Sign In

​​Mahkamah Tinggi KL Kekalkan Sabitan Terhadap Pengarah Syarikat Yang Gagal Hadir Memberikan Keterangan Untuk Membantu Siasatan


Khamis, 28 Januari 2016: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan keatas Perayu oleh Mahkamah Majistret. Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato Nordin Bin Hasan telah berpuas hati bahawa pihak Pendakwaan SSM telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah sewaktu kes dibicarakan di Mahkamah Majistret dan berpendapat bahawa sabitan terhadap perayu adalah keputusan yang tepat mengikut undang-undang. Yang Arif Hakim telah mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Perayu iaitu denda sebanyak RM4,000.00 atau penjara selama 3 bulan, jika gagal bayar denda.

Yang Arif Hakim bersetuju dengan alasan penghakiman Mahkamah Majistret bahawa Perayu dengan sengaja telah ingkar untuk mematuhi notis yang mengkehendaki beliau untuk hadir rakaman percakapan bagi tujuan membantu siasatan. Kes tersebut juga sebelum ini telah melalui satu perbicaraan penuh di Mahkamah Majistret.

Pada 19/08/2015 yang lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000.00 jika gagal bayar 3 bulan penjara ke atas Lai Seong Sim (Perayu). Perayu mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal hadir rakaman percakapan bagi tujuan siasatan di hadapan Pendaftar Syarikat pada 13.03.2014. Kes tersebut telah melalui satu proses perbicaraan penuh dan seramai 5 orang saksi telah dipanggil sepanjang kes dibicarakan. Perayu telah meggunakan isu tiada pengetahuan tentang Notis di bawah seksyen 7D(1) Akta Syarikat 1965 iaitu satu notis panggilan untuk membantu siasatan yang diserahkan kepadanya sebagai asas pembelaan namun telah ditolak oleh Mahkamah Majistret.

Pihak Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Majistret tersebut dan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi terhadap perintah sabitan dan hukuman yang dikenakan. Namun Mahkamah Tinggi telah berpuasa hati bahawa Pihak Pendakwaan SSM telah berjaya membukti segala intipati pertuduhan dan membuat keputusan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Perayu.

Timbalan Pendakwa Raya, Puan Ku Hayati Binti Ku Haron hadir bagi pihak Pendakwa Raya dan Perayu diwakili oleh Sandosh Anandan daripada Tetuan Sandosh Anandan.

Kesalahan telah dibicarakan di bawah Seksyen 7(5)(1)(a) Akta Syarikat 1965 iaitu kegagalan untuk hadir di hadapan Pendaftar Syarikat bagi tujuan rakaman percakapan untuk membantu siasatan. Seksyen ini memperuntukkan hukuman jika disabitkan kesalahan dikenakan penjara 5 tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya.



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001