Sign In

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​BizCodEX​


  • SSM BizCodEX merupakan satu perkhidmatan sistem carian kod bidang perniagaan  yang bertujuan memudahkan pihak awam dalam mengenal pasti kod bidang perniagaan yang bersesuaian  berdasarkan aktiviti perniagaan yang didaftarkan.
  • Kod bidang perniagaan yang digunakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah berdasarkan kepada Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia 2008 (MSIC 2008) Versi 1 yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
  • Kod MSIC ini digunakan bagi tujuan pengumpulan, penyusunan dan penerbitan perangkaan untuk mempersembahkan sekumpulan kategori aktiviti supaya entiti dapat diklasifikasikan mengikut aktiviti ekonomi yang dijalankan.
  • Pembangunan perkhidmatan ini merupakan kerjasama strategik antara pihak SSM, DOSM, Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi memastikan pendaftaran dan pelaporan statistik ekonomi Malaysia dapat dilaporkan dengan tepat. 
  • Perkhidmatan SSM BizCodEX yang dilancarkan pada 11 November 2024 berfungsi sebagai padanan  Kod Bidang Bekalan dan Perkhidmatan MOF serta Kod Pengkhususan CIDB dengan kod MSIC 2008 yang digunakan sebagai standard klasifikasi ekonomi. 
  • Selain itu, perkhidmatan ini juga menawarkan carian melalui terma umum aktiviti perniagaan yang sering digunakan masa kini yang telah dipadankan dengan kod MSIC yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan.
  • Perkhidmatan SSM BizCodEX boleh diakses melalui pautan​ https://ssm4u.com.my/BizCodEX​

Tatacara Pengguna SSM BizCodEX



MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC