Sign In

Pemilik Perniagaan Green Million Agrisolutions Enterprise (Sa0137658-W) Didakwa Mengikut Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965 Kerana Membuat Penawaran Kepada Orang Awam Untuk Membeli Kepentingan Dalam Skim Pelaburan Rock Melon


Rabu, 16 November 2016: Pemilik perniagaan Green Million Agrisolutions Enterprise (SA0137658-W), Muhammad Rozi Bin Omar, 42 tahun, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 15.11.2016 di atas pertuduhan di bawah seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965 (‘AS 1965’).

Pertuduhan yang dikenakan terhadap Muhammad Rozi adalah berkaitan dengan penawaran yang telah dibuat kepada orang awam untuk membeli kepentingan (interest) dalam skim pelaburan rock melon tanpa Surat Ikatan (approved deed) yang sah dan diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’) berkaitan dengan kepentingan tersebut.
Seksyen 94(1) memperuntukkan hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 91(1) AS 1965 iaitu hukuman penjara sehingga tempoh 5 tahun atau denda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pihak Pendakwaan telah menawarkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin. Walau bagaimanapun, tiada penjamin yang hadir bagi pihak Muhammad Rozi. Hakim Tuan Zamri Bin Bakar memerintahkan Muhammad Rozi ditahan reman sehingga kes disebut semula pada 6 Disember 2016.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Faizal Mahdi Mahmud, Pegawai Pendakwa Kanan SSM dari ibu pejabat manakala Muhammad Rozi tidak diwakili peguam.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
17 November 2016



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001