ini.
5. Alhamdulillah, pada tahun 2021, SSM telah menganjurkan sebanyak empat (4) sesi PUM secara dalam talian dan pada tahun 2022 pula, SSM merancang untuk mengadakan enam (6) sesi PUM22 melibatkan Ibu Pejabat, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang dan Sarawak juga secara maya. 6. SSM akan mengekalkan kerjasama dengan institusi-institusi sedia ada iaitu TVET, GIATMARA dan Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti.
Para pelajar yang saya kasihi sekalian,
7. Keperluan terhadap pendedahan dan pendidikan di permulaan langkah dalam menceburi bidang perniagaan merupakan salah satu pendekatan yang baik bagi membentuk budaya keusahawanan yang mantap dalam kalangan usahawan di negara ini.
8. Pengetahuan menguruskan sesebuah perniagaan perlu disemai dalam diri usahawan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan mempunyai ketahanan utuh untuk menghadapi apa jua cabaran yang melanda.
9. Justeru, dengan penglibatan para pelajar yang menggalakkan pada hari ini, saya percaya PUM22 ini mampu mencapai objektif dan matlamat penganjuran ke arah memberi pendedahan, menyemai minat dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri semua peserta. Tahniah saya ucapkan kepada peserta PUM22 yang hadir pada hari ini! 10. Saya ingin berkongsi bahawa penganjuran PUM22 ini turut membawa hasrat murni iaitu mengambil langkah-langkah proaktif untuk bekerjasama dengan IPT-IPT di seluruh negara dalam bersama-sama menggilap potensi para pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara pada masa hadapan.
11. Kemampuan sesebuah perniagaan untuk beradaptasi dengan apa jua cabaran pada masa hadapan selaras dengan kehendak semasa amatlah penting bagi memastikan sesebuah perniagaan terus berdaya saing dalam pasaran domestik mahupun luar negara.
12. Menurut statistik, terdapat sejumlah 384,300 perniagaan yang didaftarkan pada tahun 2021. Manakala jumlah perniagaan yang ditamatkan pada 2021 pula adalah sebanyak 11,808. Sehubungan dengan itu, adalah sangat penting untuk bakal-bakal usahawan diterapkan dengan ilmu dan teknik pengurusan perniagaan cekal, mampan dan berwibawa dalam menghadapi sebarang cabaran selok belok perniagaan pada masa hadapan.
13. Justeru, melalui PUM22, SSM akan memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan tatacara serta perundangan yang ditadbirkan oleh SSM berhubung pendaftaran perniagaan. Selain itu, kaedah dan faedah mendaftarkan perniagaan, strategi perniagaan dan pengurusan kewangan, pemasaran digital, serta perkongsian oleh usahawan berjaya.
14. Besar harapan saya agar para peserta dapat memanfaatkan PUM22 ini dengan sebaik mungkin, seterusnya memberikan pertimbangan sewajarnya untuk mendaftarkan perniagaan dan mempertimbangkan perniagaan sebagai pilihan kerjaya selepasa tamat belajar.
Para pelajar yang dikasihi,
15. SSM amat prihatin dengan kebajikan dan keperluan komuniti niaga. Sehubungan itu, SSM telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan impak pandemik COVID-19 terhadap komuniti usahawan dalam negara.
16. Melalui PUM22 ini, SSM turut memberikan galakan kepada golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang ingin menceburi bidang perniagaan dengan menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).
17. Untuk makluman semua, SPPP telah diperkenalkan SSM pada 23 Disember 2020 untuk memberi peluang kepada usahawan kumpulan B40 serta pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi seperti Universiti, Politeknik, Kolej, Institut dan Pusat Kemahiran dalam negara untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan fi pendaftaran sebanyak RM60 bagi pendaftaran menggunakan nama tred, RM30 bagi pendaftaran menggunakan nama sendiri untuk setiap pendaftaran berserta RM10 untuk cetakan maklumat.
18. Oleh itu, saya ingin menyeru agar semua peserta mengambil peluang ini untuk mendaftarkan perniagaan anda bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah sah di sisi undang-undang.
19. Memiliki entiti perniagaan yang sah adalah penting untuk memberikan keyakinan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan. Perniagaan yang sah juga membolehkan usahawan merebut pelbagai bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan seperti TEKUN, MARA, AIM dan lain-lain.
20. Dari 1 Januari 2021 hingga 28 Februari 2022, jumlah pendaftaran perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma melalui SPPP adalah sebanyak 30,322 pendaftaran yang terdiri daripada 11,128 pelajar-pelajar IPT sepenuh masa dan 19,194 usahawan B40. Tahniah diucapkan kepada usahawan yang telah berdaftar dan memanfaatkan SPPP!
21. Di sini, saya ingin berkongsi bahawa pada tahun ini, SSM akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-20. Selaras dengan ini, pelbagai aktiviti serta program telah dirancang bagi memeriahkan sambutan ulang tahun ke-20 ini. Saya berharap agar para pelajar sekalian dapat meluangkan masa untuk menyertai aktiviti yang akan diadakan dan sentiasa mengikuti laman sosial rasmi SSM untuk maklumat lanjut berkaitan sambutan ulang tahun ini.
22. Sebagai mengakhiri ucapan, saya berharap agar program ini mampu menjadi pemangkin ke arah melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya pada masa hadapan. 23. Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET), Putrajaya; Pusat Latihan GIATMARA Kuala Lumpur; dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Putrajaya yang sudi bekerjasama dalam menjayakan PUM22 pada kali ini.
24. Terima kasih juga kepada pasukan kerja SSM atas penganjuran program ini. Sekalung tahniah sekali lagi kepada para pelajar yang menyertai dan menjayakan sesi PUM22 yang pertama ini.
25. Dengan lafaz Bismillahi Rahmanirr Rahim, saya dengan ini merasmikan Program Usahawan Muda 2022.
Sekian, terima kasih.
| 3/31/2022 | 2022 | Speeches | 31/03/2022 | | 67 | | Terima kasih Saudara/ Saudari pengacara majlis. Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. YBrs. Tuan Khuzairi Yahaya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Kawal Selia dan Penguatkuasaan SSM;
YBrs. Tuan Rezy Izwan Ramly, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pendaftaran dan Perkhidmatan Perniagaan SSM;
YBrs. Tuan Amir Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perkhidmatan Korporat SSM;
Yang Berusaha Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua- Ketua Seksyen dan Pengarah Negeri;
Yang diraikan penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021;
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
1. Syukur Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat kita berkumpul bersama-sama pada pagi yang berbahagia ini dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SSM Tahun 2021.
2. Izinkan saya untuk merakamkan ucapan setinggi- tinggi terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis yang amat bermakna pada hari ini.
3. Saya amat berbesar hati untuk bersama-sama menyempurnakan Majlis APC Tahun 2021 bagi meraikan seramai 58 warga Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di seluruh Malaysia yang terdiri daripada 36 warga kerja dari ibu pejabat dan 22 warga kerja dari pejabat negeri atau cawangan yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun 2021. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima atas pencapaian perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2021.
4. Saya percaya, penghargaan ini akan dapat membangkitkan semangat kepada tuan-tuan dan puan-puan dalam memperkasa perkhidmatan masing-masing tetapi juga menjadi mentor kepada warga kerja yang lain agar berusaha memperbaiki prestasi untuk dianugerahkan juga APC di masa akan dating. Suasana ini akan mewujudkan persaingan sihat dikalangan pekerja SSM serta budaya suasana kerja berprestasi tinggi dalam organisasi SSM ini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
5. Untuk makluman, APC ini diadakan pada setiap tahun sebagai tanda penghargaan serta pengiktirafan kepada pekerja yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang di samping menjadi inspirasi kepada seluruh warga Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk meneruskan khidmat bakti dengan lebih baik dan berdedikasi.
6. Sesungguhnya sesebuah organisasi tidak dapat beroperasi dengan baik tanpa komitmen dan sokongan yang padu daripada warga kerjanya dalam menjalankan tugas mereka. Oleh sebab itu, SSM sentiasa menitikberatkan aspek mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dalam kalangan warga kerjanya agar dapat menggerakkan seluruh organisasi tersebut ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.
7. Tidak dinafikan bahawa setiap pekerja pasti mempunyai keinginan untuk menjadi pekerja yang cemerlang. Hal ni kerana, pekerja yang mempunyai prestasi cemerlang akan sentiasa menjadi buruan organisasi dan menjadi aset terpenting dalam sesebuah organisasi yang berperanan dalam menentukan hala tuju, visi serta misi organisasi itu terlaksana dan tercapai.
8. Di sini ingin saya berkongsi satu ungkapan dari ahli falsafah terkemuka iaitu Aristotle. Beliau mengatakan “We are what we repeatedly do, therefore excellence is not an act, but a habit." Ungkapan ini menjelaskan bahawa kecemerlangan bukanlah sesuatu yang dilakukan sekali tetapi bagi mencapai kecemerlangan, sesuatu tindakan itu perlu dilakukan berulang kali sehingga boleh dianggap sebagai kebiasaan.
9. Saya berpegang teguh kepada ungkapan ini kerana kecemerlangan bukanlah sesuatu yang boleh kita perolehi dalam masa yang singkat, tetapi ia memerlukan masa dan usaha untuk mencapainya.
10. Dalam berusaha untuk memastikan kualiti kerja dan prestasi terbaik secara konsisten dalam budaya kerja seharian kita, etika kerja yang dinamik perlu diberi keutamaan. Kita perlu memiliki sikap dan permikiran yang betul, memastikan perancangan yang dibuat dan mekanisma perlaksanaannya berkesan sehingga mampu sampai kepada golongan sasar kita.
11. Sifat amanah, telus, bertanggungjawab dan berkhidmat demi kepentingan awam merupakan intipati kepada istilah etika kerja yang baik. Dengan kata lain, etika dalam pekerjaan dan organisasi bukan sekadar penglibatan diri sebagai seorang individu untuk menyediakan keperluan dirinya sahaja sebaliknya bekerja secara berpasukan dengan warga kerja yang lain supaya hasil kerja adalah memuaskan dan komprehensif.
12. Saya ingin menarik perhatian Tuan/Puan mengenai bicara nilai, etika dan budaya kerja dalam perkhidmatan awam yang dirumuskan dengan tepat dan jelas dalam 12 peringatan Ketua Setiausaha Negara pada 1992 iaitu Tan Sri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid yang dikenali sebagai Tonggak Dua Belas. Asas kepada Tonggak Dua Belas adalah:
- Menghargai masa (The value of time);
- Ketekunan membawa kejayaan (The success of perseverance);
- Keseronokan bekerja (The pleasure of working);
- Kemuliaan kesederhanaan (The dignity of simplicity);
- Ketinggian peribadi (The worth of character);
- Kekuatan sifat baik hati (The power of kindness);
- Pengaruh teladan (The influences of examples);
- Kewajipan menjalankan tugas (The obligation of duty);
- Kebijaksanaan berhemat (The wisdom of economy);
- Keutamaan kesabaran (The virtue of patience);
- Peningkatan bakat (The improvement of talent); dan
Nikmat mencipta (The joy of originating).
13. Saya percaya kefahaman terhadap nilai-nilai dan etika perkhidmatan awam ini boleh digunapakai oleh semua warga kerja SSM bagi memupuk budaya kerja cemerlang.
14. Ingatlah, sebahagian besar kejayaan organisasi bergantung kepada produktiviti tenaga kerjanya. Oleh itu, setiap seorang daripada anda perlu memainkan peranan yang penting di samping memberi keutamaan kepada nilai dan etika pekerjaan yang baik dalam memberi sumbangan yang berimpak kepada organisasi.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
15. Saya percaya, sahabat-sahabat kita yang akan menerima APC sebentar sahaja lagi, memiliki keazaman yang tinggi dalam kerjaya dan sentiasa mempunyai keinginan untuk memperbaiki diri serta meningkatkan lagi kebolehan diri untuk menjadi seorang pekerja yang cemerlang.
16. Oleh sebab itu, APC SSM Tahun 2021 ini bukan hanya semata-mata pengiktirafan kepada warga kerja yang telah menunjukkan komitmen dan dedikasi yang tinggi terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, tetapi juga sebagai langkah ke arah membudayakan kecemerlangan secara menyeluruh dalam semua aspek. 17. Untuk makluman hadirin sekalian, sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja yang berusaha keras untuk organisasi kita ini, SSM berbesar hati untuk memberikan insentif berserta sijil penghargaan dan cenderahati.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
18. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SSM Tahun 2021. Saya berharap anugerah ini dijadikan iltizam serta pembakar semangat kepada semua warga kerja SSM yang lain untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan tugas masing-masing. Sabda Rasulullah, sesungguhnya Allah suka manusia yang melakukan pekerjaan dengan tekun, teliti dan kerja sebaik mungkin. 19. Saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun; Burung merpati terbang di awan,
Hinggap sebentar di pohon cemara,
Budaya cemerlang tidaklah rawan,
Teguh berdiri jiwa berwibawa.
Raja berdaulat di singgahsana,
Bendera berkibar di ruang angkasa, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah dilaksana, Pekerja cemerlang memacu negara.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
| 8/9/2022 | 2022 | Speeches | 09/08/2022 | | 66 | | Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Pengacara Majlis. YBhg. Dato' Seri Hj. Mustafar Hj. Ali Ketua Pengarah, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), YBrs. Tuan Kamal Baharin Omar, Timbalan Ketua Pengarah NFCC, YBrs. Tuan Khuzairi Yahaya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Kawal Selia dan Penguatkuasaan, YBrs. Tuan Rezy Izwan Ramly, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pendaftaran dan Perkhidmatan Perniagaan, YBrs. Tuan Amir Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perkhidmatan Korporat,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita sama–sama berkumpul, dalam sebuah majlis yang cukup bermakna iaitu 'Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama di antara Kerajaan Malaysia (diwakili oleh Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)'.
2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak-pihak terlibat yang telah berusaha untuk menjayakan kerjasama di antara NFCC dan SSM pada hari ini.
3. Saya sangat berbesar hati apabila kerjasama yang dilaksanakan selama ini di antara kedua agensi dapat diperluaskan melalui perkongsian data dan maklumat serta menjadikan sebarang tindakan penguatkuasaan dapat diambil dengan lebih pantas dan efektif.
YBhg. Dato' Seri dan para hadirin yang saya hormati sekalian,
4. SSM amat prihatin dengan, peningkatan kes-kes berkaitan kegiatan jenayah kewangan di Malaysia dalam zaman yang semakin canggih seiring dengan perubahan arus teknologi moden.
5. Laporan kerugian dan kerosakan yang diterima daripada mangsa-mangsa jenayah ini melibatkan jumlah yang besar, dan membawa kesan kerugian kepada negara.
6. Antara jenis jenayah yang biasa kita dengar adalah penipuan kewangan melalui dalam talian, skim pelaburan tidak berdaftar yang menjanjikan keuntungan berganda dalam masa singkat, penggunaan akaun keldai sama ada atas nama individu atau perniagaan dan juga syarikat serta pelbagai lagi.
7. Oleh itu, melalui kerjasama antara NFCC dan SSM ini, saya melihat kedua-dua pihak akan dapat memanfaatkan segala kelebihan untuk berkongsi data, maklumat, pengetahuan, pengalaman, kemampuan serta perkhidmatan masing-masing dalam usaha untuk membenteras kegiatan jenayah kewangan di Malaysia sekaligus menyelamatkan rakyat Malaysia daripada terus terjerumus dalam lembah penipuan dan menanggung kerugian.
8. Antara skop kerjasama antara pihak NFCC dan SSM ini adalah:
(a) Perkongsian data dan maklumat yang relevan yang berkaitan jenayah kewangan di dalam negara atau luar negara untuk tujuan pemprofilan dan analisis jenayah kewangan;
(b) Analisis bersama dalam mengenalpasti sasaran siasatan yang melibatkan operasi;
(c) Aktiviti risikan dan siasatan secara bersama dalam operasi-operasi bersepadu;
(d) Program-program pencegahan dan kesedaran masyarakat berkaitan jenayah kewangan;
(e) Latihan bersama antara agensi;
(f) Khidmat rundingan dari aspek pengurusan harta yang disita dan dilucut hak; dan
(g) Kerjasama dalam perkara lain yang difikirkan perlu oleh kedua-dua pihak.
9. Justeru, dengan kesepakatan antara NFCC dan SSM dalam menandatangani Memorandum Kerjasama pada hari ini, saya percaya kedua-dua pihak mampu mencapai objektif dan matlamat kerjasama seperti diharapkan iaitu membanteras kegiatan jenayah kewangan di Malaysia. Tahniah saya ucapkan kepada NFCC, SSM dan semua pihak yang terlibat dengan usaha kerjasama ini.
10. Besar harapan saya agar kedua-dua pihak dapat memanfaatkan peluang kerjasama ini dengan sebaik mungkin, seterusnya menaikkan kedudukan Malaysia dalam membanteras kegiatan jenayah kewangan.
YBhg. Dato' Seri dan para hadirin yang saya hormati sekalian,
11. Sebagai mengakhiri ucapan, saya berharap agar kerjasama ini mampu menjadi pemangkin ke arah lebih banyak kerjasama pada masa hadapan antara agensi-agensi dengan SSM.
12. Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan seluruh tenaga kerja SSM dan NFCC atas penganjuran kerjasama ini dan disudahi dengan ucapan terima kasih dan kalimah Wassalam mua'laikum warahmatullahi WBT.
| 8/9/2022 | 2022 | Speeches | 09/08/2022 | | 65 | | Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Pengacara Majlis;
YBhg. Dato' Zainal Abidin bin Yang Razalli – Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA;
YBhg. Dato' Hj Mohama Mustahapa bin Awang – Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA;
YBrs. Tuan Abdul Rashid bin Bahri – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA; YBrs. Puan Rosilawati binti Abu Hassan – Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA; dan
YBrs. Tuan Rezy Izwan Ramly – Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pendaftaran & Perkhidmatan Perniagaan) SSM;
Seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan rahmatNya, pada pagi ini kita diberi peluang untuk berkumpul bersama dalam Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengarah serta seluruh pasukan kerja FAMA yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Pemeteraian MoU ini diharapkan dapat memberi pelbagai faedah kepada kedua-dua belah pihak dalam meningkatkan sosio-ekonomi negara terutamanya komuniti perniagaan.
Para Hadirin yang dihormati sekalian,
SSM melaksanakan fungsinya dalam mengawal selia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan tadbir urus korporat serta perkembangan positif bagi sektor perniagaan di negara ini.
Sejajar dengan peralihan masa, SSM sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran perniagaan yang lestari dalam memudahkan orang ramai mengembangkan serta menaik taraf perniagaan agar selari dengan perubahan landskap ekonomi semasa.
Justeru, melalui pemeteraian MoU pada hari ini, SSM akan memberikan perkhidmatan dan sokongan khusus kepada usahawan di bawah seliaan FAMA berhubung keperluan mendaftarkan perniagaan bagi mempertingkatkan kelangsungan entiti perniagaan dan korporat sesuai dengan fungsi serta tanggungjawab SSM.
Para Hadirin yang dihormati sekalian,
Kami di SSM juga sentiasa peka terhadap kesan pandemik COVID-19 dan sentiasa berusaha dalam membantu meringankan beban komuniti perniagaan dengan menyediakan pelbagai inisiatif bagi menyokong sektor korporat dan perniagaan sekaligus menepati hasrat serta agenda Kerajaan. Melalui MoU ini juga, SSM menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada semua golongan usahawan B40 di bawah seliaan FAMA. Untuk makluman semua, statistik bagi tempoh Januari sehingga 30 Jun 2022 menunjukkan sebanyak 10,572 perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma yang dibuka sejak 23 Disember 2020 di bawah SPPP ini.
Melalui inisiatif MoU ini, SSM amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan FAMA di dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan mikro termasuklah golongan usahawan B40 dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi memperolehi khidmat nasihat dan sokongan perniagaan secara berinteraksi dalam mengembangkan serta mengekalkan perniagaan dalam norma baharu.
Para Hadirin sekalian,
SSM komited dan sentiasa berusaha untuk mengadaptasikan platform teknologi agil, sejajar dengan nilai-nilai korporat SSM dalam memberi keutamaan terhadap perkhidmatan kepada orang awam serta pihak-pihak berkepentingan dari semasa ke semasa. Dengan mengambil kira keadaan persekitaran yang telah beralih ke era digitalisasi, SSM mempromosi paparan Kod QR SSM BizTrust sebagai pengenalan identiti digital kepada usahawan agar dapat diaplikasikan melalui platform Agrobazaar Online yang dikendalikan oleh FAMA.
Selain daripada memberi nilai tambah kepada kecemerlangan perkhidmatan pelanggan kedua-dua belah pihak, saya melihat kerjasama ini dapat mendedahkan adaptasi menyeluruh urusniaga secara dalam talian kepada usahawan yang mampu meningkat hasil pendapatan melalui platform digital.
Para Hadirin sekalian,
Pada kesempatan ini, sekali lagi saya ingin merakamkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada pasukan dari FAMA dan pasukan SSM di atas usaha dan komitmen yang tinggi dalam penganjuran majlis memeterai MOU pada hari ini. Dengan termeterainya MoU ini, saya berharap agar FAMA dan SSM terus teguh dalam menjayakan aktiviti dan program yang telah dikenalpasti bagi menggalakkan pertumbuhan tadbir urus koporat yang baik di kalangan usahawan serta menjana ekonomi negara.
Sekian, terima kasih dan saya sudahi dengan kalimah Wabillahi taufik walhidayah, Wassalam mua'laikum warahmatullahi wabarakatuh.
| 8/2/2022 | 2022 | Speeches | 02/08/2022 | | 64 | | Yang Berhormat, Dato’ Rosol bin Wahid
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Yang Berbahagia, Datuk Azman bin Mohd Yusof Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna yang juga merangkap Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Yang Berbahagia, Datuk Nor Azimah binti Abdul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Yang Berusaha, Anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia Pengarah-pengarah dan Ketua-ketua Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’ dan semua peserta, Tuan-tuan, Puan-puan yang saya hormati sekalian.
Terima kasih saudara pengacara majlis.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SSM kerana menjemput saya merasmikan SSM National Conference 2022 atau yang dikenali sebagai SSMNC2022 pada pagi ini. Persidangan ini bertemakan ‘CORPORATE GOVERNANCE AND SUSTAINABILITY. NEEDED NOW MORE THAN EVER’.
Untuk meneruskan ucapan ini, izinkan saya berucap dalam Bahasa Inggeris.
Salam Sejahtera, Salam Keluarga Malaysia, and a very good morning to all.
1. It gives me great pleasure to be with you this morning and on behalf of the Companies Commission of Malaysia (SSM), I would like to extend a very warm welcome to all participants of this conference. I would also like to take this opportunity to thank SSM for the invitation to officiate the SSMNC 2022.
2. As we all know, the annual SSMNC has made its mark as a signature regulatory education and networking platform for corporate professionals to stay relevant in the ever-changing business environment. This is the 11th year SSM is organising this prestigious conference and the second time it is being held virtually, in light of the COVID-19 pandemic that is undeniably still prevailing in our current lives despite the nation’s transition phase to endemic. I have been informed that this year’s conference has attracted more than 2,400 participants and a field of distinguished speakers and panellists who are highly regarded in their respective fields. Congratulations to SSM for successfully organising SSMNC 2022.
Respected delegates, ladies, and gentlemen,
3. The COVID-19 pandemic has thrust the concept of sustainability into the forefront globally. The debate whether to incorporate sustainability into the business strategy of a company is no longer an option. Many companies have begun to integrate sustainability into their existing business strategies and initiatives for key performance indicators or KPIs to be achieved. From micro small medium enterprises to conglomerates, the executives realize that the adoption of sustainable practices assist these entities in gaining a competitive edge over their peers in the industry.
4. As a result, we are seeing more corporations placing increasing pressure on themselves to improve best practices for corporate governance and sustainability, with the goal of enhancing their relationships with stakeholders because this is crucial for the corporations’ ability to thrive and prosper.
5. With this rising trend and expectation from investors and regulators, board of directors need to pay special attention to their business practices and its impact on social and environment as they have the power to shape the company’s direction and culture through its decision making guided by good corporate governance philosophy and practices. Directors play an important role in ensuring that good stewardship is exercised for their business model to be adaptable, resilient, and innovative apart from ensuring profitability.
6. This brings me to SSMNC 2022’s theme, ‘Corporate Governance and Sustainability. Needed now more than ever’. This theme is apt and resonates very well with the current priorities of the corporate sector, which is to reset and rebuild with greater resilience and preparedness to face the post-pandemic times. This means leveraging towards building pathways for long term sustainability and inclusive growth. In an uncertain global economic climate, the need for corporate governance and sustainability has never been more important, which is why the theme was chosen by SSM.
7. SSMNC 2022 aims to be a platform to spark action by the corporate players to strengthen corporate governance and sustainability in achieving long-term value and sustainable growth of businesses. During the conference, the sessions will highlight that governance is the foundation of sustainability. The board oversees and monitors the company’s strategy, so an organisation cannot be truly sustainable unless its board is firmly advocating the sustainability agenda. The present time is perhaps the most crucial and right time to strengthen corporate governance to achieve sustainability.
8. The theme is also very much in line with the Government’s aspiration under the 12th Malaysia Plan which sets the direction to achieve a prosperous, inclusive, and sustainable Malaysia. Policies under the 12th Malaysia Plan are structured to achieve sustainable economic growth, with a focus on equitable distribution of wealth, the well-being of the Rakyat and environmental sustainability with a new transformative approach based on three (3) themes, four (4) catalytic policy enablers and 14 game changers, among which are resetting the economy, strengthening security, wellbeing and inclusivity as well as advancing sustainability.
9. The 12th Malaysia Plan was drafted at the time when the global economic is facing unforeseen challenges and uncertainties due to COVID-19 pandemic. Specific policies and strategies are designed to restructure and strengthen the economy as well as address the imbalance of socio-economic development. The plan will also reshape the future of the country to achieve prosperity, inclusivity, and sustainability. Malaysia announced a goal for the country to achieve nett-zero GHG or greenhouse gases emissions target as early as 2050 and this is manageable based on our gross domestic product (GDP). Details of other measures for carbon reduction will be announced once a review of long-term low-carbon development strategies is finalised by the end of 2022. The success of the 12th Malaysia Plan depends on efficient implementation and close monitoring. Thank you SSM for choosing a theme that is currently an issue which is very much at the forefront of the agenda of the Malaysian Government and Governments globally.
10. As highlighted by YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, CEO of SSM in her welcoming speech, I believe that SSM has carefully selected a panel of experts with wide experience in their respective fields, to discuss in depth the topics that will shed light and bring insight into how corporate governance and sustainability goes hand-in-hand. I hope the sharing session brings about good corporate governance practices in companies and aligns vision, processes, and structures to ensure long-term sustainability.
11. Apart from the dialogues related to corporate governance and sustainability, I was also informed that there will be a session themed ‘SSM Talks’ which explores topics such as the ongoing efforts by SSM to enhance the Malaysian Business Reporting System (MBRS) to prepare for Mandatory Lodgement as well as SSM’s sharing sessions on Monitoring Framework for Auditors. I hope this session will assist you in keeping up to date on matters from the Regulator’s perspective.
Respected delegates, ladies, and gentlemen,
12. As a statutory body and an agency under the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs or KPDNHEP, SSM has put in tremendous efforts that is in fact, continuous, in providing the required initiatives to support businesses and corporate entities to face challenges in light of the COVID-19 pandemic as we move towards the endemic phase.
13. In 2022, SSM implemented six (6) initiatives, five (5) of which are a continuation of the initiatives introduced last year. These initiatives will assist the country's economic recovery and the business community to continue carrying out business during the COVID-19 pandemic, in line with the Keluarga Malaysia’s aspirations to ease the burden of corporations.
14. Under the first initiative, SSM reduced 90% of the original compound value for offences under the repealed Companies Act 1965. The new initiative began on 1 March 2022 and has now been extended to 31 October 2022. As of 31 May 2022, a total of 1,578 companies have benefited from this initiative.
15. On the second initiative, SSM continues to offer free business registration through Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) targeted at full time higher learning education (IPT) students and B40 entrepreneurs. This free registration of businesses will trigger interests amongst the B40 group and IPT students to explore entrepreneurship as a source of income. This year alone up until 31 May 2022, a total of 8,759 new businesses have been registered under this initiative.
16. For the third initiative, SSM will continue the ‘Skim 1 OKU 1 Perniagaan’ or S1OKU1P that allows differently abled people to register with SSM for free hence encouraging them to choose carrying on business as a career option. Between 1 January 2022 until 31 May 2022, a total of 538 new business entities have been registered for free under this scheme. This reflects exemplary efforts in harnessing entrepreneurial interests amongst the disabled for the betterment of their livelihood and via the business registration they will be given assistance in many business aspects such as business skills as well as product and services knowledge.
17. The fourth initiative is the extension of the free registration for the SSM BizTrust which will run until 31 December 2022. Between 1 January 2022 until 31 May 2022 a total of 456,481 businesses utilised this initiative.
18. Under the fifth initiative, in supporting the continuing efforts to make Malaysia a preferred destination for doing business, the Companies Act 2016 will be amended to introduce new policies that will widen the scope of the provisions on Corporate Rescue Mechanism and Scheme of Arrangement to improve the current framework on corporate restructuring and insolvency to facilitate financially troubled companies to be rehabilitated and remain in going concern. These proposed amendments will also ensure that Malaysia's legal framework will be at par with international best practices. As we continue to establish Malaysia as the preferred destination for doing business, it is imperative that timely measures are taken to improve the insolvency framework.
19. Finally, the sixth initiative will see the Limited Liability Partnerships Act 2012 amended, in line with the aspiration of the Government to expedite the recovery of the country's economy, as there is a need for a more comprehensive legal framework related to the rehabilitation of business entities to ensure businesses remain competitive. The amendment will also include the introduction of provisions on the Corporate Rescue Mechanism as LLPs run the risk of being wound-up when they face financial difficulties even though the business is in fact still viable. Both Bills are expected to be tabled at the Parliament by July or August this year.
20. I believe all the initiatives that have been introduced will help reduce the burden faced by the corporate sector to meet their obligations under the laws regulated by SSM as well as in facilitating the continuity of businesses to remain afloat.
21. The start of the journey towards economic recovery is contingent on rebuilding trust and confidence in the public and business sectors and interventions by the Government are crucial to trigger economic recovery. Businesses need to work together with the Government to resume operations and kick-start economic activities. Meanwhile, the increasing need for technology capabilities to connect businesses, customers and supply networks is fast-tracking the world into digitalization. Malaysia must not be left behind.
Respected delegates, ladies, and gentlemen,
22. I hope that SSMNC2022 will be a source of inspiration to the corporate and business sectors to improve your respective business models to remain competitive in the industry. At the same time, I believe all delegates will take advantage of the new knowledge and insights discussed in this conference and use it to your advantage.
23. Finally, I would like to congratulate all participants for being present at this SSM National Conference despite being held virtually. I would like to take this opportunity to call on the delegates of SSMNC 2022 to actively ask questions and submit views through the interactive segments offered in each session of the programme, so that we can learn and grow together. I wish all of you the best and have a fruitful discussion!
24. On that note, ladies, and gentlemen, it gives me great honour to officiate this event. I hereby declare the virtual SSM National Conference 2022 open. Thank you!
| 7/26/2022 | 2022 | Speeches | 26/07/2022 | | 63 | | Terima kasih saudara pengacara majlis
Yang Berhormat, Dato Sri Alexander Nanta Linggi Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Yang Berhormat, Dato’ Rosol bin Wahid Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Yang Berbahagia, Datuk Azman bin Mohd Yusof Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Yang Berusaha, Anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia Pengarah-pengarah dan Ketua-ketua Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
Tan Sri, Dato, Datin, tuan-tuan, puan-puan, dan peserta yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum W.B.T., Salam sejahtera dan selamat pagi. Selamat datang saya ucapkan ke SSM National Conference 2022 yang membawa tema “CORPORATE GOVERNANCE AND SUSTAINABILITY. NEEDED NOW MORE THAN EVER.”
Izinkan saya untuk meneruskan ucapan ini dalam Bahasa Inggeris.
1. First and foremost, I would like to take this opportunity to extend my utmost gratitude to YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs for kindly agreeing to officiate the eleventh SSM National Conference 2022 or otherwise known as SSMNC 2022 which is held virtually for the second time.
2. I would also like to thank YB Dato’ Rosol bin Wahid, the Deputy Minister, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, the Secretary General of the Ministry who is also the Chairman of SSM and all SSM Commission Members who have joined us today despite their busy schedules.
3. Alhamdulillah, SSM is able to organise this Conference virtually with the participation of delegates comprised of Company directors, company secretaries, lawyers, accountants, heads of compliance, heads of risks, heads of sustainability, corporate advisers, academicians, regulators, and anyone who are interested to learn about corporate governance and sustainability.
Ladies and gentlemen,
4. As you are well aware, the SSMNC is an annual conference organised by SSM since 2011. This signature event is highly anticipated by those in the corporate sector as it sets the tone for what to expect in our respective industries.
5. I am happy to announce that this eleventh SSM National Conference has recorded participation of more than 2,400 delegates which is record breaking for SSM. Thank you everyone! for your continued support and interest in our Conference!
6. While we could not interact physically in this virtual Conference, SSM has carefully selected a panel of experts with a wealth of expertise and experience in their respective fields.
7. With the evolving business landscape and changing consumer preferences amplified by the COVID-19 pandemic, businesses must prioritise corporate governance and sustainability as they seek to transform their operating models in order to cope with the future needs and requirements for business survival.
8. To ensure long-term growth of companies in Malaysia, in 2015 SSM amended section 17(d) of the Companies Commission of Malaysia Act 2001 where the statement “to promote corporate responsibility and business sustainability” was inserted as part of SSM’s function, thus reflects the function of government agencies, business communities and members of public are interdependent in promoting CR.
9. We are also guided by the Agenda for Sustainable Development and the Sustainable Development Goals (SDG) issued by the United Nations. Malaysia together with other 192 world leaders adopted the SDGs which reflect the global commitment in achieving a more sustainable, resilient and inclusive development, with 17 Sustainable Development Goals (SDGs) and 169 targets to be attained by the year 2030.
10. As such, this year’s SSM National Conference theme, was crafted to suit the current times and address the issue at hand that the corporate sector is facing. The theme “CORPORATE GOVERNANCE AND SUSTAINABILITY. NEEDED NOW MORE THAN EVER” is apt as the country prepares toward transition to the endemic phase. Ladies and gentlemen, there is no better time than now for business community to start efforts in embracing corporate governance and sustainability in their business operations to transform for growth and expansion.
Ladies and gentlemen,
11. In this Conference, SSM has formulated nine plenary sessions to equip participants with knowledge and understanding the challenges they are facing in their respective business.
12. In the first plenary session titled, "Coming Together for the Sustainability Agenda", the distinguished panels will share their expertise and experiences on the role of corporations in achieving the aspirations of the 12th Malaysia Plan Advancing Sustainability, how companies can unite to drive the national sustainability aspiration and addressing climate change as a top business risk. They will also deliberate on the environmental implementation challenges faced by our country and corporations as well as effective measures needed for companies to create effective climate transition strategies within businesses.
13. The second plenary session is set to explore Regulatory Landscape & Expectations on Sustainability Governance where regulators will share expectations for businesses to start integrating Environment, Social and Governance (ESG) risks into their business strategies, risk management framework and disclosures.
14. Moving on the third plenary session, it will focus on how sustainability could be embedded in SMEs where delegates will discover among others, the sustainability trends for SMEs in 2022, why SMEs are not taking action to embark on the sustainable agenda and sustainability solutions for SMEs.
15. The 2030 agenda for sustainable development has brought immense opportunities to leverage digitalisation and technological innovation to meet development challenges. Therefore, the fourth plenary session will explore the opportunities and risks of new technologies.
16. The fifth plenary session on day two of the SSMNC 2022 will focus on leading climate change from the boardroom with discourse about the biggest challenges to boards embracing the climate change agenda, how to use sustainability to drive business success and what can boards do to stay ahead.
17. The sixth plenary session will explore the topic of strengthening corporate governance for sustainability where among the discourse will include the board’s role in sustainability and why good corporate governance matter so much for sustainability and development.
18. Ladies and gentlemen, for sustainability-related initiatives to thrive and succeed within an organisation, sustainable leadership is critical. The choices made by business leaders can have a direct impact on creating a strong organisation. The seventh plenary session will discuss areas relating to leadership in ensuring progress in achieving sustainability goals.
19. At the eighth plenary session, the focus will shift to company secretaries. Company secretaries are strong catalyst in fostering and implementing good governance in a company’s business practices, organisational culture and strategic affairs. As such, they are well positioned to support the Board’s emerging sustainability mandate. This session will focus on how company secretaries drive the conversation on sustainability.
20. During the final plenary session, subject matter experts from SSM will share their knowledge and experiences in a session under "SSM Talks". This session will discuss the latest issues involving operations, policies, and legislation. The team will also share about the Implementations of the Amendments to the Companies Act 2016, the Revised Regulations on Companies Limited by Guarantee (CLBG) and share updates in the AML (Anti money laundering) CFT (combating financing of terrorism) Joint Enforcement by SSM-BNM. They will also touch on Revised SSM Taxonomy (SSMxT) and Enhancement of Malaysian Business Reporting System (MBRS) portal for Mandatory Lodgement)
Ladies and gentlemen,
21. I hope all the plenary sessions will provide new perspectives and prepare the corporate communities to engage with corporate governance and sustainability in achieving long-term value and sustainable growth of business.
22. To all the participants of this conference, I sincerely hope that SSMNC 2022 would provide valuable knowledge. Thank you once again for being part of this conference.
23. Before I end my speech, I wish to record my heartfelt gratitude to Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs for his support in spending his precious time to officiate this conference with us.
24. My special thanks to SSM Chairman, Members of Commission, our SSM diligent organising team, invited speakers, as well as all technical staff involved in making SSM National Conference 2022 a huge success.
25. Last but not least, I wish you all a successful and enlightening conference. Thank you and Assalamulaikum WBT.
| 7/26/2022 | 2022 | Speeches | 26/07/2022 | | 62 | | Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Saudara Pengacara Majlis.
Yang dihormati, Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif SSM, Tuan Rezy Izwan Ramly,
M.K. Pengarah Bahagian Strategi & Komunikasi Korporat SSM, Puan Marina Nathan,
Barisan penceramah kita pada hari ini,
Puan Azurah Nor Sarif Ketua Seksyen Operasi Pejabat Negeri SSM Selangor
En. Khairul Anuar Bin Haji Yahaya Penolong Pengurus Mikro & Program Pembiayaan Bank Rakyat
Cik Atika Sikun Pelatih University Shopee Malaysia Wakil-wakil agensi pembiaya daripada TEKUN, MARA, Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SME Corp, PERNAS (PNS), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Wakaf An-Nur dan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.
Para peserta Program Bimbingan Usahawan 2022, Tuan-tuan dan Puan-puan yang menghadiri program ini secara bersemuka dan yang memilih untuk mengikutinya secara dalam talian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
1. Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala (SWT), kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat kita bersama-sama pada pagi yang berbahagia ini, untuk menjayakan sebuah program yang cukup bermanfaat dalam usaha memperkasakan dan memacu ekonomi negara, iaitu Program Bimbingan Usahawan 2022 (PBU22).
2. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga kerja SSM yang bekerjasama dengan wakil-wakil TEKUN, MARA, Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SME Corp, PERNAS (PNS), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Wakaf An-Nur dan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.
3. Saya sangat teruja melihat penyertaan kesemua peserta PBU22 dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terpilih untuk mengikuti sesi kedua PBU22 pada hari ini. Sebelum ini, SSM telah Berjaya melaksanakan PBU22 yang pertama secara maya dengan dengan penglibatan lebih 1,000 orang peserta pada Februari lalu.
Hadirin yang dihormati sekalian,
4. Untuk makluman Tuan/ Puan, tahun ini merupakan ulang tahun SSM yang ke-20 sejak penubuhannya pada 16 April 2002. Selari dengan itu, penganjuran PBU22 ini sangat signifikan sebagai sebuah platform bagi mewujudkan kesedaran kepada komuniti perniagaan terhadap kepentingan mendaftarkan perniagaan, strategi perniagaan & kewangan, serta kaedah pemasaran digital dalam menjalankan perniagaan.
5. Justeru, dengan penglibatan Tuan/Puan pada hari ini, saya percaya PBU22 ini mampu mencapai objektif dan matlamat penganjuran iaitu memberi pendedahan, menyemai minat dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri semua peserta yang menghadiri program ini.
6. Selain itu, dengan adanya program PBU22 ini, pihak SSM berharap ia dapat memberikan kesedaran kepada kumpulan usahawan mengenai keperluan untuk mendaftarkan perniagaan serta faedah yang diperolehi di samping memanfaatkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
7. SPPP merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh SSM bagi membantu komuniti perniagaan daripada usahawan kumpulan B40 serta pelajar institusi pengajian tinggi sepenuh masa. SPPP telah dilancarkan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 23 Disember 2020 yang lalu.
8. Skim ini telah membuka peluang kepada usahawan kumpulan B40 serta pelajar sepenuh masa untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 secara percuma bagi mengorak langkah dalam bidang perniagaan. Keperluan terhadap pendedahan dan pengetahuan di permulaan langkah dalam menceburi bidang perniagaan merupakan salah satu pendekatan yang baik bagi memperkasa budaya keusahawanan dalam komuniti perniagaan di negara ini.
9. Bukan setakat itu, SPPP juga telah berjaya membuka landskap dan peluang perniagaan dalam membantu rakyat yang terjejas punca pendapatan atau hilang pekerjaan berikutan pandemik COVID-19 untuk menceburi bidang perniagaan sebagai punca pendapatan yang baru.
10. Sejak mula diperkenalkan hingga 30 Jun 2022, jumlah perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma di bawah SPPP adalah sebanyak 36,927. Saya amat berbangga dengan para usahawan yang memulakan perniagaan anda dengan SSM. Dengan cara ini, anda telah berjaya memastikan perniagaan yang dijalankan adalah sah di sisi undang-undang.
Para peserta PBU22 yang dihormati sekalian,
11. Kemampuan sesebuah perniagaan untuk beradaptasi dengan apa jua cabaran pada masa hadapan amatlah penting bagi memastikan sesebuah perniagaan terus berdaya saing. Justeru, Program PBU22 ini amat menitikberatkan keupayaan golongan peniaga untuk lebih cekal dan berinovasi dalam berdepan apa jua situasi.
12. Justeru, para peserta dan bakal usahawan berjaya akan diberikan pendedahan dalam sesi perbincangan tentang Keperluan & Faedah Mendaftarkan Perniagaan, Strategi Perniagaan & Pengurusan Kewangan dan Pemasaran Digital, serta sesi plenary bersama agensi-agensi yang terlibat.
13. Pada Program PBU22 kali ini, SSM turut menyediakan kaunter khidmat nasihat kepada semua agensi kerjasama yang terlibat bagi membolehkan Tuan dan Puan membuat inquiry dan mendapat maklumat lanjut mengenai bantuan dan tawaran yang disediakan. Peserta PBU22 yang dihormati sekalian,
14. Akhir sekali, saya berharap anda semua akan memanfaatkan program ini sekaligus menjadi pemangkin ke arah lahirnya lebih ramai usahawan yang berjaya di masa hadapan. 15. Sekali lagi, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat serta seluruh warga kerja SSM atas penganjuran program ini. Tahniah juga diucapkan kepada para peserta yang menjayakan sesi PBU22 yang kedua ini.
16. Dengan lafaz Bismillahi Rahmanirr Rahim, saya dengan ini merasmikan siri kedua Program Bimbingan Usahawan 2022.
Sekian, terima kasih.
Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
| 7/14/2022 | 2022 | Speeches | 14/07/2022 |
|