Sign In

Dua Bekas Pengarah Syarikat Protasco Bhd Dituduh Gagal Mendedahkan Kepentingan Dalam Perjanjian Beli Saham Berjumlah USD22 Juta Dengan Syarikat Asing


Ampang – Isnin, 11 Julai 2016: Dua orang bekas pengarah syarikat Protasco Bhd iaitu Dato’ Tey Por Yee dan Dato’ Ooi Teck Aun telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang pada hari ini atas satu pertuduhan bagi kesalahan di bawah seksyen 131(1) Akta Syarikat 1965 (‘AS1965’).

Seksyen 131(1) AS 1965 mewajibkan seseorang pengarah yang mempunyai kepentingan yang material di dalam mana-mana kontrak atau perjanjian yang sedang atau bakal dimasuki dengan pihak ketiga untuk mendedahkan bentuk kepentingan tersebut di mesyuarat ahli lembaga pengarah sebaik sahaja beliau mengetahuinya.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara selama tempoh 7 tahun atau denda RM150,000 atau kedua-duanya.

Menurut kertas pertuduhan, kedua-dua Tey dan Ooi adalah pengarah di Protasco Bhd pada sekitar November 2012 hingga 28 Disember 2012, didapati telah gagal mendedahkan kepentingan mereka dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah Protasco Bhd berkaitan dengan cadangan pelaburan minyak dan gas di Indonesia melalui pembelian saham dalam syarikat PT Anglo Slavic Utama yang bernilai USD22 juta.

Hakim, Tuan Azrul Darus kemudiannya membebaskan Tey dan Ooi selepas memerintahkan jaminan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dikenakan ke atas mereka. Tey dan Ooi diwakili oleh peguam Dato’ Sukri Mohamed daripada Tetuan Wan Haron Sukri & Nordin manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Shuhaida Zainal Azahar & Pegawai Pendakwa SSM Mohd Zulkhairi Kamaruzaman.

Kes kemudiannya ditetapkan pada 26 Ogos 2016 untuk sebutan lanjut. Sebelum ini, Tey dan Ooi pernah dituduh di Mahkamah yang sama bagi dua pertuduhan di bawah seksyen 181 dan seksyen 420 Kanun Keseksaan.



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001