Sign In

Pengarah Syarikat Didakwa Gagal Mendapatkan Kebenaran Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat Untuk Menggunakan Kedudukan Sebagai Pengarah Bagi Memindahkan Wang Kepada Perniagaan Sendiri


KANGAR – Seorang pengarah syarikat, Aziz bin Intan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah Kangar hari ini terhadap dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 132(2) Akta Syarikat 1965 kerana menggunakan kedudukannya sebagai pengarah syarikat Derbara Industries Sdn. Bhd dengan memindahkan sejumlah wang syarikat Derbara Sdn Bhd kepada diri beliau sendiri dan juga kepada sebuah perniagaan yang turut dimiliki oleh beliau.
Aziz bin Intan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Tuan Azman, Hakim Mahkamah Sesyen Kangar.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa telah menggunakan harta syarikat Derbara Industries Sdn Bhd (No. Syarikat: 1041947-P) iaitu sejumlah wang RM15,000.00 yang dipindahkan ke atas nama beliau sendiri yang mana perbuatan tersebut dilakukan tanpa kebenaran Mesyuarat Agung Tahunan syarikat. Manakala bagi pertuduhan kedua pula, Aziz bin Intan didakwa memindahkan wang syarikat berjumlah RM33,927.00 ke akaun perniagaan DL Planet, yang mana perniagaan tersebut turut dimiliki oleh beliau dan perbuatan ini juga dilakukan tanpa kebenaran Mesyuarat Agung Tahunan syarikat.

Aziz bin Intan didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut seksyen 132(2) AKta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara 5 tahun atau denda RM30,000.00 jika disabit kesalahan.
Tuan Azman membenarkan Aziz bin Intan diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan pada 27 Disember 2016 untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa daripada SSM Muhammad Idzwan bin Ishak, manakala Aziz bin Intan diwakili oleh Syed Mohamad Anwar.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
BERTARIKH : 24 NOVEMBER 2016



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001