Sign In

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Pengenalan Sistem Pengurusan Antirasuah​​​


MS ISO 370001 : 2016 Anti-Bribery Management Systems
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) pada 21 November 2018 bersetuju supaya:

“ISO 37001 digunakan secara menyeluruh di setiap kementerian, agensi dan jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berisiko tinggi bagi mencegah rasuah dan membina budaya integriti”. 


MS ISO 37001 : 2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) adalah sistem pengurusan yang direkabentuk membantu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mencegah, mengesan dan bertindakbalas terhadap perlakuan rasuah. Sistem pengurusan ini adalah komitmen SSM untuk mematuhi undang-undang antirasuah yang berkuat kuasa.​

Pendekatan MS ISO 37001 : 2016 ABMS membolehkan:
  1. SSM melaksanakan penilaian risiko rasuah di dalam organisasi;​
  2. Melaksanakan penerapan budaya antirasuah dan integrity dalam kalangan Pegawai SSM; dan
  3. Melaksanakan semakan, pemantauan dan tindakan penambahbaikan terhadap proses kerja.
Dalam Usaha menutup ruang dan peluang, Pegawai SSM hendaklah mengambil tindakan berdasarkan tagline “JANGAN MINTA, TOLAK dan LAPOR”.




MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC