Sign In

Program Kayuhan Amal Ssm Serta Majlis Pengagihan Zakat Korporat SSM, Kedah


Alor Setar, 08 Oktober 2016 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini mengadakan Program Kayuhan Amal dan Majlis Pengagihan Zakat Korporat SSM kepada golongan asnaf di kawasan Alor Setar bersempana penganjuran Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) SSM Kedah 2016. Kayuhan amal ini bermula di Aman Central dan berakhir di tempat yang sama dengan jarak sejauh 18 kilometer.

SSM mengagihkan zakat korporat berjumlah RM5,250 kepada 5 buah keluarga yang layak serta Pusat Tahfiz Darul Ulum Ihya Ulumuddin. Setiap keluarga akan menerima zakat wang tunai sebanyak RM300 dan barangan keperluan harian bernilai RM150 manakala pusat tahfiz menerima zakat fisabilillah berbentuk pemberian rehal dan barangan keperluan mengecat bangunan bernilai keseluruhan RM3,000. Pemilihan golongan Asnaf ini dipilih setelah mendapat kelulusan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi memastikan penerima zakat terdiri daripada golongan yang benar-benar layak menerima sumbangan zakat tersebut.

Sebagai sebuah badan korporat, SSM tidak hanya memfokuskan kepada hal-hal pentadbiran dan operasi semata-mata sebaliknya SSM turut menitikberatkan hal-hal yang berkaitan kebajikan. Pelbagai inisiatif CSR telah dilaksanakan oleh SSM untuk dinikmati oleh masyarakat di luar sana termasuk warga kerja SSM. Diharapkan dengan pengagihan zakat ini, ianya dapat membantu golongan yang memerlukan serta meningkatkan pendapatan ekonomi mereka.

Majlis disempurnakan oleh Ybhg. Dato’ Zahrah Abdul Wahab Fenner, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH: 08 OKTOBER 2016



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001