Sign In

Ahli Perniagaan Didakwa Memberi Maklumat Palsu Kepada Pendaftar Berkaitan Perubahan Alamat Perniagaan, Cawangan Perniagaan Dan Pertukaran Pemilik Perniagaan Anjungbina Construction


MUAR – Seorang ahli perniagaan, Mohamad Rafi Bin Idris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Muar hari ini terhadap tiga pertuduhan di bawah Seksyen 12(1)(d) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 kerana memberi maklumat palsu kepada Pendaftar berkaitan perubahan alamat perniagaan, cawangan perniagaan dan pertukaran pemilik perniagaan Anjungbina Construction.

Mohamad Rafi Bin Idris, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Puan Zuraidah Binti Abu Bakar.

Bagi pertuduhan tersebut, Mohamad Rafi Bin Idris didakwa telah memberi maklumat palsu kepada Pendaftar secara bertulis melalui Borang B1, B3 dan B4 di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Cawangan Muar berkaitan perubahan alamat perniagaan, cawangan perniagaan dan pertukaran pemilik perniagaan Anjungbina Construction.
Mohamad Rafi Bin Idris didakwa melakukan kesalahan itu mengikut seksyen 12(1)(1) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa daripada SSM Mohamad Azies Han Bin Mohd Fadzil dan Mohamad Rafi Bin Idris diwakili oleh Encik Mohamad Fadzaial Bin Ab. Latif dari Tetuan Fadzaial & Rakan-Rakan.
Puan Zuraidah Binti Abu Bakar membenarkan Mohamad Rafi Bin Idris diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Disember 2016 untuk perbicaraan.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
BERTARIKH : 17 NOVEMBER 2016



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001