Sign In

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​EzBiz Online​​​


EzBizLogo.jpg

​Apaka​h EzBiz?

  • Sistem perkhidmatan bagi pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk melakukan pendaftaran perniagaan baru, pendaftaran perubahan maklumat perniagaan, pembaharuan perakuan pendaftaran dan penamatan perniagaan.
  • Perkhidmatan EzBiz adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan mengakses laman web https://ezbiz.ssm.com.my/.

Bagaimana untuk menggunakan EzBiz?

  • Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.
  • Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Setiap pemilik / rakan kongsi perlu mendaftar sebagai pengguna Ezbiz Online. Sila rujuk ​Panduan Mendaftar Akaun Pengguna​​​​ 

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan?

1.  Pendaftaran perniagaan baru:

  • Nama Sendiri
  • Name 'Tred'

2.  Pendaftaran perubahan maklumat perniagaan:

  • Perubahan Alamat Perniagaan
  • Perubahan Jenis Perniagaan
  • Perubahan Maklumat Cawangan
  • Perubahan maklumat pemilik / rakan kongsi

3.  Pembaharuan perakuan pendaftaran. (boleh dibuat sebelum tamat hingga dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh tamat perakuan pendaftaran)

4.  Penamatan Perniagaan :- Hanya untuk perniagaan aktif (sebelum tamat tempoh perakuan pendaftaran)

5.  Perkhidmatan kompaun

  • Untuk menyemak kompaun tertunggak
  • Melakukan pembayaran kompaun 

 Fi Pendaftaran dan Pembaharuan

  • Pendaftaran Perniagaan baru:
    • Nama Sendiri = RM30.00 setahun
    • Nama 'Tred'  = RM60.00 setahun
  • Perubahan butir-butir perniagaan = RM20.00
  • Cawangan = RM5 setahun bagi setiap cawangan
  • Penamatan Perniagaan = Tiada bayaran diperlukan
  • Pembaharuan Perniagaan
    • Nama Sendiri = RM30.00 setahun
    • Nama 'Tred' = RM60.00 setahun
    • Cawangan = RM5.00 setahun bagi setiap cawangan
  • Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00 

Apakah cara pembayaran?

Kad Kredit dan FPX (Financial Process Exchange - Perbankan Online)

Tatacara Pengguna Ezbiz


Piagam Pelanggan Ezbiz Online

  • Dalam tempoh satu hari (24 jam) bekerja selepas permohonan diterima

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry[at]ssm.com.my


Muat Turun Sijil dan Maklumat Perniagaan

Pemilik perniagaan boleh memuat turun sijil dan maklumat perniagaan (jika dibeli) dalam tempoh 90 hari selepas tarikh kelulusan diterima. Selepas tempoh tersebut, pemilik perniagaan boleh membeli dokumen berkenaan melalui penyedia perkhidmatan yang dilantik seperti:​

  1. SSM e-Info portal : https://www.ssm-einfo.my
  2. MYDATA-SSM       : https://www.mydata-ssm.com.my
  3. SSM Search           : https://www.ssmsearch.com atau
  4. SSM SAFEDATA     : https://www.safedata-ssm.com





MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC