Sign In

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Portal Pembekalan Maklumat Korporat SSM


A. ​Mengenai Portal pembekalan maklumat korporat SSM oleh penyedia perkhidmatan​

Portal pembekalan maklumat korporat SSM adalah portal yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan (Service Provider – SP) yang telah dilantik oleh SSM untuk membekalkan produk/ maklumat syarikat dan perniagaan kepada pelanggan secara dalam talian. Fi bagi setiap produk atau maklumat yang dibekalkan adalah berdasarkan peruntukan fi di bawah jadual (peraturan 8), peraturan-peraturan syarikat 2017.​

Produk atau maklumat boleh didapati melalui portal pembekalan maklumat korporat seperti berikut:

  1. SSM e-Info portal di https://www.ssm-einfo.my;
  2. MYDATA-SSM portal di https://www.mydata -ssm.com.my;
  3. SSM Search portal di https://www.ssmsearch.com; atau
  4. SSM SAFEDATA portal di https://www.safedata-ssm.com​.
Berikut adalah senarai produk/ maklumat yang boleh diperolehi daripada portal-portal ini;​

(1) Profil Syarikat

Maklumat terkini syarikat yang mengandungi maklumat asas sesebuah syarikat (seperti nama syarikat, nombor pendaftaran, tarikh pemerbadanan, jenis syarikat, status syarikat, alamat berdaftar, alamat perniagaan dan jenis perniagaan yang dijalankan), maklumat modal syer, maklumat pengarah/pegawai syarikat, maklumat pemegang saham, maklumat gadaian (sekiranya ada) dan maklumat penyata kewangan.
(2)​ Financial Comparison

Maklumat syarikat yang memaparkan perbandingan maklumat penyata kewangan yang telah di audit bagi sesebuah syarikat. Perbandingan boleh dibuat secara dua tahun, tiga tahun, lima tahun dan 10 tahun.
​ ​
(3​​)​ Financial Historical​

Merupakan maklumat syarikat yang memaparkan perbandingan maklumat penyata kewangan yang telah di audit bagi sesebuah syarikat. Perbandingan boleh dibuat secara 2 tahun berdasarkan tahun yang dipilih oleh pelanggan.
​ ​
(4)​ Perakuan Keutuhan Syarikat (ACGS)​

Perakuan Keutuhan Syarikat (ACGS) merupakan satu dokumen pengesahan yang dikeluarkan oleh SSM bagi mengesahkan kewujudan sesebuah syarikat dan mengesahkan syarikat tersebut telah memenuhi keperluan serah simpan berkanun yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 2016 (Akta 777). ​

Berikut merupakan kriteria terhadap pengeluaran ACGS kepada sesebuah syarikat:

a) Syarikat ditubuhkan sekurang-kurangnya 18 bulan daripada tarikh permohonan ACGS;

b) ​Syarikat telah menyerahsimpan penyata tahunan dan penyata kewangan atau sijil pengecualian syarikat (EPC) yang terkini;​

c) Syarikat berstatus existing dan bukan dalam proses penggulungan atau pembatalan nama syarikat atau pembubaran;

d) Syarikat bukan berstatus dormant;​

e) ​Syarikat mempunyai alamat berdaftar;

f) Syarikat atau pengarah-pengarah syarikat tidak mempunyai kompaun tertunggak dengan SSM; dan

​g) Syarikat atau pengarah-pengarah syarikat tidak mempunyai sebarang kes pendakwaan tertunggak dengan SSM.​


(5​)​ Salinan imej Dokumen berkanun

Salinan imej dokumen berkanun syarikat adalah merupakan borang yang diserahsimpan oleh sesebuah syarikat berdasarkan ketetapan di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777).
​ ​
(6) ​Sijil Pemerbadanan Syarikat

Di bawah Akta Syarikat 2016, notis perakuan pemerbadanan syarikat akan dikeluarkan kepada pelanggan selepas pemerbadanan syarikat dibuat. Bagaimanapun, sijil pemerbadanan syarikat boleh dibekalkan kepada pelanggan sekiranya ada permohonan oleh pelanggan.​
​ ​
​(7) Sijil Pertukaran Nama Syarikat

Di bawah Akta Syarikat 2016, notis perakuan pertukaran nama syarikat akan dikeluarkan kepada pelanggan selepas pertukaran nama syarikat dibuat. Bagaimanapun, sijil pertukaran nama syarikat boleh dibekalkan kepada pelanggan sekiranya ada permohonan oleh pelanggan.
​ ​
(8​)​ Sijil Pertukaran Status Syarikat

Di bawah Akta Syarikat 2016, notis perakuan pertukaran status syarikat akan dikeluarkan kepada pelanggan selepas pertukaran status syarikat dibuat.Bagaimanapun, sijil pertukaran status syarikat boleh dibekalkan kepada pelanggan sekiranya ada permohonan oleh pelanggan.
(9​)​ Butir-butir Pengarah / Pegawai

Produk ini merupakan estrak maklumat daripada borang 49 (Return giving particulars in register of directors, managers dan secretaries and changes of particulars) di bawah Akta Syarikat 1965 & Seksyen 58 (Notification of change in the register of directors, managers and secretaries) di bawah Akta Syarikat 2016 yang telah diserahsimpan oleh pelanggan di SSM.
​Mengandungi tiga segmen iaitu maklumat asas syarikat, maklumat pengarah / pegawai terkini syarikat dan maklumat terdahulu pengarah / pegawai syarikat bagi tempoh 15 tahun kebelakang.
​ ​
(10​)​ Butir-butir Alamat Berdaftar

Produk ini merupakan estrak maklumat daripada Seksyen 46 ( Notification for change ni the registered address) di bawah Akta Syarikat 2016 yang telah diserahsimpan oleh pelanggan di SSM. Mengandungi 2 segmen iaitu maklumat asas syarikat termasuk alamat berdaftar terkini syarikat dan maklumat perubahan-perubahan alamat berdaftar syarikat bermula 31 Januari 2017.​
​ ​
(11​)​ Butir-butir Modal Syer

Produk ini merupakan ekstrak maklumat daripada Seksyen 78 (Penyata pengumpukan syer) di bawah Akta Syarikat 2016 yang telah diserahsimpan oleh pelanggan di SSM. Mengandungi maklumat asas dan butir-butir syer syarikat berdasarkan 10 tarikh penyata pengumpukan syer terkini yang diserahsimpan di SSM.
(12​)​ Butir-butir Pemegang Syer

Produk ini merupakan ekstrak maklumat daripada Seksyen 51 (Pemberitahuan butir-butir dan pertukaran dalam daftar anggota) di bawah Akta Syarikat 2016 yang telah diserahsimpan oleh pelanggan di SSM. Mengandungi maklumat asas dan perubahan pegangan syer syarikat berdasarkan 10 tarikh perubahan pegangan syer terkini yang diserahsimpan di SSM.
​ ​
(13​​)​ Butir-butir Setiausaha Syarikat

Produk ini mengandungi maklumat setiausaha syarikat secara terperinci iaitu maklumat asas syarikat, maklumat setiausaha syarikat terkini dan maklumat setiausaha syarikat terdahulu.
​ ​
(14)​ Profil Firma Juruaudit

Produk ini mengandungi maklumat sesebuah firma juruaudit yang berdaftar dengan SSM yang mengandungi butir-butir firma juruaudit, butir-butir cawangan firma juruaudit, butir-butir juruaudit yang terkini dan butir-butir juruaudit yang terdahulu. ​
(15​)​ Gadaian Syarikat​

Maklumat gadaian terkini syarikat yang mengandungi nama syarikat, nombor syarikat, nombor gadaian, tarikh gadaian, nama pemegang gadaian, status gadaian dan jumlah gadaian.
​ ​
(16​)​ Penglibatan Peribadi Dalam Syarikat

Maklumat berkaitan dengan penglibatan individu sebagai pengarah, pemegang saham, setiausaha, juruaudit atau pelikuidasi dalam mana-mana syarikat yang diperolehi melalui carian menggunakan kad pengenalan baharu / lama, nombor pasport, ID polis atau ID askar.
(17​)​ Company Listing

Maklumat syarikat yang diekstrak mengikut kriteria-kriteria yang disuai padan berdasarkan kehendak pelanggan.​

Company listing terbahagi kepada empat pakej iaitu​:

a) Pakej A adalah senarai syarikat yang mengandungi maklumat asas syarikat, alamat berdaftar syarikat, alamat perniagaan syarikat dan kod perniagaan syarikat;

b) ​Pakej B adalah senarai syarikat yang mengandungi maklumat asas syarikat, pengarah/ pegawai syarikat, pemegang saham syarikat dan modal syer syarikat;​

c) Pakej C adalah senarai syarikat yang mengandungi maklumat asas syarikat dan maklumat penyata kewangan syarikat; dan

d) Pakej D adalah senarai syarikat yang mengandungi maklumat asas syarikat dan maklumat gadaian syarikat​

Data maklumat syarikat dibekalkan secara pukal dalam format Excel.​
​ ​ ​
(18​)​ Butir-Butir Pertukaran Nama Syarikat

Maklumat ini memaparkan pertukaran nama lama sesebuah syarikat. Maklumat ini di ekstrak daripada borang 13 (Certification of Incorporation on Change of Name of Company) di bawah Akta Syarikat 1965 dan Seksyen 28 (Change of Name) di bawah Akta Syarikat 2016 yang telah diserahsimpan oleh pelanggan di SSM. Mengandungi dua segmen utama iaitu maklumat asas syarikat dan maklumat pertukaran nama syarikat.
(19​)​ Analisis Saham Syarikat

Maklumat ini memaparkan kedudukan peratusan saham sesebuah syarikat yang dipegang oleh warganegara, Melayu dan bumiputera; warganegara, bukan Melayu dan bukan bumiputera; bukan warganegara, badan korporat yang dikawal oleh warganegara, Melayu dan bumiputera; badan korporat yang dikawal oleh warganegara, bukan Melayu dan bukan bumiputera dan badan korporat yang dikawal oleh bukan warganegara.

Mengandungi tiga segmen utama iaitu maklumat asas syarikat, maklumat pemegang saham syarikat terkini dan maklumat analisa saham syarikat.
(20)​ Profil Perniagaan​

Maklumat terkini perniagaan yang mengandungi maklumat asas sesebuah perniagaan (seperti nama perniagaan, nombor pendaftaran, tarikh pendaftaran, tarikh luput pendaftaran, bentuk perniagaan, status perniagaan, alamat utama perniagaan, alamat perniagaan, jenis perniagaan yang dijalankan dan maklumat cawangan perniagaan (sekiranya ada), maklumat terkini pemilik dan maklumat terdahulu pemilik.
(21)​ Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan

Salinan sijil perakuan pendaftaran perniagaan boleh dibekalkan kepada pelanggan sekiranya ada permohonan oleh pelanggan.​
(22)​ Surat Pengesahan Tamat Tempoh Pendaftaran Perniagaan

Surat pengesahan tamat tempoh pendaftaran perniagaan merupakan satu dokumen sokongan yang mengesahkan status sesebuah pendaftaran perniagaan telah tamat tarikh luput perniagaan . Status pendaftaran perniagaan mestilah telah luput semasa permohonan dibuat tanpa mengambil kira tempoh tarikh luput tersebut dan surat pengesahan penamatan perniagaan ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja.​
B. ​Maklumat Tambahan
  • FAQ​​​
C. ​Hubungi Kami​
  • Untuk pertanyaan lanjut mengenai Portal pembekalan maklumat korporat SSM, sila hubungi:

SSM Customer C​​​are (SSMCC):​
Tel: 03-7721 4000
​E-mail : enquiry[at]ssm.com.my
​Alamat:​
MENARA SSM@SENTRAL
No 7, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur.



MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC