Sign In

​​

SSM Dakwa Pengarah Syarikat Oh Haw Leong (M)​​​ Sdn Bhd Di Bawah Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965


BUTTERWORTH - Pengarah syarikat Oh Haw Leong (M) Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah 2 Butterworth hari ini terhadap satu pertuduhan membuat pernyataan palsu di bawah seksyen 364 (2) Akta Syarikat 1965 berhubung permohonan pemotongan nama syarikat di bawah seksyen 308(1) yang mana syarikat Oh Haw Leong (M) Sdn Bhd mendakwa tidak pernah menjalankan sebarang aktiviti perniagaan sejak tarikh diperbadankan sedangkan beliau mengetahui perkara tersebut adalah tidak benar dan palsu.

Oh Haw Leong (53 tahun), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Puan Noor Aini Binti Yusuf.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM 6,000 dengan seorang penjamin. Sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda RM250,000.00 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa daripada SSM iaitu Nurul Husna Mohd Yusof manakala Oh Haw Leong diwakili peguam SC Tan.

Hakim menetapkan 25.06.2018 untuk sebutan semula kes.​



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001