Sign In

​​​​Perubahan Maklumat P​​​erniagaan?


Bagaimana untuk memaklumkan perubahan maklumat perniagaan? ​
  1. Memaklumkan kepada pendaftar dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh perubahan menggunakan borang yang telah ditetapkan.

  2. Perubahan maklumat perniagaan yang boleh didaftarkan adalah:
    1. Perubahan Alamat Utama Perniagaan
    2. Perubahan Jenis Perniagaan
    3. Perubahan Maklumat Cawangan
    4. Perubahan Maklumat Pemilik Perniagaan

  3. Perubahan maklumat perniagaan boleh didaftarkan secara atas talian di ezbiz.ssm.com.my. Pemohon perlu berdaftar ​sebagai pengguna Ezbiz Online terlebih dahulu. ​​Sila rujuk ​Tatacara Mendaftar ​Akaun Pengguna Ezbiz dan Tatacara ​Pengguna​ Ezbiz Mendaftar ​Perubahan Maklumat Perniagaan​.​

Siapa yang boleh memaklumkan perubahan?

Perubahan Alamat Utama Perniagaan – Pemilik / Salah seorang rakan kongsi
Perubahan Jenis Perniagaan – Pemilik / Salah seorang rakan kongsi
Perubahan Maklumat Perniagaan- Pemilik /Salah seorang rakan kongsi
Perubahan Maklumat Pemilik Perniagaan – Pemilik/ Semua rakan kongsi

 

Berapa fi yang dikenakan?

Fi Perubahan Maklumat Perniagaan – RM20
Cawangan – RM5 setahun bagi setiap cawangan
Maklumat Perniagaan – RM10

 






MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC