Sign In
Announcement

​Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melaksanakan “Kempen Pematuhan Tahun 2020 Akta Syarikat 2016”.  Menerusi pelaksanaan kempen ini, SSM akan memberi kadar pengurangan kompaun maksimum sebanyak 90 peratus daripada nilai asal kompaun kepada komuniti korporat bagi dua situasi berikut:

(a) Syarikat aktif yang ingin dikekalkan dalam daftar syarikat, dikehendaki untuk mengemaskini serahsimpan Penyata Tahunan (PT) dan Penyata Kewangan (PK) berdasarkan peruntukan di bawah Akta Syarikat 1965 (AS 1965)/ Akta Syarikat 2016 (AS 2016); dan
(b) Syarikat dorman dan tidak aktif dikehendaki membuat permohonan pemotongan nama syarikat menurut Seksyen 550 AS 2016.

Kadar pengurangan kompaun maksimum sebanyak 90 peratus ini hanya terpakai kepada kompaun-kompaun yang dikeluarkan bagi kesalahan lazim sahaja di bawah AS 2016 dan AS 1965 seperti berikut:

​BilSeksyen Kesalahan
Keterangan Kesalahan
​   1.​68(1) AS 2016​Gagal menyerahsimpan Penyata Tahunan
​   2.​248(1) AS 2016​Gagal menyediakan Penyata Kewangan
​   3.​258(1) AS 2016​Gagal mengedarkan Penyata Kewangan
   ​4.​259(1) AS 2016​Gagal  menyerahsimpan  Penyata Kewangan
   ​5.​340(1) AS 2016​Gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (bagi syarikat awam)
​   6.​7(11)(b) AS 1965​Gagal memberi maklumbalas tehadap notis SSM
   ​7.​143(1) AS 1965​Gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan
   ​8.​165(4)/(5)AS 1965​Gagal  menyerahsimpan  Penyata Tahunan
   ​9.​169(1) AS 1965​Gagal membentangkan Penyata Kewangan


KECUALI :
•    Kompaun bagi Penyelesaian Luar Mahkamah atau Kertas Siasatan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendakwaan & Litigasi serta Pejabat Negeri / Cawangan; dan
•    Kompaun yang dianggap oleh Timbalan Pendakwa Raya SSM sebagai kesalahan tadbir urus korporat yang serius.

Untuk makluman, pembayaran kompaun boleh dibuat di mana-mana kaunter Pejabat SSM di seluruh Malaysia. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas boleh dirujuk kepada Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000/03-22995334, emel ar_compliance@ssm.com.my atau laman sesawang SSM di www.ssm.com.my.




Attachments
myGovernment
KPDNKK myGoverment
Agencies under Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry (KPDNHEP)
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001