Sign In
Insentif Pengurangan Kompaun 2018
​Bermula Ogos 2018 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melancarkan kempen Patuh Akta Syarikat 2016, Ambil Berat, Sayangi Syarikat yang bertujuan untuk memberi pemahaman, kesedaran dan peringatan kepada orang awam tentang keperluan dan peruntukan asas yang perlu dipatuhi secara berkala di bawah Akta Syarikat 2016. Kempen ini akan dilaksanakan di seluruh negara yang melibatkan golongan sasaran iaitu setiausaha syarikat, pengarah syarikat, peniaga dan pelajar. Banyak program akan diadakan seperti mengadakan taklimat secara percuma, hebahan melalui media elektronik dan media cetak serta edaran brosur atau risalah kepada orang awam. Selari dengan tujuan kempen ini, SSM juga menawarkan insentif pengurangan kompaun yang bertemakan ‘Mulakan Pematuhan Akta Baru dengan Sifar Kompaun’ yang berkuatkuasa pada 1 September 2018 sehingga 30 Disember 2018. Insentif ini akan menjadi pemudah cara bagi orang awam menyelesaikan kompaun yang masih belum dijelaskan. Kadar peratusan pengurangan yang diberi adalah seperti jadual berikut:

A)Akta Syarikat 2016 dan Akta Syarikat 1965

Tempoh BayaranKadar Pengurangan*
1 September 2018 – 30 September 201880% dari nilai asal atau minima RM200 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 Oktober 2018 – 31 Oktober 201870% dari nilai asal atau minima RM300 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 November 2018 – 30 November 201860% dari nilai asal atau minima RM400 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 Disember 2018 – 31 Disember 201850% dari nilai asal atau minima RM500 (mana-mana yang lebih tinggi)

*Nota: Kadar pengurangan adalah dari nilai asal kompaun


B)Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

​​​ Tempoh BayaranKadar Pengurangan*
1 September 2018 – 30 September 201880% dari nilai asal notis kompaun atau minima RM20 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 Oktober 2018 – 31 Oktober 201870% dari nilai asal notis kompaun atau minima RM50 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 November 2018 – 30 November 201860% dari nilai asal notis kompaun atau minima RM70 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 Disember 2018 – 31 Disember 201850% dari nilai asal notis kompaun atau minima RM90 (mana-mana yang lebih tinggi)

SSM ingin menyarankan agar pihak-pihak yang berkenaan mengambil peluang ini untuk menjelaskan kompaun tertunggak bagi mengelakkan tindakan mahkamah dimulakan pada masa akan datang.

Bagi menikmati insentif di atas, ​pihak syarikat, pengarah-pengarah dan pemilik perniagaan yang berkaitan boleh hadir ke Tingkat 26, Bahagian Pematuhan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Menara SSM@Sentral, No. 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur atau mana-mana kaunter Pejabat Negeri Suruhanjaya Syarikat Malaysia di seluruh Negara.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas boleh dirujuk kepada Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000/03-2299 5334, emel ar_compliance[at]​ssm.com.my atau laman sesawang ssm di www.ssm.com.my.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 10 OGOS 2018​

​​​



Attachments
myGovernment
KPDNKK myGoverment
Agencies under Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry (KPDNHEP)
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
Telephone: +603-2299 4400
Fax: +603-2299 4411
Hotline: +603-2299 4400
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001