Sign In

Bekas Pengarah Syarikat Didakwa Buat Tuduhan Palsu


KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah syarikat pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap dua pertuduhan membuat pernyataan palsu berhubung kenaikan saham syarikat dan peletakan jawatan pengarah syarikat itu, tujuh tahun lalu.

Datuk Zakri Abdullah Kuah, 68, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Bagi pertuduhan pertama, Zakri didakwa membuat pernyataan palsu mengenai Syarikat Chuen Asia Pacific Sdn Bhd miliknya berhubung kenaikan saham syarikat sebanyak RM900,000 unit saham sedangkan tidak ada kelulusan syarikat untuk kenaikan saham itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tingkat 2, 10-18, Putra Place, 100 Jalan Putra di sini pada 22 April 2009.

Bagi pertuduhan kedua, Zakri didakwa membuat pernyataan palsu mengenai syarikat sama berkenaan peletakan jawatan bekas isterinya Datin Tan Wai Meng, 60, sebagai pengarah syarikat di Menara SSM@ Sentral, No. 7, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral di sini pada 25 Nov 2010.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa daripada SSM Mohammad Afif Abdullah menawarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Zakri yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan atas alasan dia kini hanya bekerja sambilan sebagai jururunding.

Hakim Zulqarnain membenarkan Zakri diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan 15 April untuk sebutan semula kes.


myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001