Sign In

Director Of Eng Seng Development Sdn. Bhd. Convicted For Various Non-compliance Offences Under The Companies Act 1965


On 14th December 2015, in Georgetown Magistrates’ Court, Magistrate Catherine Nicholas ordered that Koh Kok Weng, 50, director of Eng Seng Development Sdn. Bhd., be fined a total of RM3,000 after the accused pleaded guilty to 3 charges under the Companies Act 1965.

The accused was sentenced to a fine of RM1,000 for each charge in lieu of 2 month imprisonment for each charge after pleading guilty to an offence under section 165 of the Companies Act 1965 for the years 2012 until 2014. The Court further imposed default penalty of RM30 per day per charge if the company fails to lodge its Annual Return and Audited Accounts within 3 months from the date of sentencing. The Court fixed mention for default penalty on 14.3.2016.

The accused paid the fines. Upon mitigation, the accused appealed to the Court for a minimum fine as he was a first time offender. Muhammad Nasrizal Saidin from the Prosecution Unit, SSM Pulau Pinang prosecuted on behalf of SSM.
SSM views the breaches committed in the above case seriously. The practice of failing to lodge statutory documents deprives the public from having access to information relating to the companies concerned and it also creates a doubt in the public mind as to its existence. Punitive action imposed by Court is to remind company directors and officers of the company, the need to strictly adhere to the requirements of the Companies Act 1965.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)


PENGARAH SYARIKAT ENG SENG DEVELOPMENT SDN BHD DISABITKAN DENGAN KETIDAKPATUHAN DI BAWAH AKTA SYARIKAT 1965

Pada 14 Disember 2015, pengarah syarikat Eng Seng Development Sdn Bhd (11495-A), Koh Kok Weng, 50, telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Georgetown terhadap pertuduhan di bawah seksyen 165(4), Akta Syarikat 1965.

Majistret Catherine Nicholas telah menjatuhkan hukuman denda ke atas tertuduh sebanyak RM1,000 jika gagal bayar 2 bulan penjara untuk setiap pertuduhan bagi kesalahan gagal menyerahsimpan Penyata Tahunan tahun 2012 sehingga 2013. Mahkamah turut mengenakan penalti ingkar sebanyak RM30 sehari bagi setiap pertuduhan sekiranya syarikat gagal menyerahsimpan Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan yang telah diaudit dalam tempoh 3 bulan dari tarikh hukuman dijatuhkan. Tarikh sebutan semula bagi perintah ingkar ditetapkan pada 14.3.2016.

Di dalam rayuan mitigasi, tertuduh memohon dikenakan denda ringan memandangkan beliau adalah pesalah pertama dan syarikat kini dalam proses untuk menyediakan dokumen berkanun berkenaan untuk diserahsimpan kepada pendaftar syarikat. Pendakwaan dijalankan oleh Muhammad Nasrizal Saidin daripada Unit Pendakwaan, Seksyen Penguatkuasaan SSM Pulau Pinang.

Kegagalan mematuhi kehendak Akta Syarikat 1965 yang dilakukan oleh mana-mana pengarah syarikat adalah satu perlanggaran undang-undang yang serius. Kegagalan mematuhi kehendak undang-undang seperti menyerahsimpan Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan yang telah diaudit kepada Pendaftar Syarikat akan mengakibatkan orang awam tidak mendapat maklumat yang tepat dan jelas bagi menentukan kestabilan dan keukuhan sesebuah syarikat berkenaan.

Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah tersebut diharapkan memberi peringatan kepada syarikat dan pegawai-pegawai syarikat agar sentiasa mematuhi Akta Syarikat 1965.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001