Sign In

Pengarah-pengarah Syarikat Didakwa Gagal Mengedarkan Notis Mesyuarat Agung Yang Mengandungi Kenyataan Dalam Resolusi Yang Dicadangkan Oleh Ahli Yang Mempunyai Lebih 5% Jumlah Pegangan Saham


GEORGETOWN – Pengarah-pengarah syarikat Multi-Usage Holdings Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini terhadap satu pertuduhan gagal mengedarkan notis mesyuarat agung yang mengandungi kenyataan dalam resolusi yang dicadangkan oleh ahli yang mempunyai lebih 5% jumlah pegangan saham.

Ang Hwei Chyn, Ang Kim Cheng @ Ang Teng Kok dan Cheah Chin Huat, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Tuan Mohamad Amin Bin Shahul Hamid.

Bagi pertuduhan tersebut, Ang Hwei Chyn, Ang Kim Cheng @ Ang Teng Kok dan Cheah Chin Huat didakwa telah gagal mengedarkan notis mesyuarat agung yang mengandungi kenyataan dalam resolusi yang dicadangkan oleh ahli-ahli yang mempunyai lebih 5% jumlah pegangan saham syarikat Multi-Usage Holdings Berhad melalui surat bertarikh 27 April 2015 untuk dikendalikan dalam Mesyuarat Agung Tahunan syarikat.

Ang Hwei Chyn, Ang Kim Cheng @ Ang Teng Kok dan Cheah Chin Huat didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 151(1)(b) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman denda RM10,000.00 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa daripada SSM Mohamad Azies Han Bin Mohd Fadzil dan Ang Hwei Chyn, Ang Kim Cheng @ Ang Teng Kok dan Cheah Chin Huat diwakili oleh Cik Siti Nurzafirah dari Tetuan Maslina Yee & Partners.

Tuan Mohamad Amin Bin Shahul Hamid menetapkan 22 November 2016 untuk sebutan semula kes.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
BERTARIKH: 18 OKTOBER 2016



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001