Sign In

​Pengarah Syari​kat Irs Design & Resources Sdn Bhd Didakwa Kerana Membuat Pernyataan Palsu Kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia


Khamis, 3 November 2016: Iszmi Bin Ishak, pengarah syarikat IRS Design & Resources Sdn Bhd telah didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan atas kesalahan membuat pernyataan palsu kepada SSM di bawah Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM250,0000.00, jika sabit kesalahan.

Iszmi Bin Ishak didakwa membuat pernyataan palsu di dalam Borang 49 bertarikh 01 Oktober 2014 berkaitan peletakan jawatan Pengarah Syarikat IRS Design & Resources Sdn Bhd iaitu Iszri Bin Ishak yang berkuat kuasa pada tarikh tersebut.

Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Kanageswari A/P Nalliah telah melepaskan Iszmi Bin Ishak dengan wang jaminan sebanyak RM4,000.00 untuk pertuduhan tersebut dengan seorang penjamin dan pasport beliau juga telah ditahan oleh pihak mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Encik Cheong Jee Khuan dan Encik Nik Zunaidi Zakaria, Pegawai Pendakwa SSM manakala Iszmi Bin Ishak tidak diwakili peguam.

SSM berharap kes diatas dapat dijadikan sebagai satu ikthibar dan peringatan kepada pegawai-pegawai syarikat supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti. SSM akan meneruskan tidakan penguatkuasaan terhadap pegawai-pegawai syarikat bagi memupuk tadbir urus korporat yang baik di Malaysia.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001