Sign In

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pantau Kes Penipuan Skim Pelaburan


Kuala Lumpur, 29 April 2015 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin merujuk kepada laporan media berhubung ahli perniagaan bergelar Datuk yang sedang diburu oleh Polis Diraja Malaysia dan Kerajaan Thailand kerana disyaki menjadi dalang kes penipuan skim cepat kaya membabitkan lebih dari 100,000 mangsa di seluruh dunia.

SSM sedang memantau syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan tersebut dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya sekiranya didapati syarikat terbabit melanggar sebarang peruntukan Akta Syarikat 1965 termasuk mengambil tindakan menggulungkan syarikat berkaitan jika didapati operasi yang dijalankannya adalah menyalahi undang-undang di Malaysia.

SSM memandang serius penglibatan syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dalam penganjuran skim pelaburan haram. Dalam konteks ini SSM sentiasa komited dalam memastikan kepentingan orang awam terpelihara melalui penguatkuasaan undang-undang yang ditadbir urus olehnya.

Dalam masa yang sama SSM mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati sebelum menyertai sebarang skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi bagi mengelakkan ditipu dan mengalami kerugian dengan menyemak terlebih dahulu latar belakang penganjur.

Bagi pengesahan status syarikat, orang ramai boleh datang secara peribadi ke pejabat SSM yang berdekatan, menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03 77214000 atau melalui e-mel enquiry@ssm.com.my atau mengunjungi laman web www.ssm.com.my.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 29 APRIL 2015


myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001