| 419 | | | Hari ini saya telah menyempurnakan penyerahan agihan Wakalah Zakat Korporat melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang melibatkan Masjid Kampung Sepat dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini dengan jumlah keseluruhan bernilai RM390,550. Melalui Projek Road to Jannah 3.0, SSM menyerahkan sebuah van jenazah bernilai RM128,500 kepada Masjid Kampung Sepat bagi memudahkan pengurusan fardu kifayah penduduk setempat. Projek ini merupakan kesinambungan daripada fasa terdahulu yang telah menyumbangkan 14 van jenazah di seluruh negara dengan nilai melebihi RM1.5 juta. Selain itu, SSM turut menyerahkan satu unit mesin pengorek mini bernilai RM42,500 dan sebuah kontena penyimpanan bernilai RM14,850, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan bagi keperluan pengurusan pengebumian sebanyak RM57,350. Bagi menambah baik prasarana masjid, SSM turut menyalurkan RM5,000 bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikan kecil. Secara keseluruhan, Masjid Kampung Sepat menerima RM190,850 melalui sumbangan Wakalah Zakat Korporat. Terdahulu pada majlis berasingan, SSM menyerahkan 22 unit peralatan perubatan bernilai RM199,700 kepada HTAA bagi menyokong usaha rawatan, pemulihan pesakit serta meningkatkan keupayaan perkhidmatan hospital. Antara peralatan yang disumbangkan termasuklah 13 katil pesakit boleh laras hidrolik (manual), 13 unit drip stand-stainless steel pole, lima buah transport trolley, dua unit termometer digital, dua unit stetoskop, satu unit cytospin, satu unit bedside monitor, satu unit defibrilator, satu unit ECG machine dan satu unit pulse oximeter–bedside SPO2 monitor. Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober 2025, SSM telah mengagihkan dana Wakalah Zakat Korporat SSM berjumlah lebih RM6.5 juta kepada 11,131 penerima asnaf di seluruh negara. Dalam tempoh yang sama, SSM juga telah menyumbangkan dana CSR SSM berjumlah lebih RM520,000 kepada 765 penerima yang memerlukan. YB SENATOR DATUK DR FUZIAH SALLEHTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup | 11/21/2025 | Berita | 2025 | Press Release | 21/11/2025 | | 418 | | | Kuala Terengganu, 6 November 2025 – Seorang pengarah syarikat telah didakwa di Mahkamah Sesyen 3 di sini pada 27 Oktober 2025 atas 10 pertuduhan di bawah Seksyen 218(1)(a) dan Seksyen 221(1) Akta Syarikat 2016. Berdasarkan kertas pertuduhan, Nor Atiqah Mohamad Alwi dituduh dengan sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 218(1)(a) Akta Syarikat 2016 kerana menggunakan harta syarikat A2 Wax Sdn Bhd dengan meluluskan pembayaran kepada suaminya, Muhamad Fakrullah Abd Rahim tanpa persetujuan atau ratifikasi mesyuarat agung syarikat antara tahun 2021 hingga 2022.
Nor Atiqah juga dituduh di bawah Seksyen 221 (1) Akta Syarikat 2016, kerana gagal mengisytiharkan kepentingannya dalam mesyuarat lembaga pengarah syarikat A2 Wax Sdn Bhd berhubung kontrak Appointment of Freelance Contractor antara A2 Wax Sdn Bhd dan suaminya yang dilantik sebagai freelance contractor.
Nor Atiqah mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan tersebut.
Hakim Muhd Zul Zakiqudin Zulkifli telah menetapkan 27 November 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan dan menetapkan jaminan berjumlah RM20,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.
Pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tengku Nor Zurairah Tengku Abdul Aziz, manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela, Hazman Harun.
SSM mengambil tindakan perundangan ini sebagai satu peringatan kepada komuniti korporat dan orang awam bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang yang dikawal selia oleh SSM. Usaha ini bagi memastikan tadbir urus korporat serta pematuhan undang-undang syarikat sentiasa diamalkan oleh warga korporat dan komuniti perniagaan di Malaysia.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 6 NOVEMBER 2025 | 11/6/2025 | Kes Mahkamah | 2025 | Press Release | 06/11/2025 | | 417 | | | Negeri Sembilan, 3 November 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menyalurkan sumbangan Wakalah Zakat Korporat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM226,750 kepada Hospital Tuanku Ja’afar dan golongan memerlukan sekitar Negeri Sembilan.
Sumbangan ini merangkumi agihan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM200,000 bagi pembekalan empat jenis peralatan perubatan berteknologi tinggi iaitu Diagnostic Ultrasound System, BeneVision PM 15 Patient Monitor, Commercial Blender dan Domestic Blender with Dry Mill. Peralatan yang di sumbangkan pada Program Kasih SSM: Sumbangan Peralatan Perubatan ini akan digunakan bagi menyokong rawatan serta pemulihan pesakit, di samping meningkatkan keupayaan hospital dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap dan berkualiti. Pada hari yang sama, SSM turut mengagihkan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM21,750, kepada Surau Nur Hidayah dan 51 penduduk serta pelajar asnaf dari Kampung Kondok. Disamping itu, SSM turut menyalurkan sumbangan CSR bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung bagi menaik taraf dan membaik pulih infrastruktur balai raya.
Sumbangan yang disampaikan kepada Kampung Kondok sempena Program Kampung Angkat Madani: Perkasa Komuniti ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan serta membaik pulih infrastruktur dan fasiliti, di samping mencerminkan komitmen berterusan SSM dalam usaha meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat. Kedua-dua sumbangan ini telah disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM. Bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September 2025, SSM telah mengagihkan lebih RM6,038,000 Wakalah Zakat Korporat SSM kepada 9,924 penerima asnaf di seluruh negara. Dalam tempoh yang sama, SSM juga telah mengagihkan lebih RM487,000 melalui program CSR kepada 679 penerima yang memerlukan. DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 3 NOVEMBER 2025
| 11/3/2025 | Berita | 2025 | Press Release | 03/11/2025 | | 416 | | | Permatang Pauh, 25 Oktober 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini telah menganjurkan Program Pendigitalan Perniagaan 2025 (PPP25) Peringkat Negeri Pulau Pinang dengan penyertaan lebih 500 peserta terdiri daripada kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta usahawan golongan B40, khususnya dari perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). PPP25 merupakan inisiatif strategik yang bertujuan untuk memperkukuh daya saing sektor perniagaan dengan memperkasakan usahawan B40 serta para pelajar melalui pemanfaatan teknologi digital. Usaha ini selaras dengan inisiatif pendigitalan kerajaan di bawah aspirasi Dasar Pembangunan Ekonomi Inklusif dan Kesejahteraan Rakyat yang diperkenalkan dalam kerangka Malaysia MADANI, bagi memperluas pemahaman serta pendedahan terhadap peranan transformasi digital dalam meningkatkan produktiviti, kualiti produk, hasil jualan dan pengembangan pasaran.
Program yang berlangsung di Dewan Besar UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh ini telah dirasmikan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM. Dalam ucapannya, Datuk Nor Azimah berkata antara fokus utama PPP25 adalah untuk memberikan pemahaman dalam aspek penting dunia keusahawanan, khususnya penggunaan teknologi pemasaran melalui media sosial dan e-dagang. Kedua-dua elemen ini menjadi nadi utama kejayaan perusahaan moden. ”SSM sentiasa komited dan cakna dalam memainkan peranan membantu dan memudahcara golongan usahawan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) agar dapat mengaplikasikan teknologi pendigitalan secara efektif dan berkesan dalam operasi perniagaan mereka,” katanya. Antara pengisian PPP25 yang menjadi tumpuan adalah taklimat kepentingan mendaftarkan syarikat secara sah, kesedaran terhadap penipuan kewangan melalui slot Scam Alert, strategi pemasaran digital, serta perkongsian pengalaman daripada usahawan-usahawan berjaya. PPP25 merupakan kesinambungan dan penjenamaan semula program keusahawanan SSM terdahulu iaitu Program Usahawan Muda dan Program Bimbingan Usahawan. Penganjuran PPP25 peringkat negeri Pulau Pinang merupakan siri ketiga bagi tahun 2025 selepas penganjuran siri pertama di Sabah pada 21 Jun lalu dan siri kedua di Terengganu pada 13 September lalu. Pelaksanaan program seperti PPP25 memainkan peranan yang amat penting dalam menyokong pembangunan serta memacu pertumbuhan sektor perniagaan di Pulau Pinang. Mengikut statistik SSM, sebanyak 106,252 syarikat telah diperbadankan dan 693,129 perniagaan serta 2,691 Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) telah didaftarkan sehingga 30 September 2025 di Pulau Pinang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 48,806 syarikat, 125,482 perniagaan dan 2,335 PLT adalah aktif. Semasa program berlangsung, SSM juga menyampaikan agihan Wakalah Zakat Korporat dan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM137,500 kepada usahawan dan mahasiswa asnaf, institusi keagamaan, pusat kebajikan, sekolah serta akademi di Pulau Pinang. Daripada jumlah tersebut, agihan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM82,500 telah disampaikan kepada usahawan asnaf, Maahad Tahfiz An-Nahdhoh, Madrasah Al-Aminiah, Masjid Permatang Janggus, Masjid Kampung Papan Pertama, Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam, mahasiswa asnaf UiTM Cawangan Pulau Pinang, Pusat Islam UiTM Cawangan Pulau Pinang serta Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya. Bagi sumbangan CSR pula, sebanyak RM55,000 telah disumbangkan kepada usahawan B40, Majlis Pusat Kebajikan Semalaysia (MPKSM), Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Shan, Pusat Jagaan Sinar Ceria, mahasiswa B40 UiTM Cawangan Pulau Pinang, Jabatan Pengurusan & Perniagaan serta Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED), UiTM Cawangan Pulau Pinang. DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 25 OKTOBER 2025
| 10/25/2025 | Berita | 2025 | Press Release | 25/10/2025 | | 415 | | | Sepang, 16 Oktober 2025 – Dua bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan berasingan di bawah Seksyen 218(1)(c) dan Seksyen 221(1) Akta Syarikat 2016. Berdasarkan kertas pertuduhan, Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming, bekas pengarah-pengarah M Jets International Sdn Bhd, didakwa di bawah Seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016 kerana menggunakan kedudukan mereka untuk meluluskan kenaikan gaji antara satu sama lain, tanpa persetujuan mesyuarat agung. Gunasekar juga dituduh di bawah Seksyen 221 (1) Akta Syarikat 2016, kerana gagal mengisytiharkan kepentingannya dalam kontrak Tenancy Agreement antara individu bernama Vimala E. Doraisamy dan M Jets International Sdn Bhd berhubung sewaan satu unit premis. Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dan memohon untuk dibicarakan. Hakim Ahmad Fuad Othman telah menetapkan 14 November 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan dan menetapkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tertuduh. Pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Amir Sharifuddin Hashim, manakala kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam bela, Latheefa Koya dan Eric Paulsen. SSM mengambil tindakan perundangan ini sebagai satu peringatan kepada komuniti korporat dan orang awam bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang yang dikawal selia oleh SSM. Usaha ini bagi memastikan tadbir urus korporat serta pematuhan undang-undang syarikat sentiasa diamalkan oleh warga korporat dan komuniti perniagaan di Malaysia. DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 16 OKTOBER 2025 | 10/16/2025 | Kes Mahkamah | 2025 | Press Release | 16/10/2025 | | 414 | | | Johor Bahru, 15 Oktober 2025 – Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 2 Oktober atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 kerana membenarkan pernyataan palsu dalam dokumen berkanun Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Berdasarkan kertas pertuduhan, Toh Yang Seng telah membenarkan seorang setiausaha syarikat untuk membuat satu pernyataan palsu di dalam Form 550 - Application to Strike Off Company G.B.M. Glove Enterprise Sdn Bhd bertarikh 21 Februari 2024 bagi syarikat G.B.M. Glove Enterprise Sdn Bhd.
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan. Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim telah memerintahkan jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 November sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Seksyen 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa SSM, Faizal Mahdi Mahmud manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Heng Wang Qianwei dan Au Yong Han Xing dari Tetuan Allen Loh & Co. SSM ingin mengingatkan orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan yang palsu atau mengelirukan kepada SSM.
SSM sentiasa konsisten dalam usaha mengawal selia pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat kekal peka terhadap tanggungjawab serta mengamalkan etika perniagaan yang berintegriti.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 15 OKTOBER 2025 | 10/15/2025 | Kes Mahkamah | 2025 | Press Release | 15/10/2025 | | 413 | | | Shah Alam, 14 Oktober 2025 – Seorang individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen 3 di sini pada 29 September atas satu pertuduhan di bawah seksyen 198(1)(a) Akta Syarikat 2016.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Noor Hafieza Mohd Amran didakwa kerana bertindak sebagai pengarah syarikat Fezz Auto Sdn Bhd pada 2 Jun 2024, sedangkan pada masa tersebut beliau merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan dan tidak mendapat kebenaran Mahkamah untuk memegang jawatan atau menjalankan tugas sebagai pengarah syarikat.
Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 198(7) Akta Syarikat 2016, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM1 juta atau kedua-duanya sekali.
Hakim Nor Hasniah Ab Razak telah membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri sebulan sekali di ibu pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 6 November 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.
Pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Nurul ‘Ain Shafie, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Farhanah Shamsuri.
SSM ingin mengingatkan orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan di bawah undang-undang yang dikawal selia oleh SSM.
SSM sentiasa konsisten dalam usaha mengawal selia pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang ditadbir, di samping memastikan komuniti korporat kekal peka terhadap tanggungjawab serta mengamalkan etika perniagaan yang berintegriti.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 14 OKTOBER 2025
| 10/14/2025 | Kes Mahkamah | 2025 | Press Release | 14/10/2025 | | 412 | | | Kajang, 11 Oktober 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyalurkan sumbangan Wakalah Zakat Korporat berupa sebuah van jenazah bernilai RM128,500 kepada Surau Al-Amin Alam Sari bersempena Projek Road to Jannah 3.0 pada 10 Oktober 2025. Sumbangan ini bertujuan memudahkan urusan pengurusan jenazah, menunaikan tuntutan fardu kifayah, serta meringankan beban pihak surau dan keluarga waris. Inisiatif penyerahan van jenazah ini merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan Projek Road to Jannah dan Projek Road to Jannah 2.0 yang telah dilaksanakan pada tahun 2023 dan 2024, di mana SSM telah menyalurkan sebanyak 14 buah van jenazah bernilai lebih RM1.5 juta kepada masjid dan surau di seluruh negara sepanjang tempoh tersebut. Bagi tahun ini, Projek Road to Jannah 3.0 diteruskan dengan penyerahan tujuh buah van jenazah kepada masjid dan surau terpilih di tujuh negeri, termasuk Surau Al-Amin Alam Sari adalah penerima keempat bagi sumbangan van jenazah bagi tahun ini. Majlis penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM. Sejak 1 Januari hingga 30 September 2025, SSM telah mengagihkan lebih RM6,038,000 Wakalah Zakat Korporat SSM kepada 9,924 penerima asnaf di seluruh negara. Dalam tempoh yang sama, SSM juga telah mengagihkan lebih RM487,000 melalui program CSR kepada 679 penerima yang memerlukan. DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIATARIKH: 11 OKTOBER 2025
| 10/11/2025 | Berita | 2025 | Press Release | 11/10/2025 | | 411 | | | Johor Bahru, 7 Oktober 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini telah menganjurkan Program SSM InfoSession 2025 Zon Selatan di Trove Johor Bahru dengan kehadiran lebih 200 peserta mewakili pelbagai agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, wakil sektor korporat dan individu yang terlibat dalam pengurusan data perniagaan serta pematuhan peraturan. Program ini bertujuan menyampaikan penerangan yang lebih terperinci mengenai produk dan perkhidmatan SSM, termasuk perkhidmatan-perkhidmatan baharu yang disediakan, serta membantu pihak berkepentingan memahami prosedur dan perkhidmatan yang berkaitan. Program ini telah disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa program seperti SSM InfoSession ini penting untuk memberikan kefahaman bahawa penyediaan dan penggunaan maklumat korporat bukan lagi pilihan, tetapi keperluan. “Maklumat korporat yang disediakan oleh SSM bukan sekadar angka atau data, tetapi merupakan aset strategik yang menjadi asas kepada keputusan-keputusan penting, sama ada oleh pelabur, pemilik perniagaan, institusi kewangan, pihak berkuasa mahupun orang awam. Ia adalah tunjang kepada ketelusan, keyakinan pasaran dan integriti ekonomi negara.”, ujar beliau. Program ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan tiga produk terkini SSM, iaitu Electronic Beneficial Ownership System (e-BOS) – sistem pengemaskinian maklumat pemunyaan benefisial seperti yang dikehendaki di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta PLT 2012, e-Advertisement - platform rasmi bagi pengiklanan maklumat statutori syarikat dan PLT melalui portal rasmi SSM. Kemudahan ini membolehkan syarikat membuat pengumuman berkaitan notis pelantikan, pemecatan, perubahan maklumat atau penutupan syarikat. Perkhidmatan ini meningkatkan ketelusan dan tahap pematuhan serta mempercepat proses dan menjimatkan kos. Selain itu, Company Secretary Information Data (CSID) – carian maklumat lengkap berkenaan kelayakan, Sijil Amalan dan status profesional setiausaha syarikat berdaftar. Selain sesi taklimat berkaitan pembekalan maklumat korporat dan skim kepentingan, peserta turut diberi pendedahan kepada pelbagai perkhidmatan digital SSM seperti MyData-SSM, SSM Search, SafeData SSM dan SSM e-Info. Kesemua platform ini disediakan untuk membantu pengguna mendapatkan akses data perniagaan yang sah dan terkini. Berdasarkan statistik SSM sehingga 30 September 2025, sebanyak 1,636,130 syarikat telah diperbadankan dan 9,613,675 perniagaan serta 44,255 Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) telah didaftarkan dengan SSM sehingga 30 September 2025. Daripada jumlah ini, sebanyak 703,658 syarikat, 1,700,221 perniagaan dan 39,220 PLT adalah aktif. Bagi negeri Johor, sebanyak 154,372 syarikat telah diperbadankan dan 1,394,112 perniagaan serta 3,948 PLT telah didaftarkan dengan SSM sehingga 30 September 2025. Daripada jumlah ini, sebanyak 71,078 syarikat, 256,918 perniagaan dan 3,472 PLT adalah aktif. Program ini merupakan siri kedua SSM InfoSession 2025 selepas penganjuran pertama di Zon Utara yang telah berlangsung di Pulau Pinang pada 31 Julai 2025 dengan penyertaan lebih 200 orang. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan & Maklum Balas, SSM Chatbot (24 jam, 7 hari), Live Chat SSM (8.00 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat, kecuali hari cuti umum) melalui portal rasmi SSM, talian telefon 03-7721 4000 atau emel ke enquiry[at]ssm.com.my. DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 7 OKTOBER 2025
| 10/7/2025 | Berita | 2025 | Press Release | 07/10/2025 | | 410 | | | Kuala Lumpur, 6 Oktober 2025 – Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah Seksyen 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 atas kesalahan memalsukan maklumat di dalam dokumen berkanun syarikat bagi peletakan jawatan pengarah dan pindah milik saham syarikat tersebut. Thomas Chan Cheng Soon, pengarah syarikat Wagyu House Malaysia Sdn. Bhd. dipercayai telah memalsukan tandatangan dalam surat peletakan jawatan dan dokumen pindah milik saham melalui Form of Transfer of Securities. Tertuduh turut didakwa mengarahkan setiausaha syarikat tersebut untuk menyediakan serta menyerah simpan maklumat perubahan pengarah syarikat dan pindah milik saham kepadanya.
Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali.
Hakim Siti Shakirah Mohtarudin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan. Mahkamah menetapkan 28 Oktober 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa SSM, Nurul Nabila Azmi manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Wong Joon Wye.
SSM ingin mengingatkan orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan yang palsu atau mengelirukan kepada SSM.
SSM sentiasa konsisten dalam usaha mengawal selia pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat kekal peka terhadap tanggungjawab serta mengamalkan etika perniagaan yang berintegriti.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 6 OKTOBER 2025 | 10/6/2025 | Kes Mahkamah | 2025 | Press Release | 06/10/2025 | | 409 | | | Ipoh, 3 Oktober 2025 – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah di sini pada 22 September 2025 atas 10 pertuduhan di bawah Seksyen 3(2)(b) Akta Skim Kepentingan 2016 kerana menawarkan skim kepentingan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pengasas skim Induk Kambing Baka Shami (IKBS) yang dianjurkan oleh Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (PAKKP), Mohammad Riza Ahmad Hambadley dan isterinya Wan Ziraiza Wan Ismail didakwa telah menawarkan pelaburan dalam bentuk pemilikan dua ekor kambing dengan nilai RM10,000 yang menjanjikan bonus tahunan. Dalam skim IKBS tersebut, para pelabur tidak mempunyai kawalan langsung terhadap aset, manakala pengurusan dan pembayaran bonus dikendalikan sepenuhnya oleh pihak PAKKP. Lapan pertuduhan telah dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad, yang telah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dengan nilai RM100,000 bagi semua pertuduhan. Dua lagi pertuduhan telah dibacakan di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason, di mana beliau telah menetapkan jaminan bersekali (global bail) dengan lapan pertuduhan terdahulu. Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-duanya sekali. Mahkamah menetapkan tarikh 4 November 2025 sebagai sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan. Pendakwaan telah dikendalikan oleh pegawai pendakwa SSM, Fazarul Ezhar Mohd Mokhtar dan Nurul Nabila Azmi manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Datuk Yaacob Md Sam dan Md Yunos Shariff. SSM memandang serius terhadap sebarang kesalahan melibatkan pengoperasian skim pelaburan dalam kategori definisi Skim Kepentingan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 yang dikawal selia oleh SSM yang mengumpul deposit daripada orang awam tanpa kelulusan sah. SSM akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau entiti yang terlibat dalam aktiviti yang melanggar undang-undang seperti ini. SSM juga ingin mengingatkan orang awam agar sentiasa berwaspada dan memastikan syarikat yang menawarkan skim pelaburan adalah berdaftar dengan SSM. Orang awam disarankan untuk membuat semakan menyeluruh terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan risiko mana-mana tawaran atau peluang pelaburan, khususnya yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang rendah atau tanpa risiko sama sekali. DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 3 OKTOBER 2025 | 10/3/2025 | Kes Mahkamah | 2025 | Press Release | 03/10/2025 | | 407 | | | Kuala Lumpur, 2 Oktober 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Universiti Malaya (UM) di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Menara SSM@Sentral.
MoU ini menandakan satu langkah strategik dalam memperkasa pembangunan modal insan, khususnya dalam kalangan pelajar dan graduan. Melalui MoU ini, SSM komited untuk menyediakan platform yang mampu menyokong kebolehpasaran graduan melalui beberapa inisiatif utama.
Bagi inisiatif pertama, SSM akan menyediakan penempatan latihan industri kepada pelajar dalam bidang utama seperti undang-undang, teknologi maklumat, perakaunan, komunikasi korporat dan pengurusan strategik.
Bagi inisiatif kedua, SSM akan menyediakan peluang pekerjaan dan program perantisan yang dapat membina kerjaya yang jelas. Melalui inisiatif ketiga pula, SSM akan melaksanakan program libat urus seperti lawatan industri, sesi perkongsian kerjaya serta bimbingan keusahawanan.
Bagi inisiatif keempat, SSM akan menyediakan latihan industri untuk warga akademik universiti bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana kerja sebenar, budaya organisasi dan etika profesional.
Pihak MARA pula akan menyalurkan pelajar dan graduan MARA berpotensi tinggi untuk tujuan latihan industri, perantisan dan pengambilan pekerja di bawah Program MARA-SSM Education Sponsorship Hybrid (MESH-SSM) dan Program Perantisan MARA-SSM. Di samping itu, MARA akan memastikan SSM memperoleh calon dengan kemahiran relevan seperti dalam bidang perakaunan, undang-undang, analitik data dan sains aktuari bagi meningkatkan kebolehpasaran graduannya.
Kerjasama ini turut membuka ruang kepada SSM untuk terlibat secara aktif dalam pelbagai program anjuran MARA seperti karnival kerjaya dan sesi libat urus industri, di samping menjanjikan perkongsian penyelidikan dan maklumat yang dapat menyokong usaha membangunkan tenaga kerja selaras dengan keperluan industri semasa.
Melalui kerjasama dengan UM pula, SSM akan memperoleh akses kepada saluran bakat dalam pelbagai bidang utama serta berpeluang mengenal pasti dan membimbing bakal pekerja melalui program latihan industri dan perantisan yang berstruktur. Kerjasama ini turut merangkumi inisiatif pengenalpastian bakat untuk tujuan pengambilan graduan, sekali gus membina saluran tenaga kerja mahir yang selaras dengan keperluan operasi SSM.
Kerjasama ini juga menyediakan peluang kepada SSM untuk menyertai pelbagai program anjuran UM, memberi bimbingan keusahawanan kepada para pelajar, serta berkongsi ilmu dan rangkaian bersama pihak akademik UM bagi memperkukuh kesesuaian kurikulum dengan keperluan industri.
Dalam ucapannya, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM yang mewakili, Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM, berkata dengan termeterainya MoU ini, SSM bersama MARA dan UM akan dapat memanfaatkan kepakaran masing-masing dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, menyediakan peluang kerjaya dan latihan yang bermakna, serta memperkukuh ekosistem tadbir urus korporat negara.
”Kolaborasi antara agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi merupakan kunci utama dalam melahirkan dan membentuk tenaga kerja masa depan yang bukan sahaja berdaya saing, malah juga beretika dan berintegriti” katanya.
Pada September lalu, SSM telah memeterai MoU bersama MARA serta UM dan pada hari ini, kerjasama tersebut diperkukuh melalui satu majlis simbolik bagi menzahirkan komitmen bersama. Pemeteraian telah disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA serta Profesor Ir. Dr. Kaharudin Dimyati, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UM yang mewakili Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor UM.
Majlis ini turut disaksikan oleh Encik Rezy Izwan Ramly, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) SSM, Ir. Dr. Mahzan Teh, Timbalan Ketua Pengarah MARA dan Professor Ir. Dr. Chong Wen Tong, Pengarah Pusat Perhubungan Industri UM.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan & Maklumbalas melalui SSM Chatbot, Live Chat SSM yang boleh diakses melalui portal rasmi SSM, atau hubungi talian telefon 03-7721 4000 atau emel enquiry[at]ssm.com.my.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 2 OKTOBER 2025
| 10/2/2025 | Berita | 2025 | Press Release | 02/10/2025 | | 406 | | | Kuala Lumpur, 26 September 2025 – Seorang pembekal perkhidmatan juruaudit dan percukaian, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah pada 11 September atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 593 (b) Akta Syarikat 2016 kerana membuat pernyataan palsu dalam penyata kewangan beraudit melibatkan tiga syarikat lain. Chong Sook Mei daripada CSM Business Management, mengaku melakukan kesalahan tersebut dalam penyata kewangan beraudit membabitkan tiga buah syarikat iaitu Majahutama Sdn Bhd, Extreme Achievement Sdn Bhd dan Majahutama Builders Sdn Bhd.
Mengikut kertas pendakwaan, penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Ogos 2018 dan 31 Disember 2018 bagi syarikat-syarikat tersebut didapati telah diserah simpan ke SSM serta dipercayai mengandungi butiran palsu pada kandungan Independent Auditors’ Report. Nama dan tandatangan firma audit PT Wong & Co telah digunakan oleh tertuduh tanpa pengetahuan dan persetujuan firma audit tersebut.
Hakim Siti Shakirah Mokhtarudin telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM20,000 bagi setiap satu pertuduhan atau penjara tiga bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh telah menyelesaikan denda berkenaan. Pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Nurul Nabila Azmi manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Gabriel Susayan dan Faiz Taqiuddin.
SSM ingin mengingatkan orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan yang palsu atau mengelirukan kepada SSM.
SSM sentiasa konsisten dalam usaha mengawal selia pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat kekal peka terhadap tanggungjawab serta mengamalkan etika perniagaan yang berintegriti.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 26 SEPTEMBER 2025 | 9/26/2025 | Kes Mahkamah | 2025 | Press Release | 26/09/2025 | | 405 | | | Kuala Terengganu, 13 September 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini telah menganjurkan Program Pendigitalan Perniagaan 2025 (PPP25) Peringkat Negeri Terengganu dengan penyertaan lebih 400 peserta terdiri daripada kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta usahawan golongan B40 khususnya dari perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
PPP25 merupakan inisiatif strategik yang bertujuan untuk memperkukuh daya saing sektor perniagaan dengan memperkasakan usahawan B40 serta para pelajar melalui pemanfaatan teknologi digital. Usaha ini juga selaras dengan inisiatif pendigitalan kerajaan bagi memperluas pendedahan kepada peranan transformasi digital dalam meningkatkan produktiviti, kualiti produk, hasil jualan serta pengembangan pasaran sejajar dengan aspirasi Dasar Pembangunan Ekonomi Inklusif dan Kesejahteraan Rakyat yang diperkenalkan di bawah kerangka Malaysia MADANI.
Program yang berlangsung di Dewan Pusat Dagangan Terengganu ini telah dirasmikan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM.
Dalam ucapannya, Tuan Ahmad Sabki menegaskan bahawa pendekatan PPP25 merupakan inisiatif strategik yang diperkenalkan oleh SSM pada tahun ini, bertujuan untuk memperkasakan usahawan B40 serta para pelajar melalui pemanfaatan teknologi digital.
“SSM sentiasa komited dan cakna dalam memainkan peranan untuk membantu dan memudahcara golongan usahawan, khususnya dalam kalangan PMKS agar dapat mengaplikasikan teknologi pendigitalan secara efektif dan berkesan dalam operasi perniagaan mereka,” katanya.
Antara pengisian PPP25 yang menjadi tumpuan adalah taklimat kepentingan mendaftarkan syarikat secara sah, sesi kesedaran mengenai penipuan kewangan melalui slot Scam Alert, pendigitalan perniagaan, strategi pemasaran digital, penggunaan saluran pembayaran digital serta perkongsian pengalaman daripada ikon usahawan-usahawan berjaya.
PPP25 merupakan kesinambungan dan penjenamaan semula program keusahawanan SSM terdahulu iaitu Program Usahawan Muda dan Program Bimbingan Usahawan. Penganjuran PPP25 peringkat negeri Terengganu merupakan siri kedua bagi tahun 2025 selepas penganjuran siri pertama di Sabah pada Jun lalu.
Pelaksanaan program seperti PPP25 memainkan peranan yang amat penting dalam menyokong pembangunan serta memacu pertumbuhan sektor perniagaan di Terengganu. Mengikut statistik SSM, sebanyak 15,311 syarikat telah diperbadankan dan 407,008 perniagaan serta 526 Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) telah didaftarkan sehingga 31 Ogos 2025 di Terengganu. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,040 syarikat, 71,035 perniagaan dan 486 PLT adalah aktif.
Semasa program ini dilangsungkan, SSM juga melaksanakan penyampaian agihan Wakalah Zakat Korporat dan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM290,000 kepada golongan yang memerlukan di negeri Terengganu.
Daripada jumlah tersebut, agihan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM270,000 kepada usahawan asnaf, bank, institusi keagamaan, rumah kebajikan, surau dan masjid di sekitar Terengganu. Bagi sumbangan CSR pula, sebanyak RM20,000 telah disumbangkan kepada usahawan, persatuan dan rumah kebajikan serta pusat penjagaan kanak-kanak di kawasan yang sama.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 13 SEPTEMBER 2025 | 9/13/2025 | Berita | 2025 | Press Release | 13/09/2025 | | 404 | | | Kuantan, 9 September 2025 – Seorang individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada 28 Ogos 2025 atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 kerana membenarkan pernyataan palsu dimasukkan ke dalam dokumen berkanun Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Berdasarkan kertas pertuduhan, Datuk Sri Mohd Nazrul Izad Mohd Arsad didakwa membenarkan setiausaha syarikat KMDI Holding Sdn Bhd membuat pernyataan palsu berhubung peletakan jawatan pengarah-pengarah syarikat tersebut walaupun mengetahui maklumat tersebut adalah palsu.
Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta, atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 591(2) Akta Syarikat 2016.
Hakim Sazlina Safie telah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 15 Oktober 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.
Pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kanan SSM, Faizal Mahdi Mahmud manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Muhammad Nazrin Mohd Seth. Terdahulu, pengarah syarikat KMDI Holding Sdn Bhd, Datuk Azjuriyahti Azlan, isteri kepada Mohd Nazrul Izad, turut didakwa atas pertuduhan yang sama pada 23 Julai 2025.
SSM ingin mengingatkan orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan yang palsu atau mengelirukan kepada SSM.
SSM sentiasa konsisten dalam usaha mengawal selia pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat kekal peka terhadap tanggungjawab serta mengamalkan etika perniagaan yang berintegriti.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 9 SEPTEMBER 2025 | 9/9/2025 | Kes Mahkamah | 2025 | Press Release | 09/09/2025 | | 403 | | | Kajang, 8 September 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menyalurkan sumbangan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM57,350 kepada Masjid Qariah Kampung Sungai Kembong Hulu, Kajang sempena Projek Titian Jannah: Sumbangan Mesin Pengorek Mini. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen SSM dalam usaha meringankan beban pihak kariah, mempercepatkan urusan pengebumian serta memastikan pengurusan jenazah dapat dilaksanakan dengan tertib, lancar dan penuh penghormatan. Di samping itu, sumbangan ini turut menyokong usaha ke arah kesejahteraan komuniti.
Penyerahan sumbangan ini berupa satu unit mesin pengorek mini bernilai RM42,500 serta sebuah kontena penyimpanan bernilai RM14,850. Bagi tahun ini, SSM telah memperuntukkan dana untuk agihan sumbangan mesin pengorek mini kepada beberapa negeri terpilih. Secara keseluruhannya, sumbangan tersebut melibatkan tujuh unit mesin pengorek mini berserta kontena berjumlah RM405,950.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, bersempena Projek Titian Jannah: Sumbangan Mesin Pengorek Mini.
Sejak 1 Januari hingga 31 Ogos 2025, SSM telah mengagihkan Dana Wakalah Zakat Korporat SSM berjumlah RM5,458,089.80 kepada 7,983 penerima asnaf di seluruh negara. Dalam tempoh yang sama, SSM juga telah menyumbangkan Dana CSR SSM sebanyak RM406,426.60 kepada 492 penerima yang memerlukan.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 8 SEPTEMBER 2025 | 9/8/2025 | Berita | 2025 | Press Release | 08/09/2025 | | 402 | | | Kemaman, 24 Ogos 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menyalurkan sumbangan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM282,350 kepada Hospital Kemaman dan lapan institusi keagamaan di sekitar daerah ini, sebagai komitmen berterusan SSM dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat dan meningkatkan kemudahan awam.
Sumbangan ini merangkumi RM242,350 bagi pembekalan sembilan jenis peralatan perubatan berteknologi tinggi kepada Hospital Kemaman, termasuk Syringe Pump, Infusion Pump, Incubator NICU, Trolley Medication, Pneumatic Tourniquet, Blood Bank Refrigerator, Laboratory Refrigerator Triple Doors, Organ Weighting Scale (Digital) dan Pulse Oximeter. Peralatan ini akan digunakan bagi menyokong rawatan serta pemulihan pesakit, di samping meningkatkan keupayaan hospital dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap dan berkualiti.
Selain itu, SSM turut mengagihkan RM40,000 kepada lapan institusi keagamaan di sekitar Kemaman, dengan setiap institusi menerima RM5,000. Penerima sumbangan ialah Akademi Pengajian Al Bahjah, Maahad Tahfiz Al-Itqan, Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai, Masjid Jamek Kemasik, Masjid Kampung Semayor, Masjid Kampung Bukit Kukuran, Surau An-Nur dan Surau Kampung Feri Kemasik. Dana ini akan digunakan bagi menaik taraf infrastruktur masjid, surau dan rumah kebajikan agar lebih selesa untuk kegunaan masyarakat setempat.
Kedua-dua sumbangan ini telah disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM mewakili Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM sempena Program Kasih SSM – Sumbangan Peralatan Perubatan dan Majlis Penyerahan Wakalah Zakat Korporat kepada Institusi-Institusi Agama.
Sejak beberapa tahun lalu, SSM telah menyalurkan sumbangan peralatan perubatan bernilai keseluruhan melebihi RM1.4 juta kepada lapan hospital di seluruh negara, termasuk Hospital Sungai Buloh, Selangor, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Hospital Kapit, Sarawak, Hospital Queen Elizabeth, Sabah, Hospital Seri Manjung, Perak dan Hospital Papar, Sabah.
Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Julai 2025, SSM telah mengagihkan dana Wakalah Zakat Korporat berjumlah lebih RM5.1 juta kepada 7,773 penerima asnaf di seluruh negara. Dalam tempoh sama, SSM turut menyalurkan lebih RM400,000 melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada 480 penerima yang memerlukan.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 24 OGOS 2025
| 8/24/2025 | Berita | 2025 | Press Release | 24/08/2025 | | 401 | | | Kuala Lumpur, 19 Ogos 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Persidangan Kebangsaan SSM 2025 atau lebih dikenali sebagai SSM National Conference 2025 (SSMNC 2025) kali ke-14. Persidangan ini telah diadakan secara hibrid di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur serta dalam talian, dengan penyertaan lebih 2,300 peserta dari dalam dan luar negara. SSMNC 2025 yang membawa tema Leading Governance for Sustainable Growth ini, bukan sahaja menyokong agenda strategik nasional dalam usaha memperkukuh ekosistem tadbir urus korporat yang telus dan mampan, ia juga selari dengan kepengerusian ASEAN Malaysia pada tahun ini. Tema SSMNC 2025 menjadi lebih bermakna kerana bertepatan dengan agenda ASEAN untuk merangka masa depan yang lebih bersepadu dan berdaya tahan, dengan tadbir urus sebagai asas yang menyokong pertumbuhan mampan jangka panjang di seluruh rantau. Seiring dengan kepengerusian ASEAN Malaysia, persidangan ini menjadi wadah untuk mengukuhkan kerjasama serantau dalam memperkukuh rangka kerja tadbir urus yang inklusif dan mampan. Usaha ini melibatkan perkongsian kepakaran, penyelarasan amalan terbaik dan penerapan piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, bagi memastikan landskap perniagaan ASEAN kekal berdaya saing. Melalui dialog terbuka dan kolaborasi strategik antara para delegasi, persidangan ini turut memperkukuh peranan ASEAN sebagai ekonomi yang progresif, responsif terhadap perubahan global dan komited terhadap pertumbuhan mampan jangka panjang. SSM turut menyumbang secara signifikan ke arah matlamat ini melalui inisiatif dan kepimpinan kawal selia yang memperkukuh ketelusan, memantapkan tadbir urus dan menggalakkan amalan perniagaan beretika melalui pelbagai inisiatif termasuk mewajibkan serah simpan pemunyaan benefisial, serta penambahbaikan Malaysian Business Reporting System (MBRS 2.0). Penganjuran persidangan ini telah berkembang menjadi platform utama pendidikan pengawalseliaan, dialog yang bermakna serta pembinaan jaringan dalam kalangan profesional perniagaan dan korporat. Ia menyediakan platform dinamik kepada para profesional korporat untuk berkongsi padangan dan berbincang secara mendalam mengenai amalan tadbir urus serta strategi pertumbuhan lestari. SSMNC 2025 telah dirasmikan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM. Dianjurkan secara hibrid buat julung kalinya, SSMNC 2025 mengetengahkan 13 sesi plenari dengan tajuk-tajuk yang menarik bagi perbincangan bersama 36 ahli-ahli panel terkemuka dari negara-negara ASEAN. Antara topik yang ditampilkan termasuk Megatrends for a Sustainable Business Future, The Rise of ASEAN: A Geopolitical and Economic Powerhouse in the Global Arena, Doing Business In ASEAN: Growth, Opportunities and Challenges, Evolving Roles of ASEAN Corporate Registrars, ASEAN Unique Business Identification Numbers (UBIN) dan Cross-Border Insolvency. Turut hadir bersama adalah Anggota-Anggota Suruhanjaya, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Timbalan-Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SSM. DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIATARIKH: 19 OGOS 2025
| 8/19/2025 | Berita | 2025 | Press Release | 19/08/2025 | | 400 | | | Kuantan, 12 Ogos 2025 – Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada 23 Julai 2025 atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 kerana membenarkan pernyataan palsu dimasukkan ke dalam dokumen berkanun yang dikemukan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Berdasarkan kertas pertuduhan, Datuk Azjuriyahti Azlan, pengarah syarikat KMDI Holding Sdn Bhd didakwa telah membenarkan setiausaha syarikatnya, Hasnifalina Ramlee untuk membuat suatu pernyataan palsu berhubung peletakan jawatan pengarah-pengarah syarikat tersebut, walaupun mengetahui bahawa maklumat tersebut adalah tidak benar.
Sekiranya disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 591(2) Akta Syarikat 2016 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali.
Hakim Noor Aisah Mohamed telah membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin ke atas tertuduh dan menetapkan 24 Ogos 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan penyerahan dokumen.
Dalam prosiding yang sama, mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap suami tertuduh, Datuk Sri Mohd Nazrul Izad Mohd Arsad kerana gagal hadir bagi menghadapi pertuduhan yang sama.
Pendakwaan telah dikendalikan oleh pegawai pendakwa SSM, Abdul Hadi Abdul Muti, manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Muhammad Nazrin Mohd Seth.
SSM ingin mengingatkan orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan yang palsu atau mengelirukan kepada SSM.
SSM sentiasa konsisten dalam usaha mengawal selia pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang ditadbir, di samping memastikan komuniti korporat kekal peka terhadap tanggungjawab serta mengamalkan etika perniagaan yang berintegriti.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 12 OGOS 2025 | 8/12/2025 | Kes Mahkamah | 2025 | Press Release | 12/08/2025 | | 399 | | | Kuala Lumpur, 6 Ogos 2025 – Seorang pegawai pematuhan dari sebuah entiti Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 29 Julai 2025 selepas didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 80(1) Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 kerana memberikan maklumat palsu dalam dokumen berkanun berkaitan PLT. Yap Choo Boon, didakwa telah membuat pernyataan palsu kepada Pendaftar PLT dalam borang Application for Registration of LLP bertarikh 13 Mei 2022 berhubung pelantikan Yap Chee Keong sebagai pekongsi Empat Nombor Ekor Batu Cave Agency PLT. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak kurang daripada RM150,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau kedua-duanya sekali.
Hakim Siti Shakirah Dato' Wira Mohtarudin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan tarikh 2 September 2025 sebagai sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai-pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Liyana Amira Kamaludin dan Nurul Husna Mohd Yusof, manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela, Lee Xi Qin.
SSM ingin mengingatkan orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan yang palsu atau mengelirukan kepada SSM.
SSM sentiasa konsisten dalam usaha mengawal selia pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang ditadbir, di samping memastikan komuniti korporat kekal peka terhadap tanggungjawab serta mengamalkan etika perniagaan yang berintegriti.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 6 OGOS 2025 | 8/6/2025 | Kes Mahkamah | 2025 | Newspaper Clippings | 06/08/2025 | | 398 | | | Butterworth, 31 Julai 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini telah menganjurkan Program SSM InfoSession 2025 Zon Utara buat julung kalinya di Crown Plaza Penang Straits City, Butterworth dengan kehadiran lebih 200 peserta mewakili pelbagai agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, wakil sektor korporat dan individu yang terlibat dalam pengurusan data perniagaan serta pematuhan peraturan.
Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa maklumat korporat yang disediakan oleh SSM bukan hanya sekadar data, tetapi merupakan aset strategik yang menjadi asas kepada keputusan-keputusan penting oleh pelabur, pemilik perniagaan, institusi kewangan mahupun pengguna awam.
“Program seperti SSM InfoSession ini penting untuk menunjukkan bahawa penyediaan dan penggunaan maklumat korporat bukan lagi pilihan, tetapi keperluan. Ia adalah tunjang kepada ketelusan, keyakinan pasaran dan integriti ekonomi negara”, ujar beliau.
Program ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan tiga produk terkini SSM, iaitu Electronic Beneficial Ownership System (e-BOS) – sistem pengemaskinian maklumat pemunyaan benefisial seperti yang dikehendaki di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta PLT 2012, e-Advertisement – platform rasmi pengiklanan maklumat statutori bagi syarikat dan PLT, termasuk notis pelantikan, pemecatan, perubahan maklumat atau penutupan syarikat. Perkhidmatan ini meningkatkan ketelusan, mempercepat proses dan menjimatkan kos serta Company Secretary Information Data (CSID) – carian maklumat lengkap berkenaan kelayakan, Sijil Amalan dan status profesional setiausaha syarikat berdaftar.
Selain sesi taklimat berkaitan pembekalan maklumat korporat dan skim kepentingan, peserta turut diberi pendedahan kepada pelbagai perkhidmatan digital SSM seperti MyData-SSM, SSM Search, SafeData SSM dan SSM e-Info – yang semuanya bertujuan membantu pengguna mendapatkan akses data perniagaan yang sah dan terkini.
SSM turut menggesa semua pihak berkepentingan, termasuk agensi kerajaan, syarikat, institusi pembiayaan dan orang awam di Zon Utara, agar memanfaatkan kesemua perkhidmatan ini – sama ada secara dalam talian atau menerusi kaunter fizikal – untuk mengenal pasti produk dan maklumat yang sesuai bagi menyokong proses membuat keputusan.
Berdasarkan statistik SSM sehingga 30 Jun 2025, sebanyak 1,619,700 syarikat yang telah diperbadankan, 9,520,598 perniagaan dan 43,301 Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) telah didaftarkan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 693,619 syarikat, 1,692,266 perniagaan dan 38,567 PLT adalah aktif.
Bagi negeri Pulau Pinang, sebanyak 105,225 syarikat telah diperbadankan dan 686,739 perniagaan serta 2,621 PLT telah didaftarkan dengan SSM sehingga 30 Jun 2025. Daripada jumlah ini, sebanyak 48,151 syarikat, 123,493 perniagaan dan 2,277 PLT adalah aktif.
Program SSM InfoSession ini mencerminkan komitmen SSM untuk memperkukuh tadbir urus, mempertingkat literasi pematuhan dan menyokong perkembangan ekosistem perniagaan yang lebih telus dan mampan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan & Maklum Balas, SSM Chatbot (24 jam, 7 hari), Live Chat SSM (8.00 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat, kecuali hari cuti umum) melalui portal rasmi SSM, talian telefon 03-7721 4000 atau emel ke enquiry[at]ssm.com.my.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 31 JULAI 2025
| 7/31/2025 | Berita | 2025 | Press Release | 31/07/2025 | | 397 | | | Besut, 22 Julai 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM190,600 kepada institusi pendidikan dan keagamaan serta golongan asnaf di sekitar daerah Besut semasa Majlis Sumbangan Van Jenazah dan Wakalah Zakat Korporat kepada Masjid, Surau, Sekolah, Tahfiz dan Asnaf Setempat sempena Program Santuni MADANI. Sumbangan ini disampaikan sejajar dengan aspirasi Kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan melalui agihan Wakalah Zakat Korporat dan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang selari dengan nilai teras Malaysia MADANI, iaitu kesejahteraan dan ihsan dalam masyarakat. Majlis penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM.
Daripada jumlah keseluruhan sumbangan, SSM telah menyampaikan sebuah van jenazah bernilai RM128,500 kepada Masjid Ulul Albab, Seberang Jerteh melalui Projek Road To Jannah 3.0. Sumbangan ini bertujuan untuk memudahkan urusan pengurusan jenazah, menunaikan tuntutan fardu kifayah, serta meringankan beban pihak masjid dan keluarga waris.
Inisiatif penyerahan van jenazah ini merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan Projek Road To Jannah serta Projek Road To Jannah 2.0 yang telah dilaksanakan pada tahun 2023 dan 2024 di mana SSM telah menyalurkan 14 buah van jenazah bernilai lebih RM1.5 juta kepada 14 negeri di seluruh negara sepanjang tempoh tersebut.
Pada tahun ini, Projek Road To Jannah 3.0 diteruskan dengan sumbangan tujuh lagi buah van jenazah kepada beberapa masjid dan surau yang telah dikenalpasti di tujuh buah negeri.
Di samping itu, sebanyak RM27,000 turut diagihkan kepada 92 penerima asnaf di Kampung Padang Luas dan Seberang Jerteh. SSM juga mengagihkan sumbangan sebanyak RM5,000 masing-masing kepada Sekolah Kebangsaan Seberang Jerteh, Surau Ar Rahman, Gong Nering, Besut, Surau Taman Pelagat 2, Kampung Padang Luas, Surau Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Tahfiz Al-Furqan dan Pondok At-Taqwa, Kampung Padang Luas. Manakala, sebanyak RM4,500 pula telah disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut.
Sejak 1 Januari hingga 30 Jun 2025, SSM telah mengagihkan Dana Wakalah Zakat Korporat SSM berjumlah lebih RM3.9 juta kepada 7,329 penerima asnaf di seluruh negara. Dalam tempoh yang sama, SSM juga telah menyumbangkan Dana CSR SSM sebanyak lebih RM340,000 kepada 410 penerima yang memerlukan.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 22 JULAI 2025
| 7/22/2025 | Berita | Tahun | Press Release | 22/07/2025 | | 396 | | | Kajang, 9 Julai 2025 – Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah di sini pada 20 Jun 2025 atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 593(a) Akta Syarikat 2016 kerana memberi pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat. Berdasarkan fakta kes, Sandra Sheager Chidambaram telah membenarkan setiausaha syarikat Heiwa Sangyo Sdn. Bhd. membuat pernyataan palsu berkaitan pelantikan pengarah dan setiausaha syarikat di syarikat yang sama.
Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 593 Akta yang sama dengan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali.
Hakim Mazuliana Abdul Rashid membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan tersebut. Mahkamah turut menetapkan 22 Ogos 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa SSM, Abdul Hadi Abdul Muti manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Goh Cia Yee.
SSM ingin mengingatkan orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan yang palsu atau mengelirukan kepada SSM.
SSM sentiasa konsisten dalam usaha mengawal selia pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang ditadbir, di samping memastikan komuniti korporat kekal peka terhadap tanggungjawab serta mengamalkan etika perniagaan yang berintegriti.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 9 JULAI 2025 | 7/9/2025 | Kes Mahkamah | 2025 | Press Release | 09/07/2025 | | 395 | | | Program Pendigitalan Perniagaan 2025 Program Pendigitalan Perniagaan 2025 (PPP25) merupakan inisiatif baharu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menyokong agenda pembangunan perniagaan para usahawan B40 dan bakal usahawan melalui pendigitalan. Fokus utama adalah memberikan pendedahan kepada para peserta tentang manfaat dan kepentingan pendigitalan dalam mengembangkan pasaran, memperkasa produktiviti dan meningkatkan kualiti produk.
Penggunaan teknologi digital, contohnya melalui platform media sosial dan e-dagang bukan sahaja berupaya meningkatkan kecekapan operasi perniagaan malah membuka akses pasaran yang lebih luas, sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Penganjuran PPP25 peringkat Negeri Sabah merupakan siri pertama daripada tiga siri yang dirancang bagi tahun 2025. Dua lagi siri akan dianjurkan di Pulau Pinang dan Terengganu.
Pada majlis ini juga, SSM turut menyampaikan Wakalah Zakat Korporat (WZK) bernilai RM107,518 dan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM45,000 kepada golongan yang memerlukan di Negeri Sabah.
Pendaftaran Syarikat dan PLT di Sabah Berdasarkan statistik SSM sehingga 31 Mei 2025, sebanyak 77,546 syarikat telah diperbadankan dan 1,676 Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) telah didaftarkan di seluruh Negeri Sabah. Jumlah ini tidak termasuk syarikat yang berdaftar melalui kerangka perundangan Negeri Sabah sendiri iaitu Ordinan Lesen Perniagaan 1948. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 31,110 syarikat dan 1,510 PLT adalah aktif. Manakala, di Kota Kinabalu sahaja, sebanyak 39,525 syarikat telah diperbadankan dan 1,118 PLT telah didaftarkan bagi tempoh yang sama. Daripada jumlah ini, sebanyak 15,331 syarikat dan 1,003 PLT adalah aktif.
Kajian Semakan Semula Perundangan E-Dagang Sebagai kementerian yang mengawal selia industri e-dagang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang melaksanakan Kajian Semakan Semula Perundangan E-Dagang yang kini telah berada pada fasa akhir. Kajian ini telah bermula pada April 2024 dan dijangka selesai pada Ogos 2025. Antara objektif kajian ini bertujuan :-
i. Mengenal pasti semua perundangan e-dagang, skop kawal selia serta kekurangan perundangan sedia ada; ii. Mengenal pasti pelaksanaaan (practice) perundangan e-dagang di peringkat antarabangsa serta perbandingan dengan perundangan di Malaysia;
iii. Mengkaji isu serta keperluan industri dan pengguna e-dagang di negara ini; dan
iv. Mengemukakan cadangan perundangan baharu atau pindaan perundangan serta kaedah kawal selia e-dagang terbaik kepada pihak Kerajaan.
Sebagai tambahan daripada siri libat urus yang telah diadakan oleh pihak kementerian, saya juga akan mengadakan satu sesi townhall bersama pemain industri terlibat bagi mendapatkan pandangan dan input berkaitan pelaksanaan perundangan e-dagang yang akan berlangsung pada 17 Julai 2025.
Sepanjang kajian ini dilaksanakan, beberapa sesi libat urus telah diadakan yang melibatkan keseluruhan 63 entiti, iaitu organisasi awam, swasta dan juga industri. Di samping itu, tinjauan (survey) bersama firma dan pengguna e-dagang juga telah dijalankan.
Segala input yang diperoleh hasil daripada sesi libat urus dan kajian berkaitan perundangan e-dagang ini akan diteliti secara menyeluruh dan disusun dalam bentuk syor dasar yang komprehensif. Cadangan tersebut seterusnya akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan sebelum dibentangkan di Parlimen bagi tujuan penggubalan atau pindaan undang-undang yang berkaitan.
Antara akta terkait dengan sektor e-dagang yang berada secara langsung di bawah pemantauan KPDN adalah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perdagangan Elektronik 2006.
Pada tahun 2023, sektor e-dagang telah menyumbang sebanyak RM248.4 bilion, iaitu 13.6% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia hasil pendapatan sektor ini juga telah mencatatkan peningkatan sebanyak 6% daripada RM1,037.2 bilion pada tahun 2021 kepada RM1,099.7 bilion pada tahun 2022. Peningkatan ini menunjukkan sektor e-dagang telah mencapai jumlah pendapatan melebihi RM1 trilion dan dijangka akan berkembang dengan sasaran jumlah pendapatan sebanyak RM1.65 trilion pada tahun 2025.
KPDN terus komited untuk menggerakkan usaha meningkatkan prestasi sektor perdagangan dan pengedaran dan akan melaksanakan strategi melalui pendekatan seluruh negara (whole of nation) dalam memanfaatkan pendigitalan sebagai teras lonjakan.
YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
| 6/21/2025 | Berita | 2025 | Press Release | 21/06/2025 | | 394 | | | Kuala Lumpur, 18 Jun 2025 – Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Mei 2025 atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 593(b) Akta Syarikat 2016 kerana membuat pernyataan palsu dalam dokumen syarikat. Juliana Jamian telah didakwa di bawah Seksyen 593(b) Akta Syarikat 2016 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuat pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat dalam dokumen syarikat UTS Maju Construction Sdn Bhd yang diserah simpan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Juliana, bersama seorang lagi individu, Robin Thivagar Chelladurai telah dituduh melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dengan niat. Walau bagaimanapun, Robin Thivagar tidak hadir ke mahkamah pada tarikh pertuduhan.
Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa membuat pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat berkenaan butir-butir yang material dalam borang Seksyen 58 bertarikh 30 September 2022 berkenaan peletakan jawatan Wali Ullah Khan sebagai pengarah syarikat dan pelantikan jawatan Juliana sebagai pengarah syarikat yang baharu. Kedua-duanya turut didakwa membuat pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat berkenaan butir-butir yang material dalam borang Seksyen 51 bertarikh 8 Oktober 2022 berkenaan pindah milik saham sebanyak 299,998 unit daripada Wali Ullah kepada Juliana.
Sekiranya disabitkan kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.
Hakim Mohd Zaki Mohd Salleh membenarkan Juliana diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi kesemua pertuduhan dan sebutan semula kes telah berlangsung pada 4 Jun 2025. Bagi kes pendakwaan Robin yang turut dijadualkan pada tarikh yang sama, tertuduh sekali lagi gagal hadir ke mahkamah. Sehubungan itu, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya bagi memastikan kehadiran pada 4 Julai 2025.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa SSM, Farieza Hazreen Salehuddin manakala kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam bela, Muhammad 'Aizat Adli Zalil dan Zaidi Othman.
SSM ingin mengingatkan orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan yang palsu atau mengelirukan kepada SSM.
SSM sentiasa konsisten dalam usaha mengawal selia pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang ditadbir, di samping memastikan komuniti korporat kekal peka terhadap tanggungjawab serta mengamalkan etika perniagaan yang berintegriti.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 18 JUN 2025 | 6/18/2025 | Kes Mahkamah | 2025 | Press Release | 18/06/2025 | | 393 | | | Shah Alam, 10 Jun 2025 – Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 19 Mei 2025 terhadap lapan pertuduhan di bawah Seksyen 218(1)(a) Akta Syarikat 2016 kerana menggunakan harta syarikat tanpa persetujuan mesyuarat agung bagi memperoleh manfaat secara langsung untuk diri sendiri. Berdasarkan kertas pertuduhan, Sandra Sheager Chidambaram, didakwa menggunakan harta syarikat tanpa persetujuan mesyuarat agung syarikat Heiwa Sangyo Sdn Bhd bagi lapan transaksi penjualan sisa logam di antara tahun 2017 hingga 2021. Tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta, atau kedua-duanya sekali.
Hakim Rafiqha Hanim Mohd Rosli membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 bagi kesemua pertuduhan tersebut. Mahkamah juga menetapkan 16 Jun 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Zulkhairi Kamaruzaman dan Hamizah Sobree, manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela, Muhammad Aidil Akmal Sharidan dari Tetuan Goh Cia Yee.
SSM mengambil tindakan perundangan ini sebagai satu peringatan kepada komuniti korporat dan orang awam bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang yang dikawalselia oleh SSM. Usaha ini bagi memastikan tadbir urus korporat serta pematuhan undang-undang syarikat sentiasa diamalkan oleh warga korporat dan komuniti perniagaan di Malaysia.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 10 JUN 2025 | 6/10/2025 | Kes Mahkamah | 2025 | Press Release | 10/06/2025 | | 392 | | | Sepang, 31 Mei 2025 – Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah di sini pada 16 Mei 2025 dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 593(b) Akta Syarikat 2016 atas kesalahan membuat pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh, Abdul Haque Sarder Abdul Karim telah didakwa membuat pernyataan palsu di dalam di dalam Borang Section 58-Notification Of Change In The Register Of Directors, Managers And Secretaries berhubung peletakan jawatan Rabiatul Adawiyah Jasmi Shah sebagai pengarah syarikat Hanfi Global Marketing Sdn. Bhd.
Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 593 Akta yang sama dengan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali.
Hakim Ahmad Fuad Othman membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM7,000 dan seorang penjamin warganegara bagi pertuduhan yang dikenakan. Mahkamah menetapkan 25 Jun 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa SSM, Muhammad Akmal Azmi dan Nurul Nabila Azmi manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela, Nasar Khan.
SSM ingin mengingatkan orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan yang palsu atau mengelirukan kepada SSM.
SSM sentiasa konsisten dalam usaha mengawal selia pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang ditadbir, di samping memastikan komuniti korporat kekal peka terhadap tanggungjawab serta mengamalkan etika perniagaan yang berintegriti.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 31 MEI 2025
| 5/31/2025 | Kes Mahkamah | 2025 | Press Release | 31/05/2025 | | 391 | | | Shah Alam, 30 Mei 2025 – Mahkamah Sesyen Shah Alam telah memerintahkan seorang pengarah syarikat membela diri terhadap pertuduhan memberikan pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat berhubung butiran liabiliti dan aset dalam penyata hal ehwal syarikat pada 14 Mei 2025.
Hakim Norazlin Othman membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tan Teok Huat @ Tan Tiak Huat. Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 1 Ogos 2025 sebagai tarikh perbicaraan bagi tertuduh membela diri.
Perbicaraan di peringkat pendakwaan telah bermula pada Januari 2025 di mana seramai enam orang saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah.
Terdahulu, tertuduh telah didakwa di mahkamah yang sama pada 27 Februari 2024 atas kesalahan di bawah Seksyen 593(b) Akta Syarikat 2016, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan.
Pendakwaan telah dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Abdul Hadi Abdul Muti dan Farieza Hazreen Salehuddin, manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela, Ravin Woodhull dan Huang Yee Ching.
SSM ingin mengingatkan orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan yang palsu atau mengelirukan kepada SSM.
SSM sentiasa konsisten dalam usaha mengawal selia pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang ditadbir, di samping memastikan komuniti korporat kekal peka terhadap tanggungjawab serta mengamalkan etika perniagaan yang berintegriti.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 30 MEI 2025 | 5/30/2025 | Kes Mahkamah | 2025 | Press Release | 30/05/2025 | | 390 | | | Kuala Lumpur, 29 Mei 2025 – Berikutan pengumuman pelaksanaan serah simpan maklumat pemunya benefisial oleh Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) selaras dengan Nota Amalan No. 5/2025 yang dikeluarkan pada 1 Mei 2025, semua PLT diwajibkan melaksanakan serah simpan maklumat ini secara dalam talian bermula 30 Mei 2025 melalui Electronic Beneficial Ownership System (e-BOS). Bagi menyokong pelaksanaan inisiatif ini, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memberikan pengecualian fi lewat serah simpan dan fi rektifikasi, di samping tidak mengenakan sebarang tindakan penguatkuasaan sepanjang tempoh 30 Mei 2025 hingga 31 Oktober 2025.
Tempoh ini diberikan bagi membolehkan PLT mematuhi sepenuhnya keperluan di bawah subseksyen 20B(7), Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. Selepas tamat tempoh berkenaan, fi lewat serah simpan, fi rektifikasi serta tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap PLT yang gagal mematuhi keperluan tersebut.
PLT, tiap-tiap pekongsi dan pegawai pematuhan yang melanggar Subseksyen 20B(6) Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi RM500 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
Sebelum ini, fasa pertama Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 telah berkuatkuasa pada 31 Januari 2025 melibatkan peruntukan berkaitan pemunya benefisial iaitu Seksyen-Seksyen 2, 3, 4, 5, subseksyen 11(a) dan Seksyen 13.
Dalam fasa ini, PLT telah diberikan tempoh peralihan dari 1 Februari 2025 hingga 29 Mei 2025 untuk melaksanakan proses mengenal pasti pemunya benefisial di peringkat PLT dan merekodkan maklumat tersebut dalam daftar pemunya benefisial PLT yang disimpan di pejabat berdaftar PLT tersebut.
e-BOS boleh diakses melalui portal SSM4U, www.ssm4u.com.my.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan & Maklum Balas, SSM Chatbot, Live Chat SSM di portal rasmi SSM, talian 03-7721 4000, atau e-mel enquiry[at]ssm.com.my.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 29 MEI 2025 | 5/29/2025 | Berita | 2025 | Press Release | 29/05/2025 | | 389 | | | Kuala Lumpur, 27 Mei 2025 – Sempena pelaksanaan Fasa 3 serah simpan dokumen berkanun secara mandatori melalui Malaysian Business Reporting System (MBRS 2.0) yang akan bermula pada 1 Jun 2025, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengumumkan pengecualian fi lewat serah simpan bagi dokumen yang terlibat dalam fasa ini.
Pengecualian ini diberikan kepada dokumen yang diserah simpan selepas tempoh tujuh hari tetapi tidak melebihi tiga bulan daripada tarikh akhir serah simpan yang ditetapkan. Tempoh pengecualian fi ini akan bermula dari 1 Jun 2025 sehingga 30 September 2025. Langkah ini bertujuan untuk menyokong dan membantu syarikat serta setiausaha syarikat menyesuaikan diri dengan keperluan baharu yang diperkenalkan melalui MBRS 2.0, sekali gus memberikan masa mencukupi kepada semua pihak yang terlibat untuk melaksanakan penyesuaian secara berperingkat.
Pelaksanaan Fasa 3, seperti yang turut diumumkan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 27 April lalu sempena perasmian Pejabat Cawangan SSM Miri merupakan kesinambungan kepada pelancaran MBRS 2.0 yang telah diperkenalkan pada 25 September 2024 serta susulan kepada pelaksanaan Fasa 1 dan Fasa 2. Fasa ini melibatkan serah simpan Penyata Kewangan dan Laporan (PK) Teraudit di bawah Akta Syarikat 2016, termasuk permohonan serta serah simpan bagi tujuan rektifikasi atau Perintah Mahkamah berkaitan PK Teraudit. Ia juga merangkumi semua permohonan berkaitan lanjutan masa atau pengecualian Penyata Kewangan yang dikemukakan di bawah Akta yang sama.
Terdahulu, SSM telah melaksanakan Fasa 1 pada 1 Disember 2024 yang melibatkan serah simpan dokumen-dokumen di bawah Akta Syarikat 2016, antaranya Penyata Tahunan (PT), PK Tidak Diaudit, Perakuan bagi Syarikat Persendirian Terkecuali (EPC), serta permohonan dan serah simpan rektifikasi atau Perintah Mahkamah bagi PT dan PK Tidak Diaudit. Ia turut merangkumi permohonan lanjutan masa bagi serah simpan dokumen EPC, PK Tidak Diaudit dan PT.
Fasa 2 pula telah mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2025 dan merangkumi dokumen-dokumen di bawah Akta Syarikat 1965 termasuk PT, PK dan EPC. Selain itu, fasa ini turut melibatkan PK bagi Institusi Kewangan yang tertakluk kepada kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016. Ia juga merangkumi akuan berkanun serta Penyata Kewangan dan Laporan Negara Asal (Ibu Pejabat) bagi syarikat asing, di samping permohonan dan serah simpan bagi tujuan rektifikasi atau Perintah Mahkamah berkaitan PT dan PK Teraudit di bawah Akta Syarikat 1965.
Pengecualian fi lewat ini diperkenalkan bagi memastikan peralihan kepada sistem MBRS 2.0 dapat dilaksanakan dengan lancar semasa tempoh pelaksanaan Fasa 3. SSM kekal komited dalam menggalakkan komuniti perniagaan untuk memanfaatkan sepenuhnya pelaksanaan MBRS 2.0 dengan memastikan dokumen yang berkaitan diserah simpan dalam tempoh yang ditetapkan. Kerjasama aktif daripada syarikat amat diperlukan bagi memastikan kelancaran proses peralihan kepada sistem pelaporan baharu ini, yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan tahap ketelusan, kecekapan dan keberkesanan tadbir urus korporat di Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Fasa 3 serta pengecualian fi lewat serah simpan ini boleh didapati melalui dokumen-dokumen Soalan Lazim (FAQ) yang tersedia di laman web rasmi SSM di www.ssm.com.my.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada SSM Contact Centre (SSMCC) melalui bahagian Aduan dan Maklum Balas di portal rasmi SSM, perkhidmatan Chatbot dan Live Chat SSM, talian telefon 03-77214000 atau emel ke enquiry[at]ssm.com.my.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TARIKH: 27 MEI 2025
| 5/27/2025 | Berita | 2025 | Press Release | 27/05/2025 |
|