Sign In

Polisi e-Penyertaan dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)


Tujuan

  1. Dasar ​e-Penyertaan ini bertujuan untuk menerapkan budaya dan amalan e-Penyertaan dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) demi meningkatkan ketelusan dan melibatkan penyertaan pihak awam dalam usaha mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatan SSM.
  2. SSM sentiasa mengiktiraf penglibatan pihak awam bagi membolehkan SSM meneroka perspektif yang lebih menyeluruh bagi mencapai penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Ianya juga menyediakan asas bagi hubungan secara produktif & interaktif, menyumbang kepada perbincangan yang lebih baik dan menambah-baik tadbir urus SSM.

Syarat dan Terma Penyertaan

  1. Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan pihak awam dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
  2. Pihak awam yang berminat untuk turut serta dalam proses ini adalah dinasihatkan untuk meneliti dan mematuhi segala terma & syarat penyertaan yang ditetapkan oleh SSM seperti berikut:
    No. Term and Conditions
    A.Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
    B.Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
    C.Kawal kenyataan anda, sila gunakan perkataan dan ayat dengan tatabahasa yang tepat, termasuk elakkan dari mengeluarkan sebarang perkataan kesat dan berbentuk kenegerian.
    D.Tidak dibenarkan bersembang atau menghantar ayat dan mesej yang lari daripada topik utama.
    E.Sebarang topik dan pautan kepada sebarang laman web LUCAH dan menyalahi undang-undang negara adalah DILARANG sama sekali.
    F.Pastikan kenyataan / topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
    G.DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai forum untuk menjalankan sebarang peraduan, pemasaran produk atau perkhidmatan, promosi skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mel sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
    H.Tidak dibenarkan memuat naik sebarang fail atau lampiran yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
    I. SSM selaku pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan / topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
    J.Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan / topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
    K.Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman / notis.
    L.Sebagai peserta e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat penyertaan yang ditetapkan oleh pihak pentadbir.
    M.SSM tidak memberikan sebarang ganjaran kepada peserta yang terlibat dalam proses E-Penyertaan ini.
  3. ​SSM berhak untuk tidak menyiarkan dan/atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang melanggar sebarang syarat dan terma seperti yang dinyatakan di atas. Seterusnya, SSM akan mengambil tindakan lanjut, termasuk menyenarai-hitam dan/atau membuat laporan kepada pihak yang berkuasa mengenai pihak yang membuat kenyataan sedemikian.

MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC