Dimaklumkan Nota Amalan PN5/2019 bertajuk ‘Queries Issued On Documents And Applications Lodged With The Registrar’ telah diluluskan oleh pengurusan SSM berkuatkuasa 17 Julai 2019.
Tujuan utama Nota Amalan ini dikeluarkan adalah seperti berikut:
a) Menangani isu berkenaan kueri yang dikeluarkan di bawah Akta Syarikat 2016;
b) Menangani isu peralihan (transitional) terhadap kueri yang telah dikeluarkan di bawah seksyen 308 Akta Syarikat 1965 berkenaan permohonan pembatalan nama syarikat; dan
c) Menggantikan Practice Note No. 17/2015 yang telah dikeluarkan pada 21 Disember 2015 dan Addendum to Practice Note No. 17/2015 yang telah dikeluarkan pada 29 April 2016.
Sila klik
DI SINI untuk merujuk
kepada Nota Amalan tersebut.