Sign In

Pengarah Syarikat Didakwa Buat Pernyataan Palsu


KOTA BHARU – Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap satu pertuduhan membuat pernyataan palsu berhubung perlantikan pengarah syarikat tanpa pengetahuan dan kelulusan individu tersebut.

Zakaria Bin Said, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Tuan Ahmad Bazli Bin Baharuddin.

Bagi pertuduhan tersebut, Zakaria didakwa membuat pernyataan palsu berkenaan perlantikan Christopher James Dawos sebagai pengarah dalam syarikat CMZ Sepakat Sdn Bhd.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tingkat 2, 3 & 4, Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu, Kelantan pada 4 Ogos 2009.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Tuan Ahmad Bazli Bin Baharuddin menetapkan 3 Oktober 2016 untuk sebutan semula kes.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
BERTARIKH : 24 OGOS 2016


myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001