Sebelum Memulakan Perniagaan Anda
Faedah Mendaftar Perniagaan Anda.
- Menjamin dan melindungi reputasi perniagaan yang sah apabila berurusan dengan pembekal dan pelanggan;
- Membina kepercayaan dan kesetiaan di kalangan pembekal, pelanggan dan pekerja;
- Membolehkan anda memasarkan sepenuhnya jenama dan perniagaan anda di mana-mana tanpa kerisauan terhadap amalan tidak adil pesaing;
- Membuka peluang untuk melakukan transaksi perniagaan dengan syarikat besar, dalam dan luar negara; dan
- Membantu anda mengelakkan masalah undang-undang dengan kerajaan dan pihak berkuasa cukai.
Apakah perbezaan antara entiti yang ada?Terdapat 3 jenis entiti perniagaan utama:
- Pemilikan tunggal atau Perkongsian;
- Syarikat; dan
- Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP).
Sila rujuk jadual Perbandingan Entiti Perniagaan di Malaysia untuk butiran lanjut bagi setiap jenis entiti.