Sign In
​Bekas Pekerja Syarikat Firma Pengurusan Perniagaan Didakwa Kerana Memberi Maklumat Palsu Melalui Perkhidmatan e-Lodgement SSM

​Khamis, 1 November 2018 - Seorang bekas pekerja syarikat firma pengurusan perniagaan, Koh Yap Wei (OKS), telah didakwa dengan kesalahan di bawah seksyen 12(1)(d) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956) kerana telah memberi maklumat palsu kepada Pendaftar berkait dengan pendaftaran perniagaan Ace Sports Express Services (002148349-D).

Berdasarkan kertas pertuduhan, OKS telah memberi maklumat palsu berhubung pendaftaran pemilik perniagaan tersebut iaitu Cheong Sye Kiet melalui Borang A (borang Pendaftaran Perniagaan) yang mana transaksi pendaftaran telah dibuat menggunakan perkhidmatan atas talian e-lodgement SSM.

OKS telah dituduh di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 4 Seremban, Negeri Sembilan, Puan Maimoonah binti Aid dan OKS telah membuat pengakuan tidak bersalah bagi pertuduhan yang dikenakan terhadap OKS.

Kesalahan di bawah seksyen 12(1)(d) APP 1956 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan

SSM memandang berat kesalahan yang serius ini kerana ia menjejaskan kredibiliti dan integriti maklumat yang disimpan oleh SSM. Oleh itu, pendakwaan ini merupakan peringatan kepada orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil sekiranya berlakunya kesalahan di bawah peruntukan undang-undang yang dikawalselia oleh SSM.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Encik Muhammad Afif Abdullah dan dibantu Pegawai Penyiasat, Puan Salwani Zakaria.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
Bertarikh: 1 November 2018


myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001