Sign In

Vital Impression Sdn. Bhd. Convicted For Various Non-compliance Offences Under The Companies Act 1965


On 26th November 2015, Magistrate Catherine Nicholas ordered that Vital Impression Sdn Bhd (715667-H), represented by its director, Teoh Tiang Hoe, 36, be fined a total of RM3,000 after pleading guilty to 3 charges under the Companies Act 1965.

Vital Impression Sdn Bhd was sentenced to a fine of RM1,000 for each charge in lieu of 1 month imprisonment for each charge after pleading guilty to an offence under section 165 of the Companies Act 1965 for the years 2011 until 2013. Georgetown Magistrate Court further imposed default penalty against Vital Impression Sdn Bhd amounting to RM30 per day per charge if the company fails to lodge its Annual Return and Audited Accounts within 3 months from the date of sentencing. The Court fixed 24.3.2016 for mention.

The accused paid the fines. Upon mitigation, the accused appealed that the Court impose a minimum fine as he was a first time offender. Muhammad Nasrizal from the Prosecution Unit, SSM Pulau Pinang prosecuted on behalf of SSM.

SSM views the breach committed in the above case seriously. The practice of failing to lodge statutory documents deprives the public from having access to information relating to the companies concerned and it also creates a doubt in the public mind as to its existence. Punitive action imposed by Court is to remind company directors and their officers, the need to strictly adhere to the requirements of the Companies Act 1965.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)


SYARIKAT VITAL IMPRESSION SDN BHD DISABITKAN DENGAN KETIDAKPATUHAN DI BAWAH AKTA SYARIKAT 1965

Pada 26 November 2015, syarikat Vital Impression Sdn Bhd (715667-H), telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang terhadap pertuduhan di bawah seksyen 165(4), Akta Syarikat 1965. Syarikat telah diwakili oleh pengarah syarikat, Teoh Tiang Hoe, 36.

Majistret Catherine Nicholas telah menjatuhkan hukuman denda ke atas tertuduh sebanyak RM1,000 jika gagal bayar 1 bulan penjara bagi setiap pertuduhan untuk kesalahan gagal menyerahsimpan Penyata Tahunan bagi tahun 2011 sehingga 2013. Mahkamah turut mengenakan penalti ingkar sebanyak RM30 sehari untuk setiap pertuduhan sekiranya gagal menyerahsimpan Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh hukuman dijatuhkan. Tarikh sebutan semula bagi Perintah Ingkar ditetapkan pada 24.3.2016.

Di dalam rayuan mitigasi, tertuduh memohon dikenakan denda ringan memandangkan beliau adalah pesalah pertama dan syarikat kini dalam proses untuk menyediakan dokumen berkanun berkenaan untuk diserahsimpan kepada pendaftar syarikat. Pendakwaan dijalankan oleh Muhammad Nasrizal Saidin daripada Unit Pendakwaan, Seksyen Penguatkuasaan, SSM Pulau Pinang.

Kegagalan mematuhi kehendak Akta Syarikat 1965 yang dilakukan oleh mana-mana pengarah syarikat adalah satu perlanggaran undang-undang yang serius. Kegagalan mematuhi kehendak undang-undang seperti memfailkan Penyata Tahunan beserta Penyata Kewangan yang telah diaudit kepada Pendaftar Syarikat akan mengakibatkan orang awam tidak mendapat maklumat yang tepat dan jelas bagi menentukan kestabilan dan keukuhan sesebuah syarikat berkenaan.

Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah tersebut diharapkan memberi peringatan kepada syarikat dan pegawai-pegawai syarikat agar sentiasa mematuhi Akta Syarikat 1965.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001