Sign In
  
  
Detail
  
  
  
130
  

​Practice Directive No. 1/2019 under the Interest Scheme Act 2016 titled ‘PERIOD FOR VALIDITY OF PROSPECTUS OR PRODUCT DISCLOSURE STATEMENT’ was issued by SSM on July 25, 2019.

The objective of this Practice Directive is to specify the period pursuant to subparagraph 35(a) of Part I of Second Schedule of the ISA 2016 which provides that the Prospectus or Product Disclosure Statement shall not be valid later than a period as determined by the Registrar.

Practice Directive No. 1/2019 can be viewed at the links stated below:


12/31/20192019 http://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=130
128
  

​Dimaklumkan Nota Amalan PN5/2019 bertajuk ‘Queries Issued On Documents And Applications Lodged With The Registrar’ telah diluluskan oleh pengurusan SSM berkuatkuasa 17 Julai 2019.

Tujuan utama Nota Amalan ini dikeluarkan adalah seperti berikut:

a) Menangani isu berkenaan kueri yang dikeluarkan di bawah Akta Syarikat 2016;
b) Menangani isu peralihan (transitional) terhadap kueri yang telah dikeluarkan di bawah seksyen 308 Akta Syarikat 1965 berkenaan permohonan pembatalan nama syarikat; dan
c) Menggantikan Practice Note No. 17/2015 yang telah dikeluarkan pada 21 Disember 2015 dan Addendum to Practice Note No. 17/2015 yang telah dikeluarkan pada 29 April 2016.   

Sila klik DI SINI untuk merujuk kepada Nota Amalan tersebut.





8/18/20192019http://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=128
125
  

Bermula 1 Julai 2019 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melaksanakan kaedah pengurangan kadar kompaun secara automatik sebagai langkah pemudah cara penyelesaian kompaun dalam tempoh yang ditetapkan. Pendekatan ini juga adalah bertujuan untuk memberi dorongan kepada komuniti korporat di dalam mematuhi peruntukan Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016.

Tujuan utama pelaksanaan kaedah baru ini adalah bermatlamat memberi kelebihan kepada komuniti korporat menikmati kadar pengurangan kompaun yang lebih tinggi tanpa perlu mengemukakan rayuan pengurangan. 

Mekanisma dan kadar pengurangan kompaun secara automatik ini adalah seperti jadual berikut:

 

Tempoh Pembayaran Dari Tarikh Kompaun

Kadar Pengurangan Dari Nilai Asal Kompaun

 

1 hingga 40 hari85%
41 hingga 60 hari75%
61 hingga 90 hari60%
91 hingga 180 hari30%

 

Pengurangan kompaun secara automatik akan diberikan kepada kompaun-kompaun yang ditawarkan bagi kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016, kecuali:

  • Kompaun bagi Penyelesaian Luar Mahkamah atau Kertas Siasatan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendakwaan & Litigasi serta Pejabat Negeri / Cawangan;
  • Kompaun yang telah luput tetapi dijana semula untuk proses bayaran; dan
  • Kompaun yang telah diberi pengurangan melalui proses rayuan sebelum ini.

 Pengurangan akan diberikan semasa proses bayaran dilakukan di mana-mana kaunter SSM seluruh Malaysia.

SSM selaku pengawal selia korporat adalah bertanggung jawab bagi memastikan tahap pematuhan peruntukan Akta Syarikat yang tinggi di kalangan warga komuniti korporat di Malaysia memandangkan pengurusan tadbir urus korporat yang baik dapat menjamin kesinambungan dan integriti sesebuah syarikat.

SSM ingin menyarankan agar warga komuniti korporat di Malaysia mengambil peluang ini untuk menjelaskan kompaun bagi mengelakkan sebarang tindakan mahkamah.

Tawaran pengurangan kompaun secara automatik ini adalah tertakluk kepada Seksyen 38A(1) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001. Apabila tindakan mahkamah telah diambil, semua rayuan tidak akan dilayan.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas boleh dirujuk kepada Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000/03-2299 5334, emel ar_compliance@ssm.com.my  atau laman sesawang SSM di www.ssm.com.my.

 ​


12/31/20192019http://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=125
122
  

Dear valued customer,

 Please be informed that SSM Business Registration Service Counter at Unit No. LG-03, CoPlace 3, Block 3740, Persiaran Apec, Cyber 8, 63500 Cyberjaya, Selangor will be officially closed on 21st June 2019 (Friday).

 Consequently, SSM customers are advised to visit the nearest Business Registration Service Counter next to Cyberjaya at Level G, Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs (KPDNHEP), No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62623 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. The operating hours are as follows:​

Operation DayOperation Hours
Monday to Friday8.15 am – 5.15 pm

 

Our services are also available online at ezbiz.ssm.com.my. For further information, please call SSM Contact Centre at 03-7721 4000 or email to enquiry@ssm.com.my.

 Thank you.


12/31/20192019http://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=122
121
  

​Untuk makluman, Individu, pemilik perniagaan, syarikat serta pengarah-pengarah syarikat boleh membuat semakan dan pengesahan berhubung notis kompaun yang dikeluarkan melibatkan kesalahan di bawah akta-akta yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui modul e-kompaun di laman sesawang www.ssm.com.my


Semakan boleh dilakukan dengan memasukkan nombor entiti (nombor kad pengenalan atau nombor syarikat / nombor pendaftaran perniagaan). Sekiranya terdapat notis kompaun tertunggak, paparan nombor notis kompaun berserta nombor entiti akan dipaparkan di skrin semakan e-kompaun tersebut.

Bagi mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kompaun tersebut, pihak-pihak yang berkaitan boleh merujuk mana-mana Pejabat SSM seluruh Malaysia,  atau emel kepada ar_compliance@ssm.com.my atau hubungi Unit Pengurusan Pematuhan di talian 03-22995334.





12/31/20192019http://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=121
120
  
Dimaklumkan perkhidmatan SSM di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Melaka yang terletak di Sungai Rambai Melaka akan ditutup dan ditamatkan perkhidmatannya bermula pada 1 Jun 2019 (Sabtu).

CAWANGAN SSM WAKTU OPERASI KAUNTER

 

SSM MELAKA

Aras Bawah Menara MITC

Kompleks MITC

Jalan Konvensyen

75450 Ayer Keroh, Melaka

 



Dari Isnin hingga Jumaat

Dari jam 8:15 pagi hingga 4.15 petang

 

URBAN TRANSFORMATION CENTRE (UTC) MELAKA

Aras 3, Wisma UTC

Jalan Hang Tuah

75300, Melaka

 



Isnin ke Sabtu

Dari jam 8:00 pagi hingga 4.15 petang


SSM MUAR

No.1, Jalan Perdagangan

Off Bulatan Jalan Bakri

84000 Muar, Johor.

 



Dari Ahad hingga Khamis

Dari jam 8:15 pagi hingga 4.15 petang




12/31/20192019http://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=120
115
  

Pelanggan SSM yang dihormati,​

Di maklumkan bahawa mulai 22 Januari 2019, waktu operasi Pejabat SSM di UTC adalah seperti berikut: 

LOKASI​ 

WAKTU PEJABAT WAKTU URUSAN KAUNTER WAKTU REHAT 

UTC Pudu Sentral 

UTC Melaka 

UTC Perlis 

 

Isnin hingga Ahad 

 

8.00 pagi – 5.00 petang 

Isnin hingga Ahad 

 

8.00 pagi – 4.00 petang 

Jumaat 

 

​12.15 t/hari – 2.45 petang 

 




UTC Kuala Terengganu 

Ahad hingga Khamis 

 

8.15 pagi - 10.00 malam 

Ahad hingga Khamis 

 

8.15 pagi - 10.00 malam 

Ahad hingga Khamis 

 

7.00 petang – 8.00 malam 

 

Jumaat dan Sabtu 

 

8.00 pagi - 5.00 petang 

Jumaat dan Sabtu 

 

8.00 pagi - 5.00 petang 

Jumaat 

 

12.15 t/hari – 2.45 petang 

 

Sabtu 

1.00 petang – 2.00 petang 

 

 *UTC ditutup pada Cuti Umum

 Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan SSM, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03 – 7721 4000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.

 


12/31/20192019http://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=115
113
  
Berkuatkuasa 11 Mei 2019 (Sabtu) pejabat kaunter perkhidmatan SSM UTC Pahang yang beroperasi di 1-11 Aras Satu, Bangunan UTC Pahang Jalan Stadium, 25000 Kuantan, Pahang akan dipindahkan ke pejabat cawangan SSM Pahang seperti di alamat berikut:
 
Suruhanjaya Syarikat Malaysia Cawangan Pahang
B2 & B4, Tingkat Bawah
Jalan IM 7/2
Bandar Indera Mahkota
25300, Kuantan, Pahang.
 
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat, 8.15 pagi hingga 5.15 petang
 
Pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan SSM di:
1. Cawangan SSM seluruh negara
2. Ezbiz Online (ezbiz.ssm.com.my)
3. Lebih 400 cawangan Bank Simpanan Nasional
4. Lebih 160 cawangan Bank Rakyat
5. Mesin Ezbiz Kiosk di pejabat SSM seluruh negara
 
Sekian, dimaklumkan. 
 
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

7 MEI 2019


12/31/20192019http://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=113
1 - 8Next
myGovernment
KPDNKK myGoverment
Agencies under Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry (KPDNHEP)
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
Telephone: +603-2299 4400
Fax: +603-2299 4411
Hotline: +603-2299 4400
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001