Sign In
Penguatkuasaan Seksyen 241 Akta Syarikat 2016

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengumumkan bahawa seksyen 241 Akta Syarikat 2016 (AS 2016) akan dikuatkuasakan bermula 15 Mac 2019.

Seksyen 241 AS 2016 adalah fasa akhir peruntukan di bawah AS 2016 yang telah dikuatkuasakan secara berperingkat pada 31 Januari 2017. Dengan penguatkuasaan seksyen tersebut, semua individu berkelayakan yang berhasrat untuk bertindak sebagai setiausaha perlu mendaftar dengan Pendaftar tanpa mengira latar belakang profesional mereka.

AS 2016 juga memperuntukkan tempoh peralihan bagi setiausaha syarikat sedia ada untuk memohon perakuan amalan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kuatkuasa.
Selaras dengan penguatkuasaan seksyen ini SSM juga memperkenalkan Peraturan-Peraturan Syarikat (Perakuan Amalan Bagi Setiausaha) 2019 dan Garis Panduan Berkaitan Perakuan Amalan Setiausaha Di bawah Seksyen 241 Akta Syarikat 2016 yang bertujuan untuk menggariskan parameter prosedur pendaftaran serta tugas dan  tanggungjawab setiausaha. 

Pendaftaran di bawah peruntukan ini akan menambahbaik piawaian profesionalisme dan kompetensi dalam profesion kesetiausahaan dan memastikan pemantauan yang efektif oleh SSM melalui pangkalan data berpusat.

Semua permohonan perakuan amalan perlu dibuat secara dalam talian melalui https://esecretary.ssm.com.my. ​

Sila klik pada pautan di bawah untuk mengakses dokumen-dokumen berkaitan penguatkuasaan seksyen 241 AS 2016:




Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC