Sign In

​​​B​ahagian Modal Insan (BMI)


Bahagian Modal Insan bertanggungjawab membangunkan struktur organisasi (mengikut keperluan semasa) dan pengurusan modal insan bagi membantu SSM menyediakan bakat yang sesuai dalam melancarkan operasi dan perkhidmatan SSM yang efisien. Bahagian ini juga berperanan untuk membangunkan modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan tinggi serta akhlak yang mulia melalui program dan aktiviti bagi melahirkan wargakerja SSM yang professional dan bermoral tinggi. Selain itu bahagian ini turut menyediakan dasar mengenai skim perkhidmatan dan faedah/kemudahan-kemudahan dalam perkhidmatan SSM yang lebih menarik dan kompetitif. Demi mencapai matlamat ini, Bahagian Modal Insan terdiri beberapa seksyen dengan tugasan khusus seperti berikut:

  1. Seksyen Perancangan Modal Insan (SPRMI)
    Seksyen ini berperanan untuk merancang dan melaksanakan strategi tenaga kerja bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang kepada organisasi. Antara tugas dan peranan seksyen ini adalah:​

    • Perancangan Tenaga Kerja
    • Pengurusan Struktur
    • Pengambilan
    • Penempatan​

  2. ​Seksyen Perkhidmatan & Perhubungan Modal Insan (SPPMI) 
    Seksyen ini berperanan untuk melaksana dan mengurus semua aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan dan perhubungan pekerja untuk memenuhi keperluan visi dan objektif SSM. Antara tugas dan peranan seksyen ini adalah:

    • Perkhidmatan Pekerja
    • Pentadbiran Gaji dan Faedah
    • Pengurusan Data Sumber Manusia
    • Pengurusan Majlis dan Aktiviti Untuk Pekerja​​​​

  3. ​Seksyen Pembangunan Modal Insan (SPMI) 
  4. Seksyen ini berperanan merancang, melaksana dan mengkaji inisiatif prestasi dan pembangunan untuk melengkapkan tenaga kerja SSM dengan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang diperlukan. Antara tugas dan peranan seksyen ini adalah:

    • ​Pengurusan Bakat
    • Perancangan Penggantian
    • Analisis Keperluan Latihan
    • Pengurusan Prestasi
    • Pengurusan Ganjaran​
    • Pengurusan SL1M-SSM
    • Pengurusan Biasiswa



MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC