Sign In
​​​


Permohonan Pembatalan Syarikat ​

Seksyen 550 memperuntukkan bahawa Pendaftar boleh membatalkan syarikat dari daftar sama ada melalui inisiatif Pendaftar atau melalui permohonan daripada pengarah, ahli/pemegang saham atau pelikuidasi syarikat. Melalui permohonan, Pendaftar boleh membatalkan syarikat atas alasan bahawa syarikat tidak menjalankan perniagaan atau tidak beroperasi [Seksyen 549(a)] atau syarikat sedang dalam proses penggulungan dan Pendaftar mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa :

  1. Tiada pelikuidasi bertindak [Seksyen 549(d)(i)];
  2. Syarikat telah digulungkan sepenuhnya dan pelikuidasi telah gagal memfailkan apa-apa penyatan dalam tempoh enam bulan [Seksyen 549(d)(ii); atau
  3. Syarikat telah digulungkan sepenuhnya di bawah penggulungan Mahkamah tetapi syarikat tiada set atau aset yang ada tidak mencukupi untuk mendapatkan perintah pembubaran dari Mahkamah [Seksyen 549(d)(iii)].

MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC