Sign In

Setiausaha Syarikat Didakwa Kerana Memberi Maklumat Palsu


Khamis, 8 Disember 2016: Wong Tunk Hing, pengarah dan setiausaha syarikat Asiapura Lands Sdn Bhd telah didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas kesalahan membuat pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM250,0000.00, jika sabit kesalahan.

Wong Tunk Hing didakwa membuat pernyataan palsu di dalam Borang 48E bertarikh 23 November 2009 berkaitan pengosongan jawatan beliau sebagai setiausaha syarikat Asiapura Lands Sdn Bhd atas alasan pengarah syarikat yang lain tidak dapat dihubungi di alamat kediaman terakhir yang diketahui. Wong Tunk Hing telah mengaku tidak bersalah di hadapan Puan Sabariah Atan, Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru. Mahkamah menetapkan RM10,000 sebagai wang ikat jamin dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Najia Abdul Razak, Pegawai Pendakwa Kanan SSM manakala Wong Tunk Hing diwakili oleh Chua Yee Leng.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
Bertarikh: 8 Disember 2016



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001