Sign In

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Maklumat Perniagaan


(a) Profil Perniagaan​
Merupakan maklumat terkini perniagaan yang mengandungi  maklumat asas sesebuah perniagaan (seperti nama perniagaan, nombor pendaftaran, tarikh pendaftaran, tarikh luput pendaftaran, bentuk perniagaan, status perniagaan, alamat utama perniagaan, alamat perniagaan, jenis perniagaan yang dijalankan dan maklumat cawangan perniagaan (sekiranya ada)), maklumat terkini pemilik dan maklumat terdahulu pemilik. 

Maklumat ini boleh didapati melalui portal penyedia perkhidmatan iaitu:

a)     SSM e-Info di https://www.ssm-einfo.my;

b)    MYDATA-SSM di https://www.mydata-ssm.com.my;

c)     SSM Search di https://www.ssmsearch.com; atau

d)    SSM SAFEDATA di https://www.safedata-ssm.com.


 Fi profil perniagaan tanpa pengesahan secara digital:

​No.PerkaraFi (RM)
1.Profil perniagaan
10.00
*Tidak termasuk caj perkhidmatan & cukai perkhidmatan sebanyak 8% dikenakan ke atas caj perkhidmatan
Fi p​rofil perniagaan dengan p​engesahan secara digital​:

No.PerkaraFi (RM)
1.Profil perniagaan
10.00​
2.Pengesahan secara digital5.00
Jumlah 15.00
*Tidak termasuk caj perkhidmatan & cukai perkhidmatan sebanyak 8% dikenakan ke atas caj perkhidmatan

Klik SAMPLE

(b) Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan​

Salinan sijil perakuan pendaftaran perniagaan boleh dibekalkan kepada pelanggan sekiranya ada permohonan oleh pelanggan.

Sijil perakuan pendaftaran perniagaan boleh diperolehi di dalam dua versi iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris melalui portal penyedia perkhidmatan iaitu: 

a)     SSM e-Info di https://www.ssm-einfo.my;

b)    MYDATA-SSM di https://www.mydata-ssm.com.my;

c)     SSM Search di https://www.ssmsearch.com ; atau

d)    SSM SAFEDATA di https://www.safedata-ssm.com.


Fi salinan sijil perakuan pendaftaran perniagaan dengan pengesahan secara digital :
​​
No.Perkara
Fi SSM (RM)
1.Salinan sijil perakuan pendaftaran perniagaan10.00
2.
Pengesahan secara digitalNil
Jumlah 10.00​
*Tidak termasuk caj perkhidmatan & cukai perkhidmatan sebanyak 8% dikenakan ke atas caj perkhidmatan

Klik SAMPLE

(c) Surat​ Pengesahan Tamat ​Tempoh ​​Pendaftaran Perniagaan


Surat pengesahan tamat tempoh pendaftaran perniagaan merupakan satu dokumen sokongan yang mengesahkan status sesebuah pendaftaran perniagaan telah tamat tarikh luput perniagaan (expired). 

Status pendaftaran perniagaan mestilah telah luput semasa permohonan dibuat tanpa mengambil kira tempoh tarikh luput tersebut dan Surat pengesahan penamatan perniagaan ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja. 

Maklumat ini boleh didapati melalui portal penyedia perkhidmatan iaitu:

a)     SSM e-I nfo di https://www.ssm-einfo.my;

b)    MYDATA-SSM di https://www.mydata-ssm.com.my;

c)     SSM Search di https://www.ssmsearch.com ; atau

d)    SSM SAFEDATA di https://www.safedata-ssm.com​.

Fi surat pengesahan tamat tempoh pendaftaran perniagaan tanpa pengesahan secara digital:

​No.Perkara
Fi (RM)​
1.Surat pengesahan tamat tempoh pendaftaran perniagaan
10.00​​
*Tidak termasuk caj perkhidmatan & cukai perkhidmatan sebanyak 8% dikenakan ke atas caj perkhidmatan

Fi surat pengesahan tamat tempoh pendaftaran perniagaan dengan pengesahan secara digital:​

​No.Perkara​
Fi (RM)
​​1.
​Surat pengesahan tamat tempoh pendaftaran perniagaan
​10.00
​2.
​Pengesahan secara digital
​5.00
​Jumlah
​15.00

*Tidak termasuk caj perkhidmatan & cukai perkhidmatan sebanyak 8% dikenakan ke atas caj perkhidmatan



(d) Penglibatan Peribadi Dalam Perniagaan


Maklumat berkaitan dengan penglibatan pemilik perniagaan dalam mana-mana perniagaan yang diperolehi melalui carian nombor kad pengenalan baharu/ lama, nombor pasport, ID polis atau ID tentera.​

Boleh didapati melalui portal SSM4U di https://www.ssm4u.com.my​ dengan fi seperti berikut:

Perkara​
Fi SSM (RM)
Penglibatan peribadi Pemilik Perniagaan​
10.00
Klik SAMPLE​​
​​​

MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC