Sign In

​​

Pengarah Syarikat Derbara Industries Sdn. Bhd. (1041947-P) Dipenjara 5 Tahun Bagi Kesalahan Di Bawah Seksyen 132(2)(A) Dan 132(2)(C) Akta Syarikat 1965


KANGAR, PERLIS - Pengarah syarikat Derbara Industries Sdn. Bhd. iaitu Aziz bin Intan ('Tertuduh') telah didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 132(2)(a) kerana telah menggunakan harta syarikat tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat dan seksyen 132(2)(c) kerana menggunakan kedudukannya sebagai pengarah syarikat untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri di bawah Akta Syarikat 1965 di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis pada hari ini.

 

Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 132(2)(a) dan 132(2)(c) Akta Syarikat 1965 ialah pemenjaraan selama lima tahun atau denda RM 30,000.

Menurut kertas pertuduhan, Tertuduh telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen yang sama pada 23 November 2016 dan dituduh di bawah seksyen 132(2)(a) dan 132(2)(c) Akta Syarikat 1965. Perbicaraan telah dijalankan dengan seramai lapan orang saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

 

Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Johari bin Hassan telah menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun dari tarikh keputusan bagi kedua-dua pertuduhan.

 

Hukuman maksimum yang dijatuhkan oleh Mahkamah terutama hukuman pemenjaraan maksimum menunjukkan mesej yang jelas kepada komuniti korporat khususnya bahawa SSM memandang berat akan pelanggaran peruntukkan-peruntukkan yang termaktub di bawah Akta-Akta yang ditadbir oleh SSM.

 

Kesalahan di bawah seksyen 132(2)(a) dan 132(2)(c) Akta Syarikat 1965 adalah perlanggaran undang-undang yang berat dan dipandang serius oleh SSM. Tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh SSM ini diharapkan dapat memberi pengajaran kepada Tertuduh secara khususnya dan juga sebagai peringatan kepada orang awam secara amnya agar sentiasa mematuhi peruntukkan dan undang-undang yang termaktub di bawah Akta Syarikat 1965 serta lain-lain Akta yang ditadbir oleh SSM.

 

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kanan SSM, Encik Nik Zunaidi​ bin Zakaria, Encik Mohd Fairuz Othman dan Pegawai Pendakwa, Encik Muhammad Idzwan bin Ishak.


DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

TARIKH: 28 JUN 2017



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001