Visi, Misi dan Fungsi
Misi:
Untuk menjadi pemangkin kepada pusat perniagaan dan pembelajaran korporat 
Visi :
- Untuk membangunkan serta meningkatkan kecekapan, kecermerlangan, kebolehan dan kecekapan kepelbagaian sumber tenaga untuk SSM melalui latihan dan program- program pembangunan.
 - Untuk melahirkan tabir urus korporat yang cemerlang dan mempromosikan tindakan berhemah dikalangan para pegawai syarikat, ahli perniagaan, penggiat industri serta badan professional melalui pembelajaran secara berterusan.
 - Untuk membangunkan dimensi Akademi secara global melalui penganjuran dan inisiatif pakatan strategi dengan institusi-institusi pengajian tinggi, profesional serta badan antarabangsa dalam menganjurkan program latihan dan pembelajaran ke serata daerah dan organisasi antarabangsa.
 
Fungsi :
- Untuk menganjurkan program latihan dan pembelajaran untuk meningkatkan kecekapan pekerja SSM
 - Untuk membangun, menganjur dan menguruskan program latihan serta pembelajaran untuk pihak yang berwajib termasuk para mahasiswa institut pengajian tinggi dan agensi antarabangsa
 - Untuk menjalankan kajian program dalam pembangunan perniagaan dan isu- isu korporat
 - Untuk menganjurkan Keperluan Analisa Latihan dan Kepastian Analisa Latihan dengan sasaran untuk membangunkan program latihan yang bersesuaian untuk kegunaan dalaman dan juga pihak luar yang berwajib.
 - Untuk mengenalpasti, membangunkan dan mengawal kelompok pengajar dan pakar dalam bidang-bidang tertentu yang berkaitan kepada hal-hal korporat dan perniagaan.
 - Untuk memasarkan serta mempromosikan program latihan
 - Untuk membangunkan dan mengembangkan pusat sumber untuk menampung keperluan pihak korporat, ahli perniagaan dan ahli akademi; dan
 - Untuk menjalankan tindakan yang perlu dalam mempromosikan etika perniagaan dan tadbir urus korporat dikalangan Pengarah-pengarah Syarikat, Setiausaha-setiausaha syarikat, Pengurus-pengurus dan pegawai dalam syarikat, perniagaan serta badan berkanun serta badan profesional dalam sektor korporat dan perniagaan.