Sign In

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Memperolehi Sabitan Terhadap Syarikat Dan Pengarah-pengarah Syarikat Waramas Supply & Services Sdn. Bhd.(850236-V) Bagi Kesalahan Ketidakpatuhan Di Bawah Akta Syarikat 1965


ISNIN, 19 JANUARI 2015 – Syarikat dan pengarah-pengarah syarikat Waramas Supply & Services Sdn. Bhd. iaitu Wan Ahmad Saufi Wan Abdul Razak dan Wan Ahmad Muhaimin Wan Abdul Razak telah mengaku salah di Mahkamah Majistret Kemaman pada hari ini bagi pertuduhan-pertuduhan di bawah seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965 bagi tahun takwim 2010, 2011 & 2012.

Hakim Mahkamah Kemaman, Puan Rofiah Binti Mohamad telah menjatuhkan hukuman denda seperti berikut:

BilNama Pengarah / SyarikatHukuman
1.Wan Ahmad Saufi Wan Abdul RazakS.165(4) –

  • denda RM1,000.00 sekiranya ingkar 6 bulan penjara bagi setiap pertuduhan
2.Wan Ahmad Muhaimin Wan Abdul RazakS.165(4) –

  • denda RM1,000.00 sekiranya ingkar 6 bulan penjara bagi setiap pertuduhan
3.Waramas Supply & Services Sdn. Bhd.S.165(4) –

  • denda RM1,000.00 sekiranya ingkar 6 bulan penjara bagi setiap pertuduhan

Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Encik Mohd Fauzi Bin Awang manakala syarikat dan pengarah-pengarah syarikat diwakili oleh wakil syarikat.

Sewaktu mitigasi hukuman, wakil syarikat telah merayu kepada Mahkamah agar syarikat dan pengarah-pengarah syarikat dikenakan hukuman denda yang minimum kerana faktor-faktor seperti syarikat sedang berusaha untuk menyerahsimpan Penyata Tahunan bagi tahun yang dituduh walaupun melewati tempoh diberikan.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 19 JANUARI 2015


myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001