Sign In

Bekas Pengarah Syarikat Didakwa Buat Pernyataan Palsu


KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap satu pertuduhan membuat pernyataan palsu berhubung pelantikan pengarah tanpa pengetahuan dan kelulusan individu tersebut.

Julian Hesper A/L M Ponnu, 63, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Bagi pertuduhan tersebut, Julian Hesper didakwa membuat pernyataan palsu mengenai pelantikan Jason Tan Chee Chong sebagai pengarah syarikat Lutz Direct Malaysia Sdn Bhd sedangkan Jason Tan tidak pernah bersetuju untuk menjadi pengarah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Menara SSM@ Sentral No 7, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral 50623 Kuala Lumpur pada 04 Julai 2012.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Kanan daripada SSM Mohamad Azies Han Bin Mohd Fadzil mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000.00 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan itu.

Julian Hesper yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan atas alasan dia tidak bekerja.

Hakim Zulqarnain membenarkan Julian Hesper diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan itu dan menetapkan 6 Mei 2016 untuk sebutan semula kes.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
BERTARIKH : 13 APRIL 2016



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001