Sign In

Pengarah Syarikat Didakwa Buat Pernyataan Palsu


IPOH – Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap satu pertuduhan membuat pernyataan palsu berhubung peletakan jawatan pengarah-pengarah syarikat tanpa pengetahuan dan kelulusan individu-individu tersebut.

Ng Chee Choy, 66, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ikmal Hisham Mohd Tajuddin.

Bagi pertuduhan tersebut, Ng Chee Choy didakwa membuat pernyataan palsu berkenaan peletakan jawatan Phoon Yoon Choy, Norshazidar Binti Abdul Rahim dan Phoon Cheng Yee sebagai pengarah syarikat Hasil Senudong Sdn. Bhd.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tingkat 2C, Angsana Ipoh Mall, Jalan Hospital, 30450 Ipoh, Perak pada 28 Disember 2012.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa daripada SSM Mohamad Azies Han Bin Mohd Fadzil mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan itu.

Ng Chee Choy yang diwakili peguam Encik Amir Faliq memohon jaminan dikurangkan.

Hakim Ikmal Hisham Mohd Tajuddin membenarkan Ng Chee Choy diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan itu dan menetapkan 7 September 2016 untuk sebutan semula kes.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
BERTARIKH : 4 OGOS 2016



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001