Sign In
Terma & Syarat Bagi Pelaksanaan Pengurangan Kompaun Secara Automatik

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selaku pengawal selia korporat adalah bertanggung jawab bagi memastikan tahap pematuhan peruntukan Akta Syarikat yang tinggi di kalangan warga komuniti korporat di Malaysia memandangkan pengurusan tadbir urus korporat yang baik dapat menjamin kesinambungan dan integriti sesebuah syarikat.

Bermula 1 Julai 2019 SSM telah melaksanakan kaedah pengurangan kadar kompaun secara automatik sebagai langkah pemudah cara penyelesaian kompaun dalam tempoh yang ditetapkan. Pendekatan ini juga adalah bertujuan untuk memberi dorongan kepada komuniti korporat di dalam mematuhi peruntukan Akta Syarikat 1965 (AS 1965) dan Akta Syarikat 2016 (AS 2016).​

Tujuan utama pelaksanaan kaedah baharu ini adalah bermatlamat memberi kelebihan kepada komuniti korporat menikmati kadar pengurangan kompaun yang lebih tinggi tanpa perlu mengemukakan rayuan pengurangan.

Mekanisma dan kadar pengurangan kompaun secara automatik ini adalah seperti jadual berikut:

Tempoh Pembayaran Dari Tarikh Kompaun

Kadar Pengurangan Dari Nilai Asal Kompaun

1 hingga 40 hari85%
41 hingga 60 hari75%
61 hingga 90 hari60%
91 hingga 180 hari30%

Bermula 3 Disember 2019, pengurangan kompaun secara automatik hanya terpakai kepada kompaun-kompaun yang ditawarkan bagi kesalahan di bawah:

Senarai Kesalahan-Kesalahan Ketidakpatuhan
Seksyen 68(1) AS 2016
Seksyen 248(1) AS 2016
Seksyen 258(1) AS 2016
Seksyen 259(1) AS 2016
Seksyen 340(1) AS 2016
Seksyen 7(11)(b) AS 1965
Seksyen 143(1) AS 1965
Seksyen 165(4) AS 1965
Seksyen 169(1) AS 1965

kecuali:

  • Kompaun bagi Penyelesaian Luar Mahkamah atau Kertas Siasatan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendakwaan & Litigasi serta Pejabat Negeri / Cawangan;
  • Kompaun yang telah diberi pengurangan melalui proses rayuan sebelum ini; dan
  • Kompaun yang dianggap oleh Timbalan Pendakwa Raya SSM sebagai kesalahan tadbir urus korporat yang serius.

Pengurangan akan diberikan semasa proses bayaran dilakukan di mana-mana kaunter SSM seluruh Malaysia.

Kompaun yang telah luput bagi kesalahan di bawah seksyen yang dinyatakan di dalam Jadual Senarai Kesalahan-Kesalahan Ketidakpatuhan boleh mendapat pengurangan kompaun secara automatik sekiranyabayaran kompaun dijelaskan sebelum atau pada 31 Mac 2020.

SSM ingin menyarankan agar warga komuniti korporat di Malaysia mengambil peluang ini untuk menjelaskan kompaun bagi mengelakkan sebarang tindakan mahkamah.

Tawaran pengurangan kompaun secara automatik ini adalah tertakluk kepada Seksyen 38A(1) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001. Sekiranya tindakan mahkamah telah diambil, semua rayuan tidak akan dilayan.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas boleh dirujuk kepada Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000/03-2299 5334, emel ar_compliance@ssm.com.my atau laman sesawang SSM di www.ssm.com.my.​


Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001