Bahagian Kewangan Dan Akaun
Fungsi utama Seksyen Kewangan dan Akaun adalah merancang, mengurus dan mengawal kedudukan kewangan Suruhanjaya di samping menjana pendapatan tambahan Suruhanjaya menerusi aktiviti-aktiviti pelaburannya. Perancangan, pengurusan dan kawalan kedudukan kewangan Suruhanjaya melibatkan :
- Pemantauan semua aktiviti kutipan hasil dan perbelanjaan;
 - Penyediaan bajet tahunan;
 - Pengurusan semua portfolio pelaburan;
 - Penyediaan laporan berkala termasuk penyata tahunan; dan
 - Memastikan semua aktiviti kewangan dikendalikan mengikut arahan, pekeliling dan garis panduan yang ditetapkan.
 
Seksyen Kewangan dan Akaun disokong oleh Unit seperti berikut :
- Unit Bayaran & Belanjawan
 - Unit Akaun
 - Unit Hasil & Kawalan Kredit
 - Unit Pelaburan & Pinjaman