Sign In


Individu Didakwa Kerana Memberi Maklumat Palsu Melalui Perkhidmatan E-Lodgement Ssm


Jumaat, 27 April 2018: Seorang individu, Leong Foo Foong @ Leong Poh Fong (“OKS”), telah didakwa dengan kesalahan di bawah seksyen 12(1)(d) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (“APP 1956”) kerana telah memberi maklumat palsu kepada Pendaftar berkait dengan pendaftaran perniagaan TCC Massage Centre (No. Pendaftaran Perniagaan: 002361666-W).

Berdasarkan kertas pertuduhan, OKS telah memberi maklumat palsu berhubung pendaftaran pemilik perniagaan tersebut melalui Borang A iaitu borang Pendaftaran Perniagaan yang mana transaksi pendaftaran telah dibuat menggunakan perkhidmatan atas talian e-lodgement SSM.

OKS telah dituduh di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Tuan Wan Mohd Norisham bin Wan Yaakob dan OKS yang tidak diwakili peguam telah mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Kesalahan di bawah seksyen 12(1)(d) APP 1956 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SSM memandang berat kesalahan yang serius ini kerana ia menjejaskan kredibiliti dan integriti maklumat yang disimpan oleh SSM. Oleh itu, tindakan pendakwaan akan diambil sekiranya berlakunya kesalahan di bawah peruntukan undang-undang yang dikawalselia oleh SSM.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM Najia Abdul Razak.​


myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001