Sign In
Penerbitan Arahan Amalan Bil. 8/2021: Extension of Time for Circulation of Financial Statements and Reports, Holding of Annual General Meeting and Lodgement of Financial Statements for Companies Affected by the Implementation of Movement Control Order.

​Adalah dimaklumkan bahawa SSM telah mengeluarkan Arahan Amalan Bil. 8/2021: Extension of Time for Circulation of Financial Statements and Reports, Holding of Annual General Meeting and Lodgement of Financial Statements for Companies Affected by the Implementation of Movement Control Order yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2021.

Tujuan utama Arahan Amalan ini dikeluarkan adalah untuk :

(a) Membolehkan syarikat menyempurnakan penyediaan penyata kewangan dan laporan, mengedarkan penyata kewangan dan laporan kepada anggota syarikat, mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan menyerah simpan penyata kewangan dan laporan dengan SSM dalam tempoh masa yang lebih munasabah.

(b) Membantu syarikat-syarikat yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mematuhi kehendak-kehendak Akta Syarikat 2016 berkenaan penyediaan penyata kewangan dan laporan, pengedaran penyata kewangan dan laporan, mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan menyerah simpan penyata kewangan dan laporan.

(c) Meringankan bebanan syarikat yang terkesan dengan pelaksanaan PKP dengan mengecualikan bayaran fi bagi permohonan pelanjutan masa untuk syarikat mengedarkan penyata kewangan dan laporan, mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan menyerah simpan penyata kewangan dan laporan.

(d) Memudahkan kaedah permohonan dan proses kelulusan bagi permohonan pelanjutan masa untuk syarikat mengedarkan penyata kewangan dan laporan, mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan menyerah simpan penyata kewangan dan laporan.

Arahan Amalan Bil. 8/2021 hanya terpakai kepada syarikat-syarikat yang mempunyai tahun kewangan berakhir mulai 1 November 2020 hingga 31 Januari 2021. Syarikat-syarikat yang layak mesti mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Arahan Amalan tersebut dan permohonan pelanjutan masa hendaklah dihantar kepada SSM melalui e-mel: eotmco3@ssm.com.my selewat-lewatnya 31 Julai 2021.

Sila klik DISINI​ untuk mendapatkan Arahan Amalan tersebut di portal rasmi SSM.

1 JUN 2021


Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001