| 337 | | Kuala Lumpur, 28 Mac 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) berjumlah RM29,000 dalam Majlis Penghayatan Nilai dan Makna Ramadan SSM serta Majlis Berbuka Puasa SSM pada 27 Februari 2024. Semasa Majlis Penghayatan Nilai dan Makna Ramadan SSM yang diadakan di Menara SSM@Sentral ini, SSM telah menyantuni dua pusat pengajian Islam dan sebuah masjid melalui sumbangan WZK berjumlah RM15,000.
Sumbangan kepada Madrasah Tahfiz Al Quran Syazwan, Institusi Pengajian Al-Quran dan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Semasa majlis berlangsung, YB Datuk Armizan turut serta bersama-sama Dato' Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM, Dato' Seri Hishamudin Md Yunus, Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM dan Tuan Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, mengikuti tazkirah Ramadan yang telah disampaikan oleh Datuk Malai Ali Malai Ahmad, Timbalan Yang Di-Pertua, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Sementara itu, SSM juga menyantuni Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad dan Surau Al Husna Seri Semarak dengan sumbangan WZK berjumlah RM14,000 sempena Majlis Berbuka Puasa SSM yang berlangsung pada hari yang sama.
Sumbangan yang telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM ini bertujuan meringankan beban sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. Tuan Ahmad Sabki turut meluangkan masa beramah mesra dengan penerima sumbangan yang hadir, di samping menikmati juadah berbuka puasa bersama mereka.
Dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023, SSM telah mengagihkan dana Wakalah Zakat Korporat (WZK) sebanyak RM7.45 juta kepada 10,272 penerima asnaf di seluruh negara. Manakala bagi tempoh yang sama, SSM telah mengagihkan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebanyak RM589,000 kepada 477 penerima yang memerlukan.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 28 MAC 2024
| 3/28/2024 | Berita | 2024 | Press Release | 28/03/2024 | | 336 | | Kuala Lumpur, 27 Mac 2024 – Pada hari ini saya telah melancarkan pusat panggilan SSM yang berwajah baharu dan lebih mesra pelanggan dikenali sebagai SSM Customer Care (SSMCC).
Penjenamaan semula SSMCC ini selari dengan teras strategik SSM iaitu mengoptimumkan penambahbaikan proses, memupuk budaya kerja cemerlang dan menyediakan persekitaran perniagaan yang dipercayai. Selain itu, ia juga sejajar dengan inovasi perkhidmatan dan produk SSM yang berkembang mengikut kehendak pelanggan.
Objektif utama penubuhan SSMCC adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan SSM dan memastikan aduan dan pertanyaan pelanggan dikendalikan secara bersepadu, tepat, cepat dan berintegriti.
Antara penambahbaikan yang dilaksanakan melalui SSMCC adalah menggantikan borang pertanyaan dan aduan pelanggan sedia ada kepada platform terbaharu yang dikenali sebagai Webform, memperkenalkan SSM Chatbot yang boleh diakses oleh pelanggan 24 jam serta platform Live Chat SSM.
Bagi memudahkan pelanggan mengakses maklumat komprehensif, SSM juga memperkenalkan Knowledge Hub iaitu hub yang menyimpan maklumat terkini berkaitan perundangan, produk dan perkhidmatan SSM. Knowledge Hub boleh diakses di laman portal rasmi SSM.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSMCC di bahagian Aduan & Maklumbalas, SSM Chatbot, Live Chat SSM yang boleh diakses melalui portal rasmi SSM, talian telefon 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.
Pada masa yang sama, selain menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui SSM juga telah menggerakkan strategi dan pendekatan yang menyokong agenda reformasi dalam memperkukuh kerangka tatakelola Kerajaan dan tadbir urus negara secara keseluruhannya termasuk ekosistem sektor korporat.
Pada tahun 2023, usaha ini telah dilaksanakan dengan menambah baik peruntukan-peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016. Rang Undang-Undang (RUU) Syarikat (Pindaan) 2023 telah diluluskan di peringkat Dewan Rakyat pada 28 November 2023 dan diluluskan di peringkat Dewan Negara pada 13 Disember 2023. RUU ini telah mendapat Perkenan Diraja pada 24 Januari 2024 dan diwartakan sebagai Akta Syarikat (Pindaan) 2024 pada 2 Februari 2024. Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasa pada 1 April 2024 kecuali Seksyen 4, 14, 26 dan 28 yang akan dikuatkuasakan pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 mempunyai dua objektif utama iaitu:
i) Memperkukuh kerangka rehabilitasi korporat dengan memudahcara syarikat yang menghadapi masalah kewangan dan menyokong pemulihan ekonomi negara agar terus berdaya saing terutama sekali dalam era pasca pandemik COVID-19; ii) Mempertingkatkan elemen ketelusan dalam ekosistem sektor korporat di Malaysia melalui penambahbaikan pelaporan pemunyaan benefisial.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 mengandungi 31 fasal yang terdiri daripada empat kluster polisi seperti berikut:
i) Memperluaskan pemakaian mekanisme penyelamat korporat iaitu perkiraan sukarela korporat (CVA) dan pengurusan kehakiman (JM); ii) Memperkukuh kerangka rehabilitasi korporat melalui penambahbaikan peruntukan yang berkaitan skim perkiraan atau kompromi (SPK) dan penambahbaikan peruntukan-peruntukan berhubung CVA/JM; iii) Menambahbaik amalan dan tadbir urus korporat; dan iv) Memperkukuh kerangka pelaporan pemunyaan benefisial.
Penambahbaikan kerangka pelaporan pemunyaan benefisial dilaksanakan mengambil kira perkembangan terkini di peringkat antarabangsa dalam memerangi aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah dan pengelakan cukai. Peruntukan perundangan baharu mewajibkan setiap syarikat mengenal pasti pemunya benefisial iaitu individu yang mengawal syarikat tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan kawalan adalah pemilikan saham pada kadar 20 peratus ke atas atau berkeupayaan mengawal keputusan-keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat tersebut. Melalui peruntukan baharu yang diperkenalkan, syarikat berkewajipan melaporkan individu yang memenuhi kriteria pemunya benefisial ini kepada SSM. Kedudukan Malaysia dalam konteks usaha menangani aktiviti-aktiviti tersebut sedang dan akan dinilai bermula tahun ini oleh pelbagai badan antarabangsa seperti:
i) Financial Action Task Force (FATF) yang merupakan badan antarabangsa bebas yang membangunkan piawaian antarabangsa untuk memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan dan percambahan untuk melindungi sistem kewangan global; dan
(i) Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) melalui exchange of information on request menjalankan penarafan berhubung isu-isu penzahiran bagi percukaian ke atas negara-negara yang berdagang dengan negara-negara OECD.
Adalah diharapkan komuniti korporat di negara ini bersiap sedia untuk mematuhi semua peruntukan Akta Syarikat (Pindaan) 2024. Pengamal korporat yang ingin mengetahui lebih lanjut dan memahami perubahan dalam Akta Syarikat (Pindaan) 2024, digalakkan mengikuti kursus yang ditawarkan oleh Bahagian Akademi Latihan & Pengurusan Pengetahuan (COMTRAC) SSM dengan melayari portal rasmi SSM www.ssm.com.my.
YB DATUK ARMIZAN MOHD ALI Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
| 3/27/2024 | Berita | 2024 | Press Release | 27/03/2024 | | 335 | | Kuala Lumpur, 17 Mac 2024 – Seorang pengarah syarikat telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah (12) Kuala Lumpur dengan lima pertuduhan berasingan di bawah Seksyen 218(1)(a) Akta Syarikat 2016 bagi kesalahan menggunakan harta syarikat tanpa persetujuan mesyuarat agung bagi mendapatkan manfaat bagi diri sendiri. Berdasarkan kertas-kertas pertuduhan, Mohd Khasyful Azim Abd Khalit telah tanpa persetujuan di dalam mesyuarat agung syarikat Interfinite Sdn. Bhd. menggunakan harta syarikat melalui lima transaksi pindahan wang kesemuanya berjumlah RM7,899 dari akaun bank syarikat ke akaun persendirian bagi mendapatkan secara langsung manfaat bagi diri sendiri.
Seksyen 218(1)(a) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan bahawa seseorang pengarah atau pegawai syarikat tidak boleh, tanpa persetujuan atau ratifikasi suatu mesyuarat agung menggunakan harta syarikat bagi mendapatkan, secara langsung sesuatu manfaat bagi dirinya sendiri.
Tertuduh telah mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan sebaik pertuduhan dibacakan. Hakim Norina Zainol Abidin telah menetapkan 1 April 2024 untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan. Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Najia Abdul Razak, manakala tertuduh diwakili oleh Syamil Othman dari Tetuan Azizul Syamil & Co.
SSM mengambil tindakan perundangan seumpama ini sebagai satu bentuk peringatan kepada komuniti korporat dan orang awam bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang yang dikawalselia oleh SSM. Ini bagi memastikan sikap tadbir urus korporat dan pematuhan undang-undang syarikat sentiasa diamalkan oleh warga korporat dan komuniti perniagaan di Malaysia. DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 17 MAC 2024 | 3/17/2024 | Kes Mahkamah | 2024 | Press Release | 17/03/2024 | | 334 | | Kuala Lumpur, 10 Mac 2024 – Seorang pemilik perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur di atas pertuduhan di bawah Seksyen 12(1)(d) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197). Teoh Wei Hau telah dituduh memberikan maklumat palsu kepada Pendaftar Perniagaan dalam Borang A iaitu borang “Pendaftaran Perniagaan" yang mana maklumat palsu tersebut adalah berkaitan alamat perniagaan Hai Tian Herbal Enterprise.
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan Hakim Norina Zainol Abidin telah menetapkan tarikh 20 Mac 2024 untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.
Seksyen 12(1)(d) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) memperuntukkan bahawa seseorang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1)(d) Akta yang sama, dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekiranya seseorang membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat palsu kepada Pendaftar di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pernyataan tersebut adalah palsu.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Hamizah Sobree manakala tertuduh tidak diwakili peguam. SSM ingin memberi peringatan kepada orang awam bahawa kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(d) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) adalah pelanggaran undang-undang yang berat dan dipandang serius kerana boleh menjejaskan integriti maklumat yang disimpan oleh SSM.
Tindakan pendakwaan yang diambil oleh SSM ini diharapkan dapat memberi pengajaran kepada tertuduh secara khususnya dan juga sebagai peringatan kepada orang awam secara amnya agar sentiasa mematuhi peruntukkan dan undang-undang yang termaktub di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dan undang-undang lain yang ditadbir oleh SSM.
SSM sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka berhubung dengan tanggungjawab fidusiari serta etika perniagaan.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 10 MAC 2024
| 3/10/2024 | Kes Mahkamah | 2024 | Press Release | 10/03/2024 | | 333 | | Kuala Lumpur, 7 Mac 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyerbu beberapa buah premis milik syarikat dan syarikat Amanah yang mendalangi skim pelaburan haram yang dikenali sebagai Kenaf Development Fund (KDF). Serbuan dijalankan susulan aduan diterima daripada pelabur KDF yang tidak berpuashati dengan pihak syarikat kerana telah gagal membayar pulangan seperti yang dijanjikan. Operasi dijalankan serentak di tiga lokasi berbeza iaitu di KL Sentral, Petaling Jaya dan Seberang Perai dengan kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Cyber Security Malaysia. Skim Pelaburan KDF mula ditawarkan kepada orang awam pada sekitar September 2021 hingga Januari 2023 dan telah mengaut hampir RM140 juta daripada 1,919 orang pelabur.
Modus operandi Skim Pelaburan KDF ialah pelabur dijanjikan dengan pulangan sekitar 3% sebulan dan selepas 12 bulan, pelabur akan menerima semula wang pelaburan mereka. Dikatakan skim pelaburan KDF ini dianjurkan bagi membiayai projek penanaman pokok kenaf di Cuping, Perlis.
Siasatan awal turut mendapati Skim Pelaburan KDF ini tidak berdaftar di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 serta Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang mendalangi Skim Pelaburan KDF adalah merupakan seorang individu bankrap.
Siasatan dijalankan bagi kemungkinan kesalahan di bawah Seksyen 43 Akta Syarikat 2016, Seksyen 198 Akta Syarikat 2016, Seksyen 213 Akta Syarikat 2016 dan Seksyen 3 Akta Skim Kepentingan 2016.
Hasil daripada operasi serbuan tersebut, pihak SSM telah menyita rekod-rekod akaun syarikat, dokumen-dokumen berkaitan penganjuran KDF dan telefon bimbit milik suspek.
SSM memandang serius kesalahan membabitkan penganjuran skim pelaburan yang mengumpul deposit daripada orang awam tanpa kelulusan atau lesen yang sah.
SSM turut ingin mengingatkan orang awam agar sentiasa berhati-hati ketika menilai peluang pelaburan, terutamanya yang menjanjikan pulangan yang sangat tinggi dengan risiko yang rendah atau tanpa risiko.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan & Maklumbalas, SSM Chatbot, Live Chat SSM yang boleh diakses melalui portal rasmi SSM, talian telefon 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 7 MAC 2024
| 3/7/2024 | Berita | 2024 | Press Release | 07/03/2024 | | 332 | | Kuala Lumpur, 6 Mac 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) SSM hari ini telah menyantuni 40 anak-anak dari Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad sempena program Sentuhan Kasih Ramadhan SSM 2024 dengan membawa mereka membeli baju raya sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Semasa program berlangsung, anak-anak penghuni pusat jagaan ini telah dibawa ke Jakel Mall, Kuala Lumpur, untuk memilih baju raya lengkap dengan sampin, songkok dan tudung bagi penghuni di kalangan kanak-kanak perempuan bernilai RM300 setiap seorang.
Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM yang turut serta pada program ini berkata, bantuan yang disampaikan di dalam program ini diharap dapat membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh pengurusan Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad di samping dapat menceriakan anak-anak penghuni pusat jagaan ini dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023, SSM telah mengagihkan dana Wakalah Zakat Korporat (WZK) sebanyak RM7.45 juta kepada 10,272 penerima asnaf di seluruh negara. Manakala bagi tempoh yang sama, SSM telah mengagihkan sumbangan Tanggugjawab Sosial Korporat (CSR) sebanyak RM589,000 kepada 477 penerima yang memerlukan.
Turut hadir menjayakan program adalah YBrs. Encik Rezy Izwan Ramly , Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat), YBrs. Encik Shafarhan Kahar, Pengurus Besar Peruncitan, Jakel Mall dan YBrs. Puan Ainatul Mohd Hafiz, Pembantu Penyelia Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan & Maklumbalas, SSM Chatbot, Live Chat SSM yang boleh diakses melalui portal rasmi SSM, talian telefon 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 6 MAC 2024
| 3/6/2024 | Berita | 2024 | Press Release | 06/03/2024 | | 331 | | Kuala Lumpur, 3 Mac 2024 – Seorang bekas pengarah syarikat, telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah (12) Kuala Lumpur dengan tiga pertuduhan berasingan di bawah Seksyen 218(1)(a) Akta Syarikat 2016 dan Seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016. Berdasarkan kertas-kertas pertuduhan, Jalil Siam telah menggunakan harta syarikat Ghaz Properties Sdn Bhd bagi mendapatkan secara langsung sesuatu manfaat bagi diri sendiri dengan menerima wang melalui 20 transaksi deposit tunai pada 14 Julai 2017 dan satu pindahan dana pada 15 Julai 2017 berjumlah RM 100,000 ke dalam akaun bank Maybank miliknya setelah memeterai 'Joint Venture Agreement' bertarikh 8 Mei 2017 antara Ghaz Properties Sdn Bhd dan Mash Construction Engineering Services Sdn Bhd tanpa persetujuan mesyuarat agung syarikat Ghaz Properties Sdn Bhd. Jalil telah mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Hakim Norina Zainol Abidin telah menetapkan 15 Mac 2024 bagi sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan. Seksyen 218(1)(a) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan seseorang pengarah atau pegawai syarikat tidak boleh tanpa persetujuan atau ratifikasi suatu mesyuarat agung menggunakan harta syarikat secara langsung atau tidak langsung, sesuatu manfaat bagi dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, atau menyebabkan syarikat itu terjejas. Manakala Seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016 pula memperuntukkan seseorang pengarah atau pegawai syarikat tidak boleh tanpa persetujuan atau ratifikasi suatu mesyuarat agung menggunakan kedudukan sebagai pengarah atau pegawai syarikat bagi mendapatkan, secara langsung atau tidak langsung, sesuatu manfaat bagi dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, atau menyebabkan syarikat itu terjejas. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Iqbal Mohd Yusoff manakala, tertuduh diwakili oleh peguam Pramod Nambiar. SSM ingin memberi peringatan kepada semua pengarah syarikat agar tidak menyalahgunakan syarikat untuk tujuan yang bertentangan dengan kehendak perundangan. SSM akan mengambil tindakan perundangan sekiranya berlaku pelanggaran peruntukan undang-undang di bawah Akta yang dikawalselia oleh SSM.
| 3/3/2024 | Kes Mahkamah | 2024 | Press Release | 03/03/2024 | | 330 | | Kuala Lumpur, 23 Februari 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada 97 pelajar-pelajar dari tiga rumah kebajikan sekitar Lembah Klang sempena Program Back To School Bersama SSM 2024.
Sumbangan berjumlah RM29,100 ini bertujuan membantu meringankan beban pelajar-pelajar berkenaan semasa fasa pembukaan semula sesi persekolahan bagi tahun akademik 2024/ 2025 yang akan bermula pada 11 Mac 2024.
Sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan peralatan persekolahan ini telah disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM kepada Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Pusat Jagaan Anak Yatim An-Najjah dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary.
Dalam ucapannya, Datuk Nor Azimah berkata sebagai sebuah agensi utama yang mengawal selia sektor korporat dan perniagaan di Malaysia, SSM bukan sahaja menjalankan fungsi dan peranannya dalam memperkasa komuniti perniagaan, malah sentiasa prihatin dan membantu golongan yang kurang berkemampuan melalui pelbagai program yang dijalankan sepanjang tahun.
“SSM berharap bantuan yang diagihkan ini dapat memberi motivasi dan semangat kepada pelajar-pelajar ini supaya menjadi insan berilmiah dan cemerlang dalam mengorak langkah yang terjamin di masa hadapan” katanya.
Dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023, SSM telah mengagihkan Wakalah Zakat Korporat (WZK) sebanyak RM7.45 juta kepada 10,272 penerima asnaf di seluruh negara. Manakala bagi tempoh yang sama, SSM telah mengagihkan sumbangan CSR sebanyak RM586,000 kepada 477 penerima yang memerlukan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan & Maklumbalas, SSM Chatbot, Live Chat SSM yang boleh diakses melalui portal rasmi SSM, talian telefon 03-7721 4000 atau emel ke enquiry[at]ssm.com.my.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 23 FEBRUARI 2024
| 2/23/2024 | Berita | 2024 | Press Release | 23/02/2024 | | 329 | | Kuala Lumpur, 23 January 2023 – Bursa Malaysia Berhad ("Bursa Malaysia" or the "Exchange"), in partnership with the Companies Commission of Malaysia (“SSM”), today unveiled the SME X Platform (“Platform”). This new data ecosystem portal is designed to empower the fund-raising communities with comprehensive datasets of Small and Medium Enterprises (“SMEs”) in Malaysia, that helps the SMEs in their business expansions and fund-raising initiatives.
A first in the industry, the Platform integrates extensive information from both Bursa Malaysia and SSM, offering a comprehensive database of over 650,000 active companies in Malaysia. It serves as a rich resource for business analysis, providing detailed insights into companies' financial performance, organisational structure, shareholdings, and more.
Emphasising the significance of the Platform, Datuk Muhamad Umar Swift, Chief Executive Officer of Bursa Malaysia, stated, "The SME X Platform, arising from our strategic partnership with SSM, serves as a bridge connecting SMEs with essential resources for their expansion and entry into the capital market. It plays a crucial role in enhancing the visibility and growth of SMEs in the capital market. This robust database is central to our commitment to nurturing the expansion of SMEs, thereby contributing to the progressive landscape of Malaysia economy."
Meanwhile, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Chief Executive Officer of SSM said that in facilitating the seamless integration of data within this Platform, SSM has contributed the Corporate Business Information Data (CBID) consisting of over 650,000 company data, comprising key statutory information on companies that include revenue data from some 200,000 companies which recorded high revenue over the past three years.
“The data contribution from SSM, combined with data from Bursa Malaysia will constitute a significant step towards fostering a robust data ecosystem within the SME X Platform, enriching its capabilities and ensuring the provision of current and valuable insights for informed decision-making”.
The Platform not only benefits SMEs but also serves the fundraising community, including investment banks, corporate finance analysts, private equity firms, and venture capitals. It assists these professionals in identifying and supporting companies seeking to raise funds for business expansion, thereby becoming an indispensable tool for their activities.
Wong Chiun Chiek, Director of Bursa Intelligence, emphasised, “The SME X Platform represents a novel approach for both Bursa Malaysia and SSM. It’s a strategic tool that enhances decision-making for financial institutions and investment entities by offering a blend of analytics and comprehensive data. This facilitates a deeper understanding of the Malaysian business landscape, aiding venture capitals and private equity firms in developing more targeted, accurate and informed investment strategies and business. Our strategic collaboration brings forth a breadth of data from capital markets, fund flows, private entities (in collaboration with SSM), macroeconomic insights (in collaboration with Department of Statistics Malaysia (“DOSM”)), and our Centralised Sustainability Intelligence (“CSI”) platform providing Environmental, Social, and Governance (“ESG”)-related data, all hosted under our new Amazon Web Services (“AWS”) infrastructure.”
The SME X Platform bridges the gap between quality companies preparing for listing or needing to raise funds and potential investors. This collaboration between Bursa Malaysia and SSM opens up avenues for capital providers to pinpoint potential companies fit for public listing. It encourages enhanced disclosure practices and fosters opportunities for growth and collaboration among participants.
The launch of SME X follows the strategic Memorandum of Understanding signed between Bursa Malaysia and SSM earlier on 16 November 2022. This collaboration heralds a three-year commitment to advance three core initiatives: fostering the digital economy growth in Malaysia as per the Malaysia Digital Economy Blueprint (“MyDigital”), enhancing data analytics for strategic business decisions in line with the National Data Sharing Policy (“NDSP”), and promoting the ESG agenda in the Malaysian business ecosystem.
The Platform is currently in its initial roll-out phase, accessible on a subscription basis. Interested parties keen on accessing the Platform are invited to get in touch by emailing infoservices[at]bursamalaysia.com.
| 1/23/2024 | Berita | 2024 | Press Release | 23/01/2024 | | 328 | | Kuala Lumpur, 14 Januari 2024 – Seorang pengarah syarikat telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah (12) Kuala Lumpur dengan dua pertuduhan berasingan di bawah Seksyen 588(1)(c) Akta Syarikat 2016 bagi kesalahan memulakan Mesyuarat Agung Luar Biasa tanpa kuorum yang mencukupi seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 328(2) Akta Syarikat 2016 dan menjalankan urusan di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa tanpa kuorum yang mencukupi seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 328(4) Akta Syarikat 2016. Berdasarkan kepada kertas-kertas pertuduhan, Abd Razak Abd Latiff telah memulakan Mesyuarat Agung Luar Biasa ARL HOMECOMM Sdn. Bhd. pada 2 November 2022 tanpa kehadiran kuorum yang mencukupi dan telah menjalankan urusan melalui kelulusan satu “Members’ Circular Resolution” ARL HOMECOMM Sdn. Bhd. Bertarikh 2 November 2022 tanpa kuorum yang mencukupi.
Seksyen 588(1)(c) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan bahawa seseorang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta tersebut jika dia melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta tersebut.
Tertuduh telah mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Hakim Norina Zainol Abidin telah menetapkan 30 Januari 2024 untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Najia Abdul Razak, manakala tertuduh diwakili oleh Shahir Ab Razak dan Abdullah Khubayb Awaluddin dari Tetuan Shahir Khubayb & Co.
SSM ingin memberi peringatan kepada orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap individu-individu yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan di bawah Akta yang dikawalselia oleh SSM.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 14 JANUARI 2024
| 1/14/2024 | Kes Mahkamah | 2024 | Press Release | 14/01/2024 | | 327 | | KUALA LUMPUR, 11 JANUARI 2024 — Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) hari ini, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai inisiatif bersama dalam membudayakan, membangunkan, dan mempromosikan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di kalangan rakyat Malaysia amnya dan para peniaga khasnya. MoU tersebut ditandatangani oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM dan Dr. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM, dengan disaksikan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM dan YBhg. Datin Paduka Setia Dato' Dr. Aini Ideris, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Menerusi perjanjian itu, kedua-dua pihak menyasarkan untuk bekerjasama bagi mempromosi dan mengalakkan pendaftaran perniagaan dari golongan inovator di dalam ekosistem YIM untuk mendaftarkan perniagaan di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) atau Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) yang ditawarkan secara percuma bagi mereka yang memenuhi syarat. Dalam ucapannya, Nor Azimah berkata, SPPP telah diperkenalkan oleh SSM pada 23 Disember 2020 untuk memberi peluang kepada usahawan kumpulan B40 serta pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS di dalam negara untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM secara percuma.
Beliau berkata, sejak diperkenalkan hingga 31 Disember 2023, jumlah pendaftaran perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma melalui SPPP adalah sebanyak 94,555 yang terdiri daripada 48,673 pelajar-pelajar IPT sepenuh masa dan 45,882 usahawan kumpulan B40. Tambahnya, S1O1P pula merupakan satu inisiatif bagi golongan orang kurang upaya (OKU) mendaftarkan perniagaan dengan SSM dengan pengecualian fi pendaftaran dan pembaharuan. Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 17,542 perniagaan telah didaftarkan di bawah inisiatif ini. “Dengan termeterainya MoU ini, saya percaya pihak YIM bersama-sama SSM akan melaksanakan program-program yang telah dikenal pasti bagi memberikan peluang kepada lebih banyak inovator di seluruh negara untuk mendaftarkan perniagaan, sekaligus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendaftaran perniagaan dalam usaha membangunkan ekonomi negara," kata beliau. Sementara itu, Dr. Sharmila Mohamed Salleh berkata, pemeteraian MoU pada hari ini selari dengan komitmen YIM untuk membangun dan menggalakkan kemahiran kreatif dalam bidang sains, teknologi dan inovasi merangkumi kluster akademik, industri dan masyarakat, dengan memanfaatkan sumber manusia yang cekap serta produktif dalam pelbagai kemahiran untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh komuniti setempat melalui program latihan dan pembangunan. “Ia juga selaras dengan Azam YIM 2024 untuk menjangkau 20,000 orang di dalam dan luar negara berkenaan topik “Inovasi", dan memberikan bantuan dan pendedahan berimpak positif kepada 8,000 inovator tempatan. YIM dan SSM akan bekerjasama dalam mempromosikan inovasi, keusahawanan, dan pembangunan ekonomi, khususnya melalui skim yang berkaitan dengan pendaftaran perniagaan dan sokongan untuk inovator yang berkelayakan," kata beliau.
Dengan itu, MoU ini bukan sahaja satu perjanjian bertulis, tetapi merupakan janji dan komitmen YIM dan SSM untuk menjadikan Malaysia sebagai hab inovasi yang dinamik dan progresif.
Dikeluarkan oleh: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA DAN YAYASAN INOVASI MALAYSIA 11 JANUARI 2024
| 1/11/2024 | Berita | 2024 | Press Release | 11/01/2024 | | 326 | | Alor Setar, 25 Disember 2023 – Seorang setiausaha syarikat iaitu Noorma Mohd Zain telah mengaku tidak bersalah selepas dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah Alor Setar dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 593 (b) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) bagi kesalahan menyerahsimpan laporan juruaudit yang palsu bagi syarikat Bersatu Eramaju Sdn Bhd.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh dikatakan telah memberikan satu laporan juruaudit yang palsu iaitu “Independent Auditors’ Report to the Members of Bersatu Eramaju Sdn Bhd” yang dilampirkan bersama Reports and Financial Statements For The Financial Year Ended 30 September 2016.
Seksyen 593(b) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan bahawa seseorang yang membuat atau memberikan laporan, maklumat atau pernyataan yang diketahuinya adalah palsu kepada pendaftar mengenai hal ehwal syarikat atau apa-apa perkara atau benda yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi pelaksanaan Akta Syarikat 2016 telah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum dengan hukuman penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak melebihi RM3juta ringgit di bawah peruntukan seksyen yang sama yang dipertuduhkan. Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Amir Sharifuddin Hashim manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Dr Aswandi Haji Mohd Hashim daripada Tetuan Aswandi Hashim & Co. Hakim Jean Sharmila Jesudason membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah kemudiannya telah menetapkan tarikh 11 Januari 2024 untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.
SSM ingin memberi peringatan kepada orang awam dan pegawai syarikat terutamanya setiausaha syarikat yang berlesen yang telah diberikan tauliah oleh badan-badan professional bahawa kesalahan seumpama ini adalah sangat serius kerana ia menjejaskan integriti maklumat yang disimpan di SSM. Tindakan perundangan yang tegas akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran kepada mana-mana peruntukan undang-undang di bawah Akta yang dikawalselia oleh SSM.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 25 DISEMBER 2023
| 12/25/2023 | Kes Mahkamah | 2023 | Press Release | 25/12/2023 | | 325 | | Kedah, 10 Disember 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Program Bimbingan Usahawan (PBU23) peringkat negeri Kedah & Perlis (Zon Utara) yang merupakan siri terakhir bagi tahun 2023 melibatkan hampir 700 peserta dari sekitar negeri tersebut.
PBU23 dianjurkan bertujuan untuk memberikan sokongan, bimbingan dan peluang kepada usahawan tempatan memperkukuh dan memajukan perniagaan. Program yang berlangsung di Dewan Centennial Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Ahmad Sabki Yusof berkata, pendedahan terhadap asas keusahawanan ini mampu membentuk pemikiran usahawan yang kreatif dan inovatif dalam mencipta peluang pasaran perniagaan yang lebih berdaya saing melalui pemahaman tentang pengurusan, kewangan, pemasaran, operasi, dan strategi perniagaan yang berjaya.
Beliau berkata, dalam mencapai objektif ini, SSM telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi mewujudkan kesedaran kepada komuniti perniagaan berkenaan kepentingan pendaftaran perniagaan, strategi perniagaan dan kewangan, serta kaedah pemasaran digital dalam menjalankan perniagaan.
Tambah beliau, salah satu inisiatif SSM adalah menawarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang memanfaatkan komuniti perniagaan daripada kumpulan usahawan dan pasangan suami isteri B40 serta pelajar IPT sepenuh masa dengan mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma melalui pengecualian fi pendaftaran dan maklumat perniagaan. Sejak SPPP mula diperkenalkan sehingga 30 November 2023, jumlah perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma adalah sebanyak 90,567 yang terdiri daripada 46,943 pelajar IPT sepenuh masa dan 43,624 usahawan kumpulan B40.
Semasa program berlangsung, SSM juga telah menyampaikan serahan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) berjumlah RM34,000 kepada usahawan asnaf dan penerima Fisabilillah serta sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM3,000 kepada sebuah persatuan kebajikan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 10 DISEMBER 2023
| 12/10/2023 | Berita | 2023 | Press Release | 10/12/2023 | | 324 | | Kuala Lumpur, 10 Disember 2023 – Sebuah syarikat dan seorang ahli lembaga pengarah warganegara asing telah dituduh di Mahkamah Sesyen 5, Kuala Lumpur dengan empat pertuduhan di bawah seksyen 43 (1) dan seksyen 90 (4) Akta Syarikat 2016 berkaitan penawaran syer dikenali sebagai “Islamic Redeemable Preference Share (iRPS)” kepada orang awam dengan nilaian sekitar RM15,000,000.
FGP Ventures Sdn. Bhd dan pengarahnya, Khemlani Satesh yang merupakan warganegara Singapura, masing-masing dipertuduhkan dengan dua pertuduhan bagi setiap seksyen tersebut dan telah membuat pengakuan tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan. Kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela Muhammad Hasif Ghazali dan Fithril Hakim Ab. Jalil manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kanan Mohd Fairuz Othman dan Mohd Iqbal Mohd Yusof.
Menurut seksyen 43(1) Akta Syarikat 2016, sebuah syarikat persendirian adalah dilarang menawarkan syer syarikat kepada orang awam. Kegagalan mematuhi kehendak undang-undang tersebut merupakan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 43(5) akta yang sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM3,000,000 atau kedua-duanya sekali. Sementara itu, seksyen 90(4) Akta Syarikat 2016 merupakan kesalahan mengumpukkan syer keutamaan syarikat tanpa mempunyai perlembagaan syarikat dan boleh dihukum di bawah seksyen 90(5) akta yang sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500,000.
Pihak pendakwaan telah menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan. Setelah mempertimbangkan rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, Hakim Puan Aminah Ghazali telah menetapkan ikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan seorang penjamin. Kedua-dua tertuduh telah mendepositkan wang jaminan tersebut pada hari yang sama. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 10 Januari 2024.
Kegiatan penawaran saham keutamaan (preference shares) kepada orang awam oleh syarikat persendirian (Sdn. Bhd) adalah satu kesalahan di bawah Akta Syarikat 2016. SSM mengambil tindakan pendakwaan seumpama ini sebagai satu bentuk peringatan kepada komuniti korporat dan orang awam bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang yang dikawalselia oleh SSM. Ini bagi memastikan sikap tadbir urus korporat dan pematuhan undang-undang syarikat sentiasa diamalkan oleh warga korporat dan komuniti perniagaan di Malaysia.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 10 DISEMBER 2023
| 12/10/2023 | Kes Mahkamah | 2023 | Press Release | 10/12/2023 | | 323 | |
Alor Setar, 8 Disember 2023 – Seorang bekas ejen cukai telah disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman denda oleh Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 3, Alor Setar atas pertuduhan memalsukan laporan juruaudit dalam Penyata Kewangan Beraudit syarikat Zenith Global Marketing Sdn Bhd (ZGM).
Berdasarkan kepada fakta kes, Tang Boon Khee, 50, didapati telah memainkan peranan penting dalam penyediaan Penyata Kewangan Beraudit syarikat ZGM di mana beliau bertindak sebagai orang tengah di antara ZGM dan firma juruaudit yang dilantik.
Setelah menerima kueri dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2019, pihak ZGM menyedari bahawa penyata kewangan syarikat dan laporan juruaudit yang terkandung dalam penyata tersebut sebenarnya telah disediakan oleh tertuduh tanpa pengetahuan dan persetujuan pihak firma juruaudit.
Siasatan yang dijalankan oleh SSM mendapati terdapat satu perintah injunksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2018 yang melarang tertuduh daripada terus menyalahgunakan nama firma juruaudit tersebut.
Tertuduh di dalam kes ini telah membuat pengakuan bersalah dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM20,000. Sekiranya gagal membayar denda tersebut, hukuman penjara selama tiga bulan boleh dikenakan ke atas tertuduh. Tertuduh telah membayar denda pada hari yang sama.
Seksyen 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan tiap-tiap orang yang dalam apa-apa penyata, laporan, perakuan, penyata kewangan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta Syarikat 2016 membuat atau membenarkan supaya dibuat suatu pernyataan yang palsu dalam apa-apa butir material dengan mengetahuinya sebagai palsu telah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau didenda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Nurul Husna Mohd Yusof manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam. Sabitan seumpama ini merupakan satu peringatan kepada orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan palsu atau mengelirukan kepada SSM. Kesalahan yang melibatkan penyalahgunaan identiti individu lain merupakan suatu kesalahan berat yang perlu dipandang serius.
SSM sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka terhadap tanggungjawab serta etika perniagaan.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 8 DISEMBER 2023
| 12/8/2023 | Kes Mahkamah | 2023 | Press Release | 08/12/2023 | | 322 | | Klang, 4 Disember 2023 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Program Semarak Daya Niaga Usahawan di Kompleks Perniagaan GM Klang, Selangor yang telah menarik lebih 100 penyertaan melibatkan usahawan mikro dan peniaga kecil.
Program dirasmikan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM ini, bertujuan menyantuni para usahawan, di samping memberi kesedaran dan pendedahan kepada peniaga mengenai kepentingan mendaftarkan perniagaan.
Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Ahmad Sabki mengingatkan usahawan agar perniagaan yang dijalankan mematuhi peruntukan dan perundangan yang ditetapkan. Beliau menyeru semua peniaga yang belum lagi mendaftarkan perniagaan mereka untuk mendaftarkan perniagaan secara sah di sisi undang-undang.
Jelas beliau juga, pelaksanaan Program Semarak Daya Niaga Usahawan ini turut memberi galakan kepada komuniti perniagaan untuk memanfaatkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang diperkenalkan oleh SSM pada 23 Disember 2020. SPPP membolehkan usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftarkan perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa melibatkan sebarang fi.
Sejak SPPP mula diperkenalkan pada 1 Januari 2021 hingga 31 Oktober 2023, jumlah pendaftaran perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma melalui SPPP adalah sebanyak 87,282 yang terdiri daripada 50,782 golongan usahawan B40 dan 36,500 pelajar-pelajar IPT sepenuh masa.
Manakala, sehingga 31 Oktober 2023, pejabat SSM Selangor telah merekodkan sejumlah 369,671 syarikat diperbadankan, 2,246,709 perniagaan dan 15,114 perkongsian liabiliti terhad telah didaftarkan dengan SSM.
Di samping itu, SSM telah memperkenalkan paparan Kod QR SSM BizTrust sebagai pengenalan identiti digital kepada entiti perniagaan yang berdaftar dengan SSM. Dengan adanya Kod QR SSM BizTrust ini, usahawan dapat mempamerkan kod QR tersebut di premis fizikal perniagaan atau secara dalam talian melalui laman sesawang dan platform media sosial untuk digunakan sebagai salah satu strategi perniagaan pemasaran terkini.
Kod QR SSM BizTrust boleh dimuat turun melalui platform Ezbiz Online, MyLLP dan SSM4U. Seterusnya, orang ramai boleh mengimbas Kod QR ini melalui aplikasi MySSM dan imbasan tersebut akan mempamerkan maklumat asas entiti perniagaan seperti nama, nombor, status dan alamat URL perniagaan.
Dalam program yang sama, SSM menyediakan Kaunter Khidmat Nasihat Pendaftaran Perniagaan bagi memudahkan peserta yang berminat untuk mendaftarkan perniagaan melalui bas khas iaitu bas EzBiz On The Go.
Selain itu juga, SSM telah menggerakkan pegawai pemeriksa SSM untuk menyantuni peniaga yang beroperasi di Kompleks GM Klang dan kawasan sekitarnya bagi mewujudkan kesedaran di kalangan peniaga supaya menjalankan perniagaan dengan mengamalkan etika perniagaan yang baik.
Semasa program berlangsung, SSM turut menyampaikan serahan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM berjumlah RM20,000 kepada 20 golongan usahawan B40.
Program turut diserikan dengan kehadiran Anggota-anggota SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM dan Encik Foo Loke Ping, Pengarah, Pusat Borong GM Klang.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 4 DISEMBER 2023
| 12/4/2023 | Berita | 2023 | Press Release | 04/12/2023 | | 321 | | Kuala Lumpur, 28 November 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Program Usahawan Muda 2023 (PUM23) peringkat negeri Sabah melibatkan lebih 1,900 pelajar daripada Politeknik, Giat Mara, Kolej Vokasional, Kolej Komuniti, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) serta institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) di negeri Sabah.
Program dalam talian yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM ini bertujuan untuk menyemai minat serta menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri pelajar selari dengan usaha melahirkan usahawan-usahawan muda yang mampu berdaya saing dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa.
Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Nor Azimah memaklumkan bahawa sejak tahun 2021, SSM telah berjaya menganjurkan sebanyak 13 sesi PUM secara fizikal dan dalam talian dengan lebih 13,000 penyertaan dari kalangan pelajar di seluruh negara.
Antara pengisian PUM23 peringkat negeri Sabah adalah pendedahan kepada keperluan dan faedah mendaftarkan perniagaan yang sah, strategi pengurusan dan perancangan kewangan, serta meneroka pemasaran digital dan perkongsian oleh usahawan berjaya.
Beliau berkata bagi tahun 2023, SSM mensasarkan pelaksanaan sebanyak tiga sesi PUM, di mana satu daripadanya telah dilaksanakan di negeri Johor secara fizikal manakala dua lagi program dilaksanakan di negeri Perak dan Sabah secara dalam talian.
Datuk Nor Azimah turut menyeru para pelajar mendaftarkan perniagaan dengan pihak-pihak berkuasa tempatan di Sabah atau mendaftarkan entiti perniagaan di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang di kawal selia oleh SSM.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 28 NOVEMBER 2023
| 11/28/2023 | Berita | 2023 | Press Release | 28/11/2023 | | 320 | | Kuala Lumpur, 27 November 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini telah menganjurkan Sambutan Hari Integriti SSM 2023 dengan objektif utama untuk membudaya dan menyemarakkan amalan berintegriti di kalangan warga kerjanya. Majlis yang disambut secara hibrid di Menara SSM@Sentral dan turut disiarkan secara dalam talian ini telah dirasmikan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM. Sambutan Hari Integriti SSM 2023 juga disemarakkan dengan penganugerahan sijil kepada SSM bagi Perluasan Skop Pensijilan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) ke seluruh pejabat negeri dan cawangan SSM meliputi keseluruhan aktiviti di ibu pejabat, pejabat negeri dan cawangan SSM. Sijil berkenaan telah disampaikan oleh Encik Hamim Imam Mustain, Pengurus Besar Kanan Sistem Pengurusan, SIRIM QAS International Sdn. Bhd. kepada Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM. Dalam ucapannya, Tuan Ahmad Sabki berkata, penganugerahan sijil ini menunjukkan bahawa SSM mempunyai satu sistem kawalan dalaman yang menyeluruh dalam mengesan, mencegah, mengendali, menguatkuasakan, menilai serta menambah baik langkah pengurusan antirasuah secara berkesan.
Sambutan Hari Integriti SSM 2023 turut diserikan dengan kehadiran, Anggota-anggota Suruhanjaya serta Ketua Unit Integriti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 27 NOVEMBER 2023
| 11/27/2023 | Berita | 2023 | Press Release | 27/11/2023 | | 319 | | Kuala Lumpur, 15 Oktober 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menerima beberapa laporan dan aduan berhubung insiden pembayaran pulangan pelaburan dalam bentuk dividen oleh syarikat East West One Consortium Berhad (EWOCB) serta East West Horizon Plantation Berhad (EWHPB) yang diuruskan East West One Group (EWOG). Mengikut rekod SSM, EWOCB dan EWHPB merupakan syarikat-syarikat yang menawarkan skim kepentingan berbentuk pelaburan kongsi tani berkaitan penanaman kelapa sawit. Skim-skim kepentingan ini merupakan skim kepentingan yang berdaftar di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 (ASK 2016) yang dikawalselia oleh SSM.
Dari bulan April hingga September 2023, SSM telah menerima 46 aduan berkaitan syarikat-syarikat ini. SSM telah membuka kertas siasatan pada 25 September 2023 dan siasatan sedang giat dijalankan di bawah peruntukan ASK 2016 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Lanjutan daripada aduan yang diterima, SSM telah melakukan pemeriksaan fizikal ke atas pejabat pengurusan skim-skim ini serta lokasi penanaman kelapa sawit bagi meneliti isu yang dibangkitkan. Menerusi pemeriksaan yang dijalankan, SSM telah mengeluarkan empat kompaun kepada dua orang pengarah syarikat, seorang pengurus dan syarikat pengurusan East West Horizon Plantation Berhad di bawah seksyen 46(1) ASK 2016 dengan nilai keseluruhan kompaun berjumlah RM1 juta pada 25 September 2023 lalu.
SSM sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir dengan mengambil tindakan pematuhan, siasatan dan pendakwaan terhadap entiti atau individu yang didapati melanggar peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka berhubung tanggungjawab serta etika perniagaan. SSM memandang serius dakwaan seperti ini kerana ia menjejaskan amalan tadbir urus korporat baik yang seharusnya dipraktikkan oleh pengarah-pengarah syarikat.
Pelabur yang terkesan dengan skim-skim kepentingan berdaftar yang diuruskan oleh EWOG dan mempunyai maklumat untuk membantu siasatan, disarankan tampil untuk membuat aduan melalui emel ke aduan[at]ssm.com.my atau hubungi 03-2299 4400.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 15 OKTOBER 2023
| 10/15/2023 | Berita | 2023 | Press Release | 15/10/2023 | | 318 | | Kuala Lumpur, 13 October 2023 – The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) through the Companies Commission of Malaysia (SSM), tabled amendments to the Companies Act 2016 for the first reading at Dewan Rakyat on 10 October 2023. The Companies (Amendment) 2023 Bill, which was tabled by KPDN Deputy Minister YB Senator Fuziah Salleh, contains 31 clauses that are in line with international practices on anti-money laundering and enhance existing provisions to assist companies with financial difficulties post Covid-19 pandemic.
The Bill among others aims to introduce provisions to accord a more comprehensive framework at par with international practices to ensure that scheme of arrangements and compromise could be used as a more effective rehabilitation tool for companies facing financial difficulties. This includes the introduction of an automatic moratorium period for companies applying a restraining order under scheme of arrangements and compromise, the provision on restraining order by related company that play an integral part in the rehabilitation plan and the provision of rescue financing which will allow debtor companies to continue in operation and thus ensuring the success of the proposed scheme. This also includes the provision relating to cram down which will allow the Court to compel dissenting creditors to be bound by the proposed scheme of arrangements and compromise and the mandatory appointment of insolvency practitioners to oversee the rehabilitation plan.
To enhance corporate transparency and accountability, the current beneficial ownership reporting framework has also been proposed to be in line with international standards and best practices. Under the Bill, a new comprehensive beneficial ownership reporting framework is introduced through a new Division 8A of Part II in the Companies Act 2016 which covers the criteria of a beneficial owner, register of beneficial owners and power of a company to obtain beneficial ownership information from its members and any person who is identified as beneficial owner or has information relating to a beneficial owner of the company. Apart from that, the criteria also include duty of an individual to notify a company of his status as a beneficial owner of the company and the obligation includes to notify any changes to the individual’s status as the beneficial owner and particulars recorded in the register of beneficial owners.
Once enforced, the Bill is expected to expand the application of corporate voluntary arrangement and judicial management to all companies except companies which are regulated by the Central Bank of Malaysia and companies which are licensed, approved or registered under the Capital Market and Services Act 2007 [Act 671] and the Securities Industry (Central Depositories) Act 1991 [Act 453].
The Bill is scheduled for the second reading at Dewan Rakyat by the end of November 2023.
ISSUED BY: THE COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA DATE: 13 OCTOBER 2023 | 10/13/2023 | Berita | 2023 | Press Release | 13/10/2023 | | 317 | |
Johor Bahru, 8 Oktober 2023 – Seorang pengarah syarikat dan seorang pekerja syarikat telah disabitkan dengan satu kesalahan di bawah Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana memalsukan dokumen pindah milik saham syarikat QE Manufacturing (M) Sdn. Bhd.
Berdasarkan kertas pertuduhan, pengarah Syarikat berkenaan, Bala Muraly Supermaniam bersama-sama pekerja syarikat Chew Hwee Len telah membuat satu pernyataan palsu berkenaan butir-butir yang material di dalam Borang 32A bertarikh 31 Disember 2014 iaitu satu dokumen yang dikehendaki di bawah Seksyen 103 (1) Aka Syarikat 1965. Pernyataan palsu tersebut adalah berhubung dengan pemindahan saham Mohammad Zamani Ab. Aziz iaitu seorang pemegang saham di dalam syarikat tersebut kepada Bala Muraly.
Seramai 13 orang saksi pendakwaan dan tiga orang saksi pembelaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah. Di akhir kes pembelaan, mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh di dalam kes ini bersalah.
Bala Muraly dikenakan hukuman denda sebanyak RM50,000 dan jika gagal membayar denda boleh dipenjara enam bulan manakala Chew pula dikenakan hukuman denda sebanyak RM20,000 dan jika gagal membayar denda boleh dipenjara selama tiga bulan. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh-tertuduh membayar kos pendakwaan kepada SSM sebanyak RM10,000.
Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan bahawa setiap orang yang dalam mana-mana penyata atau lain-lain dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini, membuat atau memberi kuasa untuk membuat suatu pernyataan palsu atau keliru dalam mana-mana keterangan material dengan mengetahui ia palsu atau keliru, adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kanan SSM, Faizal Mahdi Mahmud dan Cheong Jee Khuan manakala tertuduh-tertuduh diwakili oleh peguam N.G. Vinod.
Sabitan seumpama ini merupakan satu peringatan kepada orang awam bahawa tindakan perundangan akan diambil sekiranya berlaku kesalahan di bawah peruntukan undang-undang yang dikawalselia oleh SSM termasuklah pemalsuan dokumen pindah milik saham. Ini bagi memastikan sikap tadbir urus korporat sentiasa diamalkan oleh warga korporat dan komuniti perniagaan di Malaysia.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 8 OKTOBER 2023
| 10/8/2023 | Kes Mahkamah | 2023 | Press Release | 08/10/2023 | | 316 | | Kuala Lumpur, 25 September 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Program Usahawan Muda 2023 (PUM23) siri kedua peringkat negeri Perak yang telah melibatkan lebih 1,500 pelajar daripada Politeknik, Kolej Komuniti, Giat Mara, Kolej Matrikulasi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia serta institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) di negeri Perak. Program dalam talian yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM ini bertujuan untuk menyemai minat serta menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri pelajar selari dengan usaha melahirkan usahawan-usahawan muda yang bakal memacu ekonomi negara pada masa hadapan. Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Nor Azimah memaklumkan bahawa sejak tahun 2021, SSM telah berjaya menganjurkan sebanyak 12 sesi PUM secara fizikal dan dalam talian dengan lebih 11,000 penyertaan dalam kalangan pelajar di seluruh negara. Pada tahun 2023 pula, SSM mensasarkan untuk menganjurkan tiga sesi PUM di negeri Johor, Sabah dan Perak yang berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada hari ini. Datuk Nor Azimah turut menyeru para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa untuk memanfaatkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) SSM. SPPP diperkenalkan oleh SSM bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan usahawan kumpulan B40 dan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS di dalam negara untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 secara percuma. Sejak diperkenalkan pada 1 Januari 2021 hingga 31 Ogos 2023, jumlah pendaftaran perniagaan yang berjaya didaftarkan melalui SPPP adalah sebanyak 80,495 pendaftaran yang terdiri daripada 34,291 pelajar-pelajar IPT sepenuh masa dan 46,204 usahawan kumpulan B40. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000atau emel kepada enquiry[at]ssm.com.my. DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 25 SEPTEMBER 2023
| 9/25/2023 | Berita | 2023 | Press Release | 25/09/2023 | | 315 | | Papar, 24 September 2023 – Hari ini saya berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan sebuah van jenazah dan Wakalah Zakat Korporat (WZK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebanyak RM10,000 kepada Masjid Al Jariah, Kg. Buang Sayang, Papar, Sabah melalui agihan di bawah peruntukan WZK SSM di Majlis Serahan Van Jenazah ‘Road To Jannah’ & Sumbangan Wakalah Zakat SSM. Pada majlis yang sama, SSM turut menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat SSM berjumlah RM30,000 kepada 100 orang penerima golongan asnaf fakir miskin dan fisabilillah. Sementara itu, sebanyak RM5,000 diberikan kepada Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Aminuddin Papar, Masjid Jamek As Salam, Kampung Benoni, Papar dan Surau Kampung Surati, Papar dengan jumlah keseluruhan sumbangan adalah sebanyak RM15,000. Pada tahun ini, SSM telah membuat serahan sebanyak tiga (3) buah van jenazah kepada Masjid As-Solihin, Pulai, Johor; Masjid An Nur, Krubung, Melaka; Masjid As-Solihin, Kg. Padang Luas, Besut, Terengganu dan pada hari ini sebuah van jenazah telah diserahkan kepada Masjid Al Jariah, Papar, Sabah. SSM akan membuat enam (6) lagi serahan van jenazah kepada Masjid Al Muttaqin Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang; Masjid Dr. Hj Mohammad Eusuff Teh, Pedas, Negeri Sembilan; Masjid Nurul Jannah, Klang, Selangor; Masjid Tuan Haji Mohd Desa Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Masjid Permai, Ulu Kinta, Perak dan Masjid Al Hasani, Pasir Mas, Kelantan yang menjadikan jumlah keseluruhan serahan van jenazah sebanyak 10 buah dengan nilai hampir RM1.4 juta. Dalam tempoh 1 Januari 2023 sehingga 31 Ogos 2023, SSM telah mengagihkan sejumlah RM6.5 juta WZK SSM kepada golongan asnaf fakir miskin dan fisabillilah di seluruh negara. Manakala pengagihan peruntukan di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM bagi tempoh yang sama, SSM telah mengagihkan sebanyak RM419,847.
YB DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI, PEMANGKU MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN)
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 24 SEPTEMBER 2023
| 9/24/2023 | Berita | 2023 | Press Release | 24/09/2023 | | 314 | | Kota Kinabalu, 23 September 2023 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat berbentuk peralatan perubatan kepada Hospital Queen Elizabeth 1 bernilai RM181,300.
Sumbangan peralatan berupa Ventilator, Chestwall Oscillation Machine dan Finecare FIA Meter tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM kepada YBrs. Dr. William Gotulis, Pengarah Hospital Queen Elizabeth 1. Sumbangan ini bertujuan membekalkan sokongan peralatan berteknologi yang diperlukan dalam mengendalikan rawatan dan pemulihan pesakit. YBhg. Datuk Nor Azimah berkata, dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya, SSM turut menitikberatkan urusan kebajikan dalam membantu golongan masyarakat yang memerlukan melalui peruntukan Wakalah Zakat Korporat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM seiring dengan nilai teras Malaysia Madani yang menerapkan kesejahteraan dan ihsan di kalangan rakyat. Berdasarkan statistik dari 1 Januari 2023 hingga 31 Ogos 2023, SSM telah mengagihkan peruntukan Wakalah Zakat Korporat SSM sebanyak RM6,487,551 kepada golongan asnaf di seluruh negara manakala bagi peruntukan CSR pula, SSM telah mengagihkan sebanyak RM419,847 kepada golongan yang memerlukan. Selain itu, SSM juga sebelum ini telah menyumbang peralatan perubatan kepada lima (5) buah hospital iaitu Hospital Sg. Buloh, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Hospital Maliha, Langkawi dan Hospital Kapit yang kesemuanya berjumlah RM561,660. Program ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. William Gotulis, Pengarah Hospital Queen Elizabeth 1 dan YBrs. Encik Amir Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) SSM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Zakat & Tanggungjawab Sosial Korporat SSM (JPZCSR). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000atau emel ke enquiry[at]ssm.com.my.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 23 SEPTEMBER 2023
| 9/23/2023 | Berita | 2023 | Press Release | 23/09/2023 | | 313 | | Johor Bahru, 27 Ogos 2023 – Hari ini saya berkesempatan menghadiri Program Bimbingan Usahawan (PBU) dan Sesi Libat Urus bersama Intermediari Korporat peringkat Negeri Johor yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Program ini telah melibatkan penyertaan seramai 340 orang dalam kalangan usahawan dan badan professional di sekitar Negeri Johor. SSM telah menganjurkan pelbagai program, latihan dan aktiviti berteraskan konsep keusahawanan secara konsisten bertujuan untuk memberikan sokongan, bimbingan dan peluang kepada para usahawan tempatan memperkukuh dan memajukan perniagaan mereka.
Program Bimbingan Usahawan (PBU) yang diadakan pada hari ini merupakan program yang sangat signifikan bagi mewujudkan kesedaran kepada komuniti perniagaan mengenai kepentingan mendaftarkan perniagaan di samping menjadi platform terbaik untuk meneroka pengetahuan berhubung keusahawanan. Pada tahun ini, SSM telah menganjurkan dua siri PBU iaitu di Negeri Pahang dengan penglibatan lebih 400 orang peserta dan di Negeri Selangor dengan penglibatan seramai 1,000 orang peserta.
Manakala Sesi Libat Urus bersama Intermediari Korporat yang turut diadakan merupakan sebuah platform perundingan bersama dan perbincangan mengenai isu-isu berkaitan undang-undang syarikat dan perkongsian liabiliti terhad bagi menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara SSM dan ahli badan-badan professional.
Antara pengisian program yang bermula sejak awal pagi adalah sesi taklimat berhubung keperluan dan faedah mendaftarkan perniagaan serta inisiatif-inisiatif yang ditawarkan oleh SSM. Salah satunya adalah Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh SSM untuk memberi peluang kepada golongan usahawan kumpulan B40 serta pelajar IPT sepenuh masa untuk mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 secara percuma. Bermula pada 1 Januari 2023 sehingga 31 Julai 2023, jumlah perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma melalui SPPP adalah sebanyak 26,410 perniagaan. Sementara itu, baki peruntukan geran SPPP sebanyak RM6 juta boleh memanfaatkan lebih 80,000 usahawan. Justeru, masyarakat peniaga dan kumpulan usahawan B40 adalah digalakkan untuk memanfaatkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang ditawarkan oleh Kerajaan melalui SSM.
YB DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI, PEMANGKU MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN)
| 8/27/2023 | Berita | 2023 | Press Release | 27/08/2023 | | 312 | | Shah Alam, 19 Ogos 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Program Bimbingan Usahawan (PBU23) peringkat Negeri Selangor yang merupakan siri kedua bagi tahun 2023 melibatkan lebih 1,000 peserta dari sekitar negeri tersebut. PBU23 yang dianjurkan bertujuan untuk memberikan sokongan, bimbingan dan peluang kepada usahawan tempatan memperkukuh serta memajukan perniagaan berlangsung di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Dalam ucapan perasmian Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM, yang dibacakan oleh Datuk Nor Azimah, penekanan diberikan kepada pendedahan kepada budaya keusahawanan yang dapat membuka peluang kepada para usahawan tempatan untuk mempelajari aspek penting dalam selok-belok dunia perniagaan melalui pemahaman tentang pengurusan, kewangan, pemasaran, operasi serta strategi perniagaan yang berjaya. Beliau berkata, dalam mencapai objektif ini, SSM telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi mewujudkan kesedaran kepada komuniti perniagaan berkenaan kepentingan pendaftaran perniagaan, strategi perniagaan dan kewangan, serta kaedah pemasaran digital dalam menjalankan perniagaan. Tambah beliau, salah satu inisiatif SSM adalah menawarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang memanfaatkan komuniti perniagaan daripada kumpulan usahawan dan pasangan suami isteri B40 serta pelajar IPT sepenuh masa dengan mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma melalui pengecualian fi pendaftaran dan maklumat perniagaan. Sejak SPPP mula diperkenalkan pada 23 Disember 2020 hingga 31 Julai 2023, jumlah perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma adalah sebanyak 77,259. Semasa program berlangsung, SSM juga telah menyampaikan serahan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) berjumlah RM237,600 kepada agensi, institusi pendidikan, surau serta masjid. Di samping itu, sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM9,000 juga disampaikan kepada persatuan dan pusat jagaan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry[at]ssm.com.my
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 19 OGOS 2023
| 8/19/2023 | Berita | 2023 | Press Release | 19/08/2023 | | 311 | | Ipoh, 13 Ogos 2023 – Dua pengarah syarikat yang merupakan pasangan suami isteri telah dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan secara bersama memberi kuasa kepada setiausaha syarikat untuk membuat pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Sheikh Kamaruzzaman Dawood dan Farzana Mohd Yusof yang merupakan pengarah-pengarah syarikat Bin Dawood Properties Sdn Bhd menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Jenayah (1) Ipoh. Menurut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh telah didakwa memberi kuasa kepada setiausaha syarikat untuk membuat pernyataan palsu pada Borang 49 bertarikh 27 Jun 2014 berkaitan peletakan jawatan Noor Shahidah Dawood sebagai pengarah dan pelantikan Farzana Mohd Yusof sebagai pengarah dalam syarikat tersebut.
Tertuduh-tertuduh yang diwakili oleh peguam Datuk Adnan Seman mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut dan minta untuk dibicarakan. Hakim Azizah Haji Ahmad membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 secara keseluruhan dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Sheikh Kamaruzzaman sebelum ini juga turut menghadapi dua pertuduhan yang melibatkan syarikat dan seksyen kesalahan yang sama. Pegawai Pendakwa SSM, Farieza Hazreen Salehuddin telah membuat permohonan kepada mahkamah untuk kesemua pertuduhan dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen Jenayah (1) Ipoh. Hakim Azizah kemudiannya menetapkan 25 Ogos 2023 sebagai tarikh pemfailan hujahan bertulis daripada kedua-dua pihak sebelum memutuskan permohonan tersebut. Mahkamah turut menetapkan 4 hingga 5 Disember 2023 sebagai tarikh bicara.
Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan adalah menjadi kesalahan apabila membuat atau memberi kuasa untuk membuat apa-apa pernyataan, maklumat atau laporan palsu atau mengelirukan kepada Pendaftar berkaitan apa-apa perkara yang dikehendaki bagi pelaksanaan Akta tersebut dan jika disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali.
SSM memandang berat kesalahan seumpama ini kerana ia menjejaskan kredibiliti dan integriti maklumat yang disimpan oleh SSM selaku badan kawal selia korporat di Malaysia.
Tindakan pendakwaan ini merupakan satu peringatan kepada orang awam bahawa tindakan perundangan akan diambil sekiranya berlaku kesalahan di bawah peruntukan undang-undang yang dikawalselia oleh SSM termasuklah kesalahan memberikan pernyataan, maklumat atau laporan palsu atau mengelirukan kepada SSM.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 13 OGOS 2023
| 8/13/2023 | Kes Mahkamah | 2023 | Press Release | 13/08/2023 | | 310 | | Kuala Lumpur, 3 Ogos 2023 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman ini disaksikan oleh YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri PDN dan YB Dato' Hj. Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
Kerjasama strategik menerusi memorandum persefahaman ini bertujuan memberi peluang lebih ramai mahasiswa untuk menceburi bidang keusahawanan di samping mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan mendaftarkan perniagaan dalam usaha membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif.
Dalam ucapannya, YB Senator Puan Hajah Fuziah memaklumkan bahawa melalui MoU ini, SSM membuka peluang kepada para pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) sepenuh masa untuk memanfaatkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP). SPPP telah diperkenalkan pada 23 Disember 2020 untuk membantu golongan usahawan kumpulan B40, pasangan suami dan isteri golongan B40 serta pelajar IPT sepenuh masa bagi mendaftarkan perniagaan secara percuma.
Dalam majlis yang sama, YB Dato' Hj. Mohammad Yusof Apdal turut memaklumkan bahawa kolaborasi KPT bersama pihak SSM ini adalah selari dengan aspirasi Lonjakan 1, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 yang antaranya telah menggariskan hasrat KPT untuk melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
Dasar Pembangunan Keusahawanan untuk Institusi Pendidikan Tinggi (DPK-IPT 2010) yang telah diwujudkan lebih awal oleh KPT pada tahun 2010 juga telah menetapkan objektif yang jelas untuk meningkatkan bilangan graduan yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan setelah tamat pengajian. Ini disusuli dengan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021-2025 yang mensasarkan matlamat untuk membentuk usahawan siswazah yang kompetitif dan lestari berlandaskan kepada pelaksanaan 3 teras utama iaitu pembentukan Ekosistem Keusahawanan Bersinergi, Kolaborasi Berimpak Tinggi serta Inovasi dan Teknologi dalam Keusahawanan.
Selain itu, mahasiswa juga berpeluang memanfaatkan SSM BizTrust yang diberikan oleh SSM secara percuma bertujuan untuk mewujudkan persekitaran perniagaan dalam talian yang berhemah di samping membantu merapatkan jurang kepercayaan di antara peniaga dan pembeli dalam talian.
Sehingga 31 Julai 2023, sebanyak 77,259 perniagaan telah didaftarkan di bawah SPPP, di mana sebanyak sebanyak 33,299 adalah terdiri daripada perniagaan yang didaftarkan oleh pelajar IPT sepenuh masa.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah YBhg. Dato’ Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBrs. Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM dan YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau email kepada enquiry[at]ssm.com.my
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 3 OGOS 2023 | 8/3/2023 | Berita | 2023 | Press Release | 03/08/2023 | | 309 | | Kuala Lumpur, 2 Ogos 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengesan kewujudan dokumen yang menyalahgunakan nama, logo SSM serta nama Ketua Pegawai Eksekutif SSM yang didakwa membuat deklarasi dalam urusan pembelian gula dari Brazil. SSM dengan ini menafikan dakwaan sebarang penglibatan dalam transaksi seumpama ini samada secara langsung atau tidak langsung. SSM juga tidak melantik mana-mana agen atau orang perseorangan untuk bertindak bagi pihak SSM untuk tujuan tersebut. Mana-mana pihak yang menggunakan logo SSM tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Cap Dagangan 2019. SSM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo SSM, nama organisasi serta nama Ketua Pegawai Eksekutif SSM. SSM adalah merupakan sebuah badan kawal selia korporat yang juga melaksanakan fungsi pendaftaran perniagaan, pemerbadanan syarikat dan pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Untuk sebarang aduan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau e-mel kepada enquiryat]ssm.com.my
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 2 OGOS 2023
| 8/2/2023 | Berita | 2023 | Press Release | 02/08/2023 | | 308 | | Kuala Lumpur, 25 Julai 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Persidangan Kebangsaan SSM atau SSM National Conference 2023 (SSMNC2023) secara dalam talian dengan rekod penyertaan tertinggi seramai 3,000 orang. SSMNC2023 yang membawa tema ‘Shared Responsibility In Strengthening AML/CFT Compliance: Risks, Challenges and Collaborations’ bertujuan memberikan pendedahan kepada pengarah syarikat, setiausaha syarikat, akauntan, juruaudit, peguam dan badan-badan korporat mengenai pencegahan pengubahan wang haram dan pembanterasan pembiayaan keganasan (AML/CFT). Dalam ucapan perasmian Allahyarham YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang dibacakan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM menyatakan bahawa tema yang dipilih oleh SSM pada tahun ini amat bersesuaian bagi menangani ancaman dan trend terkini mempergunakan entiti korporat jenayah kewangan. Tambah beliau, persidangan ini adalah salah satu platfom dalam memerangi jenayah kewangan yang merupakan tanggungjawab bersama dalam usaha melindungi sistem kewangan di Malaysia. Sementara itu, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM berkata, sebagai sebuah badan kawal selia dan tadbir urus korporat, SSM sentiasa menyokong agenda negara dalam memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Tambahnya, dalam penyediaan Malaysia ke arah penilaian bersama Financial Action Task Force (FATF) pada tahun 2024 hingga 2025, SSM telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk mengeluarkan garis panduan bertajuk Guideline For The Reporting Framework For Beneficial Ownership Of Legal Persons dan mengeluarkan kertas konsultatif bagi libat-urus dalam mencadangkan pindaan-pindaan kepada Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 ke arah memperkukuhkan kerangka pelaporan pemunya benefisial. Pada tahun ini, SSMNC mengetengahkan 11 sesi plenari dengan tajuk-tajuk yang menarik bagi perbincangan bersama 48 ahli-ahli panel terdiri daripada kalangan pengamal sektor korporat yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam pelbagai bidang. Antara topik yang dibincangkan termasuk "Preventing Money Laundering and Terrorism Financing-Malaysia’s Risk Map", “Stepping Up the Game. Leveraging on Emerging Technology to Fight Corruption”, “Be Scam Aware”, “Prevention and Good Practice in NPO Sector against Money Laundering & Terrorism Financing” dan “Enhancement to the Corporate Rehabilitation Framework”. Persidangan SSMNC2023 ini turut dihadiri oleh YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri KPDN dan YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPDN. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry[at]ssm.com.my.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 25 JULAI 2023 | 7/25/2023 | Berita | 2023 | Press Release | 25/07/2023 |
|