Sign In

Pemuda Dihukum Denda Kerana Membuat Maklumat Palsu Kepada Pendaftar Perniagaan Melalui Pindahmilik Perniagaan Reiz Arora Trading


Kota Bharu – Ahad, 7 Ogos 2016: Seorang pemuda berusia 30 tahun, Mohd Khairi Bin Abdul Rahman telah disabitkan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu dengan satu kesalahan di bawah seksyen 12(1)(d) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (‘APP1956’) kerana membuat maklumat palsu berkenaan dengan pindahmilik perniagaan Reiz Arora Trading antara jam 1.00 petang hingga 1.30 petang pada 26 Februari 2015 lalu di Kaunter SSM Negeri Kelantan.

Hukuman bagi kesalahan ini ialah denda RM50,000 atau boleh dihukum penjara untuk tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

Menurut kertas pertuduhan, Khairi telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen yang sama pada 30 Jun 2016 untuk menjawab pertuduhan di bawah seksyen 12(1)(d) APP1956. Khairi telah membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Hakim, Tuan Ahmad Bazli telah menetapkan 7 Ogos 2016 sebagai tarikh untuk jatuh hukum selepas membenarkan permohonan peguambela, Dato’ Dr Aswandi Mohamed Hashim untuk menyediakan hujahan mitigasi secara bertulis.

Selepas berpuas hati dengan hujahan kedua-dua pihak, Hakim Sesyen telah mensabitkan Khairi dengan kesalahan sepertimana pertuduhan dan memerintahnya membayar denda sebanyak RM5,000. Denda telah dibayar oleh Khairi pada hari yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Mohd Zulkhairi Kamaruzaman.


myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001