Sign In

Enterprise Architecture Management Section


Seksyen Pegurusan Arkitek Enterprise

Pada 19 November 2015, Ahli Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah meluluskan Blueprint SSM Transformation Programme (SSMTP). Antara halatuju yang telah diperakukan adalah penubuhan Enterprise Architecture Office yang kini dikenali sebagai Seksyen Pengurusan Arkitek Enterprise (EAMS). Berkuatkuasa pada 2 Februari 2017, Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah meluluskan dan menguatkuasakan Seksyen Pengurusan Arkitek Enterprise. Antara tugas dan tanggungjawab utama yang telah digariskan adalah untuk melaksanakan pengurusan arkitek enterprise berpandukan kepada rangka kerja TOGAF, garis panduan dan prosedur yang ditetapkan.

Pelaksanaan pengurusan arkitek enterprise adalah bertujuan untuk membolehkan SSM mengurangkan pemecahan pembangunan projek ICT di dalam setiap bahagian/ seksyen/ pejabat negeri; meningkatkan keupayaan setiap bahagian/ seksyen/ pejabat negeri untuk berkongsi maklumat; meningkatkan keupayaan pengguna luaran (awam) untuk mengakses maklumat; mengenalpasti peluang perkhidmatan integrasi (end-to-end); dan membolehkan SSM mempunyai pandangan menyeluruh tentang penggunaan teknologi bagi memastikan perancangan teknologi dan pembangunan dasar yang lebih baik dapat dicapai.

Visi arkitek enterprise SSM adalah menyediakan platform teknologi agil dan bersepadu bagi sistem pendaftaran dan sistem sokongan yang mampu mencapai kecekapan yang lebih tinggi dengan pengurusan, pengumpulan, perkongsian dan analisa data yang lebih baik. Antara prinsip-prinsip asas arkitek enterprise SSM adalah seperti berikut:

  1. Automation of processes;
  2. Data integration and middleware enablement;
  3. Data digitalization;
  4. Information-driven business entity;
  5. Public Key Infrastructure (PKI) enablement;
  6. Infrastructure technology refresh;
  7. Open data incorporation; dan
  8. Awareness creation​

Prinsip-prinsip architecture yang dinyatakan ini merupakan piawaian asas yang perlu bagi menyokong pembangunan architecture yang seragam dan konsisten di seluruh SSM. Ianya perlu dirujuk oleh pekerja SSM sewaktu perancangan projek dan perlu digunapakai apabila pekerja SSM mula membangunkan business architecture dan technical architecture.

Prinsip-prinsip EA SSM ini adalah fleksibel bagi menyokong visi SSM, berskala bagi membolehkan architecture baru ditambah dan architecture sedia ada diubahsuai mengikut kehendak organisasi dan praktikal bagi membolehkan ianya dipatuhi di semua peringkat. Ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian organisasi.

 

Carta Organisasi Seksyen

​​



myGovernment
KPDNKK myGoverment
Agencies under Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry (KPDNHEP)
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
Telephone: +603-2299 4400
Fax: +603-2299 4411
Hotline: +603-2299 4400
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001